You are on page 1of 5

SMK LANGGAR

JALAN TANJUNG INGGERIS

06500 LANGGAR, ALOR SETAR,

KEDAH

KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH

(SIRI II)

ANJURAN:

BADAN PENGAWAS SEKOLAH SMKL

DENGAN KERJASAMA:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

TARIKH:

20 APRIL – 21 APRIL 2017


(KHAMIS – JUMAAT)

TEMPAT:

IPG KAMPUS DARULAMAN


1.0 PENGENALAN

Badan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah merupakan satu
badan yang membantu pihak pengurusan menjalankan tugas mengawal disiplin
pelajar-pelajar. Badan ini terdiri daripada guru-guru sebagai penasihat dan pelajar-
pelajar yang dipilih sebagai ahli pengawas sekolah.
Sebagai pemimpin murid, adalah wajar bagi kedua-dua badan pengawas ini
menunjukkan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan ikutan
(role-model) kepada pelajar-pelajar lain dari segi jati diri dan sahsiah.
Justeru , KEM KEPIMPINAN PENGAWAS perlu diadakan sebagai wadah
membentuk dan melahirkan pengawas yang mempunyai karisma kepimpinan
khususnya dalam menjalankan tugas harian. Selain itu, pengawas-pengawas ini akan
berusaha meningkatkan prestasi sekolah dan prestasi disiplin supaya menjadi lebih
baik.
Maka diharapkan kursus ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan
berjalan seperti yang dirancang.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Membentuk sahsiah dan ketrampilan pengawas
2.2 Menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar
2.3 Memimpin pelajar ke arah kebaikan dan mematuhi peraturan sekolah dari semasa
ke semasa

3.0 NAMA PROGRAM

‘KEM JATI DIRI DAN KEPIMPINAN PENGAWAS’

4.0 ANJURAN
BADAN PENGAWAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LANGGAR.

5.0 TEMPAT

IPG KAMPUS DARULAMAN

6.0 TARIKH

20 APRIL – 21 APRIL 2017

7.0 BILANGAN PESERTA

7.1 Bilangan guru : 12 orang (Rujuk Lampiran C)


Bilangan pelajar : 50 orang pengawas (pengawas sekolah)
(Rujuk lampiran A)
8.0 STRUKTUR JAWATANKUASA

PENASIHAT
Pn. Hajjah Noor Ashikin Bt Yusoff (Pengetua)

PENGERUSI
Pn. Faizah Bt Ramli (PK HEM)

N. PENGERUSI
Pn. Rusnah Bt Baba (PK Pentadbiran)
Pn. Hasni Bt Hamid ( PK Ko)

PENYELARAS
Pn. Suhaina Bt Ismail (Guru Kanan Sains & Mat)
En. Ahmad Taufik Bin Abdul Rahman (kaunselor)
Pn. Wan Illani Bt Wan Ishak (kaunselor)

SETIAUSAHA
Pn. Shatirah Bt Mehat

PEN. SETIAUSAHA
En. Abdul Jalil Bin Abdullah

BENDAHARI
Pn. Siti Najhan Bt Zainul Abidin

AJK
En. Ridzuan Bin Abd Aziz – Fotografi
Pn. Noor Hasliza Bt Ghazali – Pengacara Majlis
Pn. Suridaini Bt Abdullah – Dokumentasi

9.0 TENTATIF / ATUR CARA PROGRAM


(Rujuk lampiran B)

10.0 BELANJAWAN

a) Perbelanjaan

BIL. PERKARA KOS / UNIT JUMLAH

1. Bas sekolah RM 500.00 X 1 Biji RM 500.00

2. Jurulatih dan
aktiviti/program Rm35.00 X 50 peserta RM1750.00
penginapan dan
makanan pelajar

3. Cenderahati Rm 15.00 X 10 orang Rm150.00


Fasilitator

4. Lain-lain RM 100.00

JUMLAH RM 2,500.00

b) Pendapatan

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1. Sumbangan PIBG Rm 500.00

3. Kutipan peserta (Rm40.00 X Rm 2000.00


50 orang)

JUMLAH Rm2,500.00

11.0 PENUTUP

Diharapkan segala program atau aktiviti yang dirancang dan disusun akan mencapai
objektif yang telah digariskan serta dapat dihayati dan diaplikasi dalam kehidupan
pengawas-pengawas yang terbabit. Akhir kata, kami merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh,
SHATIRAH BINTI MEHAT
Setiausaha
Badan Pengawas Sekolah 2017
Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar

Disemak oleh,

FAIZAH BINTI RAMLI


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar

Disahkan oleh.

NOOR ASHIKIN BINTI YUSOFF


Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar
06500, Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

You might also like