You are on page 1of 2

PK07-Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
FORMAT MINIT MESYUARAT
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH, ISKANDAR PUTERI
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH BIL 1/2019
Tarikh : 9 JANUARI 2019
Masa : 1.45-2.45 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Taman Bukit Indah
Pengerusi : En. Rasman bin Abdul Karim
Kehadiran (Bil) :31/33
Turut Hadir (Jika ada) :

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Tuan Guru Besar, Encik Rasman bin Abd Karim selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan salam
sejahtera kepada semua guru yang hadir.
1.2 Beliau juga turut menjelaskan bahawa Pusat Sumber Sekolah bukannya satu beban kepada guru-guru
mahupun menambah tugasan sedia ada guru. Sebaliknya, PSS sekiranya berfungsi secara optimum akan
mampu meringankan beban tugasan guru terutamanya dalam PdPC.

2 SENARAI DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA PSS


2.1 Bagi memastikan setiap AJK PSS jelas dengan peranan masing-masing, Guru Media dan Perpustakaan
(GPM) iaitu Cik Shamien telah mengedarkan perincian tugasan setiap anggota (rujuk Lampiran).
2.2 Untuk memantapkan lagi pengurusan PSS ,GPM juga telah menyenaraikan beberapa kumpulan kecil
yang akan bertindak sebagai penggerak ke arah menjadikan PSS SK Taman Bukit Indah ini lebih mesra
pelanggan.
2.3 Senarai AJK adalah seperti berikut:

JENIS AHLI JAWATANKUASA NAMA AHLI


Ploniah Yusof
Nor Azyani bt Sulieman
Pemprosesan Buku Aniza bt Ibrahim
Rohana bt Talib
Cecilia Yii C.Y
Nur Hanis Nasiha bt Azhar
Siti Hajar bt Sidek
Keceriaan Muhammad Syakirin bin Ariffin
Rosmiera bt Mohd Basri
Adibah Zaidah bt Ahmad
Parthiban a/l Seerangam
Mohd Afiq bin Ariffin
Wan Mohd Nadzri bin Wan Hassan
Bilik ABM Mustafa bin Ali
Ramanathan a/l RM Nagappan
Noor Masliza binti Mashhor
Rahsidah binti Salleh
Mohd Fahmi Haikal bin Ashaari
Jualan Mohd Zaky bin Asari
Puveneswari A/P Chetty
Mohd Fadzli bin Ishak
Media Sosial
Ismail Faizal bin Ahmad
PK07-Pengurusan Mesyuarat

3 OBJEKTIF DAN HALA TUJU PSS 2019


3.1 Guru Besar menyarankan agar semua Panitia diselaraskan di bawah PSS bagi tahun 2019 dan
seterusnya.
3.2 Beliau juga berharap agar PdPC dapat dihubungkait dengan PSS supaya murid lebih tertarik untuk
mengunjungi PSS dari masa ke semasa.
3.3 Beliau juga menzahirkan hasrat untuk memperkasakan Bilik Tayang yang lengkap dengan sebuah
komputer serta projector/LCD bagi memudahkan guru-guru untuk mengintegrasikan Audio/Visual di
dalam proses PdPC.
3.4 Segala BBM yang telah digunapakai oleh guru haruslah dipulangkan ke bilik BBM.
3.5 Beliau juga berhasrat agar PSS SK Taman Bukit Indah ini akan menjadi daya tarikan kepada para murid
untuk hadir ke sekolah.

4 AKTIVITI MELIBATKAN PSS


4.1 Guru Besar menyarankan agar semua aktiviti Panitia berpusatkan Pusat Sumber agar pengiraan bajet
tahunan dapat diselaraskan untuk kegunaan aktiviti PSS serta Panitia.

5 PENGAWASAN DAN PENGURUSAN PSS


5.1 Setiap bilik sumber haruslah mempunyai pengawas sumber yang bertugas dari hari ke hari agar dapat
membantu guru, kecuali bilik BBM.
5.2 Bilik Perpustakaan, Bilik Tayang serta Makmal Komputer adalah di bawah tanggunggjawab Pengawas
Pusat Sumber Sekolah dan dibimbing oleh guru.

6 HAL-HAL LAIN
6.1 Guru besar meminta agar sumber di PSS dipelbagaikan agar bersesuaian dengan Pembelajaran Abad
ke-21.
6.2 Beliau juga telah memperuntukkan sejumlah RM3,500 dari wang PCG PSS sekolah untuk membeli
buku manakala RM1,000 untuk keceriaan PSS.

7 PENANGGUHAN MESYUARAT
7.1 Mesyuarat ditangguh pada pukul 2.30 tengah hari.

Disediakan Oleh,
URUS SETIA
Mesyuarat Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

(Tarikh: 9 Januari 2019)

You might also like