You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN,

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN,


JALAN BATU BUNGKAL,
30250 IPOH, PERAK
Tel : 05- 2494830
Kepada :
Ibu bapa pelajar,
Tingkatan 4 Bougainvellia,
SMK Raja Perempuan Ipoh. 21 Julai 2017

Melalui dan salinan,

Puan Noor Haslina binti Saat,


Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Raja Perempuan Ipoh,
Perak.

Tuan/puan,

PERMOHONAN KEBENARAN PELJAR MENJALANKAN EKSPERIMEN FIZIK

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa anak/jagaan pihak tuan/puan pelajar Tingkatan
4 Bougainvellia adalah terlibat dalam satu kelas tambahan yang dikhaskan untuk menjalankan
satu eksperimen.

2. Untuk makluman pihak tuan, kelas tambahan ini bertujuan untuk meningkatkan
kemahiran amali sains pelajar khasnya dalam subjek fizik yang penting untuk kemahiran
kognitif, saintifik dan psikomotor mereka. Butiran lanjut mengenai kelas tambahan adalah
pada ketetapan berikut,

Tarikh : 24 Julai 2017


Hari : Isnin
Masa : 2.30 p.m – 4.30 p.m

3. Sehubungan dengan itu, jasa pihak tuan/puan amatlah saya harapkan untuk
membenarkan anak tuan/puan terlibat dalam menjalani latihan amali ini. Sebarang masalah
berhubung perkara ini, pihak tuan/puan bolehlah berhubung dengan saya Izzah Mardhiya binti
Mohammad Isa di talian 013-5457581. Saya dahului sokongan dari pihak tuan dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

(Izzah Mardhiya binti Mohammad Isa)

Guru Pelatih Fizik.

You might also like