You are on page 1of 1
PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. Oficeof Director General of Education Malia ARAS 8, BLOK E8, Level Bolt KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Government Compleks Parcel E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel + 0388846077 Federal Government Adminitrative Centre Fox :03~ 88894543 62604 PUTRAJAYA Laman web: hip?www.moe. gov. my KP(BPSH-SPDK)201/005/02(38) Tarikh : 19 Februari 2010 Semua Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan, PENGANJURAN PROGRAM / AKTIVITI SUKAN TAHUNAN / KEJOHANAN OLAHRAGA DI ‘SEKOLAH - SEKOLAH Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil maklum bahawa terdapat sekolah ~ sekolah yang telah dan sedang melaksanakan program / aktiviti sukan tahunan / kejohanan olahraga sekolah pada awal tahun. Pelaksanaan ini jelas bercanggah dengan jadual dan garis panduan yang terkandung di dalam Surat Siaran Jadual Pelaksanaan Program Sukan dan Permainan Sekolah Sepanjang Tahun yang dikeluarkan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (KP.BSSK.302-02/03/002(17) bertarikh 14 Januari 2010. 2. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan KPM Bil. 3/2010 bertarikh 3 Februari 2010 telah memutuskan bahawa semua Pengetua dan Guru Besar hendaklah akur dan patuh kepada Surat Siaran tersebut supaya menganjurkan program sukan tahunan / kejohanan olahraga mulai bulan Jun 2010. Walaubagaimanapun, aktiviti latinan dan pemilhan murid boleh dilaksanakan di peringkat awal bagi memastikan sukan dan permainan dilaksanakan secara efektif dan efisien. Dalam hal ini, pihak Y. Bhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan dipohon agar ‘mengingatkan semua Pengetua dan Guru Besar di bawah kawalan pentadbiran Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Yuan / Puansupaya akur dan mematuhi keputusan tersebut. 3. __ Sila maklumkan kandungan Surat Siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah kawalan pentadbiran Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan. Sekian, terima kasi. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang|meturut perintah, s & TAN SRI DAfTO" HAJ! ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like