You are on page 1of 27

JAWAPAN POINTER TINGKATAN 5

LATIHAN 1.1.1
1. Sistem komunikasi rangkaian menjadi pencetus kepada teknologi digital yang akan mengubah cara belajar, sistem sosial,
politik, dan perniagaan.
2. Pendidikan memerlukan pelajar yang berfikiran kreatif, kritis, berkeupayaan menyelesaikan masalah dan menunjukkan
daya kepimpinan yang tinggi.
3. Kesan positif inovasi dalam pengkomputeran;
a. Inovasi dalam teknologi rangkaian
b. Inovasi dalam teknologi storan
c. Inovasi dalam sistem pengoperasian
d. Perkembangan sistem dalam talian
4. Jenayah siber didefinikan sebagai penyalahgunaan teknologi pengkomputeran dan internet bagi melaksanakan aktiviti
jenayah siber.
5. Kategori jenayah siber
a. Kategori dari perspektif pengguna persendirian dan organisasi
b. Dari perspektif keselamatan negara
6. Contoh Jenayah siber;
a. Menyebarkan virus
b. Kecurian maklumat
c. Pelanggaran hakcipta
d. Pencerobohan komputer

LATIHAN 1.1.2
1. Etika dalam pengkomputeran merujuk kepada standard atau panduan bagi mengawal perakuan pengguna komputer
supaya lebih bermoral.
2. Etika dan aktiviti
Etika Aktiviti tidak beretika
Gangguan privasi orang lain Memuat turun perisian tidak sah dalam komputer orang lain menyebabkan
gangguan kepada fungsi komputer
Penyalahgunaan komputer Mencuri data peribadi orang lain bagi tujuan mendapatkan keuntungan
Penyalahgunaan harta intelek Membuat salinan atau mengkomersialkan harta orang lain tanpa kebenaran
orang lain
Menunjukkan sikap hormat Penggunaa bahasa yang tidak sopan, membuat fitnah atau menyebarkan
kepada pengguna yang lain berita palsu.

3. Perbezaan antara etika dan undang-undang

LATIHAN 1.1.3
1. Menghantar email dan melakukan transaksi kewangan
2. Memudahkan penjenayah siber untuk membuat pintasan terhadap rangkaian komputer dan mencuri maklumat berharga.
3. Menghantar maklumat peribadi yang sensitif dengan kaedah penyulitan untuk menjamin keselamatan data.
4. Semakin banyak lapisan semakin sukar data untuk diceroboh.
5. Kata kunci + kata laluan
6. 3 langkah keselamatan
a. Mewujudkan kata laluan
b. Mewujudkan dua pengesahan
c. Penyulitan email
7. Pengguna mesti mengelakkan pembinaa kata laluan berdasarkan nama. Nombor kad pengenalan, tarikh lahir atau
sebarang data yang berkaitan dengan maklumat peribadi.
8. Kata laluan yang baik dibina daripada gabungan huruf, simbol dan nombor iaitu antara 8 hingga 12 aksara. Contoh :
10=2kali5
9. Langkah keselamatan
Situasi Langkah Keselamatan
Anda mempunyai akaun di Maybank. Anda diminta untuk mewujudkan perbankan internet Dua pengesahan
melalui Maybank2U. Pihak bank telah menyediakan langkah keselamatan yang sepatutnya
Setelah tamat pengajian di universiti, anda ingin memohon pekerjaan di salah sebuah Penyulitan email
organisasi bertaraf antara bangsa. Anda perlu mengantar segera permohonan tersebut dan
anda perlu menjamin bahawa maklumat peribadi anda tidak diceroboh.
Untuk memudahkan perjalanan anda diluar negara, anda dibekalkan dengan kad kreadit Kata Laluan
dengan ciri-ciri keselamatan sementara dan anda perlu membina langkah keselamatan anda
sendiri pada masa pertama kali anda menggunakan kad kreadit tersebut.

LATIHAN 1.1.4
1. Kriptografi adalah salah satu cara untuk proses penyulitan data untuk menjamin keselamatannya
2. Penyulitan ialah proses penterjemah data kepada bentuk kod rahsia yang tidak dapat difahami dan merupakan satu cara
yang paling berkesan untuk melindungi data.
3. Perbezaan
Penyulitan data Nyahsulit data
Proses pengekodan teks biasa kepada bentuk teks sifer Proses pengekodan teks sifer kepada bentuk teks biasa
yang tidak dapat difahami
4. Jenis Penyulitan
Penerangan Jenis Penyulitan
Penyulitan dan nyahsulit teks menggunakan kunci yang berbeza Penyulitan tidak simetri
Penyulitan dan nyahsulit teks menggunakan kunci yang sama Penyulitan simetri

5. Rumus : En(X) = (X+n)mod 26, D( teks biasa) = G(teks sifer)


6. Teks biasa kpd teks sifer bila n=2
i. WLK
ii. DCMCV
iii. FWPKC
iv. RGPICVWTECTCCP
7. Teks sifer kpd teks biasa bila n=2
i. LANJUTAAN

LATIHAN 1.1.5
1. Cetak rompak ialah perbuatan menyalin semula, menerbitkan atau menggunakan bahan bercetak atau bahan rakaman
dan bahan perisian komputer tanpa kebenaran pemegang hakcipta atau pemilik asal untuk mengaukkan keuntungan.
2. Akta Hak cipta 1987 (pindaan 1997) dan Akta Jenayah komputer 1996
3. Implikasi
a. Mengancam industri kreatif dan perisian
b. Hilang keyakinan pelabur
c. Menjejaskan kestabilan ekonomi
d. Pengeluaran produk asli terjejas
e. Wujud pengangguran dalam industri
4. Hilang peluang pekerjaan
5. Pengeluaran dari produk asli terpaksa dihentikan kerana mendapat saingan dari produk tiruan

LATIHAN 1.1.6
1. Undang-undang siber merupakan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk memberi hukuman kepada
pesalah-pesalah yang melakukan jenayah dalam talian
2. Akta siber
TAHUN AKTA
Akta Hak Cipta (pindaan)
Akta Tele perubatan
1997
Akta Jenayah Komputer
Akta Tandatangan Digital
Akta komunikasi dan multimedia
1998
Akta suruhanjaya komunikasi dan multimedia
2000 Akta cakera optik
2006 Akta perdagangan elektronik
2007 Akta aktiviti kerajaan elektronik
2010 Akta perlindungan data peribadi

3. Isu undang-undang siber antara negara ialah, kebebasan bersuara, kelucahan dan fitnah
4. Agensi kerajaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan CyberSecurity Malaysia.
5. Perbezaan undang-undang siber
Undang-undang Amerika Syarikat Malaysia
Penubuhan Undang-undang Siber Akta jenayah komputer 1986 Akta jenayah komputer 1997
Kawalan terhadap media sosial Tiada sekatan Tiada sekatan
Isu kelucahan Ada kebebasan kecuali terhadap kanak-kanak Tidak dibenarkan
Perjudian Tidak menghalang perjudian dalam talian Tidak dibenarkan
6. Senarai agensi
1 Bahagian Forensik digital PDRM
2 Kementerian Perdagangan dalam negeri KPDNKK
3 Bank Negara Malaysia
4 Kementerian Kerajaan
7. Cadangan, perlu kerjasama di peringkat antarabangsa supaya penjenayah dapat dihadapkan ke muka pengadilan walau di
mana meraka berada. Perlu ada penyelarasan antara negara dari segi kesalahan siber.
8. Jenayah siber semakin meningkat kerana kemudahan rangkaian internet semakin meningkat dan kawalan keselamatan
terhadap aktiviti dalam talian masih belum dipertingkatkan.

LATIHAN 1.1.7
1. senarai bidang kerjaya : rekabentuk, penciptaan, pengurusan, penyelenggaraan perisian dan multimedia.
2. Bidang dalam pengkomputeran
a. Web dan komunikasi digital
b. Pengaturcaraan dan pembangunan perisian
c. Sistem rangkaian dan keselamatan rangkaian
d. Sokongan maklumat dan perkhidmatan
3. Kerjaya dan kemahiran
Kemahiran Kerjaya
Kepakaran dalam bidang rangkaian dan keselamatan komputer Juruanalisis keselamatan maklumat
Kepakaran dala perisian aplikasi perniagaan yang melibatkan pengurusan Pentadbir pangkalan data
pangkalan data
Kepakaran dalam bahasa pengaturcaraan popular seperti Java, C++, Python Pengaturcara komputer
dan Net
4. Tanggungjawab dan bidang
Peranan dan tanggungjawab Bidang pengkomputeran
Kejaya dalam bidang ini bertanggungjawab untuk mengendalikan semua aspek Sistem rangkaian dan
keselamatan rangkaian termasuk penyulitan, pentadbiran firewall dan protokol keselamatan rangkaian
rangkaian
Kejaya dalam bidang ini bertanggungjawab untuk mengintergrasi pengurusan Sokongan dan perkhidmatan
perniagaan dan analisi data, menilai pelaksanaan sistem komputer untuk
menyelesaikan masalah perniagaan yang rumit.
Kejaya dalam bidang ini bertanggungjawab untuk merancang, mereka bentuk, Pengaturcaraan dan
mengemaskini dan menguruskan perisian komputer dan sistem melalui pembangunan persian
pengaturcaraan dan pembangunan perisian

5. Kerjaya : pembangun laman web. Kemahiran : javascript, HTML dan PHP


6. Tiga elemen
a. Mudah alih
b. Keselamatan data
c. Data raya dan kecerdasan perniagaan dan analitik.

LATIHAN SUMATIF 1.1


1. I) Contoh jenayah siber, penipuan internet, pornografi, fitnah siber, serangan virus
ii)Cabaran adalah untuk membenteras penjenayah yang mengexploitasi teknologi terkini dengan penguasaan undang-
undang siber.
2. I) Pendidikan abad 21 : A
II)Inovasi dalam teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran abad 21.
3. Kelebihan nya ialah ia boleh dicapai pada bila-bila dan di mana-mana melalui pelbagai peranti selagi terdapat liputan
internet.
4. Jenayah siber akan menyebabkan sektor perbankan mengalami kerugian dan menghakis kepercayaan pengguna.
5. Ali tidak mematuhi etika pengunaan komputer iaitu dilarang menggunaan harta intelek orang lain sebagai hak milik.
6. Kata lalauan yang dibaik dibina daripada gabungan huruf, simbol dan nombor iaiatu antara 8 hingga 12 aksara.
7. I) Rumus Caesar Cipher : En(x) = (x+n) mod 26, ii) Teks biasa : SAYANGKU
8. Akta yang boleh disabitkanpenjual cetak rompak : Akta Komunikasi dan Multimedia 1997 dan akta cakera optik 2000
9. Negara China menyekat capaian kepada intenet secara bebas kepada media sosial seperti facebook.
10. i) Kemahiran : Kepakaran dala perisian aplikasi perniagaan yang melibatkan pengurusan pangkalan data.
ii) Kejaya dalam bidang ini bertanggungjawab untuk mengintergrasi pengurusan perniagaan dan analisi data, menilai
pelaksanaan sistem komputer untuk menyelesaikan masalah perniagaan yang rumit.
LATIHAN 1.2.1

1. Seni bina komputer terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Unit Pemprosesan Pusat (CPU), Unit Ingatan dan Unit
Input-Output.
2. Unit dalam CPU
a. Unit aritmatik dan logik (ALU)
b. Unit kawalan
c. Unit Daftar
3. Fungsi utama unit ingatan adalah untuk menyimpan data dan arahan semasa komputer digunakan iaitu selagi arahan
masih beroperasi.
4. Rajah FDE

5. Peranti input berperanan untuk menukar data luaran kepada bentuk yang boleh difahami dan diproses oleh komputer.
Peranti output akan memaparkan hasil yang diproses oleh komputer kepada bentuk yang boleh difahami oleh manusia.
6. Proses kitaran mesin
i. Capai – Unit kawalan memberikan isyarat supaya pemproses mencapai data dan arahan dari ingatan utama dan
disimpan dalam daftar sementara menunggu untuk diproses.
ii. Nyahkod – unit kawalan menyahkod bagi menentukan jenis operasi dilaksanakan
iii. Laksana – pemproses melaksanakan operasi sritmetik dan logik data mengikut arahan.
7. Tugas utama CPU adalah untuk melaksankan arahan memproses data dan mengikut arahan kitaran mesin iaiatu kitaran
capai-nyahkod-laksana(FDE).
8. Rajah FDE

LATIHAN 1.2.2

1. John Von Neuman mendapat idea untuk menyimpan aturcara komputer dalam ingatan dan digerakkan dari unit
ingatan ke pemproses melalui sistem bas.
2. Pembahagian sistem bas;
a. Bas dalaman – menghubungkan komponen dalaman pemproses dan membenarkan komponen bertukar
maklumat
b. Bas luaran – menghubungkan pemproses dengan komponen luaran seperti ingatan dan peranti input-output
3. Jenis-jenis bas luaran
Bas Data Bas Alamat Bas kawalan
Bas yang digunakan untuk Bas yang digunakan untuk Bas yang mengandungi isyarat
memindahkan data antara membawa lokasi yang kawalan yang digunakan bagi
pemproses, ingatan, dan peranti menempatkan data dan arahan mengawal operasi keseluruhan
input-output dalam ingatan utama sistem

4. Komponen utama pemproses


a. Unit aritmatik dan logik,
b. daftar
c. unit kawalan

5. lengkapkan jadual
PENERANGAN KOMPONEN CPU
Melakukan operasi aritmetik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi serta Unit aritmetik dan logik
operasi logik seperti AND, OR, NOT
Komponen yang digunakan bagi menyimpan data dan arahan yang dicapai dari Daftar
ingatan utama sebelum di hantara ke unit pemproses
Menerima dan menjana isyarat-isyarat bagi mengawal operasi keseluruhan Unit kawalan
sistem komputer.

6. jenis daftar dan fungsinya


PENERANGAN JENIS DAFTAR
Digunakan bagi memegang alamat ingatan utama pada peringkat awal proses Pembilang aturcara
kitaran mesin
Digunakan untuk menyimpan data yang menjadi input dan output semasa Daftar mengufuk
operasi ALU
Daftar ini memegang alamat lokasi maklumat di dalam ingatan utama Daftar alamat ingatan
Memegang data dan arahan yang dibaca dari ingatan atau yang ditulis ke Daftar data ingatan
ingatan
Mengandungi arahan terkini yang akan dilaksanakan untuk menyahkod arahan Daftar arahan

7. Jam merupakan peranti cip dalam pemproses yang menjana denyutan elektronik pada kadar yang tetap bagi
menyeragamkan semua operasi komputer. Unit sistem jam ialah hertz

LATIHAN 1.2.3
1. Kelajuan komputer ditentukan oleh keupayaan pemprosesnya.
2. 2 jenis pemproses ialah pemprosesan linear dan pemprosesan semasa
3. Jenis pemproses
PENERANGAN PEMPROSES
Pemproses yang memproses data dan arahan secara berjujukan mengikut kitaran Linear
mesin iaiatu Capai-Nyahkod-Laksana (FDE)
Pemprosesan ini digunakan untuk melakukan pelbagai tugas dalam satu masa. Ia semasa
mampu melaksanakan beberapa arahan secara serentak.

4. Perbezaan
PEMPROSESAN LINEAR PEMPROSESAN SEMASA
Pemprosesan linear kurang efektif dalam Lebih efektif bagi pelaksanaan arahan yang panjang
pemprosesan data dan arahan yang panjang dan dan kompleks
kompleks
Pemprosesan linear hanya boleh melakukan satu Lebih efektif kerana arahan-arahan dibahagikan
tugas pada satu masa. Pemproses ini lebih kepada beberapa bahagian dan dilaksanankan
perlahan secara berasingan

LATIHAN 1.2.4
1. Fungsi penterjemah bahasa pengaturcaraan adalah untuk menterjemah kod atrcara kepada bahasa mesin yang boleh
difahami oleh komputer.
2. Kategori bahasa pengaturcaraan
KATEGORI BAHASA BAHASA PENGATURCARAAN
Bahasa berasaskan objek
Bahasa Aras Tinggi
Bahasa berstruktur
Bahasa himpunan
Bahasa Aras Rendah
Bahasa mesin
3. Bahasa aras tinggi menggunakan pernyataan yang mudah difahami oleh pengaturcara kerana bahasanya hampir sama
dengan bahasa tabii manusia. Contoh perisian ialah seperti Java, Visual Basic, PHP dan Python
4. Tugas penterjemah adalah untuk menukarkan kod arahan dari bentuk yang difahami manusia kepada bentuk yang
difahami oleh komputer.
5. 2 jenis penterjemah ialah pengkompil dan pentafsir

6. Maksud simbol aras rendah


Simbol arahan Maksud
ADD Tambah
MUL atau MPY Darab
SUB Tolak
DIV Bahagi
OR, NOT, AND Logik boolean
LOAD Capai data dalam memori
STORE Simpan data ke dalam ingatan
7. Perbezaan antara pengkompil dan pentafsir

Pengkompil Pentafsir

Melaksanakan keseluruhan kod sumber, Menganalisis dan melaksanakan setiap baris kod secara
mengumpul dan menyusunnya berturutan

Hasil lebih efektif serta mudah disebarkan Kurang efektif dan agak sukar disebarkan

Proses pembetulan sukar dilakukan serta merta Memudahkan proses pembetulan dilakukan serta merta

Lebih cepat untuk melarikan program tetapi


Mengambil masa lebih lama untuk melarikan program
mengambil masa yang lama untuk mengompil
tetapi lebih pantas untuk diterjemahkan.
dan melarikan

8. Penggunaa pentafsir

LATIHAN 1.1.5
1. CARA komputer bekerja
2. Rajah Von Neumann

LATIHAN SUMATIF 1.2

1. I) unit pemproses pusat (cpu)


ii) Fungsi utama dari CPU adalah melakukan operasi aritmetik dan logik terhadap data yang diambil dari memori atau dari
informasi yang dimasukkan melalui peranti input
iii) Unit dalam CPU, Unit aritmatik dan logik (ALU), Unit kawalan dan Unit Daftar
2. I) Random acess memory
ii) Fungsi utama unit ingatan adalah untuk menyimpan data dan arahan semasa komputer digunakan
iii) 2 Jenis ialah RAM da ROM
3. Peranti
Peranti Input Peranti Output
Papan kekunci Monitor
Tetikus pencetak

4. X = Unit Aritmatik danLogik Y = Nyahkod Z= Capai


proses dalam X ialah melakukan operasi matematik seperti tambah, tolak darab bahagi dan operasi logik seperti boolean.
5. I ) Bahasa pengaturcaraan yang paling hampir dengan bahasa tabiie manusia
ii) ADD, SUB, DIV
iii) Kelebihan
a. Kemudahalihan yang lebih baik
b. Mempunyai banyak jenis data dan pengurusan memori
c. Mempunyai sokongan yang baik dari segi penyelenggaraan perisian
6. 2 penterjamah
i) Pengkompil dan pentafsir
i) Nombor perduaan
ii) Java, PHP, Python, Visual Basic

LATIHAN 1.3.1

1. Get logik merupakan blok binaan asas litar bersepadu yang mengandungi dua input dan satu output.
2. Litar bersepadu ialah litar elelktronik yag terdiri daripada gabungan elektronik iaiatu transistor, perintang, diod dan
kapasitor)
3. Jadual kegunaan litar bersepadu
Jenis IC Kegunaan Jumlah Get Logik
SSI: Penyepaduan skala kecil Get Logik (DAN, ATAU, TAKDAN, TAKATAU) <12
MSI: Penyepaduan skala Flip-plip adder/counter multiplexer & demultiplexer 12- 99
pertengahan
LSI : Penyepaduan skala besar Ingatan komputer pemproses mikro 8 bit 100 – 999
VLSI : Penyepaduan skala Pemproses mikro 16 bit dan 32 bit 10 000 – 99 999
sangat besar
ULSI : Penyepaduan skala ultra Pemproses mikro untuk pemprosesan grafik 100 000 – 999 999
besar
GSI : Penyepaduan skala Giga Pemprosesan pentium IV  1 000 000

4. Contoh barangan yang menggunakan litar bersepadu ialah seperti, telefon mudah alih, komputer, televisyen dan LCD
projektor
LATIHAN 1.3.2

1. Get logik asas dan get logik gabungan


2. Simbol get logik asas

3. Get logik gabungan : TAK DAN, TAKATAU, XATAU, XTAKATAU


4. Lukis

LATIHAN 1.3.3
1. Jadual kebenaran digunakan untuk menyemak output yang dihasilkan daripada get-get logik daripada litar logik. Ia
digunakan untuk membuktikan teorem algebra boolean.
2. Jadual kebarangkalian input
Bilangan Pemboleh ubah 1 2 3 4 5
Jumlah kebarangkaian input 21=2 22=4 23=8 24=16 25 =32

3. Jadual kebenaran
i) DAN II) ATAU III) TAK

4. I) Persamaan bolean Y = AB dan get logik TAK DAN

A B Y
0 0 1
0 1 1
1 0 1
1 1 0
ii) Persamaan bolean Y = A+B dan get logik TAK ATAU
A B Y
0 0 1
0 1 0
1 0 0
1 1 0

iii) Jadual Persamaan boolean Y = A XOR B get logik XATAU

A B ATAU XATAU
0 0 O 1
0 1 1 0
1 0 1 0
1 1 1 0

iv) Jadual kebenaran untuk XTAKATAU

A B XATAU XTAKATAU
0 0 1 1
0 1 0 0
1 0 0 0
1 1 0 1

5. Jadual kebenaran
A B Y
0 0 1
0 1 0
1 0 0
1 1 0

LATIHAN 1.3.4

1. Jadual kebenaran
i)

ii)
LATIHAN 1.3.5

1. Ungkapan boolean 2. Langkah tulis ungkapan boolean

X = A’.B’
Y = A.B
Output = A.B + A.B

LATIHAN 1.3.6

Get logik

Jadual kebenaran
LATIHAN 1.3.7
I) GET LOGIK

II) JADUAL KEBENARAN

LATIHAN SUMATIF 1.3

1. Litar bersepadu elektronik yang terdiri daripada gabungan komponen elektronik iaiatu transistor, peringtang, diod dan
kapasitor.
2. LUKIS get logik
i) ATAU

ii) TAKDAN

iii) TAK ATAU

3. JADUAL KEBENARAN
A B Q
0 0 1
0 1 1
1 0 1
1 1 0
4. Ungkapan boolean

5. Get Logik

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN

BAHAGIAN A:
1. I) Jenayah siber adalah jenayah yang melibatkan penggunaan komputer dan rangkaian. Komputer mungkin telah
digunakan di dalam jenayah atau menjadikannya sebagai sasaran
Ii ) langkah - langkah
a. Gunakan Kaedah penyulitan (encryption) di mana setiap data penting perlu melalui proses penyulitan
menggunakan perisian tertentu di internet.
b. Hidupkan firewall untuk melindungi komputer dari ancaman luar
2. Kebaikan
a. membolehkan kita mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara
b. Berkongsi maklumat
c. Mengadakan transksi atas talian seperti pembayaran bil dan pembelian

3. Menggunakan perisian takpa berbayar dan membuat salinan persian tanpa kebenaran.
4. I) A = penyulitan, B = Nyahkod
iii) ADIK = CFKM
5. Penipuan komputer
6. Malaysia menghalang perjudian dalam talian manakala Amerika tidak dikenakan tindakan jika mempunyai lesen yang
dibenarkan.
7. Agensi penguatkuassan
i. Kementerian perdagangan dan kepenggunaan (KPDNKK)
ii. Polis di raja Malasyia (PDRM)
8. I) Pereka grafik
ii)Mahir dalam mengendalikan Perisian pengaturcaraan dan perkakasan multimedia
iii) PHP, Java Script
9. I) fungsi CPU Ialah menterjemahkan data input kepada maklumat output yang lebih bermakna.
ii)Kompnen utama senibina komputer ialah, unit pemproses pusat, unit peranti input dan output dan unit ingatan.
10. Unit ALU, Kawalan dan daftar
11. Unit ingatan , RAM dan ROM
12. Peranti input dan output
Input Output
Microphone Pencetak
Papan kekunci LCD Projektor
Pengimbas Pembesar suara
Tetikus Monitor
13. Proses kitaran mesin : Capai – Nyah kod – Laksana
14. Sistem bas
i. Bas luaran
ii. Bas dalaman
15. penterjemah – pengkompil, pentafsir dan penghimpun
16. perbezaan
PEMPROSESAN LINEAR PEMPROSESAN SEMASA
Pemprosesan linear kurang efektif dalam Lebih efektif bagi pelaksanaan arahan yang panjang
pemprosesan data dan arahan yang panjang dan dan kompleks
kompleks
Pemprosesan linear hanya boleh melakukan satu Lebih efektif kerana arahan-arahan dibahagikan
tugas pada satu masa. Pemproses ini lebih perlahan kepada beberapa bahagian dan dilaksanankan
secara berasingan
17. Jenis bahasa aras tinggi
KATEGORI BAHASA BAHASA PENGATURCARAAN
Bahasa berasaskan objek
Bahasa Aras Tinggi
Bahasa berstruktur

18. DAN, ATAU, TAK

19. X =

20. Jadual kebenaran

BAHAGIAN B

SOALAN 21
I. Kesan jenayah siber
a. maklumat- maklumat peribadi atau sulit terdedah
b. Kerugian syarikat serta pengguna internet akibat jenayah siber.
c. Berkembangnya budaya fitnah
d. Mengancam keselamatan negara.
iii. Perbezaan antara China dan Malaysia. China menyekat capaian kepada internet secara bebas termasuk
media sosial seperti facebook, tetapi malaysia tiada sekatan.

SOALAN 22
I. Unit kawalan memberi isyarat supaya pemproses mencapai data dan arahan dari ingatan utama dan
disimpan dalam daftar sementara menunggu untuk diproses
II. Pemproses melaksana operasi aritmetik dan logik terhadap data seperti yang dinyatakan oleh kod arahan
III. Unit aritmatik dan Logik, unit Kawalan, daftar
IV. Hertz (Mhz), 160 000 000 = 160 Mhz

SOALAN 23

i. Data yang disimpan dalam Storan awan boleh dicapai pada bila-bila masa dan dimana-mana tempat
denga syarat ada kemudahan internet.
ii. Kelemahan cloude storage
- Memerlukan kemudahan internet
- Jika perkhidmatan terganggu oleh penyedia perkhidmatan, maka data yang disimpan tidak dapat dicapai.
iii. Cakera liut, cakera optik dan pena pemacu
iv. Google Chrome, Internet explorer
v. sistem pengoperasian ialah sistem yang mengawal, menyelaras dan mengkoordinasi
perkakasan, menyedia antara muka pengguna dan membolehkan program aplikasi dipasang untuk
kegunaan pengguna. Contoh, Microsoft windows, linux, Unix
SOALAN 24
i. Jadual kebanaran get logik ATAU

ii. Get logik

iii. Jadual kebanaran get logik di atas

LATIHAN 2.1.1

1. Jenis atribut
Jenis-jenis atribut
Terbitan mudah komposit kunci Nilai gandaan Nilai tunggal

2. Simbol atribut
Simbol Atribut Keterangan
Mewakili atribut mudah dan atribut nilai tunggal

Mempunyai lebih dari satu nilai

Terhasil berasaskan atribut lain

Atribut kunci yang unik yang membezakan rekod dalam pangkalan data

Atribut yang boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian.


3. Hubungan ialah penyatuan antara entiti. Hubungan meunjukkan bagaimana dua entiti berkongsi maklumat dalam
pangkalan data.
4. Kunci primer digunakan untuk membezakan rekod dalam sebuah pangkalan data
5. Jenis kekardinalan
i. Kekardinalan minimun
ii. Kekardinalan maksimunm
6. Langkah –langkah membina ERD
i. Kenalpasti semua entiti yang berkaitan dan hubungan antara entiti
ii. Pastikan setiap entiti hanya muncul sekali dalam sesuatu rajah
iii. Gunakan nama yang sesuai untuk entiti, atribut dan hubungan
iv. Singkirkan hubungan yang bertindih antara entiti
v. Gunakan simbol yang betul untuk setiap entiti dan atribut.
7. ERD

LATIHAN 2.1.2

1. Kunci asing digunakan untuk menghubungkan antara dua jadual dalam pangkalan data
2. Ciri-ciri model hubungan data
i. Setiap hubungan mempunyai nama yang berbeza daripada nama-nama hubungan yang lain
ii. Setiap data dalam hubungan mempunyai satu nilai sahaja
iii. Setiap atribut (medan) mempunyai nama yang berbeza
iv. Setiap rekod dalah berbeza
v. Susunan atribut tidak mempunyai kepentingan
vi. Susunan rekod tidak mempunyai kepentingan
3. Langkah-langkah memetakan ERD kepada skema hubungan
i. Entiti ditukarkan menjadi nama hubungan
ii. Atribut akan menjadi nama medan
iii. Jenis hubungan dalam ERD akan menentukan pemilihan kunci asing
4. Jenis hubungan
i. Satu ke satu
ii. Satu ke banyak
iii. Banyak ke banyak
5. Skima hubungan
PELAJAR
ID_Pelajar Nama Alamat

SUBJEK
Kod Subjek Nama Subjek IDPelajar

6. Skima Hubungan banyak ke banyak

GURU
ID Guru Nama Alamat

OPSYEN_GURU
Id Guru Kod Subjek

SUBJEK
Kod Subjek Nama subjek

7. Langkah skima hubungan ternormal


i. Pastikan entiti menjadi nama jadual
ii. Pastikan atribut menjadi nama medan
iii. Pemilihan kunci asing berdasarkan jenis hubungan antara entiti
8. Penormalan ialah proses untuk memastikan bahawa model data logikal yang terhasil mempunyai anamoli yang
paling minimun.
9. Pernomalan bertujuan untuk menghasilkan skema hubungan dengan menempatkan atribut ke dalam jadual dengan
betul bagi mengenalkan anamoli.
10. Anamoli ialah ralat yang mungkin berlaku apabila pengguna ingin mengemas kini jadual yang mengandungi data
berulang.
11. Jadual dikatakan dalam bentuk normal pertama apabila kumpulan data berulang dihapuskan.
12. Penormalan
i. 1NF

Jutifikasi :

ii. 2NF
iii. 3NF

Justifikasi

13. Penormalan 1NF – 2NF

LATIHAN SUMATIF 2.1

1. i. isbn, judul, idpenerbit, harga, kategori


ii. BUKU
iii.isnb
2. ERD dan kedardinalan

3. Penormalan 2NF

ERD

LATIHAN 3.1.1

1. HTML menyediakan cara menghasilkan dokumen berstruktur dengan menandakan semantik struktur teks seperti
tajuk, perenggan, senarai, pautan, petikan, dan lain-lain. HTML membolehkan pembenaman imej dan objek, serta
boleh digunakan untuk menghasilkan borang interaktif.
2. Jenis atribut

3. Kelebihan CSS ialah membenarkan perubahan pada gaya sesuatu halaman web dan menerangkan persembahan bagi
sesuatu dokumen HTML
4. Bahasa penskripan ialah bahasa pengaturcaraankomputer yang biasanya ditafsir dan boleh ditaip langsung
dari papan kekunci.
5. kebaikan bahasa penskripan ialah skrip-skrip sesuatu penggunaan boleh diubah tanpa perlu dikompilkan atau
ditafsirkan semula. Berbeza dengan atur cara yang dalam bentuk fail boleh laksana, yang perlu dikompil semula
untuk melakukan sebarang perubahan bagi perilaku sesuatu program
6. pelanggan adalah pengguna laman web, manakala pelayan adalah server yang boleh berada dimana-mana tempat
didunia.
7. Perbezaan web statik dan dinamaik
statik Dinamik
Kandungan paparan mengikut tag HTML yang Kandungan paparan boleh dipanggil pangkalan data
digunakan atau mengikut tindakan pengguna
Dibina menggunakan HTML sahaja Dibina menggunakan penskripan pelayan
Contoh : laman web mamaparkan latarbelakang Contoh laman web perbankan online
organisasi

8. Kelebihan bahasa penskripan


a. Laman web lebih interaktif
b. Pembangun laman web boleh menentukan reka bentuk dan ciri-ciri web
c. Meningkatkan kebolehupayaan web bagi pelayar yang menyokong pelbagai jenis bahasa penskripan klien
d. Pelaksanaan tugas yang pantas tanpa penglibatan komputer pelayan.
9. Contoh bahasa penskripan
Javascrip, PHP, ASP, Python
10. Ciri-ciri laman web menarik
a. Beri maklumat tepat dan lengkap.
b. Grafik cantik dan berkonsep – untuk branding.
c. Mudah difahami – link tersusun, cara pembayaran, cara belian, cara pendaftaran dll.
d. Cepat loading – Grafik di optimasi.
e. Navigasi tersusun.

LATIHAN 3.1.2

1. Jenis pengisihan – isihan buih dan isihan pilih


2. Proses pengisihan – turutan menaik dan turutan menurun
3. Kelebihan isihan buih – mudah dibina dan mudah difahami. Sesuai digunakan apabia bilangan di dalam unsur adalah kecil.
4. Algoritma isihan pilih sesuai digunakan dalam membUat pengisihan sekiranya bilangan unsur adalah kecil.
5. Proses algoritma isihan buih:
1. Perbandingan diantara unsur-unsur tatasusunan yang bersebelahan akan dilakukan dari bawah keatas tatasusunan.
2. Penukaran kedudukan akan dibuat apabila unsur berada dalam susunan yang tidak terisih.
3. Bagi isihan secara menaik, unsur-unsur yang bernilai besar akan naik ke bahagian atas tatasusunan.
4. Pada laluan pertama, nilai paling besar dalam senarai akan dipindah ke tempat paling atas tatasusunan, laluan kedua
pula akan menempatkan nilai kedua besar di bahagian kedua atas tatasusunan dan proses ini akan berterusan sehingga nilai
laluan menyamai nilai saiz senarai.
6. Carta alir

7. Inden kod aturcara


LATIHAN 3.1.3

1. Pemboleh ubah ialah ruang ingatan yang digunakan untuk menyimpan nilai sementara sewaktu atur cara di proses.
Contoh, nama, alamat
2. Pemalar merupakan runag ingatan yang digunakan untuk menyimpan nilai sementara semasa aturcara diproses. Contoh
nilai pi = 3.142, bilan hari = 7
3. Jenis data
Contoh data Jenis data
5, 7, 400 Nombor (integer)
AHMAD, AH CONG, DAVID Rentetan (string)
True, false boolean
4. Pengisytiharan
Data Pembolehubah Pengisytiharan
45, 23, 29,32 berat var berat = [45, 23, 29, 32]
Abu, ali, hassan pelajar Var pelajar = [Abu, ali, hassan]

5. Pemalar
Data Pengisytiharan
a=4 const a = 4;
b = 3.65 const b = 3.65;
Markah = 50 const markah = 50;

6. Lengkapkan

7. Jenis data
Nombor
Boolean
String

LATIHAN 3.1.4

1. Tiga jenis struktur kawalan


a. Struktur kawalan jujukan
b. Struktur kawalan pilihan
c. Struktur kawalan ulangan

2. Struktur kawalan jujukan digunakan apabila arahan atau pernyataan dilaksanakan mengikut tertib sebagaimana yang
ditentukan oleh kod aturcara tanpa perlu merujuk kepada syarat.
3. Carta alir
4. Operator
Simbol operator maksud
== Sama dengan
!= Tidak sama dengan
> Lebih besar daripada
< Lebih kecil daripada
>= Lebih besaar atau sama dengan
<= Lebih kecil atau sama dengan

5. Struktur kawalan pilihan

6. Pernyataan bersyarat

Jika markah >=40;


Papar Tahniah
Jika Tidak
Papar Usaha lagi
7. Operator logik
Operator logik ! || &&
Syarat NOT OR AND

8. Penggunaa operator logik


Nilai Syarat Jawapan
X= 3, y = 3 (x<10&&y>1 benar
X= 3, y = 5 (x==5||y==5) benar
X= 5, y = 3 ! x ==y benar

9. Struktur kawalan ulangan berasaskan pembilang & struktur kawalan ulangan berasaskan syarat.
10. Komponen pernyataan for
a. Nilai awal untuk mulakan pembilang
b. Nilat tamat untuk menamatkan proses membilang
c. Nilai kemaskini untuk proses mengemaskini nilai pembilang
11. Pembilang
Nilai awal i=0
Nilai Tamat i<len
Nilai Kemaskini i++

LATIHAN SUMATIF 3.1


1. HyperTeks Markup Langunge
kebaikan bahasa penskripan ialah skrip-skrip sesuatu penggunaan boleh diubah tanpa perlu dikompilkan atau ditafsirkan
semula.
2. Langkah-langkah
Langkah-langkah Susunan
Enjin carian menghantar laman web kepada pelanggan 4
Pelanggan berinteraksi dengan laman web 5
Pelanggan melayari laman web 1
Enjin carian akan mencari laman web berdasarkan alamat 2
Enjin carian menghasilkan laman web HTML dengan arahan dari kod aturcara 3
3. i. Perbezaan antara laman web statik dan laman web dinamik
statik Dinamik
Kandungan paparan mengikut tag HTML yang digunakan Kandungan paparan boleh dipanggil pangkalan data
atau mengikut tindakan pengguna
Dibina menggunakan HTML sahaja Dibina menggunakan penskripan pelayan
Contoh : laman web mamaparkan latarbelakang organisasi Contoh laman web perbankan online
ii. Kelebihan bahasa penskripan
a. Laman web lebih interaktif
b. Pembangun laman web boleh menentukan reka bentuk dan ciri-ciri web
c. Meningkatkan kebolehupayaan web bagi pelayar yang menyokong pelbagai jenis bahasa penskripan klien
d. Pelaksanaan tugas yang pantas tanpa penglibatan komputer pelayan.
4. i. nama pemboleh ubah
a. bil nombor
b. i
c. j
d. sementara
ii. struktur kawalan pilihan kerana terdapat pernyataan bersyarat for
iii. komponen
Komponen Penyataan for
Nilai awal i=0
Nilai Tamat i<bilNombor
Nilai Kemaskini i++

LATIHAN 3.2.1

1. Ciri-ciri laman web yang menarik


a. Rekaan Laman Web
b. Gunakan elemen Multimedia sebagai penyampai maklumat
c. Interaktif dan mesra pengguna
d. Mempunyai ruang putih yang mencukupi
e. Penggunaan saiz teks yang bersesuaian
2. Ciri-ciri laman web dinamik
a. Menggunakan bahasa pengaturcaraan web seperti PHP, ASP dan lain-lain.
b. Memiliki pangkalan data
c. Boleh mengubah paparan laman web melalui CMS yang ada.
d. Isi kandunga di dalamnya dari pengunjung dan juga dari pangkalan data
3. Proses pelayan dan pelanggan berlaku dalam persekitaran internet yang mana, pelayar web sebagai pelanggan manakala
web browser sebagai pelayan.
4. Fungsi bahasa penskripan pelayan ialah mengakses data daripada pangkalan data dan menterjemah serta memaparkan
kepada pengguna.
5. Laman web perlu menggabungkan bahasa penskripan pelayan dan bahasa penskripan pelanggan untuk menjamin
keselamatan laman web tersebut.
6. Contoh : ASP, Javascript, PHP, Python

LATIHAN 3.2.2
1. Operasi asas
a. Menulis data terhadap fail teks
b. Membaca data daripada fail teks
c. Mencipta atau membuka fail teks
d. Menyunting fail teks
2. Mod capaian
Mod Capaian Penerangan
r Fail di buka untuk dibaca sahaja
w Fail dibuka untuk ditulis sahaja bermula dari awal fail
a Fail dibuka untuk ditulis sahaja bermula dari akhir fail
r+ Fail dibuka untuk dibaca atau ditulis. Penunjuk fail bermula daripada permulaan fail tersebut
w+ Fail dibuka untuk dibaca atau ditulis. Memadamkan kandungan fail atau mencipta fail baharu
sekiranya fail belum wujud. Penunjuk fail bermula daripada permulaan fail tersebut
a+ Fail dibuka untuk dibaca atau ditulis. Kandungan fail tersebut terpelihara. Mencipta fail baharu
sekiranya fail belum wujud. Penunjuk fail bermula daripada penghujung fail tersebut.
3. Kelebihan PHP
a. PHP adalah multi platform ( Windows,Unix, Linux dan sebaginya.)
b. PHP disokong oleh semua jenis server seperti Apache dan IIS.
c. PHP percuma untuk didownload.
d. PHP mudah untuk dipelajari.
LATIHAN SUMATIF 3.2
i. Bahasa penskripan klien digunakan untuk menjalankan kod aturcara melalui pelayar web. Pemprosesa berlaku pada
komputer pengguna. Kod aturcara dipindahkan dari pelayan web ke komputer pengguna melalui internet melalui
pelayar web.
ii. Bahasa penskripan pelayan adalah bahasa yang digunakan untuk membangunkan laman web yang melibatkan
penggunaan kod aturcara pada pelayan web untuk menghasilkan tidakbalas yang sesuai sebagaimana yang
dikehendaki oleh pengguna ke laman web.
iii. JavaScript, Perl, PHP, Ruby, Python
iv. Mozilla Firefox, Google Chrome, MicrosoftInternet Explorer, Apple Safari and the Opera

LATIHAN 3.3.1

1. Prinsip reka bentuk laman web


a. Menggunakan warna dan grafik yang sesuai
b. Mewujudkan navigasi
c. Pastikan wujud keseimbangan visual
d. Rancang jenis persekitaran web yang dibina
e. Wujud perbezaan elemen dalam laman web
f. Penekanan kepada maklumat yang ingin disampaikan
g. Penggunaan typography yang sesuai
2. Faktor teknikal
a. Kesesuaian penggunaan pelbagai pelajar
b. Kelajuan capaian interet
c. Keperluan perisian sokongan untuk paparan
d. Kepelbagaian sistem komputer dan peranti mudah alih
e. Kepelbagaian saiz paparan monitor
3. Contoh pelayar web
a. Internet explorer
b. Google chrome
c. Firefox
d. Safari
4. Kaedah menarik perhatian pengguna
a. Penggunaan kesan khas
b. Penggunaan ruang putih supaya eleman lebih terserlah
c. Penggunaan fungsi Bold, italic warna yang berbeza.
5. Kaedah prinsip perbezaan
a. Penggunaan label dan pautan yang berbeza.
b. Penggunaa border, warna yang berbeza dan juga kesan khas
c. Penggunaan ruang putih
d. Perbezaan warna
6. Penggunaan grafik dan teks yang saling melengkapi mampu membentuk imej dalam minda pengguna untuk
menyampaikan masej atau idea pereka web.
7. Corak penyusunan teks
a. Corak paparan berasaskan kertas
b. Corak paparan secara Z-shaped
c. Corak paparan secara F-shaped
8. Panduan prinsip typography
a. Seragamkan jenis teks bagi setiap halaman yang dibina
b. Gunakan saiz teks yang berbeza bagi membezakan taju, subtajuk atau isi.
9. Penggunaan warna yang tidak sesuai akan menyebabkan pengguna sucar untuk mendapatkan maklumat dan hilang fokus
kepada apa yang ingin disampaikan oleh laman web.
10. Contoh navaigasi
a. Bar navigasi
b. Menu drob down
c. Breadcrumbs
d. Pautan menggunakan grafik
e. Site map.
11. Keseimbangan visual merujuk kepada gabungan elemen visual seperti garisan, teks, imej, bentuk dan warna laman web.
12. Laman web yang memenuhi keperluan pengguna ialah laman web yang mudah difahami, hasil carian yang pantas dan
maklumat yang tepat

LATIHAN 3.3.2

1. Untuk membina laman web yang baik, perhatian perlu diberikan kepada cara maklumat dalam laman web tersebut dapat
dicapai dan pendekatan yang sesuai bagi pengguna untuk mendapatkan maklumat.
2. Proses mereka bentuk kerangka aplikasi
a. Penstrukturan kandungan atau maklumat
b. Penstrukturan halaman
c. Reka bentuk antara muka
d. Reka bentuk navigasi
3. Setiap reka bentuk laman web perlu berasaskan kepada kehendak pengguna atau pengalaman pengguna semasa melayari
laman web.
4. Kaedah untuk mendapatkan input dari pengguna
a. Temu bual
b. Soal selidik
c. Pemerhatian atau tinjauan
5. Langkah-langkah
a. Membentuk inventri maklumat
b. Pengelasan maklumat
6. Membentuk inventri maklumat adalah menyenaraikan jenis maklumat yang ingin dimasukkan dalam laman web supaya
memberi idea untuk mencipta fungsi laman web.
7. Contoh pengelasan maklumat
Kaedah pengelasan maklumat Contoh
Mengikut turutan abjad Pengelasan maklumat jualan berasaskan nama pengguna
Kronologi Pengelasan hasil jualan mengikut tarikh
Kategori atau jenis Pengelasan jualan mengkut kategori produk
Hieraki Jenis baju muslimah yang dikelaskan kepada subkategori seperti blaus dan
kurung moden
Spatial Pengelasan maklumat mengikut geografi
Mengikut urutan magnitud Pengelasan maklumat jualan bermula daripada jumlah yang kecil kepada jumlah
jualan yang besar

8. Penstrukturan halaman ialah cara setiap halaman dalam laman web dihubungkan.
9. Jenis gaya pestrukturan halaman
a. Penstrukturan secara hieraki
b. Penstrukturan secara jujukan
c. Penstrukturan kompleks
10. Rangka wayar ialah panduan visual yang mewakili rangka kerja keseluruhan laman web yang bertujuan untuk menyusun
elemen-elemen yang akan dimasukkan dalam laman web bagi menepati konsep laman web.
11. Laman web
12. Rangka wayar antaramuka laman web

13. Teknik navigasi laman web


a. Toolbar
b. Bar navigasi
c. Breadcrumbs
d. Peta tapak
e. Pautan menggunakan grafik
f. Menu drob down
14. Menu drob down
LATIHAN SUMATIF 3.3
i. Penggunaan warna dan grafik dalam web mampu menonjolkan imej dan identiti sesuah laman web. Penggunaan warna yang
bijak mampu menarik perhatian pengguna dan meningkatkan kebolehbacaan mereka.
ii. panduan penggunaan teks yang dipahui ialah ;
a. Seragamkan jenis teks bagi setiap halaman yang dibina
b. Menggunakan sais teks yang berbeza untuk membezakan tajuk dengan kandungan
iii. bentuk navigasi yang digunakan ialah;
a. Bar navigasi
b. Pautan menggunakan grafik
iv.keseimbanagn visual ialah gabungan penggunaan teks, imej dan bentuk yang sesuai. Ini akan dapat menarik minat pengguna
dan memudahkan kefahaman pelawat laman web tersebut.

SOALAN PERCUBAAN
BAHAGIAN A:
1. I)Teknik peniskalaan, teknik leraian ii)X = proses = Y = pernyataan syarat
2. I) boolean ii) operator perbandingan : >, <, >=, <=
3. I) Ralat logik, rumus luas salah
4. Pemboleh ubah : tapak, tinggi, luas
5. I) integer, string II) perbezaan : Pemboleh ubah sejagat boleh dilakukan diluar mana-mana fungsi manakalah pemboleh
ubah setempat perlu diisytiharkan dalam sebuah fungsi dalam aturcara.
6. Unit pemproses utama membaca operasi aritmatik dari kiri ke kanan sahaja.
7. AND, OR, NOT
8. Jadual IPO
Input Proses Output
Harga jual Untung = (Harga jual – harga Untung kasar
Harga beli beli ) x bilangan barang
Bilangan barang
9. ciri-ciri
a. Intergriti data
b. Ketekalan data
c. Kelewahan data
10. kelebihan : sistem pangkalan data membolehkan pengguna untuk berkongsi maklumat, mengatasi masalah
pertindihan data dan mengelakkan masalah pembaziran masa, kos.
11. I) atribut ialah data-data deskriptif dalam pangkalan data. atribut ialah lajur-lajur dalam jadual dengan nama lajur sebagai
nama atribut..
II) set hubungan

12. Kebergantungan fungsi transitif ialah kergantungan antara dua atribut yang tidak melibatkan mana-mana atribut kunci
primer iaitu nombor telefon bimbit hanya bergantung kepada nama guru sepenuhnya.
13. Keperluan interaksi manusia dan komputer
a. Mendapat permintaa dalam pasaran
b. Meningkatkan produktiviti
c. Mengurangkan kos selepas jualan
d. Mengurangkan kos pembangunan
14. Penyulitan simetri dan penyulitan tidak simetri
15. I) ATAU, TAKDAN
II) P = A + B, Q = AB
16. Ungkapan boolean : Q = AB + A
17. Juruanalisa sistem rangkaian
18. Penghimpun
19. Banyak ke banyak
20. Kunci asing kerana kunci yang unik utuk satu entiti dan diwujudkan dalam entiti yang lain untuk menghubungan antara
adua entiti tersebut.

BAHAGIAN B
SOALAN 21
I ) id pengguna, nama dan kata laluan
ii) id pengguna = string, nama = cgar dan kata laluan= string
iii) struktur kawalan pilihan kerana terdapat penyataan bersyarat benar atau palsu
iv) “papar borang log masuk “
SOALAN 22
I) untuk menghapuskan kebergantungan fungsi separa
ii) kunci primer : BUTIRAN [kod daftar], JENIS [id], LOKASI [Id]
III)KUNCI asing [jenis]
Iv ERD

Soalan 23
i) Jenayah siber ialah penyalahgunaan tenologi pengkomputeran dan internet bagi melaksanakan aktiviti jenayah
seperti mengubah data dalam komputer.
ii) Contor jenayah komputer : penceroboh maklumat peribadi, kecurian maklumat (phishing)
iii) Etika pengkomputeran merujuk kepada standard panduan bagi mengawal perlakuan pengguna komputer supaya
lebih bermoral.
iv) Langkah keselamatan data;
a. Penyulitan email
b. Dua pengesahan Idouble verification)
c. Kata laluan

SOALAN 24
i. Bahasa penskripan pelayan ialah program yang dilaksanakan di pihak pelayan web iaitu menterjemahkan kod aturcara
untuk memaparkan maklumat supaya difahami oleh pengguna.
ii. PHP, JavaScript, ASP
iii. prinsip rekabentuk laman web
a. Menggunakan warna dan grafik yang sesuai
b. Mewujudkan navigasi
c. Pastikan wujud keseimbangan visual
d. Rancang jenis persekitaran web yang dibina
e. Wujud perbezaan elemen dalam laman web
f. Penekanan kepada maklumat yang ingin disampaikan
g. Penggunaan typography yang sesuai

iv.Proses mereka bentuk kerangka aplikasi


a. Menggunakan warna dan grafik yang sesuai
b. Mewujudkan navigasi
c. Pastikan wujud keseimbangan visual
d. Rancang jenis persekitaran web yang dibina
e. Wujud perbezaan elemen dalam laman web
f. Penekanan kepada maklumat yang ingin disampaikan
g. Penggunaan typography yang sesuai

You might also like