You are on page 1of 4

Sekolah MenengahSri KDU® Malaysian Hearts, Global Minds

Panitia Bahasa Melayu Menengah Rendah


Lembaran Kerja
2018
Nama Pelajar :
Topik : Cerpen Legasi Tapai Ubi Hari : Tarikh :
Sinopsis

Sejak kecil lagi __________ telah membantu emak dan bapanya menjual ________i. Sebut sahaja ‘tapai ubi
Wak Salikon’ semua orang sudah tahu dan nama Parjo sudah sebati dengan makanan tersebut sehinggakan rakan-
rakan sekolah menggelarnya _____________. Setiap hari Parjo akan ____________ dan _________________ tapai
ubi emak dan bapanya itu ke _____________, ______________ dan kedai-kedai kampung yang telah membuat
______________. Pada mulanya dia berasa __________________, namun alah bisa tegal biasa. Proses membuat
tapai ubi agak _________________________ kerana banyak ___________________ yang perlu dipatuhi, antaranya
tidak boleh memberitahu orang semasa membuat tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh
______________________ kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi.

Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga ke __________________. Setelah
tamat belajar di matrikulasi selama dua tahun, Parjo berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang
________________. Profesor Haidar telah memberikan tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian bagi membuktikan
bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan ___________________________. Parjo mendapati bahawa kanser
merupakan antara penyakit yang semakin merebak di dunia amnya dan Malaysia khasnya sehingga banyak
menyebabkan kematian. Kajian telah dilakukan dengan teliti dan akhirnya dia mendapati bahawa _______________
dapat menghasilkan ____________________ yang sangat bermanfaat kepada manusia, iaitu dapat menghalang
pertumbuhan sel-sel kanser. Hasil kajian Parjo telah mendapat ________________ daripada pihak universiti dan
dibawa ke peringkat antarabangsa.

Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis _____________________nya. Kajian bertajuk “Tapai Ubi
Sebagai Penghalang Kanser” telah berjaya mengiktirafnya sebagai ________________. Bagi Dr. Parjo, kejayaannya itu
ialah hasil ____________________ emak dan bapanya yang membuat tapai ubi. Akhirnya, kilang Perusahaan Tapai Ubi
Wak Salikon telah didirikan di kampung Dr. Parjo kerana permintaan yang semakin meningkat. Dr. Parjo telah menjadi
pensyarah perubatan dan meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-
bagai jenis penyakit dengan tumpuan terhadap penyakit kanser.

Tema - kesungguhan anak kepada peniaga tapai ubi yang ingin membuktikan bahawa _______________ tersebut
mampu menjadi penawar kepada penyakit berbahaya seperti kanser.

Watak dan Perwatakan

Parjo -anak _______ kepada Wak Salikon. / penerima Ijazah Kedoktoran. / pensyarah universiti. / _______ akan emak
dan bapanya - sanggup menghantar tapai ubi ke kantin sekolah dan warung-warung di kampungnya tanpa membantah. /
bersungguh-sungguh melakukan sesuat - Parjo melakukan kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu
mengurangkan serangan kanser. / mengenang budi dan tidak melupakan jasa emak dan bapanya walaupun dia sudah
berjaya di menara gading / membantu membesarkan perusahaan tapai ubi orang tuanya / Seorang yang teliti - proses
kajian terhadap kanser telah dilakukannya mengikut prosedur dan peringkat demi peringkat bagi memastikan kajian
tersebut berjaya.

Wak Salikon - bapa Parjo / gigih melakukan pekerjaan kerana - menanam pokok ubi dan seterusnya membuat
tapai ubi untuk dijual. / mementingkan pendidikan anak-anak - menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke menara
gading dengan hasil titik peluhnya menjual tapai ubi. / bercita-cita tinggi - Wak Salikon berhasrat untuk mengembangkan
lagi perniagaan tapai ubinya./ teliti ketika melakukan pekerjaan - Wak Salikon mengamalkan pantang larang yang perlu
dipatuhi semasa membuat tapai ubi.

Emak - Emak kepada Parjo dan isteri kepada Wak Salikon. / gigih membantu suami - membantu Wak Salikon untuk
membuat tapai ubi. / teliti melakukan kerja - sentiasa mematuhi pantang larang semasa membuat tapai ubi./ prihatin
terhadap anak - mendengar penjelasan Parjo bahawa dia berjaya berkat kajiannya terhadap tapai ubi.

RCM/BM 1
Profesor Haidar - pensyarah Parjo semasa di universiti. / mempunyai jambang yang lebat. / berpandangan jauh
- ingin meminta bantuan Parjo dalam kajian tapai ubi yang dikatakan dapat membantu mengurangkan serangan kanser.

Persoalan
(a) ___________________________________________________________________. Setiap hari Parjo terpaksa menjinjit
karung yang berisi tapai ubi untuk dibawa ke sekolah. Pada masa yang sama, dia juga membawa tapai ubi itu ke pasar,
warung-warung, kedai kampung, dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan.

(b) ______________________________________________________________________. Emak dan bapa Parjo amat


teliti semasa membuat tapai. Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi seperti tidak boleh memberitahu
orang lain semasa membuat tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak, dan tidak boleh membuat bising semasa
membuat tapai.

(c) __________________________________________________________________________. Bilangan pesakit kanser


semakin bertambah. Pada tahun 2000, didapati sebanyak 1 050 346 kes kanser payudara dan 372 965 kematian
daripada kanser ini dilaporkan di seluruh dunia.

(d) _____________________________________________________________________________. Parjo dan adik-adiknya


telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading hasil daripada usaha emak dan bapanya menjual tapai ubi.

(e) ________________________________________________________________________________. Dr. Parjo


mengatakan bahawa kejayaannya selama ini sebenarnya hasil daripada inspirasi emak dan bapanya sebagai seorang
pengusaha tapai ubi yang terkenal di kampungnya.

(f) ____________________________________________________________________________________. Wak Salikon


bercadang untuk mempergiat perusahaan tapai ubinya setelah kajian Dr. Parjo tentang tapai itu berjaya.

Latar Masyarakat
(a) _________________________________________________________________________. Parjo bersungguh-sungguh
membantu emak dan bapanya menghantar tapai ubi pada setiap pagi. Semasa di universiti pula, Parjo bersungguh-
sungguh untuk membuat kajian tentang projek tapai ubi yang diarahkan oleh Profesor Haidar.

(b) _________________________________________________________________________. Wak Salikon dan isterinya


gigih membuat tapai ubi pada setiap hari.

(c) ___________________________________________________________________________. Wak Salikon dan


isterinya sentiasa mematuhi pantang larang semasa membuat tapai ubi untuk memastikan kualiti tapai itu terjamin.

(d) _____________________________________________________________________ Profesor Haidar mengarahkan


Parjo membuat kajian tentang tapai ubi kerana terdapat penemuan yang membuktikan bahawa tapai ubi dapat
membantu mengurangkan serangan kanser.

(e) _____________________________________________________________________. Semasa disoal oleh wartawan,


Parjo mengatakan bahawa kejayaannya itu hasil inspirasi emak dan bapanya yang mengusahakan perniagaan tapai ubi.

(f) ______________________________________________________________________. Sebuah kilang didirikan, iaitu


Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon untuk meningkatkan pengeluaran tapai ubi disebabkan permintaan terhadap tapai
ubi Wak Salikon yang semakin bertambah.

Nilai
(a) _________________________________ Parjo bersungguh-sungguh membuat kajian tapai ubi yang dikatakan mampu
mengurangkan serangan kanser.

(b) _________________________________ Pada setiap pagi, Parjo akan menghantar tapai ubi Wak Salikon ke pasar, ke
kantin sekolah, warung, kedai kampung, dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan.

RCM/BM 2
(c) _________________________________. Semasa disoal oleh wartawan, Parjo mengatakan bahawa kejayaannya ialah
hasil inspirasi emak dan bapanya yang mengusahakan perniagaan tapai ubi

(d) _________________________________. Parjo mengajak emak dan bapanya untuk menyaksikan dia menerima ijazah
kedoktoran di universiti.

(e) _________________________________ Parjo dan rakan-rakannya telah bekerjasama untuk membuat kajian di
makmal.

Pengajaran

(a) ___________________________________________________________________________.. sejak di bangku sekolah


menengah lagi, Parjo akan menjinjit karung tapai ke kantin sekolah. Dia telah digelar ‘Parjo Tapai’ oleh kawan-
kawannya. Namun begitu, dia tabah kerana mahu membantu emak dan bapanya mencari rezeki.

(b) ____________________________________________________________________________. Pagi-pagi lagi Wak


Salikon akan ke kebun untuk mencabut ubi, manakala emak Parjo akan mengopek kulit ubi itu. Parjo pula akan
membantu emaknya untuk memotong ubi itu.

(c) ____________________________________________________________________________. Parjo banyak membaca


kajian tentang kanser payudara sebelum memulakan kajiannya. Dia melakukan kajiannya dengan teliti untuk
memastikan kajian itu berjaya.
(d) _____________________________________________________________________________. Sebuah kilang
Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Parjo untuk memenuhi permintaan tapai ubi yang semakin
meningkat.

(e) _____________________________________________________________________________. Setelah Parjo berjaya,


dia telah membina sebuah kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon di kampungnya dan melantik emak dan bapanya
sebagai pengurus kilang itu.

(f) ________________________________________________________________________________. Rakan-rakan


sekolah Parjo telah mengejeknya dengan panggilan ‘Parjo Tapai’ kerana dia sering menjinjit karung tapai semasa
menaiki bas ke sekolah.

Latihan Pemahaman

“Tapai! Tapai! Tapai!”


Jemu benar aku dengan perkataan tapai itu. Sejak kecil aku disogokkan dengan tapai. Sebutlah tapai
ubi Wak Salikon, semua orang tahu. Wak Salikon bapa aku. Jika ada orang berkata Wak Salikon Tapai Ubi,
seluruh kampung kenal. Itu bapa aku! Kalau orang bertanya Parjo Tapai Ubi, itu aku! Aku dan tapai seolah-
olah sebati dan sinonim. Ah, bencinya!
“Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!” jerit bapa dengan loghat Jawanya yang
pekat. Laungan itu menjadi rutin setiap pagi. Maka aku pun tidak pernah menolak untuk berkhidmat
menghantar tapai ubi buatan bapa dan emak ke pasar, ke warung, ke kedai kampung dan ke mana-mana
sahaja jika ada tempahan.
Itu sahaja yang aku tahu. Akan tetapi kini aku semakin jemu dengan tapai ubi. Lebih-lebih lagi sejak
aku sekolah menengah. Apatah lagi apabila setiap hari aku terpaksa menjinjit karung tapai ke kantin
sekolah. Parjo Tapai! Itulah gelaran yang diberikan oleh kawan-kawanku yang sama-sama menumpang bas
sekolah. Aku malu dan marah juga pada mulanya. Namun alah bisa tegal biasa. Aku hanya membantu
emak dan bapa mencari rezeki.

RCM/BM 3
i. Berdasarkan petikan cerpen “Legasi Tapai Ubi”, ke manakah Parjo akan menghantar tapai ubi Wak
Salikon? [3 markah]
________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

ii. Terdapat beberapa latar masyarakat yang dapat diperoleh daripada petikan cerpen “Legasi Tapai Ubi”.
Nyatakan latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut. [3 markah]

________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

iii. Parjo gigih membantu bapa dan emaknya menjual tapai ubi. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan
untuk memastikan anak-anak sentiasa membantu ibu dan bapa mereka? [4 markah]

________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

RCM/BM 4

You might also like