You are on page 1of 3

PANDUAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN DI SEKOLAH

1. Mesyuarat Panitia

 Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran hendaklah diadakan pada awal penggal


persekolahan sebaik sahaja sekolah melaksanakan mesyuarat jawatankuasa
kurikulum dan sebaik-baiknya selepas setiap kali ujian/peperiksaan dan
sebelum sekolah bercuti akhir tahun.
 Notis menghadiri mesyuarat hendaklah dibuat secara rasmi seminggu
sebelum tarikh mesyuarat.
 Setiausaha hendaklah mencatat minit mesyuarat dan menyediakan satu minit
mesyuarat mengikut standard yang ditetapkan.
 Minit mesyuarat hendaklah diedarkan seperti berikut ;
o Satu salinan kepada Pengetua/Guru Besar
o Satu salinan kepada Penolong Kanan Kurikulum
o Satu salinan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran
o Satu salinan kepada Ketua Panitia
o Satu salinan kepada Fail Panitia
o Satu salinan kepada setiap ahli Panitia

2. Perbincangan Mesyuarat Panitia

 Perkara –perkara berikut mesti dibincangkan dalam Mesyuarat Panitia Mata


Pelajaran mengikut kesesuaian masa persekolahan.
o Menentukan matlamat dan wawasan untuk kemajuan pelajar dalam
mata pelajaran yang berkaitan.
o Penilaian
 Analisis keputusan UPSR
 Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
 Merujuk kepada Perancangan Strategik Sekolah
 Menilai keberkesanan langkah diambil meningkat mutu P&P
 Menilai keberkesanan kegiatan kokurikulum dan program
sokongan yang membantu dalam mata pelajaran yang
berkenaan.
o Kandungan Kurikulum
 Sukatan Pelajaran
 Huraian Sukatan Pelajaran
 Rancangan Pelajaran Tahunan/Harian
 Kerja-kerja kursus.
o Peningkatan Pembelajaran
 Buku Latihan Pelajar
 Jumlah Kerja Bertulis/Lisan/Amali
 Aktiviti Pengukuhan dan Pengayaan
 Kelas bimbingan/pemulihan/tambahan/ganti/ulangkaji
 Kegiatan kokurikulum
 Bacaan tambahan/luas
 Sudut mata pelajaran dalam kelas/papan kenyataan
 Penghargaan dan motivasi kepada pelajar
o Peningkatan Teknik Pengajaran – Pembangunan Staf
 Latihan Dalaman
 Strategi dan Kaedah P&P yang berkesan
 Pedagogi P&P yang terkini /terbaru
 Masalah/Halangan dalam P&P
 Kaedah mengatasinya
o Bahan Bantu Mengajar
 Pembelian /penghasilan BBM
 Penghasilan Nota/Buku Ulangkaji/Latihan Bertulis/Bank
Soalan
 Kemahiran menggunakan peralatan ICT
 Pengurusan Sumber Bahan P&P
o Anggaran Belanjawan
 Penyediaan Anggaran Belanjawan

3. Bidang Tugas Ketua Panitia Mata Pelajaran

 Mempengerusikan mesyuarat panitia


 Mendapatkan huraian sukatan pelajaran yang terbaru untuk ahli
 Menyelaras rancangan pelajaran
 Menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
 Menjadi Ahli Jawatankuasa Jadual Waktu
 Menjadi penyelaras antara panitia dalam dan antara jabatan
 Memperbaiki dan meningkatkan keberkesanan P&P panitia
 Mencadangkan buku rujukan dan buku kerja untuk pelajar
 Merancang,melaksana dan menyelia program kecemerlangan dan pemulihan
 Memaklum,mendapatkan persetujuan dan menyelesaikan masalah kurikulum
dan pengajaran kepada Pengetua/Guru Besar dan sebaliknya.
 Menyampaikan laporan prestasi mata pelajaran kepada
Pengetua,Setiausaha Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan Ketua Jabatan
 Laporan hendaklah mengandungi
o Laporan prestasi mata pelajaran
o Analisis pencapaian mata pelajaran di dalam sesuatu peperiksaan
o Melantik ahli panitia sebagai penyelaras tingkatan
o Menyediakan jadual penyediaan kertas soalan dan pemeriksaan
 Mengajar mata pelajaran mengikut jumlah waktu dan kelas yang ditetapkan
 Menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit/laporan mesyuarat
4. Senarai Semak Fail Panitia Mata Pelajaran

 Setiap Panitia Mata Pelajaran seharusnya mempunyai 6 BAHAGIAN yang


mengandungi dokumen-dokumen berikut:

NO FAIL BUTIRAN/KANDUNGAN

BAHAGIAN MESYUARAT PANITIA


1 Surat panggilan mesyuarat
Minit mesyuarat
Surat edaran minit mesyuarat
BAHAGIAN SURAT MENYURAT PANITIA
2 Surat masuk
Surat keluar
BAHAGIAN MAKLUMAT GURU PANITIA
3 Butir Peribadi
Jadual Waktu Peribadi/Kelas
Salinan sijil kelulusan akademik/ikhtisas
Rekod memeriksa kertas peperiksaan
Laporan Prestasi/Penghargaan/Kepujian
Sijil Kejurulatihan/Kursus
Subjek yang pernah diajar
Tugas Khas di sekolah/PKG/PPD/JPN/KPM
Kakitangan Sumber/Fasalitator/Sumbangan
BAHAGIAN DOKUMEN PANITIA
4 Rancangan Peningkatan Prestasi Pelajar
Carta Gantt
Bahan Bantu Mengajar BBM
Rekod Penggunaan BBM
Senarai Buku Rujukan Guru
Perkembangan Staf
Program Khas Peningkatan Prestasi Mata Pelajaran
Sukatan Pelajaran
Huraian Sukatan Pelajaran
Buku Panduan Am KBSM/KBSR
Senarai Buku Teks/Buku Kerja Pelajar
Pekeliling Ikhtisas Bil.4/86
Minit curai
Aktiviti kokurikulum
BAHAGIAN KOLEKSI SOALAN/BANK SOALAN
5 Kertas Soalan Peperiksaan Sekolah
Kertas Soalan Peperiksaan Awam
BAHAGIAN POST MORTEM PEPERIKSAAN
6 Analisis Peperiksaan
Jadual Kekerapan Soalan
Kekuatan dan Kelemahan Pelajar
Tindakan susulan

You might also like