You are on page 1of 1

SPM 2010(SOALAN 7: BAHAGIAN B)

3. Penentangan di negeri-negeri Mleayu pada abad ke-19

a) Mengapakah penentangan terhadap British berlaku di negeri-negeri berikut:

I. Perak [4m]
II. Pahang [4m]

i) Penentangan di Perak berlaku kerana British memungkiri janji sebagai penasihat dalam
Perjanjian Pangkor 1874(1m). Selain itu, berlaku campur tangan British dalam hal ehwal
penduduk tempatan(1m) seperti adat resam Orang Melayu(1m). Seterusnya, para
pembesar menolak sistem cukai(1m) yang menghapuskan hak mereka(1m).
ii) Penentangan di Pahang berlaku kerana Dato Bahaman menolak pelaksanaan undang-
undang British(1m) yang bertentangan dengan adat resam(1m) dan system politik
tempatan(1m) seperti sistem kehakiman(1m). Hal ini kerana undang-undang tersebut
telah menghakis kuasa Dato Bahaman(1m) sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan
Semantan.(1m)

b) Ceritakan peristiwa di penentangan di negeri-negeri di 3(a) [8m]

c) Mengapakah semangat perjuangan menentang British di kedua-dua negeri di 3(a) wajar dicontohi
oleh pemimpin muda masa kini? [4m]

SPM 2017

a) Tindakan J.W.W Birch yang menyebabkan pengeseran dengan orang Melayu ialah beliau
telah memungkiri janji sebagai penasihat dalam Perjanjian Pangkor 1874, memperkenalkan
system cukai, undang-undang dan peraturan tanah, dan berlaku campur tangan dalam adat
resam dan hal ehwal tempatan serta tidak menghormati system social tempatan dan tidak
tahu berbahasa Melayu.
b) Tindakan orang Melayu ialah bantahan secara terbuka

c) Kedudukan British di Perak ialah semakin kukuh, dapat menguasai seluruh Perak serta Dato
Maharajalela bersama Dato sagor, Seputum dan Pandak Indut dihukum gantung. Manakala
Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor dan Sultan Abdullah di buang ke Pulau Seychelles dan
British menguasai ekonomi Perak.

You might also like