You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PROGRAM KITAR SEMULA 2018

SMK ASYAKIRIN BINTULU

09 NOVEMBER 2018

1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini dikemukan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan program
daripada pihak pentadbiran sekolah untuk mengadakan satu Program Kitar Semula 2018
bertujuan untuk mengumpul dana sumbangan untuk disalurkan kepada anak – anak yatim
di Pusat Kebajikan Peryatim Bintulu.

Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai memproses barang – barang lama untuk
dijadikan barang – barang baru. Ini termasuklah menggunakan semula barang – barang
seperti yang asal ataupun memberinya kepada orang yang boleh menggunakannya. Barang
– barang yang boleh dikitar semula ialah seperti kertas, tin minuman, kertas kadbod dan
kaca. Oleh itu, murid – murid harus mengamalkan kitar semula agar mereka mempunyai
kesedaran untuk mengekalkan kehijauan bumi ini.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan dan cara


mengitar semula.
2.2 Menerapkan nilai – nilai murni kepada murid melalui aktiviti kitar semula.
2.3 Meningkatkan kesedaran kepada murid tentang pentingnya menjaga alam
sekitar.

3.0 AHLI JAWATANKUASA

Penaung : Encik Sim Thiam Huat (Pengetua)

Penasihat I : Encik Abdul Rahman Bin Tair (Penolong Kanan Pentadbiran)

Penasihat II : Puan Allina Binti Ahmad (Penolong Kanan Petang)

Pengarah Program : Cik Noraini Binti Yasim

Setiausaha : Puan Nafisah Binti Mohd Akhir

Bendahari : Puan Nur Hafizah Binti Ismail


AJK Aktiviti : Cik Yasmina Binti Noton
Cik Jasophine Mully

AJK Kebersihan : Puan Listty Anak Laring

AJK Peralatan dan : Encik Dominic Anak Tachat


Persiapan tempat

AJK Hadiah : Cik Liew Pei Hong

AJK Dokumentasi : Puan Munirah Binti Mustafa

4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 09 November 2018


Masa : 11.30 pagi – 1.30 tengah hari
Tempat : Dewan SMK Asyakirin

5.0 KUMPULAN SASARAN


Pelajar tingkatan 1 dan 2 SMK Asyakirin

6.0 TENTATIF

TARIKH MASA AKTIVITI LOKASI

11.30 -11.45 tgh hari - Taklimat ringkas


09.11.2018 11.45 -12.30 tgh hari - Pengumpulan barang kitar semula oleh Dewan sekolah
Jumaat para pelajar.
12.30 -1.15 petang - Sesi pengiraan barang terkumpul
1.15-1.30 petang - Majlis Penyampaian Hadiah

Bagi menggalakkan pelajar untuk menyertai program ini akan diadakan pertandingan
pengumpulan bahan kitar semula yang paling banyak. Pertandingan akan diadakan bagi
dua tahap yang berbeza, iaitu tingkatan satu dan tingkatan dua. Pemenang pertama, kedua
dan ketiga akan dipilih berdasarkan berat bahan yang dikumpul.
7.0 HADIAH

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH


(RM)
1. HAMPER
Kategori Tingkatan 1

Tempat pertama RM 100 x 1


Tempat Kedua RM 100 x 1
Tempat Ketiga RM 100 x 1 300.00
Kategori Tingkatan 2

Tempat pertama RM 100 x 1


Tempat Kedua RM 100 x 1
Tempat Ketiga RM 100 x 1 300.00
Jumlah Keseluruhan 600.00

8.0 PENUTUP

Kitar semula penting untuk kelestarian alam sekitar. Jesteru usaha meningkatkan
kesedaran dan keprihatinan terhadap alam sekitar perlu dipupuk sejak di bangku sekolah
lagi. Pendidikan tentang kitar semula sewajarnya diterapkan kepada murid – murid kerana
pada tahap ini mereka mudah didik dan patuh apada arahan. Sehubungan itu, sokongan
dan kerjasama daripada pihak adalah diharapkan bagi menjayakan program kitar semula
ini.

Disediakan oleh :

(Nafisah binti Mohd Akhir)


Setiausaha
Program Kitar Semula SMK Asyakirin 2018

Disahkan oleh :

(Sim Thiam Huat)


Pengetua
SMK Asyakirin

You might also like