You are on page 1of 2

TUGASAN 1 : KUMPULAN

KONSEP DAN IDENTITI PERSATUAN

PERSATUAN HOKI DALAM AIR ILMU KHAS (THE OCTOPUSH)

1.0 LOGO PERSATUAN

Huraian berkenaan dengan logo persatuan:

Tulisan THE OCTOPUSH : perkataan ‘OCTO’ ialah sotong kurita yang merupakan
maskot utama persatuan ini. Manakala perkataan ‘push’ pula bermaksud tolak iaitu
daya tolakkan yang berlaku di dasar air apabila permainan ini berlangsung.

SOTONG KURITA : Maskot utama persatuan ini yang melambangkan pemain hoki
air perlu tangkas dan bijak seperti seekor sotong kurita untuk memenangi permainan
itu.

BENTUK OMBAK BIRU : Melambangkan tempat permainan ini dimainkan iaitu


dibawah air iaitu di dalam kolam renang.

KAYU HOKI (Bat) : Melambangkan peralatan utama yang digunakan untuk


memainkan permainan ini.

BINGKAI KOTAK BIRU MUDA : Melambangkan semangat perpaduan dalam


kalangan ahli pasukan permainan hoki air ini.
2.0 MOTTO PERSATUAN:

“YOU ARE YOUR ONLY LIMIT”

“You are your only limit” dalam penterjemahan bahasa Melayu boleh diungkapkan
sebagai “prestasi diri anda adalah keupayaan diri anda yang paling maksimum”.
Motto ini memberi maksud cabaran yang ditempuhi oleh siswa guru dalam mencuba
permainan hoki dalam air ini adalah sebagai penanda aras untuk mengenalpasti
keupayaan maksimum mereka dalam menahan nafas di dalam air sambil
menggerakkan bola hoki (puck) di dasar kolam renang untuk dimasukkan ke dalam
gawang pasukan lawan dengan menggunakan kayu hoki (bat).

3.0 LAGU PERSATUAN:

Kami bangga menjadi ahli persatuan

Persatuan hoki dalam air ilmu khas

Kami berjuang bermati-matian

Untuk menggilap bakal pingat emas.

Permainan ini suatu pembaharuan

Untuk siswa guru semuanya

Seperti berjuang di dasar lautan

Demi menyanjung lencana di dada.

Bermain di bawah air

Cabaran terhebat kami

Lambang keupayaan diri

Siswa guru yang cergas terpuji.

You might also like