You are on page 1of 14

1.

0 TAJUK

Program Pelaksanaan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)

2.0 PENDAHULUAN

Program pelaksanaan ujian SEGAK melibatkan semua pelajar SMK Majakir Papar.
Ujian SEGAK ialah Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) yang telah dirancang selari dengan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah
dan Menengah.

Rekod penilaian kecergasan ini memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid.
Ujian ini bertujuan untuk memotivasikan murid mengamalkan gaya hidup sihat dan
lebih bertanggungjawab dalam mencapai kesejahteraan diri dan negara selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan
2020.

3.0 RASIONAL

Melalui program ini, murid dapat mengetahui status kercergasan masing-masing.


Disamping memupuk sikap bersukan dan pentingkan kesihatan.

4.0 MATLAMAT
4.1 Memberi kesedaran kepada murid tentang betapa pentingnya kecergasan
wujud dalam diri
4.2 Memperoleh data lengkap berkaitan ujian SEGAK di keseluruhan murid SMK
Majakir

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memenuhi keperluan sukatan Pendidikan Jasmani

5.2 Memberi pengalaman kepada guru merancang, mengurus dan melaksanakan


ujian

5.3 Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan dengan komuniti


pendidikan dan pihak berkaitan.

1
5.4 Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab.

6.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 13 – 17 Mac 2017


Masa : 7.00 pagi hingga 1200 tengahari
* rujuk jadual pelaksanaan

7.0 TEMPAT

Dewan Jubli SMK Majakir Papar

8.0 GURU

Semua guru PJK

9.0 PESERTA

Semua murid tingkatan 1 hingga 5

10.0 KUMPULAN SASARAN

1000 orang murid SMK Majakir Papar

11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk Lampiran

12.0 CARA PELAKSANAAN

Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri
ujian adalah seperti berikut;

1. Naik Turun Bangku ( 3 minit )


2. Tekan Tubi ( 1 minit )
3. Ringkuk Tubi Separa (1 minit )
4. Jangkauan Melunjur

Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum
melakukan ujian ini.

Persediaan: Murid mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya


sebelum menjalani ujian.

2
KESELAMATAN
1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :
(a) disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal;
(b) mengidap penyakit kronik; dan
(c) tidak sihat pada waktu ujian.
2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

PELAPORAN

1. Murid perlu merekod hasil ujian mereka.


2. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid.
3. Guru melaporkan hasil ujian

13.0 SENARAI ALATAN

Rujuk Lampiran

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Benda Harga Seunit Unit Jumlah


1 Air minuman RM 10.00 5 kotak RM50.00
2 Banner SEGAK RM 150.00 1 RM150.00
3 Alat tulis dan lain-lain :
i) Marker pen RM 4.00 5 RM 20.00
ii) Kertas A4 RM 15.00 2 rim RM 30.00
iii) Ink printer RM 110.00 1set RM 110.00
iv) Double tape RM 5.00 2 RM 10.00
v) Masking tape RM 5.00 5 RM 25.00
JUMLAH RM 395.00

15.0 PENILAIAN MARKAH


Rujuk Lampiran

17.0 BORANG-BORANG BERKAITAN

Rujuk Lampiran

3
18.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat memberikan pengetahuan kepada murid


berkaitan status kecergasan masing-masing disamping dapat memperolehi data
berkaitan Ujian SEGAK keseluruhan pelajar. Selain itu, diharapkan agar guru dapat
membina hubungan baik dengan semua murid dalam aktiviti yang dijalankan.
Semoga segala aktiviti yang telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan
kerjasama daripada semua pihak. Semoga Program ini juga dapat memberi manfaat
dan pengalaman kepada guru-guru tentang peranan dan tanggungjawab mereka
masing-masing

Disediakan oleh:

....................................
(RAYNALD BIN AHLAI)
Ketua Panitia,
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan,
SMK Majakir, Papar

Disahkan oleh:

............................................................
(TN. HJ ABDUL AZIZI MOHAMED ZAIN)
Pengetua Cemerlang,
SMK Majakir Papar

4
LAMPIRAN

Program Pelaksanaan Ujian Standard Kecergasasn Fizikal Kebangsaan (SEGAK)

Senarai Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : Tn Hj Abdul Aziz Mohamed Zain

Ketua Panatia : En. Raynald Ahlai Eric

AJK Pelaksana : En. Farhan Abdul Razak

En. Ahmad Sait

Pelajar Sains Sukan

5
LAMPIRAN

Nama Ujian:

Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)

Tujuan:

Menilai komposisi badan

Jantina:

Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Pengukur tinggi
2. Penimbang berat
3. Borang skor

Pengurusan dan organisasi:

Pengukuran ini hendaklah dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.

Prosedur:

1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur
ketinggian dalam meter.

2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:

Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg)

Tinggi (m) x Tinggi (m)

3. Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan.

6
Lelaki

Umur Berisiko Berat Berat


(Tahun) Kurang berat Normal Berlebihan berlebihan

9 <14.0 14.0 - 18.6 >18.6 - 21.0 >21.0

10 <14.2 14.2 - 19.4 >19.4 - 22.2 >22.2

11 <14.6 14.6 - 20.2 >20.2 - 23.2 >23.2

12 <15.0 15.0 - 21.0 >21.0 - 24.2 >24.2

13 <15.4 15.4 - 21.8 >21.8 - 25.2 >25.2

14 <16.0 16.0 - 22.6 >22.6 - 26.0 >26.0

15 <16.6 16.6 - 23.4 >23.4 - 26.8 >26.8

16 <17.2 17.2 - 24.2 >24.2 - 27.6 >27.6

17 <17.8 17.8 - 24.8 >24.8 - 28.2 >28.2

Perempuan

Umur Berisiko Berat Berat


(Tahun) Kurang berat Normal Berlebihan berlebihan

9 <14.8 14.8 - 19.2 >19.2 - 21.8 >21.8

10 <14.0 14.0 - 19.9 >19.9 - 22.9 >22.9

11 <14.4 14.4 - 20.8 >20.8 - 24.0 >24.0

12 <14.8 14.8 - 21.6 >21.6 - 25.2 >25.2

13 <15.3 15.3 - 22.5 >22.5 - 26.2 >26.2

14 <15.8 15.8 - 23.2 >23.2 - 27.2 >27.2

15 <16.3 16.3 - 24.0 >24.0 - 28.0 >28.0

16 <16.8 16.8 - 24.5 >24.5 - 28.8 >28.8

17 <17.3 17.3 - 25.2 >25.2 - 29.6 >29.6

7
Nama Ujian:

Naik Turun Bangku 3 minit

Tujuan:

Menilai Daya Tahan Kardiovaskular

Jantina:

Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Bangku - Ketinggian 30.5 cm


2. Jam Randik
3. Borang Skor
4. Rakaman atau Metronome

Pengurusan dan organisasi:

1. Aktiviti dijalankan berpasangan.


2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak bergerak
semasa ujian dijalankan.)
3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.

Prosedur:

1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.


2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di atas
bangku.
3. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti
kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya).
5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan
kadar 96 detik seminit selama 3 minit.
6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan kiraan dilakukan oleh guru
Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.
8. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan.

8
Nama Ujian:

Ujian Tekan Tubi

Tujuan:

Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu

Jantina:

Lelaki

Alatan dan kemudahan:

1. Kawasan lapang dan rata.


2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar).
3. Jam Randik.

Pengurusan dan organisasi:

1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.


2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur:

1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan
yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid tidak berupaya
meneruskannya.
5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut
arahan 1 hingga 3.
6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

Nama Ujian:

Ujian Tekan Tubi Suaian

Tujuan:

Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu

Jantina:

Perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Kawasan lapang dan rata.


2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar ).

9
3. Jam randik.

Pengurusan dan organisasi:

1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.


2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur:

1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan
yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut
arahan 1 hingga 3.
6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

Nama Ujian:

Ringkuk Tubi Separa ( partial curl-up) 1 minit

Tujuan :

Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen

Jantina :

Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan :

1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm


2. Pita ukur
3. Jam randik

Pengurusan dan organisasi:

1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita
adalah 10 cm.

Prosedur :

1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.


2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh
lantai.
3. Buka kaki seluas bahu.

10
4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat
pertama.
5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan
menyentuh bahagian luar pelekat kedua.
6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal
(ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.
7. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar
50 detik seminit selama 1 minit.
8. Murid B mengira ulangan perlakuan.
9. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-
9.1 Berasa tidak selesa.
9.2 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua.
9.3 Tumit diangkat.

Panduan guru

Lakuan ringkuk yang tidak sempurna:

1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai.


2. Tumit diangkat.
3. Badan/ bahu senget.
4. Punggung terangkat.
5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).

Arahan /Teguran untuk perlakuan ringkuk yang tidak betul.

1. Rapatkan belakang ke lantai.


2. Bahu sentuh lantai.
3. Rapatkan tumit ke lantai.
4. Seimbangkan bahu/badan.
5. Buka kaki.
6. Bengkokkan lutut.

Nama Ujian:

Jangkauan Melunjur

Tujuan:

Mengukur fleksibiliti

Jantina:

Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Alat pengukur jangkauan


2. Borang skor.

11
Pengurusan dan organisasi:

1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.

Prosedur:

1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter.

2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.

3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari
tengah hendaklah sama.
4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita
pengukur.
5. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.
6. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor.
Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik
perpuluhan.

7. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku.

12
LAMPIRAN

Program Pelaksanaan Ujian Standard Kecergasasn Fizikal Kebangsaan (SEGAK)

Senarai Alatan

BIL ALATAN BILANGAN Catatan

1 Pengukur Tinggi 2

2 Penimbang Berat 2

3 Metronome 90 beats 1 Guna rakaman jika tidak


ada
4 Metronome 50 beats 1 Guna rakaman jika tidak
ada
5 Stop watch 6

6 Bangku (tinggi 30.5 cm) 2

7 Tilam Tekan Tubi 1

8 Tilam Sit up 1

9 Pita Ukur 1

10 Borang uji segak 50

11 Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm 4


lebar).
12 Alat pengukur jangkauan 1

13
JADUAL PELAKSANAAN UJIAN SEGAK 2017

TARIKH TINGKATAN KELAS MASA CATATAN

KRK 700 – 740 pagi


13/3/2017 SATU KAA 750 – 830 pagi
ISNIN DINAMIK 840 – 920 pagi
PROGRESIF 920 – 1000 pagi
AMANAH 1020 – 1100 pagi
EFISEN 1110 – 1200 pagi
KRK 700 – 740 pagi
14/3/2017 DUA KAA 750 – 830 pagi
SELASA DINAMIK 840 – 920 pagi
PROGRESIF 920 – 1000 pagi
AMANAH 1020 – 1100 pagi
EFISEN 1110 – 1200 pagi
KRK 700 – 740 pagi
15/3/2017 TIGA KAA 750 – 830 pagi
RABU DINAMIK 840 – 920 pagi
PROGRESIF 920 – 1000 pagi
AMANAH 1020 – 1100 pagi
EFISEN 1110 – 1200 pagi
KRK 700 – 740 pagi
16/3/2017 EMPAT SAINS 750 – 830 pagi
KHAMIS TEKNOLOGI 840 – 920 pagi
EKONOMI 920 – 1000 pagi
PERDAGANGAN 1020 – 1100 pagi
SASTERA 1110 – 1200 pagi
KRK 700 – 740 pagi
17/3/2017 LIMA SAINS 740 – 820 pagi
JUMAAT TEKNOLOGI 820 – 900 pagi
EKONOMI 900 – 940 pagi
PERDAGANGAN 940 – 1020pagi
SASTERA 1020 – 1100 pagi

*Sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal

14

You might also like