You are on page 1of 3

SPSK PK 07/3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI KERTAS


68100, BATU CAVES, SELANGOR.

MINIT MESYUARAT PANITIA SIVIK


BILANGAN 1 TAHUN 2019

Tarikh : 29 Januari 2019


Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Guru (Laman GKMP)
Kehadiran : 5 Orang
Yang Hadir :

Jawatan

1. Pn. Norazizan binti Abdullah KP Sivik dan Kewarganegaraan


2. Pn. Zuriana binti Zabidi
3. Pn. Packiam A/P Perumal
4. Pn. Noor Azizah binti Hassan
5. Pn. Siti Hadijah binti Omar

Tidak Hadir :
1. Pn. Munir binti Mohd Nor - Bersebab
2. Pn. Siti Aida binti Joned - Bersebab

Urusetia Mesyuarat
Setiausaha Panitia sivik : Pn. Zuriana Zabidi
Pencatat : Pn. Packiam A/P Perumal

1 PERUTUSAN PENGERUSI (Ketua Panitia)


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan
memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus
lumus berganding bahu memberikan kerjasama dalam melaksanakan dan
menjayakan program-program panitia pada tahun 2018.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil. 4/2018 oleh Pn. Siti Hadijah dan
disokong dengan sebulat suara.

1
3 PERKARA-PERKARA BAHARU
Pn. Norazizan binti Abdullah (Ketua panitia)

3.1 Perancangan Strategik Panitia :

3.1.1 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah perlu mengadakan mesyuarat 4 kali


setahun seperti yang ditetapkan di dalam takwim sekolah. (Makluman)

3.1.2 Pengurusan panitia mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling


Ikhtisas dan SKPMG 2 (Standard 3). Mesyuarat panitia hendaklah
dilaksanakan 4 kali setahun iaitu selepas mesyuarat induk kurikulum..
(Makluman)

3.1.3 Panitia diminta menyediakan senarai semak pengurusan fail panitia dan
segala laporan aktiviti panitia hendaklah didokumentasikan untuk tujuan
pemantauan. (Tindakan : Ketua Panitia)

3.1.4 Panitia diminta menyiapkan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran


Tahunan sebelum sesi persekolahan bermula.
(Tindakan : Ketua panitia)
3.1.5 Panitia juga disarankan untuk membincangkan teknik pembelajaran yang
berkaitan audio, visual dan kinestetik. Masukkan dalam RPT tajuk yang boleh
disimulasikan. Elakkan PDPc cara lama supaya menarik minat pelajar untuk
belajar. (Makluman)
3.1.6 Pencerapan akan dilaksanakan 2 kali setahun mengikut SKPMg2 Standard 4.
Jadual pencerapan telah disediakan di dalam Buku Panduan Tugas Guru. PPD
akan datang memantau markah pencerapan dan guru yang mendapat
markah rendah akan dibantu. (Makluman)
3.1.7 Penyedia soalan diminta patuhi SOP Peperiksaan (Makluman)
3.1.8 Pengurusan RPH mesti ada objektif yang boleh diukur dan kriteria kejayaan.
Semua guru dikehendaki menyerahkan RPT dan RPH serta lengkap dengan
senarai nama pelajar pada 11/1/2019 (Jumaat). (Tindakan : Semua guru)
3.1.9 Pengurusan PDPc - banyakkan aktiviti PAK 21 untuk memberi ruang kepada
pelajar melibatkan diri secara aktif dalam PDPc. (Makluman)
3.1.10 Penggunaan buku kerja dan modul boleh digunakan dan mesti disemak oleh
guru. Pembelian boleh dibuat melalui kedai buku sekolah.
3.1.11 Agihan latihan – 3 bulan pertama 6 kali latihan. Semakan latihan/buku latihan
mengikut jadual yang ditetapkan. (Makluman)
3.1.12 Pasca Nilai Peperiksaan Akhir Tahun
3.1.12.1 Peperiksaan Tingkatan 5
- Sasaran : 91.86% - 93%
3.1.12.2 Peperiksaan Tingkatan 4
- Lulus – 76.57%
- Sasaran - 79% (Makluman)

2
4 HAL-HAL LAIN

4.1 Pengagihan tugas bagi panitia bagi sesi 2019 adalah seperti berikut:
4.1.1 Pn. Zuriana - Setiausaha.
4.1.2 Pn. Siti Hadijah - Penyelaras tingkatan 4
4.1.3 Pn. Packiam - Penyelaras Tingkatan 5
(Makluman)

4.2 Pengagihan tugas sebagai penyedia soalan peperiksaan bagi sesi 2019 adalah seperti
berikut:
4.2.1 Tingkatan 4 - Pn. Siti Hadijah (Pertengahan & Akhir tahun)
4.2.2 Tingkatan 5 - Pn. Munir (Pertengahan Tahun & Akhir tahun))
(Makluman)
4.3 Agihan perbelanjaan kewangan panita.
4.3.1 Pn. Zuriana mencadangkan pembeliaan/penyediaan modul pembelajaraan
bagi pelajar tingkatan 4 & 5.
4.3.2 Cadangan diberikan untuk pembelian kit pengajaran, alat tulis serta bahan
bantu mengajar.
4.3.3 Meyediakan peruntukan keceriaan sebanyak 10%.
(Tindakan : Ketua Panitia)

4.4 Program Keceriaan Kelas diteruskan dengan penyediaan peruntukan berupa


pemberian hadiah keceriaan kelas sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac –
Mei bagi sesi pertama dan bulan Julai – September bagi sesi kedua.
(Makluman)

5 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Urusetia Mesyuarat
SMK Sungai Kertas,
Batu Caves,
Selangor.
Tarikh: 29 Januari 2019

You might also like