You are on page 1of 4

CERITA PENGLIPUR LARA

DEFINISI:

Menurut Dr. Ismail Hamid dalam bukunya “Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama”, ‘Penglipur’
membawa maksud penghibur, manakala ‘Lara’ pula bermaksud duka atau kesedihan hati. Daripada
cantuman dua kata ‘Penglipur’ dan ‘Lara’ membawa pengertian cerita yang menghiburkan orang dalam
kesedihan atau dukacita.

Cerita Penglipur lara dikenali juga sebagai ‘folklore’. R.O Winstedt menamakan penglipur Lara sebagai
roman rakyat (flok ramances). Cerita Penglipur Lara ialah cerita-cerita roman yang mengandungi unsur
“adventure”. Biasanya cerita berlegar di sekitar golongan istana atau golongan-golongan putera-puteri,
cerita raja dengan segalagambaran keindahan, kemewahan, kesaktian serta kejadian-kejadian yang luar
biasa (“supernatural”).

Cerita Penglipur Lara terkenal di kalangan masyarakat Melayu kerana cerita-cerita ini mempunyai keunikan
dan keistemewaan yang tersendiri. Keunikkan itu jelas dilihat dari segi ceritanya, penutur atau tukang cerita
dan cara persembahan cerita tersebut.

Dalam masyarakat Minangkabau, cerita Pengliur Lara dikenali sebagai Kaba. Mengikut kajian tukang-
tukang cerita atau penutur cerita Penglipur Lara ini terdapat dua golongan iaitu Tukang cerita “profesional”
dan “amatur”. Cara penyampaian menggunakan “kepakaran” mereka tersendiri. Contohnya dengan gaya
dan lagunya tersendiri serta diserikan lagi persembahan menggunakan alat -alat muzik yang serdahana
seperti rebab, biola dan sebagainya. Selain itu ada juga tukang cerita yang menyampaikan cerita dalam
bentuk prosa lirik.

CIRI-CIRI CERITAPENGLIPUR LARA

Cerita penglipur lara yang kita dapati melalui kajian terbahagi kepada tiga bahagian. Dimana ciri -ciri ini
dilihat dari segi tema, malah cerita penglipur lara ini juga berpusat di kalangan putera-puteri Raja serta
cerita ini mempunyai ciri-ciri berbentuk prosa dengan selingan puisi.

DARI SEGI TEMA

Dalam keseluruhan cerita Penglipur lara ini bertemakan percintaan antara wira dengan wirawati.
Percintaan mereka ini dikaitkan dengan pengembaraan sang wira dalam mencari pasangan mereka
(wirawati) disebabkan oleh hal-hal yang tertentu. Dalam masa pengembaraan inilah pelbagai persoalan
yang timbul untuk mengembangkan lagi suasana sesebuah cerita Penglipur lara dan dalam masa yang
sama menarik minat para pendengar untuk mengetahui kisah selanjutnya. Persoalan yang biasa
diutarakan ialah mengenai persoalan peperangan, kesaktian, kehebatan, kemewahan dan kegagahan
ditonjolkan dalam cerita Penglipur lara.

Halangan dan rintangan yang dihadapi oleh sang wira akandapat diatasi dengan mudah dengan
pertolongan benda-benda sakti atau senjata sakti seperti yang berlaku di dalam cerita-cerita Penglipur lara.
Selain daripada itu juga para wira sendiri juga memiliki kesaktian dan kegagahan mereka tersendiri untuk
mengatasi segala rintangan serta halangan unutuk berjaya dan mencapai hajat wira. Penyelesaian cerita-
cerita Penglipur lara biasanya mereka hidup bahagia bersama wirawati (happy ending).
CERITA BERPUSAT DI KALANGAN PUTERA-PUTERI RAJA

Perkembangan cerita-cerita Penglipur lara ini berkisar di sekitaristana yang mengisahkan tentang wira dan
wirawati dari kalangan putera-puteri raja. Latar cerita yang di cipta kebanyakannya hidup dalam alam
fantasi (khayalan), di mana dunia kayangan digambarkan dengan dewa-dewi dan pari-pari yang dikatakan
terletak di langit. Dunia yang dihuni oleh manusia terletak di bumi. Disinijelas nyata dapat kita lihat bahawa
hubungan kedua-dua alam ini tiada batasannya.

Dalam cerita-cerita penglipur lara , keturunan raja-raja khasnya wira dan wirawati dikaitkan asal usulnya
dari keturunan dewa-dewi dari kayangan. Malah sering kita jumpa dalam cerita Penglipur lara dimana wira
mendapat bantuan atau kesaktian setiap kali menghadapi musuhnya.

BENTUK PROSA DENGAN SELINGAN PUISI

Keseluruhan cerita Pemnglipur lara disampaikan dalam bentuk prosa iaitu karangan yang ti dak berangkap,
tetapi jika berhadapan dengan Penglipur lara itu sendiri, ia di dengar seperti puisi kerana pencerita akan
melagukan agar sedap di dengar serta menarik minat pendengar.

FUNGSI-FUNGSI PENGLIPUR LARA

Berfungsi sebagai ‘alat’ hiburan

Cerita-cerita Penglipur lara memainkan peranan penting sebagai ‘alat’ hiburan bagi masyarakat melayu
tradisi, khasnya dikalangan rakyat jelata kerana isis ceritanya mempunyai cerita yang indah-indah dan
menyeronokkan dan ianya dapat memberi suatu kepuasan yang menghiburkan. Isi cerita Penglipur
larajuga dijadikan sebagai suatau ‘perlarian’ bagi golongan rakyat jelata yang miskin dan hidup dikelingi
penderitaan kerana isis cerita Penglipur lara amat menonjolkan unsur-unsur kemewahan yang indah.
Dengan ini mereka dapat melarikan diri seketika daripada kenyataan hidup yang sebenar.

Berfungsi sebagai alat pengajaran dan pendidikan moral

Cerita-cerita Penglipur lara kaya dengan unsur-unsur moral dan etika yang dapat dicontohi oleh
masyarakat. Nilai-nilai moral dan etika yang jelas dalam cerita Penglipur lara ialah :

i) SIFAT HORMAT KEPADA IBU BAPA DAN ORANG TUA

Wira dan wirawatitidak pernah menentang kehendak ayahanda bonda, walaupun adakalanya perintah
tersebut begitu sukar dan membahayakan, malah mereka akan meminta izin terlebih dahulu daripada
ayahanda bonda mereka sebelum keluar mengembara.

ii) SIFAT TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN (RAJA)

Dalam cerita Penglipur lara ini jelas tergambar tentang raja yang mempunyai perasaan penuh
tanggungjawab terhadap keluarga dan negerinya.

iii) SIFAT-SIFAT PATRIOTIK DAN CINTAKA TANAH AIR

Sifat ini jelas tergambar dalam episod peperangan. Raja, pembesar mahupun rakyat jelata masing-masing
tidak akan mudah menyerah kalah, berganding bahu mempertahankan negeri mereka daripada serangan
luar dan sanggup mengorbankan nyawa mereka dengan berlawan bermati-matian hingga ke titisan darah
yang terakhir.
iv) HUBUNGAN HARMONI DAN MESRA ANTARA GOLONGAN RAJA DAN RAKYAT

Kemersaan hubungan anatara golongan istana dengan rakyat jelata jelas tergambar ketika upacara
tertentu diadakan di istana, misalnya ketika malis perkahwinan dan kenduri kendara di istana. Semua
golongan rakyat datang beramai-ramai dari berbagai lapisan masyarakat, kecil besar, tua dan muda. Ini
jelas seperti yang tergambar melalui petikan puisi di bawah;

“Yang capik datang bertongkat,

Yang buta datang berpimpin,

Yang pekak datang bertanya,

Yang kurap mengekor angin.”

V) BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA DAN KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERNAS IB BAIK

Sifat ini jelas nyata terdapat dalam watak Si Kembang Cina atau Bujang Selamat. Selain itu kedua -dua
watak ini melambangkan kesetiaan dan watak-watak “pekerja” yang bekerja dengan penuh dedikasi dan
memberi sepenuh komitmen terhadap tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

iv) SIFAT BERDIKARI DAN MENCARI UNTUNG

Sifat ini selalu saja terdapat dalam watak wira dan wirawati di mana mereka akan berdikari sehingga
mereka berjaya mencapai apa yang dihajati. Selain itu wira dan wirawati sendiri juga pandai mencari untung
dalam apa jua yang mereka lakukan.

PERANAN CERITA PENGLIPUR LARA

Sering diperkatakan bahawa Penglipur lara adalah sebagai hiburan, pendidikan dan menganggungk an
raja. Oleh kerana tidak terdapat pendidikan secara formal dalam masyarakat Melayu dahulu, maka cerita
– cerita penglipur lara menjadi ruang untuk mendidik anggota masyarakatnya dengan nilai -nilai moral yang
baik. Perbuatan dan sikap yang baik akan dapat ganjaran yang baik, manakala yang jahat akan tewas.
Sikap yang negatif seperti tidak bertanggungjawab akan membawa kesan yang buruk dalam sesebuah
keluarga dan masyarakat.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak dan perwatakan dalam ceruta Penglipur lara ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu :

i) WATAK UTAMA (PROTAGONIS)

Watak ini dipegang oleh wira dan wirawati yang terdiri dari kalanagan anak -anak raja. Watak utama
diwarnakan dengan warna putih iaitu watak baik da mempunyai segala kelebihan, keistemewaan dan
keberanian yang tidak terdapat di kalangan kebanyakk an orang. Peranan watak utama iaitu wira akan
mengembara dengan tujuan yamg tertentu. Disini jelas diperlihatkan wira akan menghadapi berbagai -bagai
halangan, rintangan, kesusahan dan sebagainya, tretepi semuanya akan berakhir dengan kejayaan di atas
kepintaran, kebijaksanaan dan kegagahan yang mereka miliki.
ii) WATAK PEMBANTU

Biasanya watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh, pengiring pada
watak utama sam ada pada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati seperti nenek
kebayan, Kembang Cina dan bujang selamat yang menjadi pembantu dalam tindak – tanduk watak utama.

iii) WATAK JAHAT (ANTAGONIS)

Gambaran mengenai watak jahat ini terdiri dari watak yang menjadi penghalang kepada watak utaa dalam
mencapai sesuatu tujuan dan sering menimbulkan masalah kepada watak utama. Watak ini di anggap
sebagai musuh jahat kerana sering menaruh niat buruk , sering menimbulkan pergaduhan dan peperangan

STRUKTUR ISI CERITA PENGLIPUR LARA

Cerita-cerita penglipur lara tiada banyak bezanya kalau kita lihat ianya terbahagi kepada tiga bahagian.
Dimana dalam cerita ini terdapat permulaan cerita, kemudian bahagian pengembaraan. Dan dalam
bahagian pengembaraan, disini kita dapati sesebuah cerita itu terus berkembang kekemuncaknya serta
bahagian akhir sekali ialah penamat cerita. Manakala dalam bahagian akhir ini cerita akan mula menurun
dan berakhir dalam dua ketogeri samaada menemui kebahagian atau berakhir dengan kesedihan. Di
bawah ada diterangkan bagi setiap bahagian.

i) Bahagian awal:

Disini akan diceritakan tentang kisah sebelum pengembaraan wira. Bahagian awal dimulakan dengan
perkenalan tentang kelahiran wira, kehidupannya sewaktu kecil disertakan dngan latar belakang kehidupan
keluarga wira. Dalam bahagian ini juga diceritakan tentang kejadian yang luar biasa berlaku semasa wira
dilahirkan seperti kelahiran wira yang disertai dengan hujan, ribut, kilat, petir, serta suasana alam yang luar
biasa. Kadang-kadang ada wira yang lahi dengan barang-barang yang ajaib serta kesaktian.

ii) Bahagian pengembaraan:

Seperti yang dinyatakan mula-mula tadi di mana, disinilah bermulanya perkembang cerita sehingga menuju
ke kemuncak cerita. Dalam cerita Penglipur lara ini diterangkan sebab-sebab wira keluar dari istana dengan
tujuan-tujuan yang tertentu. dalam pengembaraan inilah wira menghadapi pelbagai halang dan rintangan
seperti terpaksa berlapar, tiada tempat tidur, merentasi hutan belantara dengan segala cabaran yang
menguji kesabaran serta kesusahan yang terlebih dahulu dideritai. Peperangan juga berlaku di antara
watak wira dan watak jahat yang untuk menghalang wira mencapai hajat mereka dengan cepat. Di samping
itu disisipkan juga unsur-unsur percintaan dan perkahwinan wira dengan puteri-puteri raja negeri yang
disinggahi

iii) Bahagian akhir:

Setelah berhempas pulas untuk mencapai apa yang dihajati, akhirnya wira pun mencapai k ejayaan. Sebaik
saja hajat dan tujuan yang diharapkan telah berjaya diperolehi wira pun kembali semula ke istana,
membawa isteri atau isteri-isterinya dan hidup aman bahagia dengan segala kebesaran dan kemegahan
memerintah kerajaan yang besar.

You might also like