You are on page 1of 5

TUGASAN

HBML1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
SEMESTER JANUARI 2019

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU soalan sahaja yang disediakan dalam Bahasa Melayu.

2. Jawab dalam Bahasa Melayu.

3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan


sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format
grafik seperti jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan.

4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada myVLE untuk
penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan
menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

5. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan.
Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan
dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui myVLE. Sila rujuk kepada portal
untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara online. Anda dinasihatkan
menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.

8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 4 Mac 2019 hingga 17 Mac 2019 Serahan selepas 17
Mac 2019 TIDAK akan diterima.

9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga
dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan
seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrar’s Announcement di
myVLE).

11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan sebagai
bukti penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang timbul berkaitan
penghantaran tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK dihantar.
PENAKSIRAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 60% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai
berdasarkan kepada Rubrik yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar
pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

No. % Kumpulan Pertindihan % Potongan Markah


1 0 – 30 0
2 30.01 – 50 5
3 50.01 – 70 10
4 70.01 – 100 100

Tugasan yang dikenal pasti mempunyai pertindihan tugasan bagi mana-mana kumpulan pertindihan
di atas tidak dibenarkan untuk rayuan. Bagi pelajar dalam kategori pertindihan tugasan kumpulan
70.01-100, akses online rayuan semakan semula tugasan bagi subjek berkaitan dilupuskan dari
pilihan rayuan.
SOALAN TUGASAN

Kemahiran menulis ialah kemahiran yang tertinggi untuk dikuasai oleh seseorang murid.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.

Dalam tugasan ini, anda dikehendaki untuk:


a. membincangkan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menulis.
b. memilih SATU pendekatan dan menyediakan SATU rancangan pengajaran harian yang
lengkap untuk mengajar kemahiran menulis sama ada di sekolah rendah atau sekolah
menengah. Tempoh pengajaran adalah 80 minit.
c. menyediakan bahan bantuan mengajar yang sesuai untuk sesi pengajaran
berdasarkan rancangan pengajaran yang disediakan.

Perbincangan mengenai tugasan ini perlulah dilaporkan dalam bentuk format laporan ilmiah
yang betul dan disokong dengan fakta dan rujukan daripada sekurang-kurangnya LIMA
sumber rujukan yang berkaitan sama ada buku, jurnal atau bahan internet.

[Jumlah: 60 markah]
LAMPIRAN
RUBRIK TUGASAN
HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU/JANUARI 2019

Tidak
Memuaskan/Tiada Markah
Kriteria Pemberat Cemerlang Baik Sederhana Rendah Respons Maksimum
4 3 2 1 0
Pengenalan. Pengenalan atau latar Pengenalan atau latar Pengenalan atau latar Pengenalan atau latar Tiada sebarang
belakang kajian yang sangat belakang kajian yang belakang kajian yang belakang kajian yang pengenalan atau
menarik dan membincangkan menarik dan menarik dan sederhana dan tidak latar belakang kajian
definisi kemahiran kemahiran membincangkan secara membincangkan definisi membincangkan dan tidak
menulis dan jenis-jenis jelas definisi kemahiran kemahiran menulis dan definisi kemahiran membincangkan
2 8
penulisan dalam pengajaran menulis dan jenis-jenis jenis-jenis penulisan menulis dan jenis-jenis definisi kemahiran
Bahasa Melayu secara jelas. penulisan dalam dalam pengajaran Bahasa penulisan dalam menulis dan jenis-
pengajaran Bahasa Melayu. pengajaran Bahasa jenis penulisan dalam
Melayu. Melayu. pengajaran Bahasa
Melayu.
Isi Kandungan. Membincangkan EMPAT Membincangkan TIGA Membincangkan DUA Membincangkan SATU Tidak membincangan
pendekatan pengajaran pendekatan pengajaran pendekatan pengajaran pendekatan pendekatan
kemahiran menulis secara kemahiran menulis kemahiran menulis secara pengajaran kemahiran pengajaran
4 16
lengkap dan jelas. Contoh- secara lengkap dan jelas. jelas. Contoh-contoh menulis. kemahiran menulis
contoh yang relevan Contoh-contoh yang yang relevan disertakan. Contoh-contoh turut karangan.
disertakan. relevan disertakan. disertakan.
Rancangan Pengajaran. Menyediakan Rancangan Menyediakan Rancangan Menyediakan Rancangan Menyediakan Tidak menyediakan
Pengajaran yang sangat Pengajaran yang lengkap Pengajaran yang agak Rancangan Pengajaran Rancangan
4 lengkap dan kemas, meliputi dan meliputi semua lengkap dan meliputi yang kurang lengkap Pengajaran. 16
semua komponen penting. komponen penting. sebahagian besar
komponen penting.
Bahan Bantu Mengajar. Menyediakan EMPAT bahan Menyediakan TIGA Menyediakan DUA bahan Menyediakan SATU Tidak
bantu mengajar yang sesuai bahan bantu mengajar bantu mengajar yang bahan bantu mengajar mengemukakan
2 dengan rancangan pengajaran yang sesuai dengan sesuai dengan rancangan yang sesuai dengan bahan bantu 8
yang disediakan. rancangan pengajaran pengajaran yang rancangan pengajaran mengajar.
yang disediakan. disediakan. yang disediakan.
Kesimpulan. Kesimpulan yang jelas dan Kesimpulan yang jelas Kesimpulan yang boleh Kesimpulan yang Kesimpulan yang
padat serta menjawab dan menjawab diterima. Ia menjawab boleh diterima tetapi tidak jelas dan tidak
1.5 persoalan tugasan dengan persoalan tugasan persoalan tugasan. tidak menjawab menjawab persoalan 6
sangat jelas dan menyeluruh. dengan baik. persoalan tugasan tugasan.
dengan baik.
Mengikut format yang Format penulisan yang amat Format penulisan yang Format penulisan yang Format penulisan Tiada format
betul (Muka hadapan baik dan mengikut kriteria, baik dan mengikut agak baik dan mengikut tidak mengikut kriteria penulisan atau tidak
tugasan, Isi kandungan, 1.5 serta susunan yang baik dan kriteria, serta susunan kriteria tetapi kurang ditetapkan. berkaitan. 6
muka surat, rujukan lengkap serta mengikut gaya yang baik dan lengkap. tersusun.
format APA, dll). APA.
Jumlah 15 60

You might also like