You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN

SULTAN YAHYA PETRA (2)


18000 KUALA KRAI, Tel : 09-9665195
Fax : 09-9603206
KELANTAN Email : petra2krai@gmail.com
KOD SEKOLAH: DBA 7433 dba7433@1bestarinet.yes.my
_____________________________________________________________________________________________________

Ruj. Tuan:
Ruj. Kami:
Tarikh : 25 Januari 2015

Kepada:

En. Muhammad Syahmin b Abdul Aziz

Tuan,

PELANTIKAN GURU PENASIHAT UNIT BERUNIFORM PENGAKAP SK. SULTAN YAHYA


PETRA 2 SESI 2015

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah


dilantik sebagai Guru Penasihat Unit Beruniform Pengakap SK.Sultan Yahya Petra 2.
Pelantikan ini berkuatkuasa mulai tarikh surat penerimaan pelantikan daripada pihak tuan
sehingga 19 November 2015.

2. Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh


tuan.

3. Tuan/puan akan menjalankan tugas yang diberikan kepada saya seperti dalam
Peraturan * warta kerajaan bertarikh 21.05.1998, P.U. (A) 196. Tuan/puan dikehendaki pada
setiap masa menjalankan kegiatan dan aktiviti berkaitan, mengawasi keselamatan dan
kesejahteraan murid-murid. Murid-murid hendaklah dibimbing untuk menjadi pemimpin
persatuan/kelab/badan beruniform masing-masing.

4. Semoga dengan pelantikan ini, tuan/puan dapat menjalankan tanggungjawab dengan


penuh dedikasi untuk meningkatkan prestasi persatuan/kelab/badan beruniform.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………
(EN. ABDULLAH B HASSAN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2,
1800 Kuala Krai,
Kelantan.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail Pengakap
Lampiran 1

Senarai Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat Persatuan

1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.


2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
Perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam,
Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.
8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.
10. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/
Permainan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk.
11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat
sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik.
13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan .
14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
15. Menandatangani Buku /Borang Kehadiran Ahli.
16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili .
17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa
ke semasa.

You might also like