You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berjaya menyiapkan
tugasan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin. Tugasan yang diberikan kali ini
telah memberikan pelbagai manfaat kepada diri saya sendiri dalam pelbagai aspek.
Kata orang, ‘Berat sama dijunjung, ringan sama dipikul’, ertinya sekiranya kita
membuat sesuatu kerja secara beramai-ramai, kerja tersebut boleh menjadi lebih
mudah.

Dalam melaksanakan tugasan kerja kursus ini, pelbagai pihak telah terlibat
dalam menyumbangkan tenaga dan buah fikiran. Jutaan terima kasih saya ucapkan
kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Razmah binti Che Kar dan Ramli bin Musa
kerana meskipun berjauhan, mereka tetap memberikan sokongan dan semangat
kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya di IPG Kampus Ilmu Khas ini.
Merekalah sumber kekuatan saya di sini.

Seterusnya, saya ingin menghadiahkan sekalung penghargaan kepada


pensyarah subjek Audiologi dalam Pendidikan iaitu Dr. Madinah binti Mohd Yusof
kerana telah banyak memberi bimbingan kepada saya dalam melaksanakan tugasan
ini. Pelbagai ilmu baru yang telah beliau curahkan kepada saya dan rakan-rakan
lain.

Tidak lupa juga, saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perlaksanaan kerja kursus ini,
terutamanya rakan-rakan sekelas iaitu G2.1. Tanpa mereka, saya pasti menghadapi
pelbagai masalah dan tiada tempat untuk bertanya dan tiada kawan untuk
memberikan pandangan atau ulasan mengenai kerja yang saya lakukan.

Saya berharap agar tugasan pada kali ini mampu mendatangkan pelbagai
manfaat kepada diri saya. Semoga segala ilmu yang saya peroleh mampu saya
aplikasikan dalam kehidupan seharian dan turut dikongsi bersama orang lain.

You might also like