You are on page 1of 17

ISLAM LIBERAL dan PLURALISME

1. PENGHARGAAN 2
2. PENDAHULUAN 3
3. DEFINISI ISLAM LIBERAL DAN PLURALISME AGAMA 4
4. LATAR BELAKANG DAN KEMUNCULANNYA 5-6
5. KONSEP DAN OBJEKTIF 7
6. KESAN-KESANNYA TERHADAP MASYARAKAT ISLAM 8-9
7. CARA-CARA UNTUK MENGATASINYA 10-12
8. KESIMPULANNYA 13
9. LAMPIRAN 14-15

1
1.Sejarah pemikiran dan tamadun Islam(Zulkifli Dahalan)
2. Ensiklopedia Agama(Yahya Nuryadi)
3. Sesungguhnya Tuhan Tidak Bermata Satu(Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad)
PENGHARGAAN

2
1.Sejarah pemikiran dan tamadun Islam(Zulkifli Dahalan)
2. Ensiklopedia Agama(Yahya Nuryadi)
3. Sesungguhnya Tuhan Tidak Bermata Satu(Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad)
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk
mencari,memahami dan menyiapkan tugasan kumpulan yang bertajuk “islam liberal dan
kesan ancamannya terhadap umat islam” . Bagi pihak kumpulan kami, kami merakamkan
jutaan terima kasih kepada USTAZ MOHD YUSSOF dan rakan-rakan yang secara
langsung atau tidak langsung menyiapkan tugasan ini dengan baik. Mudah-mudahan kita
mendapat kefahaman yang jelas dan kefahaman terhadap isu ini .

3
1.Sejarah pemikiran dan tamadun Islam(Zulkifli Dahalan)
2. Ensiklopedia Agama(Yahya Nuryadi)
3. Sesungguhnya Tuhan Tidak Bermata Satu(Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad)
PENDAHULUAN

Sesungguhnya jarak masa yang jauh antara zaman Rasulullah SAW dengan kita telah
menjadikan manusia jauh daripada isi kandungan AL-QURAN dan AL-SUNNAH .
Semakin jauh zaman itu , semakin banyaklah ajaran yang menyimpang daripada sumber
agung itu . Oleh sebab itu , banyak pihak yang muncul demi mencemarkan ketulenan
ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW . Dalam hal ini ,golongan awamlah yang selalu
menjadi mangsa . Berbagai aliran yang menggunakan nama islam sering menimbulkan
kebingungan . Bagi yang kurang teliti ,terjebaklah ke lembah kesesatan .

Pemikiran Islam adalah suatu istilah yang sering disebut sejak mutakhir ini. Aliran
pemikiran islam liberal sekarang ini nampaknya sudah menjadi salah satu ancaman
kepada masyarakat islam. Dalam lipatan sejarah umat Islam ,kita senantiasa berdepan
dengan pelbagai cabaran yang cuba merosakkan kemurniaan dan keaslian ajaran
islam.Namun ALHAMDULILLAH telah menjadi sunatullah pada setiap zaman dan
tempat juga golongan khususnya para ulama’ yang berjuang membetulkan persepsi
masyarakat yang menyeleweng.

4
1.Sejarah pemikiran dan tamadun Islam(Zulkifli Dahalan)
2. Ensiklopedia Agama(Yahya Nuryadi)
3. Sesungguhnya Tuhan Tidak Bermata Satu(Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad)
DEFINISI
Islam liberal adalah satu bentuk pemikiran Jahiliah baru moden yang dianuti oeh
sebahagian cerdik pandai Muslim hari ini khususnya yang berlatarbelakangkan
pendidikan Barat yang cuba membebaskan diri daripada disiplin ilmu agama yang
digagaskan oleh ulamak.
 Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994) :
1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik
(misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas.
2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong
kepada sesuatu aliran pemikiran sahaja).

Merujuk kepada definisi di atas, Islam sememangnya sebuah agama yang liberal. Ia
membebaskan manusia daripada belenggu penyembahan sesama makhluk, bahkan juga
membebaskan manusia daripada penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia.
Islam juga memiliki dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagi mana ia tidak
melibatkan syirik yang menyekutukan Allah, perbuatan yang menyalahi syari‘at-Nya dan
kepercayaan kurafat yang merendahkan kedudukan manusia sehingga ke taraf
kebinatangan.

5
1.Sejarah pemikiran dan tamadun Islam(Zulkifli Dahalan)
2. Ensiklopedia Agama(Yahya Nuryadi)
3. Sesungguhnya Tuhan Tidak Bermata Satu(Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad)
Dalam perkataan lain juga, liberalisme juga sebenarnya menuntut pembebasan manusia
dari kawalan Tuhan dalam semua hal serta urusan duniawi. Selain itu, Islam Liberal
ianya adalah satu aliran pemikiran yang berasaskan kepada rasionalisme akal dalam
mentafsir agama Islam dan ia merupakan sebuah aliran yang terpesong dari landasan
agama Islam.

Pluralisme agama adalah sebuah konsep yang mempunyai makna yang luas, berkaitan
dengan penerimaan terhadap agama-agama yang berbeza, dan dipergunakan dalam cara
yang berlainan.
Fahaman pluralisme agama yang lahir dengan latarbelakangkan sejarah agama Kristian di
Barat.

LATARBELAKANG DAN KEMUNCULANNYA


Pada abad 20 yang lalu, gagasan pemikiran modenisme Islam telah digerakkan
oleh beberapa tokoh ilmuan dan cendiakawan Muslim ternama seperti as-Syaikh
Jamaluddin al-Afghani, as-Syaikh Muhammad Abduh, Sayyid Ameer Ali, Syed
Ahmad Khan dan lain-lain. Meskipun niat para reformis untuk menjadikan umat
Islam maju dalam bidang sains dan teknologi, namun kesan-kesan modenisme
yang berakar dari filsafat Barat telah menyebabkan timbulnya kesan-kesan negatif
dalam pemikiran Islam.
Charles Kurzman(1998), seorang ahli sosiologi dari Universiti North Carolina
dalam bukunya Liberal Islam: A Source Book, berpandangan idea Islam Liberal
ini bukan sati wacana baru. Ia sudah bermula dengan idea-idea reformis pemikir-
pemikir awal timur tengah seperti Rif’at al-Thatawi, Ali Abdul Raziq, diteruskan
pula oleh beberapa pengkagum barat seperti alumni Sorborne, Hassan Hanafi dan
Muhammad Arkoun dan yang lain-lain seperti Faraj Fawdah, Muhammad Said al-
Asmawi, Nasr Abu Zayd dan Wahid Raf’at. Tulisan Kurzman ini dipertikaikan
apabila beliau juga memasukkan individu seperti Prof. Yusuf al-Qadhrawi sebagai

6
1.Sejarah pemikiran dan tamadun Islam(Zulkifli Dahalan)
2. Ensiklopedia Agama(Yahya Nuryadi)
3. Sesungguhnya Tuhan Tidak Bermata Satu(Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad)
liberalis Islam sedangkan al-Qadhrawi banyak menghentam idea-idea liberal
pelopor kelompok seperti Ali Abdul Raziq, Faraj Fawdah dan Abed al-Jabiri.
Aliran islam liberal ini pantas merebak hingga ke Asia Tenggara. Di Indonesia
hebat berkembang di atas nama Jaringan Islam Liberal (JIL) serta didokong oleh
sebilangan golongan muda yang begitu euthusiastic dan berjaya menguasai
pentas-pentas dan wahana penyiaran radio, tv dan akhbar bagi menyebarkan
pandangan-pandangan mereka. Kehadirannya menimbulkan polemic dan
kontroversi yang berterusan di Indonesia serta terbukti apabila Ulil Absar
Abdullah tidak masa dahulu telah diisytihar murtad oleh Majlis Ulama Indonesia.
Menurut Lutfi As-Syaukanie istilah Islam Liberal mula dipopularkan pada tahun
1950-an dan dikembangkan dengan pesatnya pada tahun 1980-an oleh tokoh dan
sumber rujukan utama komuniti Jaringan Islam Liberal(JIL), Nurcholish
Madjid(Cak Nur). Terdapat empat agenda utama yang menjadi persoalan yang
dibahaskan oleh JIL iaitu politik, toleransi agama, emansipasi wanita dan
kebebasan bereksperasi. JIL merumuskan tujuan gerakannya dalam empat perkara
iaitu memperkukuh landasan demokrasi melalui penanaman nilai pluralism,
inklusivisme dan humanisme. Membangun kehidupan beragama yang
berdasarkan pada penghormatan atas perbezaan, mendokong dan menyebarkan
gagasan keagamaan yang pluralis, terbuka dan humanis dan mencegah agar
pandangan keagamaan yang militan dan pro kekerasan tidak menguasai wacana
umum.

7
1.Sejarah pemikiran dan tamadun Islam(Zulkifli Dahalan)
2. Ensiklopedia Agama(Yahya Nuryadi)
3. Sesungguhnya Tuhan Tidak Bermata Satu(Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad)
KONSEP DAN OBJEKTIF
Liberalisme iaitu konsep pembebasan manusia untuk melakukan sesuka hati mereka
dengan sekatan yang minima. Dalam lain perkataan, aliran pemikiran berfalsafahkan
doktrin liberalisme sebenarnye menuntut pembebasan manusia dari kawalan Tuhan
dalam semua hal serta urusan duniawi.

Konsep-konsep pemerintahan dan pentadbiran manusia sejagat yang berpaksi dan


berpusat pada falsafah liberalisme adalah berpegang pada teori berikut,iaitu:

 Tuhan tidak wujud atau tidak berperanan dalam dunia ini.


 Pemerintahan dan pentadbiran manusia hanya perlu menggunakan akal semata-
mata (tidak ada konsep sumber wahyu).
 Semua agama dan ideologi adalah ciptaan manusia semata-mata.
 Semua pendapat dan pemikiran yang boleh membawa manusia kepada kekuatan
dan kekayaan seharusnya diterima.
 Manusia perlu dibebaskan dari batasan-batasan agama dan hanya berpegang pada
nilai etika semata-mata. Nilai etika ini diciptakan dengan matlamat supaya
manusia dapat hidup secara berharmoni dan aman, ianya boleh disesuaikan
dengan kehendak dan citarasa rakyat, perubahan zaman, tempat dan suasana.

Inilah inipati teori-teori palsu ciptaan cendiakawan Eropah yang liberal yang diambil
kesempatan oleh golongan Yahudi Zionis untuk memusnahkan agama Kristian sebagai
8
1.Sejarah pemikiran dan tamadun Islam(Zulkifli Dahalan)
2. Ensiklopedia Agama(Yahya Nuryadi)
3. Sesungguhnya Tuhan Tidak Bermata Satu(Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad)
membalas dendam atas perbuatan mereka mengusir kaum Yahudi pada abad-abad yang
terdahulu.

KESAN-KESANNYA TERHADAP MASYARAKAT ISLAM


MALAYSIA
• Keruntuhan akidah
Berikutan aliran islam liberal yang kian rancak disebarkan,umat islam semakin
lupa dengan dua sumber epistemologi yang dapat menghadapi tentangan zaman
iaitu Al-Quran dan al sunnah yang menjadi pegangan mereka sejak beratus-ratus
tahun lamanya.Ramai golongan umat islam yang mempercayai seratus peratus
segala yang dihebahkan oleh pemikir islam liberal tanpa mengkaji kesahihannya
melalui ulama’-ulama’ dan para ilmuan.Oleh sebab itu, banyak kes-kes yang
berlaku di Malaysia yang mana melibatkan keruntuhan akidah seperti
murtad,mengaku dirinya sebagai jelmaan Tuhan,menyatakan rambut bukan aurat
dan sebagainya.Selain itu, peringatan yang diberikan oleh para ulama’ juga
dianggap satu gertakan sosial yang tidak bertanggungjawab maka lahirlah pemikir
silam liberal yang menolak hukum Allah atas alasan hak asasi.Inilah akibat salah
faham tehadap agama yang berpunca dari pemisahan agama dengan duniawi
sehingga yakin islam hanya pada waktu ibadat khusus seperti puasa,solat,haji dan
juga ketika smbutan maal hijrah,maulidur rasul dan awal muharram.

• Menggugat kesahihan Al-Quran dan hadis

9
1.Sejarah pemikiran dan tamadun Islam(Zulkifli Dahalan)
2. Ensiklopedia Agama(Yahya Nuryadi)
3. Sesungguhnya Tuhan Tidak Bermata Satu(Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad)
Seorang pensyarah di Indonesia pernah menulis sebuah buku bertajuk “edisi kritis
AL-QURAN”.Tujuan penulisan itu adalah membuat huraian secara ringkas
tentang proses pemantapan teks dan pembacan Al-Quran.Beliau juga nenegaskan
bahawa proses itu masih meninggalkan masalah samada dalam sistem ejaan teks
dan juga pemilihan bacaan yang kita warisi dalam Al-Quran yang dicetak pada
masa ini.Mohamed Arkoun menyatakan Al-Quran hanyalah hasil sosial dan
budaya kemasyrakatan yang tidak dapat diterima akal disebabkan paksaan
pemerintah ketika itu. Untuk mengubah yang tidak dapat difikirkan itu menjadi
sesuatu yang dapat difikirkan, beliau mencadangkan supaya mengamalkan
pemikiran liberal. Nasr hamid abu zaid, seorang pemikir Mesir mangatakan
bahawa Al-Quran itu sama dengan teks-teks lain. Walaupun pada asalkan Al-
Quran itu daripada Tuhan, beliau berpendapat bahawa kajian Al-Quran tidak
memerlukan kaedah khusus.Jika kaedah khusus diperlukan hanya sebahagian
manusia yang memiliki kemampuan sahaja dapat memahaminya.

• Meniru pemikiran barat


Isu hak wanita di barat juga dibangkitkan di dunia islam.Ini kerana, terdapat adat
istiadat atau pegangan sesuatu kaum yang menganut Islam, bercanggah dengan
ajaran Al-Quran dan al-sunnah, sekali gus menindas kaum wanita.begitu juga
pegangan mazhab yang sempit seperti kuasa bapa memaksa anak perempuannya
berkahwin dengan sesiapa yang disukainya.namun, itu semua bukan salah
Islam.apa yang perlu diperbetulkan ialah minda dan pemikiran umat agar kembali
kepada Islam tulen. Telah terbukti dalam catatan sejarah bahawa Islam adalah
pembela sebenar kaum wanita.Sebelum kedatangan Islam, hak wanita tidak
dibincangkan atas nama sistem agama atau tanggungjawab keagamaan yang
lengkap.bahkan dalam sesetengah masyarakat, wanita dianggap sial dan tidak
mempunyai nilai.Contohnya di Babylon. Suami yang membunuh seseorang, isteri
hendaklah menggantikan tempatnya bagi dihukum mati.Masyarakat Greek pula
menganggap wanita lebih rendah nilainya daripada lelaki.Pelacuran pula menjadi
amalan biasa bagi masyarakat Greek dan Rom.

• Hasrat liberalis terhalang

10
1.Sejarah pemikiran dan tamadun Islam(Zulkifli Dahalan)
2. Ensiklopedia Agama(Yahya Nuryadi)
3. Sesungguhnya Tuhan Tidak Bermata Satu(Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad)
Pendokong Islam Liberal ini merasakan bahawa pegangan umat Islam kepada agama
menghalang untuk bermasyarakat. Sebahagian ajaran Islam seperti persoalan halal dan
haram,keinginan poligami, halangan mempertikaikan syariat Islam dan seumpamanya
adalah unsur-unsur yang menghalang kebebasan hak pada pandangan barat.

CARA-CARA UNTUK MENGATASINYA

• Mendalami ilmu-ilmu islam


Kajian-kajian lebih mendalam perlu diusahakan bagi membuktikan kebenaran
ajaran Islam. Ia bertujuan memperkukuhkan pegangan umat islam terhadap islam
dan menarik bukan bukan islam untuk memeluk atau membuatkan mereka
berpandangan positif terhadap Islam. Memahami Islam adalah dengan mendalami
seluruh pengajarannya. Pengetahuan tenteng ajaran Islam mampu memantapkan
keyakinan. Abul A’la al-Maududi (1992) telah membincangkan aspek pengajaran
Islam secara menarik dalam bukunya Towards Understanding Islam. Ajaran dapat
difahami dan diyakini jika diketahui secara mendalam aspek-aspek yanng
berkaitan dengan pertanggungjwapannya. Para ulama dan cendekiawan Islam atau
bukan Islamyang berminat digembelengkan. Sebagai contohnya, kajian saintifik
yang dibuat terhadap pergerakann dalam solat menunjukkan ianya memberi
kebaikan terhadap manusia yang melaksanakannya. Ia bermakna ibadah solat
yang dilaksanakan oleh umat Islam memberi kesan terhadap rohani dan jasmani
mereka.

11
1.Sejarah pemikiran dan tamadun Islam(Zulkifli Dahalan)
2. Ensiklopedia Agama(Yahya Nuryadi)
3. Sesungguhnya Tuhan Tidak Bermata Satu(Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad)
• Menggunakan peluang
Di sebalik caabaran dan masalah yang dihadapi, umat Islam mempunyai peluang
dan kekuatan berdasarkan perkembangan dan situasi yang ada. Peluang ini mesti
direbut dan digunakan untuk memartabatkan dirinya. Misalnya, kesedran
beragama di kalangan semua penganut agama di dunia semakin meningkat akibat
dasar pembangunan yang berasaskan faham sekularisme dam materialism yang
semakin global. Kesedaran ini adalah ruang yang terbaik untuk Islam
berkembang. Umat Islam sendiri semakin ramai yang cuba dan berusaha untuk
menghayati islam secara menyeluruh akibat kegagalan system pemerintahan
warisan penjajah yang dipaksakan ke atas mereka. Perang ke atas pengganas telah
mengakibatkan masyarakat Barat yang berbudaya ingin tahu semakin mendalami
ajaran Islamsehinggakan semakin ramai yang memeluk Islam. Teknologi media
yang semakin canggih memungkinkan ajaran Islam dapat dicapai melalui internet
dengan berkesan, cepat dan global. Kegemilangan tamadun Islam satu masa
dahulu adalah hasil daripada kebebasan dan kreativiti masyarakat Islam ketika era
tersebut.

• Memperanankan ulama’
Memahami secara mendalam pengertian terminologi yang berkaitan dengan
dengan politik antarabangsa, serantau dan peringkat nasional seperti globalisasi,
imperialisme, dan skala pengaruh gerakan tersebut terhadap akidah, budaya,
pendidikan, politik dan ekonomi umat. Tanpa kefahaman yang mendalam
menyebabkan segala usaha untuk menghadapi cabaran ini akan gagal atau kurang
berkesan. Untuk itu mereka wajar menjadi warga dunia yang serba
interconnected, paling hamper dengan sumber maklumat terkini dan menguasai
kaedah berkomunikasi secara bistari dan mutakhir. Dengan kefahaman yang
meluas tentang kuasa negara super power, ulama mungkin mempengaruhi arah
dan arus politik luar Negara itu untuk meraih suatu kadar pencapaian tertentu
untuk menghalang kebangkitan golongan panas dan pewaris cirri-ciri neo-
imperialist terus berkuasa di negara adijagat tersebut. Dalam konteks globaliasi
ekonomi golongan alim ulama wajar merumuskan dasar-dasar ekonomi yang
lebih adil, Islamik, dan melindungi nilai-nilai moral dan kemanusiaan. Mereka
mungkin boleh meyakinkan umat dan orang ramai tentang keburukan ekonomi

12
1.Sejarah pemikiran dan tamadun Islam(Zulkifli Dahalan)
2. Ensiklopedia Agama(Yahya Nuryadi)
3. Sesungguhnya Tuhan Tidak Bermata Satu(Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad)
ynag berteraskan dasar kapitolis totok, faham kebendaan semangat lintah darat
yang menafikan hak orang lain. Dalam masa yang sama mereka mungkin boleh
boleh mendorong kepada kewujudan badan koperasi institusi kewangan, syarikat
dan perusahaan , yang berlandaskan ekonomi Islam atau dasar ekonomi yang
lebih berperikemanusiaan dari yang ada sekarang. Para alim ulama perlu
meluruskan persepsi umum tentang kebenaran, keadilan dan kebaikan
penyelesaian Islam dalam bidang politik dan keamanan seperti mana yang telah
terbukti dalam sejarah kegemilangan peradaban Islam berkurun. Mereka perlu
mendedakan penipuan dan konspirasi jahat media tertentu oleh pihak tertentu
untuk mencemarkan imej Islam, peradaban Islam, gerakan Islam dan umat Islam.
Mereka perlu menampilkan asas dan dasar keadilan Islam, pembelaan terhadap
hak asasi manusia dan nilai-nilai peradaban tinggi dan mulia yang boleh
menjanjikan keamanan dan kedamaian serantau dan sedunia. Ulama wajar
mendedahkan tentang keburukan penjajahan dan dasar penjajahan baru khasnya
yang bertopengkan kepada kempen menangani terrorisme dan berjubahkan
dampak globalisasi untuk menjayakan suatu bentuk hegemoni Negara-negar super
power dan menjelmakan negara mereka sebagai empayar yang menguasai seluruh
negara-negara di dunia. Golongan ulama perlu memperkasa pegangan umat
terhadap akidah dan nilai-nilai budaya Islam. Mereka wajib mempertahankan
justifikasi dan dasar pendidikan Islam agar jatidiri umat dan dasar budaya Islam
tidak tergugat dan terus mendefinisikan sejarah dan tamadun rantau Melayu
sebagai ranrau Islam.

• Mengawasi media luar


Pihak kerajaan hendaklah mengawasi limpahan maklumat dari luar agar ia tidak
menimbulkan ancaman terhadap kestabilan pegangan akidah umat Islam.
Kemasukan tanpa kawalan akan menyebabkan lambakan di pasaran maklumat-
maklumat yang bertentangan dengan Islam. Umat Islam sepatutnya mewujudkan
agensi media Islam sendiri bertujuan menyelaras laporan dan maklumat berkaitan
yang diterima khususnya membabitkan Islam dan umatnya. Sekarang umat Islam
terpaksa menerima bahan berita yang disampaikan oleh media asing yang
kebanyakannya dimilki oleh orang-orang Yahudi yang sememangnya anti kepada
Islam.

13
1.Sejarah pemikiran dan tamadun Islam(Zulkifli Dahalan)
2. Ensiklopedia Agama(Yahya Nuryadi)
3. Sesungguhnya Tuhan Tidak Bermata Satu(Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad)
KESIMPULANNYA
Demi menyelamatkan kesucian akidah dan syariat terutama dalam kalangan generasi
muda yang akan mewarisi masa hadapan islam dan umatnya di Malaysia, kita hendaklah
beriman kukuh dengan Al-quran yang telah diturunkan oleh Allah dan al sunnah sebagai
dua sumber utama yang pasti dapat menyelamatkan kehidupan. Oleh itu, umat islam
wajib meningkatkan keupayaan memahami ajaran islam sedalam mungkin. Hanya
dengan penguasaan segala cabang ilmu islam serta beramal dengan ilmu-ilmu tersebut
secara ikhlas, maka Allah akan terus membimbing para ilmuwan muslim di atas jalan
yang benar.Ingatlah bahawa manusia mslim yang berpaling dari jalanNya yang lurus
pasti akan menemui kerugian yang amat besar pada Hari kiamat kelak.Ingatlah perintah
Allah dalam surah al-A’raf ayat 45 yang bermaksud: “Iaitu orang-orang yang
menghalang-halangi (manusia) daripada jalan Allah dan menginginkan jalan itu menjadi
bengkok, dan mereka kafir kepada kehidupan akhirat. ” Jika umat islam tidak
memikirkan permasalahan dan pengamalan Islam dengan tenggelam dalam kelemahan
sendiri, kita bimbang akan ditimpa kehancuran sebagaimana firman Allah dalam surah al-
Isra’ ayat 16 yang bermaksud: “ Dan apabila sampai tempoh Kami hendak
membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang
yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka
menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka hendaklah negeri itu dibinasakan,
lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.” Pelbagai usaha wajar kita
14
1.Sejarah pemikiran dan tamadun Islam(Zulkifli Dahalan)
2. Ensiklopedia Agama(Yahya Nuryadi)
3. Sesungguhnya Tuhan Tidak Bermata Satu(Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad)
lakukan.Pendekatan yang terbaik seperti yang dianjurkan oleh para ilmuwan muslim
muktabar hari ini ialah gabungan antara ilmu warisan dan kontemporari. Pelbagaikan
pendekatan dakwah islam dengan menjadikannya sebagai agenda utama kehidupan.
Kemajuan teknologi yang ada dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendakwah masyarakat
kepada islam. Elakkan diri daripada terbabit dengan sebarang perbalahan yang tidak
menguntungkan umat. Jadikan umat islam sebagai saudara sejati dan bukan islam segai
rakan yang didekati. Kemajmukan masyarakat di Malaysia wajar membuka ruang untuk
memperhebatkan usaha dakwah.

LAMPIRAN

15
1.Sejarah pemikiran dan tamadun Islam(Zulkifli Dahalan)
2. Ensiklopedia Agama(Yahya Nuryadi)
3. Sesungguhnya Tuhan Tidak Bermata Satu(Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad)
Logo Jaringan Islam Liberal

16
1.Sejarah pemikiran dan tamadun Islam(Zulkifli Dahalan)
2. Ensiklopedia Agama(Yahya Nuryadi)
3. Sesungguhnya Tuhan Tidak Bermata Satu(Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad)
17
1.Sejarah pemikiran dan tamadun Islam(Zulkifli Dahalan)
2. Ensiklopedia Agama(Yahya Nuryadi)
3. Sesungguhnya Tuhan Tidak Bermata Satu(Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad)

You might also like