You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai penduduk berbilang


bangsa dan budaya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan
kepada tiga kumpulan utama iaitu Melayu, Cina dan India. Konsep perpaduan perlu ditanam
dalam diri setiap individu sejak kecil agar rakyat Malaysia saling menghormati antara satu
sama lain bagi mengekalkan keharmonian dan keamanan negara. Sehubungan itu, semangat
perpaduan perlu diterapkan melalui sistem pendidikan kerana pendidikan mempengaruhi
setiap individu dan juga merupakan instrumen untuk menyemai semangat patriotisme dalam
persekitaraan sosiobudaya di sekolah. Dasar Pendidikan telah dibentuk berpaksikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dengan mengambil kira kepentingan dan matlamat pendidikan
bagi semua kaum. Aspek pembinaan bilik darjah yang mesra budaya amat penting dalam
menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid. Hal ini sedemikian kerana
pengurusan bilik darjah yang mesra budaya mendorong dalam pengajaran dan pembejaran
dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar
belakang etnik (Haliza Hamzah, 2009).

2.0 PENULISAN AKADEMIK

Terdapat beberapa aspek yang menjadi elemen utama dalam mewujudkan bilik darjah
yang mesra budaya. Yang pertamanya ialah dari aspek fizikal. Pengurusan bilik darjah adalah
perlu untuk mengekalkan persekitaraan pembelajaran yang positif dan produktif (Woolfolk,
2001). Bagi mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya beberapa kriteria perlu diberi
perhatian seperti susunan kerusi dan meja serta kemudahan-kemudahan dalam bilik darjah.
Menurut Syed Ismail (2010), susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya
memberi kemudahan kepada murid-murid untuk mengadakan aktiviti pembelajaran
berpusatkan murid serta aktiviti kumpulan. Sehubungan dengan itu, guru perlu meletakkan
murid yang terdiri daripada etnik yang berbeza dalam satu kumpulan. Guru juga perlu kerap
mengadakan aktiviti berkumpulan yang boleh melibatkan semua murid tanpa mengira kaum
dan budaya. Kedudukan antara murid-murid yang duduk menghadap antara satu sama lain
akan membolehkan mereka berinteraksi dengan mudah. Dengan ini, murid-murid yang terdiri
daripada pelbagai etnik dapat mengeratkan lagi hubungan silahturahim di samping
mewujudkan pembelajaran yang berkesan.

Selain itu, guru perlu mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik
dimana murid mempunyai rasa kepunyaan terhadap bilik darjah seperti yang ditekankan oleh
Rudolf Dreikurs dalam Model Akibat Logikal Dreikurs. Guru perlu memberikan kebebasan
kepada murid-murid untuk menghiaskan bilik darjah mereka bagi memupuk rasa

1
tanggungjawab dalam diri mereka. Guru boleh menggalakkan murid-murid untuk
mengadakan sudut pameran perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bermusim mengikut
giliran. Murid perlu diberi kebebasan untuk mempamerkan apa-apa sahaja bahan yang boleh
menggambarkan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan kaum masing-masing. Dengan
ini, murid-murid dapat mengetahui secara lebih mendalam tentang amalan dan cara hidup
pelbagai kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia. Seterusnya, pada masa yang sama,
aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural mengenai perayaan serta kebudayaan
pelbagai etnik juga boleh diadakan. Aktiviti ini boleh dilakukan secara berkumpulan oleh
murid-murid daripada pelbagai etnik dan budaya bagi mengeratkan lagi perpaduan dalam
kalangan mereka. Semasa perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural, murid-murid
dapat berkerjasama dan bertoleransi di samping berkongsi maklumat mengenai amalan dan
budaya masing-masing. Secara tidak langsung, persekitaraan yang mesra budaya dapat
diwujudkan.

Lebih-lebih lagi, dalam usaha mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu
mempunyai kepekaan dan kesedaran terhadap pengurusan persekitaran sosial yang positif
dalam bilik darjah dan mereka perlu merancang perkara ini dengan teliti. Antara aktiviti yang
boleh dilakukan oleh guru adalah mengadakan lawatan sambil belajar. Sebagai contoh, guru
boleh membawa murid-murid ke perkampungan orang Asli untuk mengenali budaya, adat
resam dan cara hidup mereka. Murid-murid akan berasa gembira dan lebih bersemangat
sekiranya mereka dibawa ke sesuatu tempat di luar bilik darjah. Dengan ini, murid-murid akan
mendapat pengalaman baru dimana mereka berpeluang untuk bercampur gaul dengan rakan-
rakan yang berbeza etnik dan dapat mewujudkan hubungan silaturahim serta membina
masyarakat yang bersatu padu. Aktiviti seterusnya adalah, guru perlu merancang satu sesi
pengajaran dan pemudahcaraan yang bertemakan percutian yang memberi peluang kepada
murid-murid daripada pelbagai etnik untuk berkongsi pengalaman masing-masing semasa
bercuti. Aktiviti sedemikian mewujudkan komunikasi dua hala iaitu antara guru dengan murid
dan murid dengan murid yang mengeratkan serta merapatkan jurang perpaduan dalam
kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Pada masa yang sama, murid-
murid juga didedahkan dengan pengalaman berkomunikasi dalam bahasa rasmi negara iaitu
bahasa Melayu serta bahasa Inggeris yang digunakan atas keperluan global. Tambahan pula,
aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah, guru boleh membawa murid untuk menziarah
sekiranya ada rakan sekelas mereka yang sakit. Dengan ini, semangat setia kawan dan ciri-
ciri empati yang tinggi dapat dipupuk dalam kalangan murid-murid yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan etnik.

Di samping itu, guru juga perlu memberi penekanan kepada aspek emosi bagi
mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Setiap individu di muka bumi ini mahu dirinya

2
dilayan dengan adil dan baik tetapi ketidakadilan dalam bilik darjah kerap berlaku apabila
seseorang guru terlalu taksub dengan warna kulit, latar belakang serta pencapaian murid
dalam akademik. Guru tidak seharusnya memberikan layanan berat sebelah kepada murid-
murid terutamanya bagi mereka yang berhadapan dengan murid-murid yang terdiri daripada
pelbagai etnik dan budaya. Semasa mengajar, guru hendaklah memberi peluang yang sama
rata kepada setiap murid tanpa mengira kaum dan budaya untuk mengambil bahagian dalam
aktiviti pembelajaran (Azhar Haji Mad Aros, 2000). Aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan
perlu dipastikan tidak mempunyai unsur yang sensitif kepada mana-mana murid agar dapat
memberi peluang kepada setiap murid untuk terlibat sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran.
Guru akan menjadi suri teladan kepada murid sekiranya guru melayani mereka dengan adil.
Menurut Albert Bandura (1977), kanak-kanak membuat pemerhatian terhadap tingkah laku
orang yang berada di sekelilingnya sewaktu berinteraksi dan meniru tingkah laku, sikap dan
reaksi itu. Sehubungan dengan itu, guru haruslah bersikap periang, penyayang serta peramah
dan mengamalkan nilai yang diterima oleh semua bagi mewujukan suasana bilik darjah yang
mesra budaya.

Tuntasnya, bilik darjah yang mesra budaya memainkan peranan penting bagi
merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai aspirasi pertama dalam wawasan 2020 iaitu

“ Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia
mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam
keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang
mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.”

Hal ini sedemikian kerana, bilik darjah yang mesra budaya dapat mewujudkan persefahaman
yang rasional dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia. Konsep
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya bukan sahaja bergantung pada kewujudan
persekitaran fizikalnya sahaja, malahan turut mengutamakan penyediaan ruang yang
membolehkan emosi murid dikawal dan difahami. Sehubungan dengan itu, setiap guru perlu
peka terhadap pembelajaran yang kondusif untuk murid semasa sesi pengajaran dan
pemudahcaraan dan memastikan setiap murid daripada kumpulan etnik yang berbeza
menerima peluang pembelajaran yang sama supaya tiada kelompok etnik yang merasakan
diri mereka terpinggir di sekolah ataupun di bilik darjah.

3
3.0 RUJUKAN

Azhar Haji Mad Aros. (2000). TITAS Kertas 2. Selangor : Fajar Bakti Sdn.Bhd

Bandura, A. (1977). Sosial learning theory. Eaglewood Clifts, N. J: Practice Hall.

David Berry. (2003). Idea-idea utama dalam Sosiologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Dreikurs, R., & Grey, L. (1968). Logical consequences: A handbook of discipline. Meredith
Press.

Haliza Hamzah. (2009). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Shah Alam, Selangor :
Oxford Fajar.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-

2025. Putrajaya: KPM.

Longstreet W.S. (1993). Curriculum for the new millennium. Boston : Oxford university
Press.

Malaysia, K. P. (1992). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: KPM.

Nik Azis Nik Pa. (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas. Petaling Jaya :
Pustaka Alam

Shaari, A. S. (2008). Guru berkesan petua dan panduan. Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Syed Ismail. (2010). Budaya dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd

Woolfolk (2001). Educational psychology (Edisi kelapan). Boston: Allyn and Bacon, Inc

You might also like