You are on page 1of 3

Ahli Kumpulan: Ngu Ming Shen, Kuhanes

INTEGRITI

Definisi

Menurut Sulaiman Mahbob, Presiden Institut Integriti Malaysia: "Integriti adalah


kewibawaan dan boleh ditakrifkan sebagai keutuhan. Integriti berasal daripada
Bahasa Inggeris yang lebih kurang maknanya adalah berpegang teguh kepada
prinsip kejujuran sertamempunyai prinsip moral yang tinggi ´.

Kesimpulannya, integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama


bersabit dengan individu, kedua integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, pada
umumnya integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan
individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada
kejujurandan amalan bermoral tinggi.

Cara-cara Meningkatkan Integriti

Sektor yang perlu mengambil bahagian iaitu institusi keluarga,komuniti, masyarakat,


sektor agama, sosiobudaya, ekonomi, politik dan pentadbiran.

1) Institut keluarga: Keluarga adalah unit paling asas bagi pembentukan sikap dan
nilai murni dalam diri. Keluarga membimbing tingkah laku dan membentuk serta
memantapkan intergriti. Tumpuan pembentukan nilai-nilai murni harus bermula
daripada kanak-kanak manakala ibu bapa dan penjaga harus membimbing dan
menjadi teladan yang baik.

2) Komuniti: Komuniti terdiri daripada keluarga dan kelompok-kelompok kejiranan


yang menjalin rangkaian sehingga menjadi komuniti yang lebih luas. Dalam komuniti
terdapat pelbagai institusi tradisional seperti ketua kampung, imam, penghulu,
pemanca dan ketua kaum yang sepatutnya menyemai nilai-nilai murni masyarakat
kepada generasi baru. Kewujudan institusi seperti ini membantu pembentukan
identiti berlandaskan nilai tradisi.

3) Politik: Rakyat menuntut mereka yang menceburi politik atau yang berkuasa
supaya bersifat amanah, telus, bertanggugjawab, serta benar-benar berkhidmat demi
kepentingan rakyat dan negara. Wakil-wakil rakyat juga dikehendaki berpegang pada
etika dan prinsip bekerja bersama-sama ketua, bukan untuk ketua,tetapi untuk rakyat
dan negara.

4) Institusi Agama: Sikap saling menghormati antara penganut pelbagai agama perlu
ditingkatkan. Niali-nilai murni yang sejagat sifatnya daripada pelbagai agama perlu
diketengahkan serta dimanfaatkan untuk meningkatkan perpaduan dan saling
kefahaman antara penganut mereka.

5) Institusi Ekonomi: Kejayaan sektor swasta bergantung kepada keupayaan


menangani persaingan dan persekitaran yang mencabar. Keuntungan menjadi titik
tolak dan juga matlamat syarikat dan perniagaan. Apabila berdepan dengan cabaran
yang menjelaskan keuntungan, pihak majikan sering memindahkan beban cabaran
itu kepada pekerja. Justeru, soal etikan dan integriti dalam perniagaan dan
keseluruhan ruang ekonomi sangat penting.

6) Institusi Sosiobudaya: Merangkumi pendidikan, kesihatan, rekreasi dan sukan,


media massa serta sei sastera dan warisan. Institusi ini menyumbang kepada
pembinaan modal sosial, meningkatkan kesihatan dan keceriaan, memupuk
perasaan kekitaan, menangani gejala social. Institut pendidikan memainkan peranan
yang amat penting dalam pembinaan insan yang beretika dan bertanggungjawab,
selain berperanan menyediakan sumber manusia yang berpengetahuan,
berkemahiran, komited dan cekap. Kompenen lain seperti media massa, seni,
sastera dan warisan membentuk sikap serta pandangan mengenai dunia dan
kehidupan masyarakat dan negara.

Kepentingan Integriti Dalam Organisasi

1) Mengurangkan gejala rasuah, penyelewangan, dan salahguna kuasa secara


berkesan

2) Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan


mengatasi kerenah birokras

3) Meningkatkan tabdir urus korporat dan etika perniagaan.

4) Memantapkan institusi keluarga.

5) Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Aktiviti atau program yang berkaitan dengan integriti:

1) Minggu Integriti

2) Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)

3) Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO)

4) Persepakatan Integriti

5) Ikrar Integriti Korporat

http://www.scribd.com/doc/49190824/INTEGRITI
Rujukan

Muhamad Sharrifudin Shari. (

You might also like