You are on page 1of 33

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 1
SEMESTER SEMESTER 2 DTP SESI 2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI AWAM

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN / DTP

KOD/KURSUS DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II

1.0 STRUCTURE
2.0 ARCHITECTURE AND BUILDING (A&B)
KOMPETENSI
3.0 TEMPORARY WORK
4.0 MECHANICAL AND ELECTRICAL (M&E)
1.4. Upper Floor Slab
1.1. Ground floor slab
1.4.1. Leveling work
1.1.1. Compact hardcore
1.4.2. Formwork and propping
1.1.2. Dam proof membrane
1.4.3. Reinforcement work
1.1.3. Reinforcement
1.4.4. Inspection
1.1.4. Concrete
1.4.5. Concrete work
1.2. Column
1.4.6. Curing
1.2.1. Setting out and levelling
1.4.7. Stripping / false work
KANDUNGAN 1.2.2. Reinforcement
1.5. Staircase
1.2.3. Concrete
1.5.1. Types of staircase
1.3. Upper Beam
1.5.2. Terms used in staircase work
1.3.1. Function of beam
1.5.3. Setting out work
1.3.2. Levelling work
1.5.4. Formwork and propping
1.3.3. Reinforcement work
1.5.5. Reinforcement work
1.3.4. Inspection
1.5.6. Inspection
1.3.5. Concrete work
1.5.7. Concrete work
1.3.6. Curing
1.5.8. Curing
1.3.7. Stripping / false work
1.5.9. Stripping / false work
The course is designed to provide students with supervision
TUJUAN knowledge on structural work, architectural work and
mechanical and electrical works during super structure
construction phase.
NO KOD DCA 2312 / K 01 / NK 01-04 MUKA : 01 / 32
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 2 drp : 33

1.0 PENGENALAN

1.1. Ground floor slab (lantai bawah tanah)

Definisi Lantai

Lantai merupakan bahagian permukaan tapak yang rata bagi sesebuah bangunan
yang menerima segala beban hidup dan beban mati yang dikenakan ke atasnya.
Lantai meliputi keluasan ruang bangunan

Fungsi Lantai
a) menyediakan permukaan yang rata
b) untuk menyokong beban
c) bertindak sebagai pembahagi (privasi) untuk penghuni
d) lantai atas menjadi siling tingkat bawah
e) ruang antara lantai dan siling boleh digunakan untuk meletakkan kemudahan
bangunan (electrical wiring, piping, dll)

Ciri-ciri lantai
Pembinaan hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan dan keselesaan penghuni.

a) Keselamatan
a. Kestabilan – struktur yang kukuh berupaya mencegah dari berlakunya
keretakan

b. Kekuatan – bagi menampung beban hidup dan beban mati serta semua
jenis tekanan yang diterima oleh lantai.

c. Kelasakan – mempunyai sifat-sifat pencegah keretakan, kebakaran, asid,


reput dan serangan serangga.

d. Pencegah kelembapan – keupayaan lantai menentang resapan air dan


mencegah lembapan perlu difokuskan kerana kelembapan merupakan
antara ciri-ciri perosak lantai. (Air tidak sampai ke permukaan atas atau
meresap dan merosakkannya. Keadaan ini menjadi agak merbahaya
sekiranya lantai tersebut juga berfungsi untuk menampung beban mati
seperti perabot dan ia boleh merisikokan keselematan penghuni.)

b) Keselesaan penghuni
Antara faktor utama untuk penghuni, ia termasuklah suhu lantai sama ada
panas ataupun sejuk, penebat bunyi (tidak terpantul), terlalu licin dan lantai
yang tampak menarik.

Kategori Lantai
Lantai boleh dikategori kepada dua iaitu:
a) Lantai bawah: lantai yang dibina kurang 600mm daripada aras tanah
b) Lantai atas: lantai yang dibina di aras atas (diterangkan dalam 4.0)
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 3 drp : 33

Jenis-jenis lantai bawah :


i. Lantai Padu ( solid floor)
ii. Lantai Papan Aras Bawah
iii. Lantai Bawah Berongga (lantai gantung)
i. Lantai Bawah Padu (solid floor)
Lantai yang biasa dibina di Malaysia. Ianya terus dibina di atas tanah.

Lapisan Asas (Hardcore)


-Tanah tapak bangunan diratakan.
-Dilapis dengan batu sederhana kasar setebal 100 – 300mm.
-Kebiasaannya menggunakan batu kerikil.
-Tujuan lapisan asas bagi mengelak mendapan lantai bangunan di kemudian hari.

Proses Pembinaan Lantai:


Selepas rasuk tanah keras, formwork dibuka dan keluarkan dan pembinaan lantai
bermula seperti berikut:

1. Lapisan batu kerikil dan bata-bata pecah (hardcore) di atas tanah


sebagai asas pembinaan lantai.

Batu kerikil (hardcore) Pasir (sand) BRC mesh

2. Lapisan pasir halus diletakkan di atas lapisan hardcore. Penting untuk


mendapatkan permukaan rata dan memudahkan perletakan lapisan kalis
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 4 drp : 33

lembab (DPM) yang digunakan untuk mengelakkan air atau kelembapan dari
tanah menembusi ke dalam atau merosakkan bangunan.

Lapisan Kedap
Lapisan kedap merupakan lapisan pasir yang diratakan di atas lapisan asas. Pasir
digunakan untuk menutup celahan batuan asas. Lapisan pasir ini akan diratakan
bagi memudahkan kerja konkrit seterusnya.

Lapisan Konkrit
-Dituang selepas asas dirata dan dimampatkan.
-Ketebalan lapisan konkrit tidak kurang drp 100mm
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 5 drp : 33

Lapisan Kalis Lembap


-Tujuan adalah untuk menghalang air bumi naik ke permukaan lantai.
-LKL sekurang-kurangnya berada150mm tinggi drp aras tanah.
-Bahan yang biasa digunakan sbg LKL adalah bitumen, kepingan aspal dan
kepingan polithin.

Membran kalis lembap (Dam proof membrane)

a) di bawah papak lantai.


Gambar menunjukkan membran kalis lembap diapit di antara papak lantai konkrit
dengan tapak binaan (atas lapisan pasir), seperti yang ditunjukkan dalam Rajah.
Di pertemuan antara dinding dan lantai, DPM akan bertindih dengan DPC di
dinding.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 6 drp : 33

Setelah lapisan kalis lembap dipasang, konkrit akan dituang di atasnya (gambar
kiri). Contoh lapisan kalis lembap di ruang bawah tanah (gambar tengah)

b) dalam lapisan tapak konkrit.


Lapisan tapak konkrit setebal 75mm sebagai lapisan pertama. Setelah lapisan ini
betul-betul kering, minyak bitumen atau tar yang telah dimasak dicurahkan ke
atasnya sebagai lapisan kalis lembap. Tunggu sampai lapisan bitumen ini
mengeras, barulah dicurahkan lapisan konkrit kedua setebal 75 mm seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah

Lapisan Lepa Lantai


-Tidak kurang daripada 25mm tebal.
-Diturap atas lapisan konkrit.
-Untuk dapat permukaan yang rata dan bersih bagi memudahkan pemasangan
kemasan.
-Bagi membina permukaan menurun (fall) contoh lantai bilik air.
-Memudahkan kerja pemasangan pendawaian elektrik dan paip sesalur.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 7 drp : 33

Lapisan Kemasan
1.Kemasan digunakan bagi menampakkan permukaan lantai yang lebih menarik.
2.Pemilihan kemasan perlulah sesuai dengan penggunaan ruang tersebut. Contoh : parquet di bilik
tidur, seramik kesat digunakan di bilik mandi, heavy duty ceramic di porch, vynil di wad hospital,
dll).

Marble Ceramic Stone Parquet Vinyl

Damp-proofing Solutions for Solid Floors


Pemasangan lapisan kalis lembap sebelum pemasangan kemasan lantai penting
untuk elakkan resapan udara lembap menembusi kemasan lantai seperti kayu dan
memudahkan kerja. Contoh : Liquid applied damp-proof membranes

Epoxy DryBase Vapour Membrane

ii. Lantai Papan Aras Bawah


1.Kayu beroti digunakan dan disusun atas papak konkrit.
2.Kayu beroti diklipkan kepada konkrit.
3.Papan kayu dipakukan secara melintang atas kayu beroti
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 8 drp : 33

iii. Lantai Bawah Berongga (lantai gantung)


Kedudukan lantai ditinggikan sedikit dari aras tanah untuk elakkan
kelembapan. Lantai ini biasanya dibina daripada kayu.Ruang di bawah
disediakan dengan pengudaraan semulajadi.

Tembok landas dibina secara berlubang-lubang supaya aliran penggantian


udara di bawah lantai ini boleh berlaku melalui bata berliang yang
ditempatkan pada tembok tepi. Ini bertujuan mencegah reput kering berlaku
pada kayu tutup tiang, gelegar dan papan lantai.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 9 drp : 33

Tutup liang terdiri daripada kayu 100 mm x 75 mm diletakkan di atas


tembok landas untuk menyokong gelegar.

Papan jalur, papan lapis, papan serpihan dll boleh digunakan sebagai
papan lantai.

Permukaan lantai boleh dikemaskan dengan lilin, lekar ataupun dilapikkan


dengan tikar getah, genting vinil, ambal dan lain-lain lagi. Bahan-bahan
yang keras seperti jubin, mozek dan terazo tidak sesuai digunakan.

Raised Floor
-Lantai ditinggikan bagi mendapatkan ruang kosong di bawah.
-Ruang di bawah biasanya bagi kegunaan pendawaian elektrik dan kabel sistem
komputer.
-Banyak dipraktikkan di bilik komputer/server.

Jenis-Jenis Kotak Acuan / Kotak Bentuk

TerdapatINCLUDEPICTURE
dua jenis utama"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat
kotak bentuk bagi membina lantai bawahformwoork\\pavingexpert - Formwork and
padu iaitu Keluli dengan
jenama “Roadform” dan Pampan kayu.
Shuttering_files\\rdform03.gif" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat formwoork\\pavingexpert - Formwork and
Roadform
Shuttering_files\\rdform03.gif" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
i. "C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat
Roadform formwoork\\pavingexpert
popular di kalangan kontaktor - Formwork
professional dan digunakan di and
tapak bina
Shuttering_files\\rdform03.gif"
kerana \* MERGEFORMATINET
keteguhan dan kekuatannya. Ia juga mampuINCLUDEPICTURE
bertahan dalam keadaan tapak
bina yang lasak dan yang jelas ia tidakformwoork\\pavingexpert
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat patah. Boleh diguna berulang kaliand
- Formwork dan tidak
memerlukan kemahiran tinggi untuk memasangnya.
Shuttering_files\\rdform03.gif" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"C:\\Users\\Documents\\maklumat formwoork\\pavingexpert - Formwork and
Shuttering_files\\rdform03.gif" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"D:\\..\\..\\..\\Documents\\maklumat formwoork\\pavingexpert - Formwork and

Shuttering_files\\rdform03.gif" \* MERGEFORMATINET
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 10 drp : 33

Terdiri daripada seksyen-seksyen berbentuk saluran (channel-shaped steel ) yang


biasanya 3 meter panjang dan sama ada 100, 150 or 200mm kedalaman , dengan 3
pendakap pengikat yang dipasang pada sisian belakang serta kelengkapan lidah
gelungsor (sliding tongue-fitting) yang membolehkan unit-unit bersebelahan
digabungkan. Unit-unit di pacang bagi menyesuaikan dengan ketebalan konkrit tetapi
tidak melebihi daripada 2 unit tinggi roadform dengan ketinggian maksimum 400mm
disebabkan ketinggian pin keluli yang terbatas

INCLUDEPICTURE
INCLUDEPICTURE
Pendakap "C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat
Pacang formwoork\\pavingexpert
formwoork\\pavingexpert - Formwork
- Formwork and and
Shuttering_files\\rdform06.gif"
Shuttering_files\\rdform01.gif" \* MERGEFORMATINET
\* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
INCLUDEPICTURE
Lidah Penyambung
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat formwoork\\pavingexpert - Formwork
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat formwoork\\pavingexpert - Formwork and and
Shuttering_files\\rdform06.gif"
Shuttering_files\\rdform01.gif" \* MERGEFORMATINET
\* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
INCLUDEPICTURE
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat formwoork\\pavingexpert
formwoork\\pavingexpert - Formwork
- Formwork and and
Shuttering_files\\rdform06.gif"
Shuttering_files\\rdform01.gif" \* MERGEFORMATINET
\* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
INCLUDEPICTURE
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat formwoork\\pavingexpert
formwoork\\pavingexpert - Formwork
- Formwork and and
Shuttering_files\\rdform06.gif" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
Shuttering_files\\rdform01.gif" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"C:\\Users\\Documents\\maklumat
"C:\\Users\\Documents\\maklumat formwoork\\pavingexpert
formwoork\\pavingexpert - Formwork
- Formwork and and
Pin Keluli
Shuttering_files\\rdform06.gif"
Shuttering_files\\rdform01.gif" \* MERGEFORMATINET
\* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
INCLUDEPICTURE
"D:\\..\\..\\..\\Documents\\maklumat
"D:\\..\\..\\..\\Documents\\maklumat formwoork\\pavingexpert
formwoork\\pavingexpert - Formwork
- Formwork and and

ii Roadform dikemas pada kedudukannya oleh pin keluli yang panjangnya 600mm,
dimasukkan ke dalam staking bracket dan ditanam ke dalam tanah dengan penukul. Setiap
seksyen Roadform dijajarkan dan dikunci kedudukannya dengan mengetatkan baji pengikat
supaya ia mencengkam pin keluli dengan sokongan staking bracket.

Pin Keluli
Pendakap pacang
baji

Shuttering_files\\rdform06.gif"
Shuttering_files\\rdform01.gif" \* MERGEFORMATINET
\* MERGEFORMATINET

Pampan kayu / timber shuttering

i. Pampan kayu/ timber shuttering adalah salah satu unit dalam binaan kotak
acuan. Kelebihannya berbanding roadform adalah dari segi kaedah membinanya
di mana kotak acuan kayu boleh dibina di tapak bina bagi disesuaikan dengan
sebarang keadaan,bentuk dan kedalaman maksimum. Bagi struktur
tegak,penggunaan rembat menjadi semakin komplek dan memerlukan reka bentuk
pakar. Begitu juga aplikasi baji bagi mengekalkan jajaran kotak acuan yang
didirikan.

ii. Pampan acuan tepi direka dan dibina dalam dua cara iaitu :

 pampan kayu padu iaitu pampan acuan mengikut standard lebar papan
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 11 drp : 33

 pampan berangka iaitu pampan yang difebrikasi dengan penggunaan kerangka.


 Reka bentuknya lebih komplek dan kerja-kerja mendirikannya banyak melibatkan
sokongan rembat dan pacang-pacang kayu

INCLUDEPICTURE
INCLUDEPICTURE"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat
Pampan "C:\\Users\\user\\Documents\\maklumatformwoork\\pavingexpert
formwoork\\Pouring a concrete
- Formwork
slab and
part
Rembat/topang
Shuttering_files\\shtter02.gif"
berangka \* MERGEFORMATINET
one_files\\concrete_floor_box.gif" \* INCLUDEPICTURE
MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat formwoork\\pavingexpert - Formwork and
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat formwoork\\Pouring a concrete slab part
Shuttering_files\\shtter02.gif" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
one_files\\concrete_floor_box.gif"
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat \* MERGEFORMATINET
formwoork\\pavingexpert - Formwork and INCLUDEPICTURE
Shuttering_files\\shtter02.gif" \* MERGEFORMATINET
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat INCLUDEPICTURE a
formwoork\\Pouring concrete slab part
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat formwoork\\pavingexpert - Formwork and
one_files\\concrete_floor_box.gif" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
Shuttering_files\\shtter02.gif" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat
"C:\\Users\\Documents\\maklumat formwoork\\Pouring
formwoork\\pavingexpert - Formworka and concrete slab part
Shuttering_files\\shtter02.gif" \* MERGEFORMATINET
one_files\\concrete_floor_box.gif" \* INCLUDEPICTURE
MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"D:\\..\\..\\..\\Documents\\maklumat formwoork\\pavingexpert - Formwork and
"C:\\Users\\Documents\\maklumat formwoork\\Pouring a concrete slab part
one_files\\concrete_floor_box.gif" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"D:\\..\\..\\..\\Documents\\maklumat formwoork\\Pouring a concrete slab part
one_files\\concrete_floor_box.gif" \* MERGEFORMATINET

Shuttering_files\\shtter02.gif" \* MERGEFORMATINET

Pacang
INCLUDEPICTURE
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat
formwoork\\pavingexpert - Formwork and
DCA 2312
Shuttering_files\\roadfm10.jpg" \*
BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 12 drp : 33
MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat
formwoork\\pavingexpert - Formwork and
Shuttering_files\\roadfm10.jpg" \*
Mendirikan Kotak
MERGEFORMATINET Acuan
INCLUDEPICTURE
INCLUDEPICTURE "http://www.diyinfozone.com/wp-content/uploads/2011/07/formwork-for-laying-
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat
Rembat lintang formwoork\\pavingexpert - Formwork
Dalam proses mendirikan andacuan untuk binaan lantai bawah padu terdapat beberapa
kotak
concrete.jpg" \*Shuttering_files\\roadfm10.jpg"
MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
\* "http://www.diyinfozone.com/wp-
prosedur dan langkah kerja yang perlu diikuti dan dipertimbangkan. Prosedur awal adalah
content/uploads/2011/07/formwork-for-laying-concrete.jpg"
MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE \* MERGEFORMATINET
memilih jenis kotak acuan. Pemilihan jenis kotak acuan perlu disesuaikan dengan keperluan
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat
INCLUDEPICTURE "http://www.diyinfozone.com/wp-content/uploads/2011/07/formwork-for-laying-
dan lokasi.
formwoork\\pavingexpert - Formwork and
concrete.jpg" \*Shuttering_files\\roadfm10.jpg"
MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE\* "http://www.diyinfozone.com/wp-
MERGEFORMATINET
Mendirikan INCLUDEPICTURE
Kotak Acuan “Roadform”
content/uploads/2011/07/formwork-for-laying-concrete.jpg"
"C:\\Users\\Documents\\maklumat
\* MERGEFORMATINET
INCLUDEPICTURE "http://www.diyinfozone.com/wp-content/uploads/2011/07/formwork-for-laying-
formwoork\\pavingexpert - Formwork and
i. Bersih dan singkirkan lapisan tanah atas
concrete.jpg" \* MERGEFORMATINET
ii. TanamkanINCLUDEPICTURE "http://www.diyinfozone.com/wp-
pin keluli / pancang keluli (staking pin) dengan teguh ke dalam tanah.
content/uploads/2011/07/formwork-for-laying-concrete.jpg"
iii. Pasangkan Roadform dengan\* MERGEFORMATINET
memasukkan pacang keluli ke dalam staking bracket
dan diperkemas dengan baji. Bilangan unit roadform bergantung kepada ketebalan
struktur lantai. Ketebalan lantai antara 100mm-200mm memadai dengan ketinggian
satu unit roadform dan ia boleh digandakan jika ketebalan melebihi 200mm sehingga
400mm

Unit –unit
boleh diganda-
INCLUDEPICTURE "C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat formwoork\\pavingexpert - Formwork and
kan bagi
Shuttering_files\\rdform05.gif" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE memberi
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat Konkrit
formwoork\\pavingexpert - Formwork and
Panel dalam ketebalan
Shuttering_files\\rdform05.gif" \* MERGEFORMATINET
keadaan pugak INCLUDEPICTURE 400mm
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat formwoork\\pavingexpert - Formwork and
Shuttering_files\\rdform05.gif" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat formwoork\\pavingexpert - Formwork andPendakap
Shuttering_files\\rdform05.gif" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"C:\\Users\\Documents\\maklumat formwoork\\pavingexpert - Formwork and Pacang
Unit HujungShuttering_files\\rdform05.gif"
Jantan dengan \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"D:\\..\\..\\..\\Documents\\maklumat formwoork\\pavingexpert - Formwork and
lidah penyambung
Shuttering_files\\rdform05.gif" \* MERGEFORMATINET
Pacang ditanam ke
dalam sub-base

INCLUDEPICTUREINCLUDEPICTURE "http://www.pavingexpert.com/images/setout/setout30.gif" \* MERGEFORMATINET


"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat
INCLUDEPICTURE
formwoork\\pavingexpert "http://www.pavingexpert.com/images/setout/setout30.gif"
- Formwork and \* MERGEFORMATINET
INCLUDEPICTURE "http://www.pavingexpert.com/images/setout/setout30.gif" \* MERGEFORMATINET
Shuttering_files\\roadfm11.jpg" \*
MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
INCLUDEPICTURE "http://www.pavingexpert.com/images/setout/setout30.gif" \* MERGEFORMATINET
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat
INCLUDEPICTURE
formwoork\\pavingexpert "http://www.pavingexpert.com/images/setout/setout30.gif"
- Formwork and \* MERGEFORMATINET
Shuttering_files\\roadfm11.jpg" \*
INCLUDEPICTURE
MERGEFORMATINET "http://www.pavingexpert.com/images/setout/setout30.gif" \* MERGEFORMATINET
INCLUDEPICTURE
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat
formwoork\\pavingexpert - Formwork and
Shuttering_files\\roadfm11.jpg" \*
MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"C:\\Users\\user\\Documents\\maklumat
formwoork\\pavingexpert - Formwork and
Shuttering_files\\roadfm11.jpg" \*
MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 13 drp : 33

Unit Hujung Betina- Pendakap Pacang


dan baji pengikat

iv. Jajar, tegak dan araskan kedudukan roadform dengan bantuan rentangan tali atau
aras laser (laser level)
v. Ketinggian pin pacang keluli (steel stake pins ) hendaklah di bawah paras Roadform
supaya kerja-kerja penurapan permukaan lantai dapat dilakukan tanpa ada halangan

INCLUDEPICTURE
"http://rds.yahoo.com/_ylt=A0S020y6HBRKYUIAMuyjzbkF/SIG=12ckkr
qjt/EXP=1242918458/**http:/www.symbiosisfarms.com/assets/agbldg
/DSC00435.JPG" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"http://rds.yahoo.com/_ylt=A0S020y6HBRKYUIAMuyjzbkF/SIG=12ckkr
qjt/EXP=1242918458/**http:/www.symbiosisfarms.com/assets/agbldg
/DSC00435.JPG" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"http://rds.yahoo.com/_ylt=A0S020y6HBRKYUIAMuyjzbkF/SIG=12ckkr
qjt/EXP=1242918458/**http:/www.symbiosisfarms.com/assets/agbldg
/DSC00435.JPG" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"http://rds.yahoo.com/_ylt=A0S020y6HBRKYUIAMuyjzbkF/SIG=12ckkr
qjt/EXP=1242918458/**http:/www.symbiosisfarms.com/assets/agbldg
INCLUDEPICTURE "http://www.petermichel.com/images/TheValley-Progress-
/DSC00435.JPG" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
BaseFormwork-4-750.jpg" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"http://rds.yahoo.com/_ylt=A0S020y6HBRKYUIAMuyjzbkF/SIG=12ckkr
"http://www.petermichel.com/images/TheValley-Progress-BaseFormwork-4-750.jpg" \*
qjt/EXP=1242918458/**http:/www.symbiosisfarms.com/assets/agbldg
MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE "http://www.petermichel.com/images/TheValley-
Progress-BaseFormwork-4-750.jpg" /DSC00435.JPG" \* MERGEFORMATINET
\* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"http://www.petermichel.com/images/TheValley-Progress-BaseFormwork-4-750.jpg" \*
MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE "http://www.petermichel.com/images/TheValley-
Progress-BaseFormwork-4-750.jpg" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"http://www.petermichel.com/images/TheValley-Progress-BaseFormwork-4-750.jpg" \*

MERGEFORMATINET
Rajah menunjukkan kotak bentuk Lantai bawah padu yang
dilengkapi dengan pemasangan tetulang

Langkah-Langkah Keselamatan

i. Pemasangan acuan mestilah kukuh. Acuan hendaklah disokong dengan tegak


menggunakan papan pengalas dan baji pada kaki jermang. Semua jermang pula hendaklah
dipasakkan dengan rembat atau topang.
ii. Pemeriksaan mestilah dibuat sebelum penempatan konkrit ke dalam acuan untuk
memastikan bahawa acuan adalah kukuh.
iii. Kawasan pembinaan tempat acuan dipasangkan hendaklah dilindungi dengan pagar supaya
orang awam tidak masuk dan juga tidak terlanggar oleh kenderaan.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 14 drp : 33

iv. Permukaan dalam acuan hendaklah disapu dengan minyak, air sabun ataupun cat kapur
supaya konkrit tiak melekat padanya dan akan menyebabkan kesulitan apabila acuan
tersebut dibuka nanti.
v. Bahan-bahan yang tidak dipakai, alat-alat dan sampah sarap tidak harus dibiarkan
berselerak.
vi. Papan tanda memberi amaran bahaya dan mengingatkan pekerja-pekerja mengutamakan
keselamatan hendaklah didirikan.

1.2. Tiang (Column)

Definisi tiang
Struktur menegak yang berfungsi untuk menerima beban dari rasuk untuk
diagihkan ke asas bangunan.

Kayu Bata Konkrit Keluli

Dalam pembinaan tiang ini terdapat 4 peringkat iaitu :

- Penandaan lokasi tiang.


Sebelum pemasangan tiang dijalankan kedudukkan tiang hendaklah dikenalpasti
mengikut lukisan pembinaan. Kedudukkan tiang ini biasanya dikenalpasti
mengunakan marking di atas lantai
- Kerja kerja tetulang untuk tiang
Selepas kedudukkan tiang dikenalpasti, ikatan besi yang telah siap diikat dengan
besi link di dirikan terlebih dahulu dan diikat dengan dawai dengan besi sedia ada.
- Membina kotak bentuk
Selepas rebar di dirikan, pemasangan kotak bentuk dijalankan dan pastikan kotak
bentuk ini dipasang tegak dan boleh diperiksan dengan mengunakan plumbab.
- Konkrit Tiang
Dan akhir sekali adalah menjalankan kerja-kerja konkrit. Sebelum kerja-kerja
konkrit ini dijalankan kotak bentuk hendaklah ditebuk dan dimasukkan besi yang
berdiameter 8mm sepanjang 2' (sila pastikan besi ini sepanjang 2', biasanya
kontraktor meletakkan tidak sampai 2'). Tujuan besi ini diletakkan adalah untuk
menguatkan ikatan batu bata supaya dinding bangunan tidak menjadi retak. Besi
ini hendaklah dipasang setiap 4 biji batu bata.

Pembinaan tiang konkrit bertetulang

a) Tetulang diperbuat daripada keluli tegangan tinggi. Kebiasaannya 4


tetulang bagi sebatang tiang.
b) Panjang ikut ketinggian tiang (12 kaki / 3600mm).
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 15 drp : 33

c) Keluli lembut digunakan untuk mencekak tetulang (link).


d) 4 batang tetulang bersama pencekak (link) dipasang mengikut saiz
tiang. Jarak antara link adalah 200mm.
e) Tetulang dan link diikat menggunakan dawai halus.
f) Tetulang dibawa ke tapak bina.
g) Tetulang ditegakkan dan diikat bersama tetulang asas.
h) Sambungan antara tetulang tiang dengan tetulang asas.
i) Diikat kemas dengan dawai halus.

Pemasangan Kotak Bentuk (formwork) Tiang


Kotak bentuk untuk tiang disebut juga sebagai kotak tiang kerana binaannya yang
menyerupai kotak yang menutupi keempat-empat sisi. Komponen kotak bentuk
tiang terdiri daripada 4 unit. Pampan sisi boleh dibina daripada papan padu atau
plywood setebal 12mm dan keluli yang siap disediakan dalam saiz tertentu. Kotak
tiang selalunya dibina dan didirikan serentak dengan pemasangan besi tetulang
yang dipasang (diikat) pada tetulang yang terjulur keluar dari rasuk bawah dengan
panjangnya melebihi kotak bentuk. Ia dilakukan untuk membolehkan pula besi
tetulang baru disambung bagi membina tiang seterusnya atau lantai di atasnya.

Kotak bentuk tiang terdiri daripada:


1)Pendinding
2)Perembat
3)Pengikat.

Dipasang kemas dan kukuh bagi menampung konkrit basah. Betul-betul tegak.
Topang diperlukan. Beberapa batang keluli lembut dicucuk pada column dan
dibiarkan terjulur untuk kerja kerja mengikat bata.

Prinsip-Prinsip Pembinaan Kotak Bentuk Tiang

Kotak bentuk Tiang Persegi

i. Fungsi utama kotak bentuk tiang ialah untuk membentuk tiang (bentuk
persegi atau bulat) bagi membolehkan pembinaan tiang yang telah
ditentukan.
ii. Seperti mana struktur lintel, kotak bentuk tiang dibina dengan 2 cara
mengikut cara tuangannya iaitu
• Tuang kemudian /cast in- situ
• Pratuang / Precast
iii. Kedua-dua cara ini menggunakan kotak bentuk kayu atau keluli.
Bagaimanapun cara tuang kemudian sering menggunakan kotak acuan
kayu. Kotak ini difebrikasi terlebih dahulu dengan memasang kayu-kayu
pelapis.
iv. Cara Pratuang / precast biasanya menggunakan kotak bentuk keluli kerana
mudah ditanggal dan diguna semula tanpa berlaku kerosakan. Unit-unit
panel digabung antara satu sama lain dengan aplikasi apit serta bol dan
nat. Panel-panel boleh difebrikasi dalam jumlah yang banyak dengan
bentuk dan saiz yang diperlukan. Amat sesuai bagi struktur-struktur bulat
dan melengkung.
v. Kotak bentuk Pratuang / precast keluli sering menjadi pilihan bagi
memenuhi keperluan projek-projek berskala besar dan dalam situasi di
mana jumlah maksima panel-panel pampan boleh diguna semula.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 16 drp : 33

vi. Bagi kotak tiang kecil, saiz belebas dan rempatnya adalah 25mm x 50mm
dan bagi kotak tiang yang lebih besar, saiznya berubah kepada 50mm
x75mm atau 50mm x 100mm. Semuanya ini difebrikasi pada jarak yang
sesuai bergantung kepada saiz kotak dan posisinya sama ada bahagian
atas atau bawah kotak.
vii. Pembinaannya tidak terhad kepada satu unit sahaja malah dibina dalam j
umlah tertentu mengikut keperluan pembinaan tiang-tiang yang telah
ditetapkan. Unit-unit kotak tiang ini didirikan sejajar dengan tiang-tiang lain
yang bersebelahan, tembok dan muka bangunan.
viii. Pampan-pampan tepi kotak dicantum dengan memaku “hidup” dan
pemasangannya dikuatkan dengan menggunakan pengapit-pengapit. Kerja-
kerja pengapit boleh menggunakan pengapit-pengapit khas keluli atau
pengapit kayu “kuk” menggunakan 2 batang bar keluli pengikat yang boleh
diketatkan dengan bol dan nat serta bantuan baji.

Kotak bentuk Tiang Bulat

i. Binaan Kotak tiang bentuk bulat lebih complicated dengan penglibatan


komponen yang lebih khusus. Struktur kotaknya dibina 2 unit separuh bulat
dengan pampan-pampan sisi yang difebrikasi melengkung / bulat
menggunakan kayu. Penggunaan kotak bentuk tiang keluli adalah lebih
mudah dan popular khususnya bagi binaan pratuang.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 17 drp : 33

ii. Kotak acuannya memerlukan beberapa unit anggota dipanggil collar atau
yoke yang dibentuk melengkung. Pampan-pampan mengandungi 2 unit
(separuh bulat) dan terdiri daripada kayu (lagging) dibelah halus dengan
saiz bergantung kepada garis pusat kolum cth: 50mm x 32mm. Dipaku
pada bahagian lengkung kolar / collar yang susun pada jarak yang tertentu
iii. Khusus bagi tiang-tiang utama bersaiz besar sama ada bulat atau persegi,
bahagian tengah dibuat berongga dengan menggunakan paip Fiber atau
paip plastik yang dipasang sebagai acuan kekal atau sebagai saluran paip
air hujan.

Kotak Bentuk Tiang Oktagon

Pampan-pampan diikat dan dikemaskan dengan menggunakan apit standard


untuk tiang. Pepenjurunya dilapik menggunakan kayu. Sebagai altenatif, tali
pengikat keluli / metal strap digunakan bagi mengemaskan pemasangan pada
pepenjuru kotak.

Rekabentuk Kotak Bentuk Tiang Dan Komponen

Komponen kotak bentuk

Komponen kotak bentuk Kolum/Tiang terdiri daripada panel-panel pampan yang


digabung menjadi bentuk yang dikehendaki seperti empat persegi, bulat dan
oktagon
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 18 drp : 33

Reka Bentuk Kotak Bentuk

Keperluan dan reka bentuk pembinaan kotak bentuk tiang berubah-berubah


mengikut ketetapan spesifikasi dan posisinya dalam bangunan. Secara spesifik
terdapat tiang yang bersambung dengan rasuk dan slab. Oleh itu ia perlu direka
bentuk bagi memenuhi keperluan tersebut. Gambar rajah berikut menjelaskan
sebahagian reka bentuk yang dimaksudkan.

BAHAGIAN ATAS KOTAK BENTUK TIANG BERSAMBUNG


DENGAN KOTAK BENTUK RASUK ATAS DAN GELEGAR

Untuk kotak tiang bersaiz kecil, pelapis-pelapis boleh difebrikasi pada jarak
600mm dan bagi kotak yang lebih besar, jaraknya pada bahagian bawah
dirapatkan pada ukuran 350mm kerana tekanan sisi konkrit basah pada bahagian
ini lebih kuat. Jarak –jarak pelapis ini dijauhkan pada bahagian atas sehingga
600mm.

Lihat gambar rajah di bawah.


Pampan-pampan tepi boleh difebrikasi sama ada dengan kayu padu, plywood
atau tersedia dari keluli. Bagi pampan yang menggunakan plywood tebal 12mm, ia
perlu difebrikasi dengan membuat kerangka di sekelilingnya (memasang
komponen waler & Noggin- kompetensi 1) Lihat gambar rajah di bawah

BAHAGIAN ATAS KOTAK BENTUK TIANG


BERSAMBUNG DENGAN KOTAK BENTUK
RASUK ATAS DAN GELEGAR
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 19 drp : 33

Sesetengah bahagian permukaan dalaman kotak bentuk tiang bulat direka bentuk
bagi membolehkan lapisan kepingan aluminium disalut untuk menghasilkan
permukaan konkrit yang licin.

Mendirikan Kotak Bentuk Tiang/Kolum (Tuang Kemudian)

Kotak bentuk tiang didirikan secara bersendirian. Walaupun kerja-kerja


mendirikannya dibuat melebihi satu unit, binaannya masih tidak disandarkan pada
struktur lain. Oleh itu ia memerlukan tupang, perembat atau beloti penetap untuk
memegang antara kotak tiang dengan kotak tiang yang lain.

Persediaan Awal Membina Kerja Bentuk Tiang

i. Sediakan ruang dan permukaan bukaan tembok


ii. Sedia dan bawakan komponen-komponen kotak bentuk yang diperlukan ke
tempat kerja.
iii. Sebelum kerja-kerja mendirikan kotak bentuk tiang, adalah penting
memeriksa lokasi grid berkaitan kedudukan anggota–anggota struktur yang
sedang dibina dengan tepat. Lokasi, saiz tiang, tinggi, penyudahan perlu
diperjelaskan daripada dokumen tapak. Lazimnya pancang ukur tapak akan
membataskan posisi grid lokasi, oleh itu offset mungkin diperlukan. Adalah
menjadi tanggungjawab kontraktor sebelum mendirikan kotak bentuk,
memeriksa dokumen tapak untuk memastikan posisi tepat anggota
struktural berkenaan. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dilakukan
sebelum memulakan kerja mendirikan kotak.
• Ketahui urutan mendirikan kotak bentuk tiang
• Pasangkan jika perlu kayu-kayu sisi, keluli pepenjuru kepingan aluminium
dan kepingan arris pada bahagian dalaman kotak
• Sebelum meletakkan kotak pada posisi, periksa besi tetulang bagi
memastikan ianya tersedia untuk difebrikasi.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 20 drp : 33

• Bina tunggul konkrit atau Kicker di atas rasuk (optional). Tunggul ialah
papak konkrit setinggi 75mm menjadi sebahagian kaki tiang. Ia dibuat
dengan menggunakan acuan berasingan dengan saiz lebih kecil daripada
saiz lubang kotak tiang.

Mendirikan Kotak Bentuk Tiang (Pratuang / Precast)

Cara membina Kotak bentuk Tiang Pratuang


i. Pembinaan tiang pratuang memerlukan kotak bentuk yang lebih fleksibel
mudah alih dan boleh diguna semula.
ii. Mendirikan kotak bentuk tiang persegi hanya memerlukan empat komponen
iaitu:
• Panel dari pelbagai saiz
• Sesiku Luar / external corner angles
• Set baji untuk tiang
• Tiang atau penyangga boleh laras/ adjustable prop

iii. Semua unit panel kotak bentuk digabungkan dengan memastikan besi
tetulang berada dalam kotak pada posisinya. Dirikan dan tupang mengikut
prosedur yang ditetapkan. Rujuk arahan daripada pihak pengilang.
iv. Tuang Konkrit ke dalam acuan dengan mematuhi prosedur konkrit.
v. Struktur yang telah tersedia akan dibawa ke tempat kerja untuk
pemasangan.

i.

tupang
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 21 drp : 33

Sesiku Luaran
Kotak bentuk Tiang Pratuang

Peraturan Keselamatan Pembinaan Kotak Bentuk

i. Pastikan bahan-bahan yang digunakan untuk membina kotak bentuk


mengikut penentuan-penentuannya. Elakkan dari menggunakan bahan-
bahan cacat
ii. Pemasangan kotak bentuk mestilah kukuh, disokong dengan tegak
menggunakan papan pengalas dan baji pada kaki jermang / tiang.
iii. Semua jermang/tiang hendaklah dipasak dengan rembat dan tupang.
iv. Lakukan pemeriksaan sebelum menuang konkrit ke dalam kotak bentuk
bagi memastikan kekukuhannya.
v. Kawasan pembinaan kotak bentuk hendaklah dipagar.
vi. Permukaan dalaman kotak bentuk hendaklah disapu minyak, air sabun atau
cat kapur supaya konkrit tidak melekat dan menyukarkan kerja-kerja
menanggal nanti.
vii. Basahkan pampan acuan dengan air supaya ia tidak menyerap terlalu
banyak lembapan dari konkrit basah.
viii. Jangan biar bahan-bahan tidak terpakai, alat-alat dan sampah sarap
berselerak.
ix. Papan tanda amaran mengutamakan keselamatan hendaklah dipamerkan.

Penyediaan konkrit
a) Konkrit tiang menggunakan nisbah bancuhan 1 : 2 : 4.
b) Apabila konkrit telah siap digaul dan diisikan kedalam baldi, ia akan
dibawa ke tapak untuk dituangkan kedalam kotak bentuk.

Penuangan konkrit
Konkrit dituang dari atas. Bagi elak ruang ruang udara terbentuk dalam konkrit:
•Ketuk/goyang kotak bentuk secara perlahan-lahan
•mengguna mesin penggetar (vibrator)
Setelah siap dituang, konkrit tiang akan dibiarkan mengeras selama 2 - 3 hari
(bergantung kepada keadaan cuaca).

Menanggalkan kotak bentuk


Dilakukan selepas konkrit keras dengan sempurna.
Dibuka secara berhati-hati supaya binaan tiang tidak mengalami sebarang
kecacatan.

1.3. Rasuk Atas (Upper Beam)

Definisi Rasuk
Struktur yang dibina secara melintang dan dapat menanggung beban dan
mengagihkannya ke tiang.

Jenis Rasuk
4 jenis rasuk :
a) Rasuk utama (primary beam)
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 22 drp : 33

b) Rasuk kedua (secondary beam)


c) Rasuk pengikat (tie beam)
d) Rasuk tepi (edge beam)

Rekabentuk rasuk :
1. Rasuk tupang mudah (simply supported beam)

2. Rasuk selanjar (continuous beam)

3. Rasuk julur (cantilevered beam)


DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 23 drp : 33

Kedudukan rasuk
Rasuk terdapat di beberapa bahagian bangunan :
1. Rasuk tanah (ground beam)
2. Rasuk tingkat atas (upper beam)
3. Rasuk bumbung (roof beam)

Rasuk konkrit bertetulang


1.Keluli tetulang
2.Konkrit

Pembinaan rasuk konkrit bertetulang


Pembinaan kotak bentuk (formwork) Rasuk bumi/tanah
- Menggunakan kayu (1” x 2”) dan papan lapis (12mm). Mengikut saiz dan
ketinggian yang telah ditetapkan didalam pelan. Mestilah kuat dan kukuh.
- Papan lapis disapu cat minyak bagi mengelakkan konkrit melekat.

Pembinaan Kotak Bentuk (formwork) Rasuk Atas & Bumbung


Bahan binaan sama seperti rasuk bumi. Perlu disokong oleh tupang bagi
memelihara kedudukan dan sisiannya. Memerlukan perancah (scaffolding) bagi
kegunaan pekerja ke tempat tinggi. Perlu dipastikan ketepatan aras.

Kotak bentuk dipasang dari tiang ke tiang. Tupang-T diperlukan untuk menyokong
berat konkrit basah dan pekerja serta mesin.

Pemasangan tetulang
Tetulang yang telah siap diikat akan dimasukkan ke dalam kotak bentuk.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 24 drp : 33

Penuangan konkrit
Konkrit dituangkan menggunakan kren. Penggetar (vibrator) digunakan untuk
memadatkan konkrit.

Pengawetan konkrit
Proses memastikan konkrit mencapai tahap kekerasan dan kekukuhan yang
dikehendaki.
Kaedah: Proses pengerasan konkrit perlu dipantau.

Tiang dan rasuk peneguh


Tiang peneguh dikenali sebagai stiffener. Ia merupakan tiang sokongan untuk dinding
yang melebihi 3 meter panjang. Tujuan adalah untuk mengukuhkan dinding tersebut.
Tiang peneguh bukan struktur bangunan seperti tiang utama yang lain.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 25 drp : 33

1.4 Lantai tingkat atas (Upper Floor Slab)


Jenis lantai atas :
a) Lantai kayu
Cara tradisional membina lantai kayu gantung adalah dengan gelegar
kayu pepejal. Perembatan (penyangga) perlu dipasang pada titik tengah
joist itu. Bentuk yang paling biasa adalah satu bentuk X dari 2 bahagian
kecil kayu, dikenali sebagai ‘herring-bone strutting’.

Pilihan produk yang lebih moden dan jauh lebih mampan adalah sama
ada logam webjoist atau I-joist (galvanised steel). Kedua-dua ini
menggunakan kurang kayu dan kurang sisa di tapak.

b) Lantai Konkrit Pra-tuang (Precast Floor)


Pra-tuang (Precast slab) Lantai pra-tuang dihasilkan di luar tapak
(kilang) dan dihantar ke tapak binaan, sama ada dalam bentuk siap atau
dengan konkrit nipis tambahan dengan mencurahkan di atasnya. Ianya
dibuat daripada konkrit bertetulang konvensional atau pasca-tegangan,
atau daripada konkrit berudara autoklaf (AAC).

c) Lantai Konkrit Bertetulang (Reinforced concrete floor) – cast in-situ


1.Pembinaan lantai atas RC memerlukan penyediaan acuan (formwork).
2.Reinforcement bar disusun dan dituangkan konkrit.
3.Sesudah konkrit keras, formwork ditanggalkan.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 26 drp : 33

d) Lantai Komposit (kombinasi konkrit precast dan in-situ)


Acuan struktur kekal dengan tetulang ditempatkan di bahagian atas,
bersedia untuk dicurahkan konkrit.

Lantai Konkrit Pratuang (Precast) dipasang dan bersedia untuk dipasangkan tetulang
ringan di atasnya sebelum dituangkan lapisan konkrit nipis.

1.5. Tangga (Staircase)

Definisi tangga
Tangga adalah satu siri binaan anak tangga pada bangunan yang
menghubungkan satu aras lantai ke aras lantai yang lain.

Komponen utama tangga:


•Anak tangga
•Pelantar
•Susur tangan
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 27 drp : 33

Larian tangga
Mengandungi satu siri anak tangga yang berterusan di antara
i.lantai bawah dengan tingkat atas
ii.Lantai bawah dengan pelantar
iii.Pelantar dengan pelantar
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 28 drp : 33

Anak tangga
Terdiri daripada jejak (tread) dan penaik (riser)
•Lebar minimum jejak adalah 255mm.
•Tinggi maksimum penaik adalah 180mm.
•Saiz anak tangga mestilah seragam di sepanjang larian.
•Jumlah penaik maksimum pada satu larian adalah16.

Pelantar tangga (landing)


Pelantar (landing) perlu disediakan sekiranya jumlah riser melebihi 16 unit.
Saiz minimum bagi lebar pelantar adalah sama dengan lebar tangga.
Sekiranya ada pintu, ruang bukaan daun pintu tidak boleh memasuki kawasan lebar
laluan tangga.

Susur tangan (handrail)


•Perlu sediakan susur tangan sekiranya jumlah penaik (riser) melebihi 4 anak tangga.
•Tinggi susur tangan adalah antara 900 – 1000mm
•Sekiranya lebar tangga melebihi 2225mm, satu susur tangan di tengah perlu di
tambah.

Ukuran bahagian utama tangga


Curam tangga maksimum 42°
Clear height (head room) minima 2000mm
Tinggi minima susur tangan 900mm
Lebar minima tangga 900mm
Tinggi maksima penaik 180mm
Lebar minima jejak 255mm
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 29 drp : 33

Jenis-jenis tangga
Terdapat empat jenis tangga yang biasa digunakan:
1)Tangga Larian Lurus
2)Tangga Suku Pusingan
3)Tangga Separuh Pusingan
4)Tangga Geometri

Tangga Larian Lurus (Straight)


•Satu arah sahaja.
•Sekiranya jumlah riser melebihi 16 unit, landing perlu disediakan.

Tangga Suku Pusingan (L- shaped)


DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 30 drp : 33

•2 arah larian dan bersudut tepat (90°)


•Antara dua arah terdapat landing.
•Sesuai untuk ruang bukaan tangga yang terhad di mana tangga larian lurus tidak
dapat digunakan.

Tangga Separuh Pusingan (half landing)


•2 arah bertentangan.
•Antara 2 arah, ada landing
•Biasa digunakan di
bangunan bertingkat

Tangga Geometri (Elips /curved)


•Berbentuk melengkung
•Biasa digunakan di lobi atau rumah banglo
•Memerlukan ruang luas
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 31 drp : 33

Tangga Pusar (Spiral)


•Dibenarkan sebagai tangga ke-2
•Ianya bukan sebagai memenuhi keperluan laluan keluar (ketika kecemasan)

Pembinaan Tangga Konkrit


1.Membuat kotak bentuk (acuan).
2.Memasang tetulang
3.Menuang konkrit dan biarkan keras
4.Membuka kotak bentuk
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 32 drp : 33

Pembinaan Tangga kayu

Faktor bagi pemilihan jenis tangga yang sesuai :


DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 33 drp : 33

1.Kegunaan tangga
2.Ruang bukaan bagi tangga yang dibina
3.Ukuran naik dan curam yang dikehendaki
4.Rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi

Faktor rekabentuk tangga :


1.Struktur yang kuat dan stabil
2.Tanggung beban mati dan hidup
3.Selamat dan lindungi dari kebakaran ( UBBL)
4.Boleh diakses oleh manusia, perabot dan peralatan bangunan

RUJUKAN

1. Nota kursus : MUHAMMAD KAMAL AHMAD K-Builders Training & Consulting


2. Nota kursus : Zulkifli Tahir ILP KualaTerengganu
3. Buku Pengurusan Projek Pembinaan : Mohd Saidin Misnan UTM, Johor.
4. Tan Boon Tong. (2007). Teknologi Binaan Bangunan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
5. Jahiman Badron. (2011). Teknologi Binaan Bangunan. Petaling Jaya : Ibs Buku.
6. Undang-undang Malaysia. (2009). Undang-undang Kecil Bangunan Seragam.
Kuala Lumpur : MDC Publisher Sdn. Bhd.
7. http://www.home-building-answers.com/slabs.html
8. http://www.yourhome.gov.au/materials/concrete-slab-floors
9. https://binaanbangunan.wordpress.com/2012/12/14/lantai-bawah-padu/
10. https://binaanbangunan.wordpress.com/category/pembinaan-lantai-2/page/2/

You might also like