You are on page 1of 1

ISU KETUANAN MELAYU DI MALAYSIA. ADAKAH MASIH RELEVAN?

Ketuanan Melayu merupakan kontrak sosial yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah
tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu iaitu Malaysia. ‘Ketuanan’ bererti hak menguasai dan
memerintah sesebuah negeri atau disebut juga ‘kekuasaan’. Istilah 'ketuanan' juga
dirujuk sebagai kedaulatan. 'Ketuanan' berbeza dengan perkataan 'tuan' yang membawa
maksud orang tempat menghambakan diri. Contohnya, 'dahulu orang kulit putih di Amerika
banyak yang menjadi tuan kepada hamba abdi terdiri daripada bangsa 'Negro'. Oleh itu apabila
dibangkitkan bahawa istilah ketuanan Melayu kononnya membawa maksud kekuasaan Melayu
dalam konteks sehingga boleh menghambakan bangsa lain, maka ia kesimpulan yang tidak
tepat dan mesti diperbetulkan. Sistem ketuanan Melayu ini merupakan kedudukan istimewa
orang Melayu yang sedia dikanun dalam Perlembagaan Persekutuan. Isu ketuanan Melayu di
Malaysia sebenarnya masih relevan walaupun banyak suara yang berkata bahawa konsep
ketuanan Melayu ini bersifat perkauman dan tidak relevan dengan realiti bahawa penduduk
Malaysia yang berbilang kaum. Dalam membicarakan konsep ketuanan Melayu perkara
pertama yang harus diinsafi oleh semua pihak adalah konsep ini tidak sekali-kali membawa
konotasi perhubungan submisif yang wujud antara tuan dan hamba sebagaimana yang lazimnya
difahami. Konsep ketuanan Melayu ini perlu diteruskan kerana ini merupakan satu hak
keistimewaan untuk orang Melayu di Malaysia. Seharusnya sebagai orang Melayu yang
merupakan penduduk majoriti di Malaysia, kita perlu memperjuangakan hak bangsa kita.
Apabila hak keistimewaan diberi kepada orang Melayu, bukan bermakna hak bangsa lain
seperti Cina dan India di abaikan. Bangsa-bangsa lain juga bebas memperjuangkan 'ketuanan'
mereka sebagaimana megahnya sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil
mengekalkan pengajaran Bahasa ibunda masing-masing. Sebagai tuntasnya, ketuanan Melayu
perlu ditafsirkan sebagai keistimewaanorang Melayu dan bukannya tuan tanah kepada negara
Malaysia.Keistimewaan orang Melayu inidiimplementasikan dengan kehadiran Raja-raja
Melayu yang menjadi ketua disetiap negeri masing-masing.Jika penggunaan istilah ketuanan
Melayu ini disalah tafsir oleh pihak bukan Melayu dikhuatiri akan berlakunya tragedi
perkauman yang tidak diingini.

You might also like