You are on page 1of 1

Sepanjang saya mempelajari subjek ini, saya telah memperoleh kesedaran bahawa

perpaduan antara kaum harus dipupuk di dalam setiap peringkat pengajian. Hal ini demikian
adalah kerana pendidikan adalah salah satu cara untuk mengeratkan lagi perpaduan di dalam
golongan generasi yang berbilang etnik di Malaysia. Saya juga telah mempelajari usaha-usaha
yang dilakukan pemimpin bagi mengeratkan lagi perpaduan rakyat Malaysia menerusi parti politik
serta polisi yang telah mereka perkenalkan. Seterusnya, saya dapat mempelajari lebih lanjut akaan
budaya, cara hidup serta ekonomi setiap kaum menerusi kerja kursus yang diberikan. Saya juga
telah menyedari akan kepentingan interaksi dan komunikasi yang berkesan di antara rakan-rakan
yang datang daripada latarbelakang yang berlainan.

Pelaksanaan perpaduan bagi subjek ini tidak sahaja berdasarkan kepada teori di dalam
kelas, malahan para pelajar juga didedahkan dengan tugasan berkumpulan. Dalam aspek ini para
pensyarah akan membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Kumpulan-
kumpulan yang dibentuk ini pula haruslah terdiri dari tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan
India. Setiap kumpulan akan diberikan tajuk tugasan masing-masing. Semasa menjalankan tugasan
berkumpulan inilah para pelajar dididik untuk bekerja dalam kumpulan yang terdiri dari pelbagai
kaum. Dalam hal ini, mereka bukan sahaja akan bergerak membuat tugasan itu bersama-sama,
malahan mereka akan bersama-sama berbincang mengeluarkan buah fikiran, bertukar pandangan
dan pendapat, serta memberi dan menerima idea dari rakan yang berlainan bangsa. Kerjasama ini
tidak terhenti setakat itu malahan setiap kumpulan dilatih untuk membuat short video mengenai
tajuk yang diberikan. Dalam short video ini setiap kumpulan hendaklah memaparkan elemen-
elemen perpaduan dan teori serta konsep hubungan etnik yang telah mereka pelajari. Sekali lagi
para pelajar didedahkan secara amali bagi mereka merasai suasana sebenar dalam hubungan antara
etnik. Jadi di Unversiti Terbuka Malaysia, para pelajar tidak sahaja perlu menguasai teori
hubungan etnik malahan mereka juga didedahkan dengan latihan amali bagi memastikan objektif
perpaduan kaum dan dasar kerajaan tercapai. Setelah itu, short video itu pula perlu
dipersembahkan di dalam kelas untuk dikongsi bersama dengan pelajar etnik yang lain.

Untuk bergerak ke arah negara maju kita sepatutnya menggabungkkan setiap sistem
maklumat yang ada di negara ini bagi kemudahan rakyat dan ini akan meningkatkan tahap
keberkesanan dan tindakan bagi memastikan setiap sumber modal insan yang ada dapat di
gerakkan secara bersepadu.

You might also like