You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK TROLAK

TARIKH : 23 FEBRUARI 2019


MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SMK TROLAK
KEHADIRAN : 200 ORANG
PERASMI : ENCIK MUHAMMAD AMRAN BIN IBRAHIM
(PENYELARAS DUN SLIM RIVER,PERAK)

AGENDA

1.0 UCAPAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG

1.1 NYDP,Pn Hairulniza Bt Tamin mengucap ribuan terima kasih kepada para ibu bapa
yang hadir ke mesyuarat PIBG kali ini
1.2 Beliau juga mengharapkan kerjasama daripada ibu dan bapa untuk mencapai
persetujuan demi kebaikan anak-anak
1.3 Encik Zainal selaku Setiausaha PIBG pula melahirkan rasa dukacita mengenai
kehadiran ibu bapa yang kurang memuaskan berbanding tahun lepas. Hal ini mungkin
disebabkan faktor masa pada tahun ini adalah pada sebelah pagi dan kemungkinan
terdapat ibu bapa yang bekerja manakala pada tahun lepas mesyuarat dilakukan pada
sebelah petang. Hal ini akan diambil kira bagi mesyuarat yang akan diadakan pada
tahun hadapan.

2.0 PEMBENTANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35

2.1 Encik Zainal telah membentangkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke-35
2.2 Encik Zahid mencadangkan minit mesyuarat agung kali ke-35 diterima dan disahkan.
2.3 Puan Dayang Norliza menyokong cadangan tersebut.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Encik Zainal membentangkan maklum balas mengenai usul yang telah dipersetujui
pada mesyuarat agung PIBG SMK Trolak kali ke-35 (rujuk lampiran yang disediakan)

4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG BAGI TAHUN 2018

4.1 Encik Zainal Selaku Setiausaha PIBG bagi tahun 2018 telah membentangkan aktiviti
PIBG yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2018. Antara aktivitinya adalah seperti
berikut.

a. Gotong Royong Perdana


b. Hari Interaksi Fasa 1/ 2018
c. Kejohanan Balapan Dan Padang
d. Program Kecemerlangan PT3 Dan SPM
e. Kem Kepimpinan Pelajar
f. Program Ihya Ramadhan
g. Program Lawatan Industri
h. Sambutan Hari Raya Aidilfitri
i. Hari Anugerah Cemerlang
j. Sambutan Hari Kebangsaan 2018
k. Hari Graduasi Pelajar Tingkatan 5
l. Majlis Akur Janji Spm 2018
m. Kem Permata Semetro Fasa 2
n. Kembara Ilmu Spm 2018
o. Majlis Bacaan Yasin Dan Solat Hajat Perdana Calon PT3 Dan SPM
p. Majlis Akur Janji PT3 2018
q. Kem Menjulang Permata PT3
r. Program Kecemerlangan Pelajar Tingkatan 4
s. Mesyuarat Agung PIBG 2018

5.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN BAGI TAHUN 2018

5.1 Puan Suripah Binti Muhammad selaku Bendahari PIBG telah membentangkan laporan
kewangan PIBG bagi tahun 2018 (rujuk lampiran yang disediakan)
5.2 Bendahari memaklumkan bahawa akaun PIBG berkongsi dengan akaun
kecemerlangan.Beliau menjelaskan baki awal yuran PIBG ialah RM8 204.80 dan
kutipan Yuran PIBG pada tahun 2018 ialah RM21 330. 00. Manakala jumlah
pembayaran bagi semua program sekolah yang melibatkan akaun PIBG ialah RM14
952.19. Maka, baki akhir akaun PIBG ialah sebanyak RM14 582.61.
5.3 Puan Rosnah mencadangkan laporan kewangan bagi tahun 2018 diterima dan
disahkan
5.4 Puan Zarina menyokong cadangan tersebut.

6.0 PEMILIHAN AJK PIBG SMK TROLAK BAGI SESI 2019/2020

6.1 Sebelum pemilihan AJK Sesi 2019/2020 Dilaksanakan, Encik Zainal telah
membubarkan AJK PIBG sesi 2018

7.0 PERLANTIKAN AJK PIBG BAGI SESI 2019/2020

7.1 Encik Amir mencadangkan AJK sesi 2018/2019 dikekalkan untuk sesi 2019/2020. Telah
disokong oleh Puan Syafizanita.
7.2 Puan Habibah membantah dan mencadangkan untuk pemilihan dilakukan.
7.3 Pengerusi mencadangkan undian dibuat.
7.4 Undian dibuat bagi mendapatkan keputusan. Hasil undian didapati 150 orang
menyokong AJK sesi 2018/2019 dikekalkan manakala seorang membantah.
Keputusannya AJK sesi 2018/2019 dikekalkan untuk sesi 2019/2020.
8.0 PERBINCANGAN USUL

8.1 Pengerusi membentang usul yang telah dibawa ke mesyuarat Agung kali ke-36
8.2 Usul 1: Bayaran Persekolahan
8.2.1 Pihak AJK telah memutuskan dalam di dalam Mesyuarat AJK PIBG kali
pertama bertarikh 28 Januari 2019 dengan cadangan seperti berikut:

1. Yuran PIBG (setiap keluarga) RM65.00


Utiliti dan Penyelenggaraan
2. Majalah Sekolah (setiap keluarga) RM12.00 (dimasukkan ke
dalam akaun sekolah
3. Program Kecemerlangan
PT3 RM70.00
SPM RM100.00
4. Yuran Kecemerlangan Tingkatan 4 RM50.00
5. PAV RM30.00
6. Anggaran Yuran
 Pelajar Tingkatan 1 dan 2 RM77.00
 Pelajar Tingkatan 3 RM147.00
 Pelajar Tingkatan 4 RM127.00
 Pelajar Tingkatan 5 RM177.00
 Pelajar PAV Tingkatan 3 RM107.00

Usul ini telah diterima oleh Encik Norazman dan disokong sebulat suara tanpa bantahan.
8.2.1 Pengerusi turut memaklumkan bahawa yuran yang dicadangkan adalah seperti
tahun lepas dan tiada sebarang penambahan jumlah yuran.

8.3 Usul 2: Membaiki pam tandas pelajar pada semua blok sekolah.
Membaiki longkang belakang kantin kerana menjadi tempat pembiakan
nyamuk
8.3.1 Usul ini telah dicadang oleh Tn Hj Ahmad Fauzi bin Abdullah agar membaiki
pam tandas di setiap blok sekolah dan membaiki longkang kantin tetapi usul
ini telah ditolak kerana pihak yang mengusul tidak hadir ke mesyuarat PIBG
kali ke-36.
8.3.2 Pengerusi memaklumkan walaupun usul ini telah ditolak tetapi pihak sekolah
memang telah membuat penambahbaikan dan dalam proses membaik pulih.

8.4 Usul 3: Mengadakan pembesar suara (speaker) di semua blok sekolah


8.4.1 Pn Hairuliniza Binti Tamin telah membuat usul tersebut agar dapat
memudahkan urusan mencari guru dan murid.
8.4.2 Usul ini telah disokong oleh Pn, Dayang Noriza dan pengerusi memaklumkan
akan dipanjangkan usul ini kerana tidak terdapat bantahan dari mana- mana
pihak.
8.5 Usul 4: Perkhidmatan bas ke sekolah (dari Felda Trolak Utara)
8.5.1 Encik Mohd Rahmat Bin Othman telah memberi usul ni di mana beliau
berharap agar perkhidmatan bas berjalan mengikut waktu yang
supaya pelajar tidak terlewat untuk hadir ke sekolah. Usul ini telah ditolak
kerana pihak yang memberi usul tidak hadir ke mesyuarat.
8.5.2 Pengerusi memaklumkan walaupun usul telah ditolak tetapi pihak sekolah
memang sentiasa berhubung dengan pihak MARA agar menetapi masa yang
telah ditetapkan. Waktu kokurikulum juga telah dimaklumkan kepada pihak
bas.

8.6 Usul 5: Membaiki bahagian longkang yang tersumbat


8.6.1 Usul ini telah di bawa oleh Puan Nurul Huda Binti Mohd Saidin dan telah
diterima sebulat suara.
8.6.2 Pengerusi memaklumkan akan mengambil tindakan dan akan dipanjangkan
kepada pihak sekolah.

8.7 Usul 6: Pembelian majalah sekolah tidak diwajibkan


8.7.1 Usul ini telah dibawa oleh Encik Ali Azhar bin Senggong kerana beliau
berpendapat tiada kepentingan kepada murid dan ibu bapa.
8.7.2 Usul ini telah ditarik balik oleh pihak yang mengusulkan.

8.8 Usul 7: Wakafton


8.8.1: Usul ini telah dibawa oleh Encik Zainal Abidin Bin Ismail di mana beliau
berpendapat program ini dapat mengisi Tabung PIBG bagi menampung
keperluan pelajar.
8.8.2 Usul ini telah diterima oleh Puan Rozihah dan pengerusi memaklumkan akan
memanjangkan usul ini.

8.9 Usul 8: Kekalkan rumah sukan dan Unit Uniform bagi murid setiap tahun.
8.9.1 Usul ini merupakan usul tambahan yang telah di bawa oleh Puan Rosnah di
dalam mesyuarat di mana beliau berharap agar rumah sukan dan unit
uniform murid dikekalkan supaya tidak perlu untuk membeli banyak baju.
8.9.2 Usul ini telah dijawab oleh pengerusi majlis dan Puan Ainol selaku PK
Kokurikulum di mana beliau menyatakan memang semua dikekalkan cuma
untuk tahun ini beliau memberi kelonggaran untuk pelajar memilih sendiri Unit
Uniform mereka mengikut baju yang mereka ada dan ada pelajar yang
memilih unit uniform mengikut kawan- kawan.

8.10 Usul 9: Peti Cadangan PIBG diwujudkan.


8.10.1 Usul tambahan ini juga telah di bawa oleh Encik Shariff Bin Hamzah agar
diwujudkan peti cadangan PIBG bagi memudahkan perbincangan untuk
penambahbaikan pada masa akan datang.
8.10.2 Usul telah diterima dan pengerusi akan mengambil tindakan dan akan
dibincangkan.
9.0 HAL- HAL LAIN
9.1 Puan Sabariah telah membuat cadangan agar Puan Rosnah dilantik sebagai AJK
PIBG bagi sesi 2019/2020 bagi menggantikan Puan Habibah yang telah berpindah.
9.2 Cadangan telah diterima sebulat suara dan Puan Rosnah telah dilantik sebagai AJK
PIBG bagi tahun 2019/2020.

10.0 UCAPAN PENANGGUHAN


10.1 Tuan Pengetua mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir ke
mesyuarat PIBG kali ke-36 dan memohon maaf atas segala kekurangan dan
kesilapan. Beliau juga berharap agar ibu bapa memastikan anak- anak sentiasa
hadir ke sekolah.
10.2 Naib YDP juga turut mengucapkan terima kasih dan sama- sama membantu pihak
sekolah dan guru- guru bagi kecemerlangan anak- anak.
10.3 Mesyuarat PIBG kali ke-36 ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disedikan oleh: Disahkan oleh,

……………………………… …………………………….

(ZAINAL ABIDIN BIN ISMAIL) ( EN. ABDUL HAFIZ BIN HAMID)

Setiausaha PIBG SMK Trolak Yang Dipertua PIBG SMK TROLAK

You might also like