You are on page 1of 4

Puding Triffle

Oleh: Khalijah Hussin


cc : www.facebook.com/bukuresepi
Bahan-bahan:
1 gulung kek Swiss Roll
1 kotak Kristal jelly (brand Nona)
1 tin susu cair Ideal *(optional) – brand lain pn xpe
1 tin buah cocktail *(optional) / ape2 buah pilihan
3 sudu besar tepung kastard

Cara-cara:
Step 1: (lapisan kek)
1.Potong kek gulung anggaran 1 inci.
2.Susun kek dalam loyang atau dalam apa2 bekas sampai
padat supaya lapisan puding nanti tak sampai ke dasar
bekas.
3.Tekan-tekan sedikit kek tadi agar mampat dan pastikan
tiada ruang yang menampakkan dasar loyang atau bekas.
Ketepikan.
Step 2: (lapisan puding)
1.Masukkan 3 sudu besar penuh (merumbu) tepung
kastard ke dalam bekas.
2.Tuangkan 1 tin susu cair, 1 tin air (sukat guna tin susu
tadi) dan 7 sudu besar gula ke dalam bancuhan tadi.
* Gula (terpulang nak letak banyak mana). Kalau leh
puding ni jangan manis sangat sebab kek dah manis dan
jelly nanti pun manis jugak).
3.Kacau semua adunan tadi sehingga larut dan sebati
(adunan tepung dah tak berketul-ketul).
4.Kemudian baru masukkan dalam periuk dan masak atas
dapur dengan api sederhana. Sentiasa kacau sebab
adunan ni nanti cepat pekat dan keras. Kacau sehingga
pekat dan likat. Bila dah nampak adunan ni meletup-letup,
terus tutup api.
5.Angkat dan tuangkan atas lapisan kek tadi dan ratakan
sehingga menutupi keseluruhan kek.
6.Susun atau taburkan buah atas puding kastard. Tekan-
tekan sedikit ke dalam puding supaya bila letak jelly nanti,
buah-buah tadi tak terapung.
Step 3: (lapisan jelly)
1.Masukkan Kristal jelly dan campurkan dengan 400ml air.
2.Masak atas dapur. Kacau sehingga jelly hancur dan
sebati.
3.Curahkan perlahan-lahan jelly ke atas lapisan
kastard/buah tadi dengan menggunakan sudu atau
senduk.
4.Biarkan sejuk atau suam-suam kuku, baru masukkan ke
dalam peti sejuk.

::Tips:
* Lebih baik gunakan loyang atau bekas lut sinar atau
kaca empat segi.
* Sekiranya guna buah cocktail, curahkan air cocktail ke
atas kek supaya kek lembap. (Jangan terampau banyak
sangat curah.. sekadar lembap je.. kalau x nanti kek jadi
lembik). Kalau guna buah fresh spt strawberry xboleh
simpan lama nanti x fresh. Lebih baik guna buah dalam tin
je.
Selamat mencuba!

You might also like