You are on page 1of 10

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2017)

Permasalahan dan Cabaran Guru dalam


Membentuk Nilai Pelajar Di Sekolah Menengah
Mohamad Khairi Haji Othman1
Mohd Zailani Mohd Yusoff
Alis Puteh
Nurfasihah Roslan.

ABSTRAK

Tujuan penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti masalah dan cabaran
dalam membentuk nilai pelajar di sekolah menengah. Kajian ini telah dijalankan di salah
sebuah negeri yang terdapat di Malaysia. Kaedah kajian kualitatif secara deskriptif telah
dijalankan ke atas empat orang guru sebagai peserta kajian. Kajian mendapati masalah
yang dihadapi oleh guru, antaranya ialah faktor hubungan guru dengan pelajar dan sikap
pelajar yang sukar dibentuk. Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa guru perlu
membuat sesuatu inovasi agar dapat membantu pihak sekolah dalam menyemai didikan
agama dan juga moral terhadap para pelajar. Pihak sekolah melalui guru bimbingan dan
kaunseling juga boleh merancang beberapa aktiviti yang bersesuaian dengan keadaan
pelajarnya pada hari ini. Melalui dapatan kajian ini guru dan pihak sekolah perlu
bekerjasama untuk membentuk nilai pelajar selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin melahirkan insan yang cerdas dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelak dan sosial.

Kata kunci: masalah; cabaran; pembentukan nilai.

ABSTRACT

This study which aims to identify the problems and challenges in developing values in
secondary school students was conducted in one of the states in Malaysia. The approach
was qualitative descriptive exploratory study and fours teachers were selected as interview
respondents. The result found several problems faced by the teachers such as teacher
relationship and difficulty in changing students’ attitude. The findings give the implication
that teachers have to come out with some innovations to help the school in inculcating
religious and moral values in the students. The school administration with the help of
school counsellors should plan relevant activities which suit the present needs and
conditions of their students. From the findings of this study, teachers and school
administration should work together towards developing values in students in line with the
aim stipulated in the National Education Philosophy which is to produce physically,
emotionally, spiritually, intellectually and socially active human capital.

Keywords: problems; challenges; developing values.

1
Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden Universiti Utara Malaysia. m_khairi@uum.edu.my.

1
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2017)

Pengenalan

Pembentukan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar bukanlah


merupakan suatu perkara yang mudah, bahkan mempunyai banyak halangan dan cabaran
untuk membentuk diri individu untuk menjadi seorang yang mengamalkan dan menghayati
nilai-nilai murni. Nilai murni sebagai pelakuan yang baik, peradaban dan tatasusila
individu dalam hubungannya sesama individu lain, alam dan tuhan. Nilai-nilai murni ini
sebagai tanggapan tentang perkara-perkara yang dihayati dan pada masa yang sama
menjadi kriteria serta ukuran.
Remaja khususnya pelajar kini kian aktif terlibat dengan gejala sosial dan gejala
yang tidak sihat seperti rempit, ponteng, gangsterisme, vandalisme dan kegiatan yang
dianggap melanggar norma masyarakat. Pudarnya nilai-nilai murni dalam diri mereka
menyebabkan mereka tidak mempunyai perasaan bersalah apabila bertingkah laku di luar
norma masyarakat. Pelbagai faktor penyebab utama yang membawa remaja kepada jalan
songsang tersebut. Antaranya ialah faktor diri remaja itu sendiri, latar belakang keluarga,
gaya asuhan ibu bapa dan juga pihak sekolah. Secara umumnya, institusi pendidikan
khususnya sekolah mempunyai peranan yang besar dalam menerapkan nilai-nilai murni
dalam kalangan pelajar. Melaluinya, pelajar akan dididik supaya bermoral, berakhlak dan
mengamalkan budaya yang murni. Pendidikan dan sistem persekolahan harus memainkan
peranan yang berkesan dalam menyemai nilai-nilai murni sebagai langkah membentuk
modal insan (Abd. Rahim Abd Rashid, 2001).
Mohd Zamani Ismail dan Fatimi Hanafi (2006) menyatakan bahawa ketiadaan
penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat menyebabkan kelakuan mereka terarah
kepada perlakuan negatif dan cenderung untuk berlakunya keruntuhan akhlak akibat
daripada penghayatan akhlak yang lemah (Harery Abu Saad, 2007). Justeru, pelbagai
masalah dan cabaran yang dihadapi oleh banyak pihak terutama guru dalam membentuk
nilai murni dalam kalangan remaja khususnya insan yang bergelar pelajar.

Penyataan Masalah

Golongan pelajar sekolah menengah adalah dalam lingkungan umur 13 sehingga 19 tahun
yang mana kumpulan ini berada dalam fasa remaja. Terdapat pelbagai perubahan yang
berlaku ke atas diri remaja dari aspek fizikal, sosial, mental dan emosi. Perubahan ketara
dapat dilihat dari segi fizikal dan pemikiran mereka yang mana berlakunya pertumbuhan
pada otot-otot, alat kelamin dan organ-organ lain, manakala dari sudut pemikiran menjadi
lebih matang dan berkonsep menyeluruh.
Remaja bukan sahaja sebagai aset kekayaan semula jadi negara, bahkan
mempunyai peranan utama dalam meresapkan aura baharu dalam dunia politik, ekonomi
dan hal ehwal kemasyarakatan negara. Remaja merupakan aset negara yang mampu
melakukan perubahan yang boleh mengembalikan imej negara di mata dunia. Gejala sosial
pada masa ini semakin menular dan telah menjadi kanser dalam jiwa insan yang bergelar
remaja. Hal ini demikian kerana masalah ini sudah sukar untuk dibendung sekiranya
golongan ini dibiarkan begitu sahaja.
Dapatan melalui akhbar Harian Metro pada 29 Disember 2010 menyatakan bahawa
hampir tiga peratus daripada lebih lima juta pelajar dari 10, 000 sekolah rendah dan
menengah terlibat dalam kes salah laku disiplin. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran,
Datuk Dr Wee Kah Siong menyatakan bahawa mengikut rekod kementerian 111,484
pelajar atau 72,557 pelajar sekolah menengah dan 38,927 murid sekolah rendah dikesan
terbabit pelbagai salah laku disiplin pada tahun 2010. Antara kes salah laku disiplin

2
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2017)

termasuk kes jenayah (17,595 kes), ponteng sekolah (19,545 kes), berlaku kurang sopan
(18,346 kes), kekemasan diri (21,384 kes), tidak mementingkan masa (17,808 kes),
kelucahan (3,031 kes), vandalisme (5,212 kes) dan kenakalan (8,563 kes). Akhbar Kosmo
1 Julai 2012 menyatakan tentang dapatan kajian sebanyak 108, 650 daripada 5.3 juta
pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terlibat dengan kes salah laku.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, penyumbang utama kes salah laku pelajar ialah
ponteng sekolah iaitu seramai 18, 550 pelajar.
Berdasarkan statistik di atas, kes salah laku yang berlaku adalah bersangkutan
dengan kegagalan dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja terutamanya
pelajar sekolah. Oleh itu, penekanan kepada persoalan nilai-nilai murni dalam sistem
pendidikan Malaysia perlu diberi perhatian yang serius. Pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) memberi
penekanan agar guru melaksanakan pendekatan penerapan nilai merentas kurikulum dalam
pengajaran bagi mencapai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Sehubungan tu, penyelidik merasakan perlu melaksanakan kajian tentang permasalahan
dan cabaran dalam pembentukan nilai murni pelajar sekolah menengah terutama daripada
perspektif guru sekolah.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini boleh diringkaskan seperti berikut.

1. Mengenal pasti masalah yang wujud dalam membentuk nilai murni dalam kalangan
pelajar daripada perspektif guru.

Tinjauan Literatur

Salah satu cabaran negara untuk menjadi sebuah negara maju dan membangun menjelang
2020 adalah untuk melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Remaja merupakan
kumpulan fokus negara dalam proses pembentukan modal insan dan jati diri yang mampu
membangunkan imej negara di mata dunia. ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’
merupakan pepatah Melayu yang menjurus kepada kehidupan remaja yang masih muda
dan perlu dibentuk serta diperhalusi dengan nilai-nilai murni supaya bebas daripada
pengaruh budaya kuning mahupun gejala sosial yang mampu memusnahkan masa depan
golongan ini.
Namun begitu, negara kita menghadapi permasalahan gejala sosial yang
membimbangkan masyarakat dan negara. Rempit, ragut, dadah, buli, ponteng,
gangsterisme dan vandalisme sudah menjadi makanan ruji remaja pada dekad ini
khususnya pelajar sekolah. Pelbagai kes jenayah yang melibatkan kumpulan pelajar
sekolah sehinggakan merisaukan pihak penjaga dan sekolah dalam menangani
permasalahan ini. Banyak kajian telah dibuat ke atas kes-kes yang telah berlaku untuk
mencari di mana kesilapan dalam perkembangan afektif dan kognitif remaja.
Kajian oleh Hashim Bedu et. al (2008) membincangkan mengenai punca-punca
keruntuhan akhlak dan moral. Antara puncanya ialah perasaan ingin tahu dan ingin
mencuba oleh golongan remaja ataupun pelajar yang mana dalam lingkungan umur 18
tahun ke bawah. Penyataan ini disokong oleh kajian Zainudin Sharif dan Norazmah
Mohamad Roslan (2011) yang menyatakan bahawa faktor utama remaja terlibat dalam
gejala sosial adalah disebabkan oleh keinginan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru

3
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2017)

yang tidak pernah dilakukannya. Asmak (2006) turut menyatakan bahawa salah laku sosial
remaja kini disebabkan oleh perasaan ingin mencuba mencapai 48%. Zainal dan Sharani
(2006) membincangkan bahawa perasaan ingin tahu yang wujud dalam diri remaja
mendorong diri mereka untuk melakukan apa sahaja tanpa memikirkan baik atau buruk
sesuatu perkara tersebut.
Tambah Hashim Bedu et. al (2008) lagi, punca lain berlakunya keruntuhan akhlak
dalam kalangan remaja ialah pengaruh rakan sebaya bahkan perkembangan media massa
sama ada eletronik ataupun cetak juga menjadi dalang di sebalik gejala sosial yang
berlaku. Sikap keluarga juga memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai
murni dalam kalangan remaja khususnya individu yang bergelar pelajar. Menurutnya lagi,
walaupun tidak berlaku kepada semua keluarga, namun keluarga yang mengamalkan sikap
terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan mampu menjadi penyumbang
utama kepada kes gejala sosial. Remaja ini hidup tanpa diberikan suntikan kerohanian,
kesedaran dan nilai-nilai keagaaman serta akhlak yang cukup.
Rohayati Derani (2004) menyatakan bahawa kegagalan ibu bapa dalam mendidik
anak-anak akan menjejaskan masa depan mereka yang boleh mengakibatkan remaja
terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat ini seterusnya tidak mampu untuk membentuk
diri menjadi individu yang berguna dan berwawasan. Kajian oleh Arieff dan Wardah
(2006) menjelaskan bahawa antara latar belakang keluarga yang mempunyai remaja yang
bertingkah laku devian ialah keluarga yang berpendapatan rendah dan anak-anak
membesar dalam keadaan terbiar. Hanxio@Indah (2011) menyokong penyataan di atas
yang mana remaja daripada keluarga yang berpendapatan rendah cenderung untuk terlibat
dalam kegiatan langsang. Dapatan kajiannya ke atas keluarga Melayu di rumah pangsa
kawasan Kerinchi mendapati bahawa sebanyak 59.6% isteri Melayu perlu menceburkan
diri dalam pasaran kerja bagi menambahkan pendapatan keluarga. Hal ini menyebabkan
anak-anak mereka dibiarkan tanpa pengawasan dan perhatian yang sepenuhnya. Ketiadaan
masa bersama anak-anak menyebabkan anak-anak lebih suka melepak dan tidak terus
pulang ke rumah setelah pulang daripada sekolah.
Pendidikan agama merupakan asas yang perlu diterapkan dalam diri seseorang
yang bergelar manusia yakni sebagai khalifah di bumi Allah S.W.T. Sebagaimana yang
kita telah ketahui, setiap bangsa mempunyai ajaran agama masing-masing dan terdapat
nilai-nilai murni yang dituntut oleh setiap agama untuk diaplikasikan dalam diri setiap
manusia. Begitu juga dengan remaja, ibu bapa memainkan peranan penting dalam
mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi individu yang berguna kepada bangsa
dan negara. Dapatan kajian oleh Maznah Ali dan Zakiah Zakaria (2010), masalah utama
yang dihadapi oleh ibu bapa ialah kurang memberi didikan agama kepada anak-anak yang
mana ibu bapa itu sendiri kurang pengetahuan tentang agama.
Kajian oleh Ahmad Munawar Ismail et.al (2012) menyatakan bahawa asas kepada
jati jati diri Muslim ialah keteguhan iman di dalam diri. Mohd Fauzi (2002) menjelaskan
lagi keimanan dan keyakinan kepada kekuasaan perlu tersemat di dalam hati dan
dizahirkan melalui sifat-sifat yang membuktikan kepada kepatuhan kepada segala suruhan
dan meninggalkan larangan. Hashim Bedu et. al (2008) menyokong bahawa institusi
keluarga memainkan peranan penting dalam penerapan agama kepada remaja.
Menurutnya, agama merupakan suatu perkara yang penting dan perlu dititiberatkan dalam
kehidupan seorang manusia. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-
wenangnya terjurumas kepada perkara yang tidak baik.
Menurut Maznah Ali dan Zakiah Zakaria (2010) kekurangan ilmu keibubapaan
juga menjadi masalah dalam menerapkan pendidikan rohani yakni termasuklah nilai-nilai
murni dalam diri remaja. Kajian oleh Hanxiao (2011) mendapati bahawa golongan bapa
Melayu kurang berinisiatif untuk menjalan tugas keibubapaan. Hal ini diperakui oleh para

4
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2017)

isteri Melayu yang mana menyatakan bahawa keadaan sebegini terjadi disebabkan oleh
tekanan ekonomi para suami dan sikap mereka. Sikap golongan bapa yang lebih memilih
untuk tidak bergaul dengan anak-anak dan lebih menyendiri menjadi masalah dalam proses
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak. Sikap sebegini menjadikan wujudnya
jurang antara anak dengan bapa seterusnya mengakibatkan berlakunya perkara-perakara
yang tidak diigini. Dapatan kajian Hanxiao (2011) ialah disebabkan anak-anak banyak
meluangkan masa dengan ibu, mereka lebih berani untuk melawan dan melanggar
peraturan. Jelas bahawa pengaruh fungsi keibubapaan mampu membawa kesan yang
negatif kepada remaja.
Penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah terutamanya bukan
merupakan suatu perkara yang mudah. Hal ini demikian kerana, akan wujud satu atau lebih
halangan yang berbentuk cabaran kepada sesetengah pihak dalam melaksanakannya.
Keruntuhan akhlak yang melanda remaja pada masa ini sudah membiak dan memerlukan
penawar untuk menyembuhkannya. Antara cabaran dalam menerapkan nilai-nilai murni
menurut Hashim Bedu et. al (2008), kehilangan kebahagiaan dan keharmonian dalam suatu
masyarakat disebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan. Akibat daripada kurang
pendedahan memberi didikan akhlak oleh ibu bapa dalam membentuk peribadi anak-anak,
anak-anak ini cenderung untuk terjerumus ke dalam kancah jenayah. Seterusnya memberi
kesan buruk kepada keadaan sesebuah keluarga tersebut.
Budaya kuning atau lebih dikenali sebagai pengaruh barat juga merupakan satu
bentuk cabaran, bukan sahaja kepada individu dan masyarakat malah kepada negara kita
sendiri. Hashim Haji Bedu et. al (2008) menyatakan lagi bahawa budaya kuning ini
mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja masa ini. Sekiranya tidak
dibendung, hal ini akan menjadi lebih serius dan boleh menghancurkan akhlak serta masa
depan remaja Melayu.
Kajian oleh Mohamad Khairi Othman dan Asmawati Suhid (2010) turut
membincangkan tentang peranan sekolah dalam membentuk nilai-nilai murni dalam
kalangan pelajar iaitu melalui penerapan nilai murni merentas kurikulum. Penerapan ini
adalah melalui pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, perlakuan guru-guru yang
menjadi ikutan pelajar serta melalui subjek-subjek tertentu yang dikhaskan untuk
pembelajaran tentang nilai-nilai murni seperti Pendidikan Moral, Sivik dan
Kewarganegaraan dan Pendidikan Islam. Kajian ini menekankan bahawa sekolah
mempunyai peranan yang penting dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan
pelajar, bahkan budaya sesebuah sekolah perlu menitikberatkan tentang penghayatan dan
pengamalan nilai-nilai murni di persekitaran sekolah.

Metodologi Kajian

Kajian ini berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan kaedah kualitatif. Peserta
kajian ini adalah terdiri daripada empat orang guru pelajar tingkatan empat dan dua di
sebuah sekolah menengah harian di daerah Kuala Muda/Yan, Kedah yang telah dipilih
secara rawak mudah untuk sesi temu bual. Instrumen kajian ialah semi struktur protokol
temu bual digunakan. Soalan-soalan protokol temu bual ini dibina dan diubah suai dengan
merujuk beberapa kajian lepas. Data dari temu bual separa berstruktur tentang aspek yang
dikaji dirakam telah ditranskripsi.
Kaedah perbandingan secara berterusan digunakan dalam kajian ini untuk
menganalisis data-data primer yang dikumpulkan (Yin, 1994). Menurut Strauss dan Corbin
(1998) kaedah perbandingan secara berterusan merupakan teras kepada kajian kualitatif
yang akan melihat persamaan dan perbezaan setiap tema, seterusnya tema yang sama akan

5
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2017)

dikelompokkan dalam satu kategori dan proses perbandingan ini akan berterusan sehingga
data mencapai peringkat ketepuan. Dalam kajian ini data-data yang dikumpul akan
dikelompokkan ke dalam satu kategori oleh pengkaji mengikut konsep yang mewakili
fenomena yang sama. Pengkaji kemudiannya akan menghalusi kategori tersebut dengan
memadankannya bersama persoalan kajian.

Dapatan Kajian

Pembentukan nilai-nilai murni amat penting untuk membentuk sahsiah dan perilaku
pelajar sama ada semasa berada di sekolah ataupun di luar sekolah. Nilai-nilai murni dapat
membezakan peribadi seseorang pelajar yang mana secara langsung boleh ditonjolkan
melalui percakapan, tindakan dan pemikirannya pada suatu masa. Berdasarkan dapatan
temu bual yang diperoleh oleh penyelidik terdapat beberapa masalah yang perlu dihadapi
oleh pihak guru dalam membentuk nilai diri pelajar. Antaranya faktor hubungan guru
dengan pelajar dan sikap pelajar yang sukar dibentuk.
Dapatan kajian mendapati bahawa hubungan yang berlangsung antara guru dengan
pelajar mempunyai permasalahan yang mana ada di antara mereka berlangsung dengan
baik tanpa wujudnya jurang ataupun jarak, bahkan terdapat hubungan yang sebaliknya
berlaku antara guru dengan pelajar. Guru merupakan insan yang banyak menabur ilmu dan
jasa kepada seseorang individu. Namun begitu berlaku jurang antara guru dengan pelajar
yang mana boleh dibuktikan melalui kenyataan peserta kajian pertama berikut:

….Saya baik je dengan pelajar. Tapi jenis saya ni tak bagi muka
sangat. Saya pun jenis yang garang dalam kelas. Bukan apa, bila kita
garang baru budak hormat. Kerja sekolah yang saya bagi kat diorang,
wajib siap sebelum saya masuk ke kelas.…

Peserta kajian menggunakan pendekatan yang agak keras dalam menjalinkan


hubungan dengan pelajar iaitu lebih memilih untuk bersifat garang. Rasionalnya untuk
membentuk disiplin dalam diri pelajar. Sedikit- sebanyak keadaan ini akan mewujudkan
jarak antara guru dengan pelajar. Pelajar hanya akan bertingkah laku baik apabila berada
bersama guru, tetapi belum pasti apabila berada di luar waktu sekolah. Hal ini
menyebabkan timbulnya masalah dalam membentuk nilai diri pelajar. Tambah pendapat
daripada peserta kajian pertama lagi:

….Apa yang saya perhatikan sebagai guru lelaki, guru perempuan suka
meletakkan label kepada pelajar. Kalau pelajar yang berada di kelas
depan, pujiannya tak putus-putus, nampak selesa je. Tetapi apabila
bersama pelajar kelas hujung, ada je tak kena. Cepat cari salah. Cara
ni boleh buat pelajar tak suka kat cikgu tu, macam dah pilih kasih…

Dapatan kajian di atas jelas memperlihatkan bahawa jurang yang wujud antara guru
dengan pelajar boleh menjadi satu masalah untuk membentuk nilai-nilai murni dalam diri
pelajar. Hal ini turut dipersetujui oleh peserta kajian kedua yang mana mengeluarkan
kenyataan seperti berikut:

….Betul. Jangan ada ruang yang jauh antara guru dengan pelajar.
Pelajar ni, kalau cikgu tu okay je ngan dia, pelajar ikut je cakap cikgu

6
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2017)

tu. Kalau cikgu tu asyik cari pasal dengan pelajar, lambat-laun akan
dibenci…

Selain daripada melihat kepada faktor hubungan antara guru dengan pelajar,
masalah dalam membentuk nilai diri pelajar boleh dilihat dari aspek pembentukan sikap
pelajar sama ada sukar dibentuk atau mudah untuk dibentuk. Peserta kajian menyatakan
bahawa sikap pelajar yang sentiasa mengulang kesalahan yang sama walaupun setelah
dikenakan hukuman membuatkan responden buntu untuk mencari jalan penyelesaian.
Pelajar tidak serik walaupun setelah beberapa kali dikenakan dendaan ke atas diri mereka.
Keluhan peserta kajian ketiga adalah seperti berikut:

….Kadang-kadang saya habis fikir macam mana mahu ubah sikap


anak-anak pelajar. Denda dah buat, tetapi masih ulang kesilapan. Cara
yang terbaik, saya dan pihak sekolah adakan slot zikir pada setiap pagi
di hari persekolahan dengan tujuan untuk melembutkan hati pelajar.
Alhamdulillah, semakin hari semakin nampak perubahan yang positif
dalam diri pelajar…

Perkara ini disokong oleh peserta kajian keempat yang mana turut menyatakan masalah
yang sama dan juga kaedah yang sama dalam melembutkan hati pelajar iaitu melalui
pendekatan rohani.

….Budak-budak ni kalau berlembut tak makan ajar, kalau kasar, mak


ayah datang jumpa. Buat macam-macam pun bukan serik. Kalau akak
senang je, lembutkan hati dengan Zikrullah. Kat sekolah pagi-pagi
memang wajib pelajar kena ikuti. Habis waktu sekolah, pelajar akan
bertadarus mengikut kelas dan giliran…

Terdapat peserta kajian yang berpendapatan bahawa masalah sikap pelajar yang sukar
diubah mempunyai kaitan dengan masalah dalam institusi kekeluargaan. Masalah yang
wujud dalam sesebuah keluarga seperti pergolakan rumah tangga, cerai-berai dan
perbalahan yang kritikal antara ahli keluarga boleh memberi kesan kepada tahap
tumbesaran pelajar. Oleh sebab itu, pelajar mempunyai sikap yang sukar diramal dan sukar
juga untuk diubah. Ini lebih jelas apabila peserta kajian pertama menyatakan bahawa:

…Tak semua pelajar datang daripada keluarga yang stabil. Ramai


pelajar yang mak ayah cerai-berai, duduk rumah kawan, bergaduh
dnegan ibu bapa. Tak mustahil la sikap mereka terhasil daripada
masalah daripada rumah. Tu yang datang sekolah jadi samseng untuk
dapatkan perhatian. Sebab kat umah tak dapat semua tu…

Hal ini disokong dengan kenyataan peserta kajian kedua:

….Budak-budak ni nakkan perhatian. Dengan cara sering melibatkan


diri dalam kes salah laku menyebabkan mereka sentiasa dipantau oleh
guru. Ka rumah takde semua ni. Diorang pon pandai psikologi cikgu-
cikgu….

7
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2017)

Hal ini meyakinkan lagi dapatan kajian bahawa menjadi salah satu punca timbulnya
masalah dalam membentuk nilai pelajar. Mereka telah dibentuk dengan sifat-sifat
mazmumah dari kecil seperti amarah, dengki, khianat dan busuk hati menyebabkan cara
mereka dibesarkan berdasarkan sifat-sifat tersebut. Apabila dibawa ke sekolah menjadi
satu bebanan kepada guru untuk membentuk kembali diri pelajar kepada sifat mahmudah
yang mana memiliki pelbagai nilai-nilai murni yang perlu disemai di dalam diri setiap
manusia.
Berdasarkan dapatan kajian di atas, didapati bahawa terdapat dua masalah yang
perlu dihadapi oleh guru untuk membentuk nilai dalam diri pelajar iaitu faktor hubungan
guru dengan pelajar dan sikap pelajar yang sukar dibentuk. Responden turut memberikan
cadangan dalam menyelesaikan masalah untuk mengubah sikap pelajar iaitu melalui
pendekatan rohani dengan menyentuh jiwa mereka dengan alunan Zikrullah. Pendekatan
ini dilaksanakan di sekolah pada awal pagi sebelum masuk ke kelas dengan inisiatif supaya
pelajar dilembutkan hati.

Perbincangan dan Rumusan

Berdasarkan dapatan kajian mendapati antara masalah yang dihadapi oleh guru ialah sikap
pelajar yang sukar dibentuk. Hal ini demikian kerana pelajar yang melakukan kesilapan
akan mengulangi kegiatan yang sama walaupun telah diberikan hukuman atau amaran
keras daripada pihak guru mahupun sekolah.
Dapatan ini selari dengan kajian oleh Chin Pek Lian et. al (2005) yang berpendapat
bahawa kebanyakan ibu bapa tidak sedar anak-anak mereka terlibat dalam kes ponteng
sehingga guru membuat aduan setelah beberapa hari pelajar tersebut tidak hadir ke
sekolah. Tambahnya, kebanyakan ibu bapa terpedaya dengan anak-anak yang pandai
berpura-pura dengan berkelakuan baik ketika berada di rumah tetapi tidak di sekolah.
Pihak sekolah perlu menghadapi kerenah para pelajar yang pelbagai dan hal ini menjadi
salah satu masalah kepada pihak sekolah kerana sikap pelajar yang tidak berubah. Kajian
beliau banyak melihat kepada peranan didikan ibu bapa ketika berada di rumah yang mana
perlu bertanggungjawab dalam mencorakkan sikap dan tingkah laku anak-anak bagi
mengurangkan masalah disiplin di sekolah. Kebanyakan ibu bapa kurang mempunyai ilmu
keibubapaan yang mana kajian oleh Mustafa Daud (2004) menyatakan pengetahuan dan
pengalaman berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak yang mempengaruhi sikap ibu
bapa. Kajian ini juga menyatakan tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih sayang
untuk menjamin kebahagiaan anak-anak mereka di dunia dan akhirat.
Selaras dengan itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa pelajar-pelajar yang
terlibat dengan masalah disiplin ini perlu dibentuk dari segi pendidikan rohani. Sebagai
contoh, pihak sekolah berinisiatif mengadakan slot zikir setiap kali perhimpunan pagi di
sekolah. Hal ini bertujuan untuk melembutkan hati dan sebagai usaha untuk membentuk
peribadi dan akhlak pelajar. Cadangan ini juga turut disokong oleh kajian Hashim Bedu
et. al (2008) menyokong bahawa institusi keluarga memainkan peranan penting dalam
penerapan agama kepada remaja. Menurutnya, agama merupakan suatu perkara yang
penting dan perlu dititiberatkan dalam kehidupan seorang manusia. Adanya asas agama
yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjurumas kepada perkara yang tidak
baik.
Selain daripada masalah sikap pelajar yang sukar dibentuk, terdapat masalah lain
yang dilihat agak serius dalam proses membentuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar iaitu
faktor hubungan antara guru dengan pelajar. Hal ini menerangkan tentang sejauh mana
jurang yang wujud antara guru dengan pelajar bagi melihat sejauh mana nilai-nilai murni

8
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2017)

dapat diterapkan dalam diri pelajar. Dapatan kajian yang diperoleh mengatakan tentang
sikap guru yang bias terhadap pelajar dan pendekatan guru yang agak kasar dengan
pelajar. Penerimaan pelajar terhadap cara guru kemungkinan ke arah yang negatif jika
dilihat dari segi cara guru berinteraksi dengan pelajar sekolah.

Penutup

Pihak sekolah khususnya perlu lebih peka terhadap permasalahan yang berlaku di sekolah
terutamanya berkaitan dengan masalah salah laku dan juga disiplin yang dilakukan
pelajarnya. Hal ini demikian kerana pelajar banyak menghabiskan masa mereka di sekolah
berbanding di rumah. Oleh sebab itu, peluang ini boleh diambil oleh pihak sekolah untuk
membentuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar menerusi program atau aktiviti akademik.
Hal kebajikan seharusnya diambil berat oleh pihak sekolah agar kebajikan para pelajar
yang betul-betul memerlukan terjaga. Hal ini demikian kerana untuk membantu mereka
dalam membentuk keyakinan diri yang utuh bagi meneruskan kehidupan mereka.
Penyelidikan ini juga dapat membantu pihak sekolah dalam menyemai didikan
agama dan juga moral dalam kalangan para pelajar supaya mereka lebih faham akan
tanggungjawab dan juga kewajipan mereka terutamanya kepada keluarga, sekolah,
masyarakat dan juga negara. Pihak sekolah melalui guru bimbingan dan kaunseling juga
boleh merancang beberapa aktiviti yang bersesuaian dengan keadaan pelajarnya pada hari
ini. Melalui dapatan kajian ini guru dan pihak sekolah perlu bekerjasama untuk
membentuk nilai pelajar selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
yang ingin melahirkan insan yang cerdas dari segi jasmani, emosi, rohani, intelak dan
sosial.

Penghargaan

Setinggi penghargaan kepada Geran RAGS KPT yang telah membiayai kajian ini dan
artikel ini adalah sebahagian daripada hasil dapatan kajian.

Rujukan

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2001). Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan: Menghadapi
Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Munawar Ismail, Zakaria Stapa & Siti Aishah Suhaimi. (2012). Islam dan
Pembentukan Jati Diri Bangsa Melayu. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Arieff Salleh Rosman & Wardah Mokhtar. (2006). Membentuk Jati Diri Remaja.
Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asmak Haji Ali. (2006). Salah Laku Remaja Masa Kini : Cabaran dan Penyelesaiannya.
Shah Alam: Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA.
Chin Pek Lian, Low Li Chueen & Vivian Low Yen Yeong. (2005). Isu-Isu Masalah
Disiplin Pelajar: Pendekatan dan Penyelesaian. Skudai: Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.

9
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2017)

Hanxiao@Indah. (2011). Kesan Pembandaran Ke Atas Gejala Sosial Remaja Melayu.


Beijing: Jabatan Pengajian Melayu, Beijing Foreign Studies University.
Harery Abu Saad. (2007). Perkaitan penghayatan akhlak, sikap terhadap sains,
pencapaian dan pemilihan kerjaya di kalangan pelajar dalam konteks
pembangunan modal insan bersepadu dalam bidang sains dan teknologi di SMKA.
Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hashim Bedu, Khairulhelmi Katip, Mohd Fahmi Mohd Sahid & Syed Mohamed Syafeq
Syed Mansor. (2008). Keruntuhan akhlak dan gejala sosial dalam
keluarga:Isu dan cabaran. Skudai: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.
Maznah Ali & Zakiah Zakaria. (2010). Persediaan Ibu Bapa dalam Pendidikan Rohani
Terhadap Anak-Anak: Kajian di Taman Batu Permai, Kuala Lumpur. Skudai:
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohamad Khairi Hj. Othman & Asmawati Suhid. (2010). Peranan sekolah dan guru dalam
pembangunan nilai pelajar menerusi penerapan nilai murni: Satu sorotan. South East
Asia Journal of General Studies, 11: 117-130.
Mohd. Zamani Ismail & Fatimi Hanafi. (2006). Penghayatan nilai-nilai murni dalam
masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan
Pengajian Umum (hlm. 24-30). Skudai: Fakulti Pengurusan & Pembangunan
Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia.
Mustafa Daud. (2004). Pendidikan Keibubapaan: Satu pengenalan Ringkas. Sintok:
Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia.
Rohayati Derani. (2004). Persepsi Ibu Bapa terhadap Faktor-faktor Keruntuhan Akhlak
Remaja Islam Masa Kini: Satu Tinjauan Di Taman Aman Anak Bukit, Alor Setar
Kedah. Latihan Ilmiah Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.
Zainal Madon & Mohd. Sharani Ahmad. (2004). Panduan Mengurus Remaja Moden.
Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

10

You might also like