You are on page 1of 11

FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

IDEALISME

1.0 PENDAHULUAN

Falsafah merupakan satu perkataan yang memberi maksud sebagai cinta kepada ilmu.

Falsafah dalam istilah Yunani disebut sebagai “filo” dan “sofi”. Socrates pula menyatakan falsafah

ialah “ilmu yang mencintai hikmah fitrah semulajadi”, manakala menurut Aristotle pula menyatakan

falsafah itu adalah “suatu ilmu yang mencari sebab-sebab yang jauh ataupun ilmu yang mencari

kewujudan terhadap sesuatu yang wujud”.

Falsafah pendidikan ialah suatu proses yang mempunyai bipolar process (dua hubungan),

iaitu yang dididik dan pendidik. Pendidik ialah guru yang mempunyai falsafah sendiri untuk

mendidik. Guru mencari kebenaran, kenyataan dan kebijaksanaan untuk disampaikan kepada

yang dididik iaitu murid-murid. Pendidikan disampaikan secara rasmi yang berpusat di sekolah.

Oleh itu, fungsi sesebuah sekolah ialah sebagai tempat menyampaikan pendidikan kepada

masyarakat.

Manakala pendidikan adalah satu proses sosial untuk meyampaikan segala pengalaman yang

terbina dari masa ke semasa. Pendidikan sentiasa maju dan bertambah selama pertumbuhan itu

berlaku, maka selama itulah pendidikan berjalan. Pendidikan juga ialah pembinaan pengalaman

tanpa kesudahan.

Terdapat beberapa ahli falsafah memberikan definisikan falsafah pendidikan. Antara definisi

yang diberikan ialah daripada G. Terry Page & J. B. Thomas. Menurut G Terry Page & J. B.

Thomas, falsafah pendidikan ialah “ branch of educational studies which elaborates educational

objectives and value. In the last century emphasis has changed from a study of educational and

philosophical writings to the analytical study of educational problem, thought and practice”.

Manakala menurut Educational Encyclopedia, falsafah pendidikan didefinasikan dengan falsafah

daripada proses pendidikan atau falsafah daripada disiplin pendidikan. Hal ini bermakna falsafah

1
pendidikan boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada disiplin pendidikan yang terlibat dengan

tujuan, bentuk, kaedah atau hasil daripada proses mendidik atau falsafah pendidikan.

Terdapat beberapa pendapat tokoh pendidikan berhubung falsafah dalam pendidikan sebagai

asas atau garis panduan bagi guru membuat suatu falsafah sendiri. Antaranya ialah Plato iaitu

semua proses pelajaran hendaklah diberi kepada kanak-kanak adalah secara bukan paksaan

kerana kanak-kanak memerlukan jiwa yang bebas dan mereka melanjutkan pelajaran mengikut

cara mereka sendiri, iaitu secara beramai-ramai dan bekerja sesama mereka.

Aristotle mengatakan proses pelajaran pelu diberikan kepada golongan muda dan jika

mengabaikan hal ini bererti suatu gejala akan berlaku kepada Negara, bangsa dan perlembagaan

yang telah disediakan. Disebabkan semua perkara adalah untuk negara maka pendidikan pun

hendaklah disatukan, hanya untuk negara.

2
2.0 SEJARAH LATAR BELAKANG

Falsafah pendidikan ialah suatu perkara yang berkaitan dengan soal pendidikan. Melalui

falsafah pendidikan ia akan membincangkan mengenai kepercayaan, pegangan dan prinsip

umum yang membincangkan hal berkaitan pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di

sekolah atau di dalam bilik darjah.

Idealisme ialah merupakan satu sistem aliran falsafah yang tertua dalam kebudayaan

masyarakat Barat. Aliran falsafah idealisme ini banyak mengkaji mengenai perkara yang

berkaitan dengan idea, roh, akal, keadaan dunia sama ada yang nyata dan juga yang tidak

nyata, iaitu the spiritual of man and universe. Ahli falsafah bermula sejak pada zaman Plato

telah cuba menerangkan hakikat alam kebendaan dalam kajiannya yang disebut sebagai

“mikrokosmos”. Disebabkan jiwa, akal, roh, nafsu atau sebagainya yang wujud dalam diri

manusia maka sangat perlu bagi seseorang guru atau seseorang pendidik menyalur dan juga

mengembangkan jiwa atau akal manusia ke arah yang lebih sempurna dan lebih baik (Abdul

Fatah Hasan, 2007).

Fahaman ini terdapat dalam dua bentuk asas, yang pertama ialah idealisme metafizik yang

menegaskan idealiti daripada kenyataan dan idealisme epistemologi yang menegaskan

bahawa dalam proses pengetahuan otak itu dapat menangkap yang psychic sahaja (Abdul

Fatah Hasan, 2007). Dari segi metafizik, idealisme adalah melawan secara langsung kepada

fahaman materialisme yang berpendapat bahawa benda asas di dunia ini adalah matter dan

juga dikenali hanya melalui bentuk-bentuk dan proses-proses bahan sahaja dan melawan

fahaman realisme yang berpendapat bahawa dalam pengetahuan manusia, objek-objek itu

difikirkan sebagai apa yang sedia ada dan dari mana wujudnya adalah di luar akal manusia

untuk mengetahuinya.

3
3.0 FAHAMAN ALIRAN IDEALISME DARI ASPEK METAFIZIK, EPISTEMOLOGI DAN

AKSIOLOGI

Pandangan mengenai idealisme boleh dilihat daripada tiga aspek, iaitu sari segi aspek

metafizik, aspek epistemologi dan aspek aksiologi. Ketiga-tiga aspek ini akan dijelaskan dan

dihuraikan seperti berikut:

3.1 Aspek Metafizik

Dalam aspek ini menyatakan bahawa sebarang teori mestilah menegaskan bahawa

universe ini pada keseluruhannya adalah tugas, kerja serta kandungan penyebab-

penyebab dan akal. Jadi ini bermakna, the nature of reality ialah nyawa dan akal, dan

sebarang benda yang wujud, sama ada wujud umum atau secara mutlak pada dasarnya

hanyalah mental dan akal sahaja , bukan fizikal.

3.2 Aspek Epistemologi

Aspek epistemology merupakan persoalan yang sangat utama. Sesetengah sarjana

mentakrifkan epistemologi itulah merupakan falsafah ilmu, atau lebih terkenal dengan nama

teori pengetahuan (Abdul Rahman Haji Abdullah, 2005). Fahaman aliran idealisme dari

aspek epistemologi pula menerangkan atau mengajar bahawa entiti, selain egos atau

subjek-subjek dan pengalaman adalah tidak wujud selain kaitannya dengan penerimaan

atau fikiran. Aspek epistemologi pendidikan berfungsi sebagai landasan dasar

pengembangan potensi intelektual.

3.3 Aspek Aksiologi

Dalam aspek ini menerangkan bahawa suatu perkembangan daripada fahaman Platonisme

dan Kantianisme yang menegaskan nilai merupakan kategori yang di utamakan oleh

4
manusia dari segi logiknya dan metafiziknya. Aspek ini dibahagikan kepada dua bahagian

iaitu estika dan estetika.

3.3.1 Estika

Sebarang sistem daripada teori moral boleh dinamakan idealisme etika. Ciri-ciri estika

adalah seperti yang berikut:

 Etika ialah suatu skill nilai-nilai, prinsip-prinsip moral atau peraturan-peraturan

tindakan.

 Keutamaannya diberikan kepada keseluruhnnya daripada keindividuan.

 Keutamaan aksiologi diberikan kepada jiwa atau akal daripada pancaindera atau

kebendaan.

 Etika dapat memberi kebebasan moral selain keperluan psikologi atau semulajadi

3.3.2 Estetika

Sebarang sistem atau program kesenian yang menitikberatkan idea dinamakan sebagai

idealisme estetika. Ciri-ciri estetika ialah:

 Pandangan yang mengatakan matlamat kesenian ialah kandungan atau

pembalikan daripada segala kelengkapan atau kesungguhan dalam idea-idea

yang utama atau zat-zatnya.

 Pendapat atau pandangan terhadap keseniaan yang menitik beratkan perasaan,

sentimen dan idealisme.

 Pandangan terhadap kesenian yang menitikberatkan kandungan kognitif.

5
4.0 PENDUKUNG-PENDUKUNG

Terdapat beberapa orang tokoh pendukung bagi fahaman idealisme. Plato ialah bapa

fahaman idealisme. Fahaman idealisme ini mula dipelopori oleh Plato pada sekitar tahun 427

sehingga 347 (Abdul Fatah Hasan, 2007). Mengikut Plato, manusia mempunyai pengetahuan

yang sifatnya harus dibezakan. Ini bermakna manusia mempunyai pengetahuan yang berlaku

khas dan pengetahuan yang berlaku secara umum. Pengetahuan khas dapat diketahui oleh

manusia melalui dunia kebendaan yang disebut sebagai dunia pengamatan. Disebabkan manusia

mempunyai pengetahuan umum maka haruslah ada dunia tersendiri bagi yang umum itu. Dunia

yang umum itu tidak ada di dunia pengamatan ini (Abdul Fatah Hasan, 2007).

Dunia umum ini disebut oleh Plato sebagai eidos yang kemudian terkenal sebagai idea.

Dunia tempat idea disebut sebagai dunia idea. Plato turut menyatakan terdapat dua dunia, iaitu

dunia idea dan juga dunia pengamatan. Dunia idea itu sempurna dengan idea-ideanya menurut

Plato. Antara contoh yang dikemukakan oleh Plato Ialah bagi dunia idea ialah segitiga yang

sempurna dengan segala sifat-sifat kesegitigaan. Selain itu, terdapat juga idea-idea lain seperti

kemuliaan, keindahan, kerajinan, kebaikan dan sebagainya yang semuanya sempurna. Dunia

pengamatan ialah merupakan bayang-bayang daripada yang sempurna, iaitu dari dunia idea.

Disebabkan itulah sifat-sifatnya tidak sempurna.

Pendukung yang seterusnya bagi fahaman idealisme ialah G. W. F. Hegel pada tahun 1770

sehingga tahun 1831. G. W. F. Hegel sangat terkenal dalam sajarah falsafah pandangan Hegel .

pandangan Hegel boleh dianggap sebagai puncak idealisme. Hegel cuba menerangkan seluruh

dunia ini melalui yang mutlak. Antara perkara mutlak mengikut Hegel ialah roh. Roh adalah idea

dan fungsinya sama dengan berfikir. Menurut Hegel manusia sedar akan dirinya dan fikiran

manusia itu merupakan pancaran diri idea mutlak (Abdul Fatah Hasan, 2007).

Pendukung yang ketiga bagi idealisme ialah George Berkeley pada tahun 1685 sehingga

1753. George Berkeley ialah seorang ahli falsafah Ireland yang bijak pada abad ke 18. Mengikut

George Berkeley perbuatan dosa datangnya daripada falsafah yang salah, iaitu daripada
6
materialisme. Beliau menyatakan bahawa benda yang dipanggil material ialah objek daripada

pengalaman dan objek daripada sebuah pengalaman ini iaitu seperti pokok, rumah dan awan

bukanlah benda-benda material tetapi ia merupakan hanya suatu penganggapan. Apabila kita

katakan sesuatu benda itu wujud, sebagai contaoh pokok, kita katakan ia dapat dirasa.

Ia wujud pada dasarnya, tetapi ia tidak mempumyai kewujudan kerana akal tidak

merasakannya menurut George Berkeley. Kita seharusnya katakan bahawa suatu objek seperti

pokok cumalah sehimpunan perasaan dan ia adalah subjektif seluruhnya. Berkeley mengatakan

hanya akal atau jiwa sahaja yang benar. Menurutnya juga tuhan wujud dan dirinya juga wujud.

Berkeley juga mengatakan bahawa tidak ada satu pun di alam ini kecuali infine spirit. Idealisme

Berkeley ini kadangkala disebut sebagai subjektif (Abdul Fatah Hasan, 2007).

Leibniz merupakan pendukung keempat bagi fahaman idealisme sekitar tahun 1646

sehingga tahun 1716. Leibniz merupakan seorang ahli falsafah berbangsa Jerman. Mengikut

pandangan Leibniz, semua manusia bebeza dari segi fizikal dan mental. Pelajaran sains

mempunyai objektif yang nyata dan kewujudannya adalah bebas daripada penerimaan akal.

Menurutnya lagi, kita hanya dapat menentukan manusia itu mempunyai mental atau spirituail

apabila kita memeriksanya. Bagi memahami idealisme ini, kita boleh merujuk kembali mengenai

teori atom. Sebagai unit fizikal dan jiwa yang kecil, ia mempunyai kuasa penanggapan dan

perkembangan. Leibniz tidak memanggilnya sebagai atom, tetapi belia memanggilnya monad. Dia

memikirkan physical bidies terdiri daripada kumpulan-kumpulan monad dan jiwa manusia

menguasai monad.

Pendukung pada sekitar tahun 1724 sehingga tahun 1804 ialah Kant. Kant banyak

mengemukakan masalah berhubung ilmu pengetahuan, iaitu apakah sifat-sifat ilmu pengetahuan

dan apakah yang boleh diketahui manusia. Kant menunjukkan akal mempunyai struktur yang

tersendiri dan ilmu pengetahuan merupakan sebahagian daripada strukturnya. Ilmu pengetahuan

boleh diperoleh seseorang melalui pangalaman dan hasil tindakan akal ke atas pemikiran.

7
Falsafah yang dikemukakan oleh Kant ini kadangkala disebut sebagai fenomenalisme, di mana ia

adalah suatu doktrin yang memegang bahawa ilmu pengatahuan adalah terhad kepada fenomena.

5.0 AMALAN IDEALISME DALAM PENDIDIKAN DI SEKOLAH ATAU BILIK DARJAH DARI

ASPEK:

5.1 KURIKULUM

Seseorang guru memainkan peranan khusus dalam kurikulum pembelajaran murid-

murid. Mengikut pandangan aliran idealisme guru sebagai pembinaan dan penguat ke

atas cara dan budaya pembelajaran seorang murid atau pelajarnya. Guru adalah

seorang pakar sahsiah kemanusiaan kerana guru telah mempelajari psikologi, falsafah

dan sosiologi serta amalan-amalan pendidikan. Oleh itu seorang guru lebih memahami

keadaan pelajar-pelajarnya.

Dalam proses pembelajaran seorang guru perlu mengaturkan kaedah mengajar dan

strategi pengajaran yang bersesuaian dengan keadaan murid-murid tersebut. Guru-

guru juga perlu memahami dan mendalami bahan-bahan pengajaran yang akan

digunakan untuk mengajar. Seorang guru yang baik akan dapat dan berusaha untuk

memahami keadaan diri dan emosi muridnya. Sebagai contoh, guru perlu memahami

dan mengetahui tahap kepandaian dan kurang pandai seorang murid ataupun

mengetahui murid yang nakal atau baik.

Seorang ahli pendidik menyatakan seorang guru harus sedar akan kepentingan

pendidikan moral kerana pendidikan moral dianggap sangat tinggi disiplinnya. Tanpa

moral dan disiplin, pembelajaran tidak akan berlaku dengan baik dan berkesan. Seorang

guru dianggap sebagai co-worker of God. Guru sentiasa berusaha mengajar muridnya

supaya ajaran-ajaran yang baik. Hal ini dianggap penting sebagai pembelajaran yang

betul-betul sempurna.

Pendidikan idealisme adalah salah satu daripada pendidikan yang patut diamalkan.

Sebagai seorang guru hendaklah mengetahui dan memahami serta mendalami apakah
8
pendidikan idealisme dan juga apakah implikasi-implikasinya dalam pendidikan.

Keadaan ini akan dapat membantu proses pengajaran seorang guru dalam bilik darjah.

Pendidikan idealisme juga mempunyai tujuan yang khusus, iaitu melahirkan murid-murid

yang bertanggungjawab terhadap masyarakat dan juga bertanggungjawab kepada

Penciptanya.

5.2 KAEDAH PENGAJARAN

Kaedah mengajar ialah merujuk kepada cara guru mengajar di dalam bilik darjah.

Dalam kaedah mengajar, terdapat kaedah memusat kepada murid, mata pelajaran, guru

dan sebagainya. Mengikut aliran idealisme ini, kaedah mengajar hendakalah

mementingkan kepada penyelidikan sendiri oleh murid-murid. Murid-murid digalakkan

untuk memeriksa dan mencari sendiri kebenaran. Guru hanya berperanan sebagai

panduan sahaja kepada seorang murid. Menurut Herberr Spencer mengatakan

pengajaran yang baik itu memberi peluang kepada murid untuk menyelidik sendiri

mengenai sesuatu perkara.

Ahli-ahli pendidikan terkemuka seperti Froebel menitikberatkan prinsip aktiviti-aktiviti

sendiri oleh pelajar bagi memahami pelajaran. Kaedah ini adalah bertujuan untuk

menolong pelajar menjadi seorang yang baik dan lengkap. Contohnya, seorang yang

mahir melukis akan menjadi seorang yang lengkap dengan menjadikan melukis itu

sebagai profesyenya. Selain itu, contoh lain ialah, dalam masa 40 minit sesi pengajaran

dan pembelajaran, 10 peratus peranan dimainkan oleh guru dan 90 peratus lagi

digerakkan oleh murid itu sendiri. Cara ini dikenali sebagai pemusatan kepada murid.

Melalui cara ini kanak-kanak tidak akan berada dalam keadaan pasif. Aliran idealisme

ini menganggap aktiviti yang diusahakan oleh pelajar sendiri akan dapat melahirkan

dorongan belajar yang positif dalam gerak kerja seorang murid di dalam bilik darjah.

Mengikut aliran fahaman ini juga tidak semua pembelajaran boleh berlaku dengan

sendirinya kepada semua murid. Seorang guru hendaklah membimbing murid-murid

9
supaya masalah atau sekatan dapat di atasi agar pelajaran yang seterusnya akan dapat

berlaku dengan lancar. Seorang guru yang bijak dan berpengalaman akan dapat

memberi panduan-panduan khusus bagi memaksimumkan hasil pelajar dalam masa

yang paling minimum. Melalui kaedah ini, seorang guru yang berfahaman idealisme

hendaklah mengetahui berbagai-bagai kaedah pembelajaran sebagai alternatif

penyampaian. Mengajar dengan cara Dialog Socrates, iaitu menggunakan soalan

berpandu juga dipentingkan.

5.3 CHARACTER DEVELOPMENT

Sikap ialah suatu yang relative. Sebagai contoh, tidak semua orang menyatakan

sesuatu benda itu baik atau buruk. Hal ini bergantung kepada konsep baik atau buruk

bagi orang itu. Ada sikap yang dipandang baik pada suatu masa atau kebudayaan dan

tidak pula baik pada suatu masa atau kebudayaan yang lain.

Fahaman aliran idealisme menganggap penilaian hendaklah dibuat berdasarkan akal

dan fikiran yang logik. Ia mestilah mempunyai kepentingan dunia dan akhirat. Hal ini

bererti ia tidak boleh memberatkan satu-satu kepentingan sahaja. Sebelum masuk

belajar di sekolah, murid-murid mempunyai perasaan negatif dan positif. Guru

berperanan memperbaiki kebudayaan dan latar belakang murid-murid yang berbeza

supaya sikap-sikap negatif bertukar kepada sikap positif.

5.4 MATLAMAT PENDIDIKAN

Aliran idealisme adalah bertujuan untuk menolong murid menjadi seorang yang baik

serta lengkap. Hal ini amat bersesuaian dengan matlamat pendidikan iaitu untuk

melahirkan warga negara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan

bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Orang yang diasuh melalui

aliran idealisme akan menjadi seorang yang bertanggungjawab, berbudi pekerti mulia

10
dan juga pandai menyesuaikan diri (Abdul Fatah Hasan, 2007). Pendidikan aliran

idealisme banyak menekankan kepada kemahiran dalam sesuatu bidang. Sebagai

contoh, seseorang yang mahir dalam bidang melukis akan menjadi seorang yang

lengkap dengan menjadikan melukis itu sebagai profesionnya.

6.0 KESIMPULAN

Aliran falsafah pendidikan memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan

pendidikan di Malaysia dari segi teknik pengajaran dan pelbagai, matlamat pendidikan dan

pembangunan nilai-nilai yang baik. Secara keseluruhannya falsafah pendidikan memberikan

tumpuan kepada kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan juga peranan murid. Falsafah

Pendidikan Kebangsaan ialah, Pendiddikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke

arah memperkembangkan lagi potensi individu scara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

kepada negara, bangsa dan agama.

11

You might also like