Professional Documents
Culture Documents
Kertas Penerangan 2
Kertas Penerangan 2
KERTAS PENERANGAN 2
SEMESTER /
3 (DPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA)
SEMESTER
NAMA PELAJAR /
STUDENT NAME
NO. KAD
PENGENALAN / I.C.
NUMBER
KELAS / CLASS
PENGENALAN
Rajah 1 memaparkan gambaran dua buah penjana fungsi dari dua jenama yang berbeza.
FUNGSI KAWALAN
Fungsi kawalan atau bahagian tertentu yang dilebel pada rajah 2 seperti berikut.
1. PWR – (Power)
Suis menghidup atau mematikan penjana fungsi.
Menyambung atau memutuskan bekalan arus elektrik ke osiloskop.
2. ON
Lampu indikator bekalan kuasa. LED menyala ketika set menerima bekalan elektrik
atau ketika butang 1 ditekan dan padam apabila bekalan elektrik diputuskan atau
butang 1 dilepaskan.
3. RANGE Hz
Butang pilihan julat frekuensi 1Hz hingga 1MHz. Satu butang pilihan sahaja perlu
ditekan untuk memilih julat frekuensi yang diperlukan
4. FUNCTION
Butang untuk memilih rupa bentuk gelombang yang dikehendaki. Pilih satu sahaja
bentuk gelombang pada label dan tekan butang yang berkaitan.
Penjana fungsi akan menghasilkan keluaran rupa bentuk gelombang sebagaimana
yang dipilih. ( Isyarat keluaran boleh didapati dari punca 8 )
5. SKALA PENDARAB
Tombol perlu dilaras mengikut arah putaran jam atau sebaliknya untuk memilih nilai
pendarab.
Penunjuk menentukan nilai pendarab yang dipilih.
6. DUTY
Jika butang ditekan bentuk gelombang keluaran akan berubah fasa sebanyak 360°
dari keadaan asal.
7. ATT
Jika butang ditekan amplitud gelombang keluaran akan berkurang -20dB
dari amplitud gelombang asal.
8. OUTPUT
Soket punca gelombang keluaran penjana fungsi.
50Ω bermaksud punca keluaran hanya sesuai menggunakan kabel penyambung
bergalangan 50Ω (kabel RG58).
9. AMPL
Tombol pelaras nilai amplitud gelombang keluaran penjana fungsi.
Amplitud gelombang keluaran bergantung pada jarak putaran tombol.
1. Pastikan kesemua butang kawalan dilepaskan dan tombol kawalan dilaras pada aras
minima.
2. Sambungkan punca bekalan elektrik 240VAU pada penjana fungsi.
3. Tekan butang 1 PWR dan pastikan lampu penunjuk 2 menyala.
4. Pilih julat frekuensi yang dikehendaki dan tekan butang yang berkaitan.
Sebagai contoh :-
Frekuensi yang dikehendaki dari punca keluaran penjana fungsi (function
generator ialah 15 KHz).
Butang julat 10K perlu ditekan seperti Rajah 3.
Darabkan 1.5 (pendarab) dengan 10K (julat frekuensi) yang akan menghasilkan nilai
frekuensi yang dikehendaki iaitu15KHz.
6. Pilih satu bentuk gelombang yang dikehendaki dan tekan butang FUNCTION seperti
Rajah 5.
8. Laraskan tombol AMPL (9), laras pelaras amplitud ke arah putaran jam dan lihat paparan
bentuk gelombang yang terdapat pada skrin osiloskop, seperti Rajah 6.
TAJUK 2 : OSILOSKOP
TUJUAN :
PENGENALAN
Osiloskop adalah sebuah alat pengukur yang mampu memaparkan bentuk gelombang
pada dua paksi. Paksi tegak dan ufuk. Paparan ini menunjukkan pengukuran voltan dan
frekuensi. Rajah 1 adalah gambar sebuah osiloskop.
KEGUNAAN
Kegunaan asas osiloskop adalah untuk mengukur voltan dan frekuensi, walau
bagaimanapun ia juga boleh digunakan untuk melakukan pengujian lain. Antara kegunaan
osiloskop adalah seperti berikut:-
Mengesan dan memaparkan bentuk gelombang.
Mengukur frekuensi.
Mengukur voltan arus terus (DC).
Mengukur voltan puncak ke puncak
Mengukur beza fasa
8 9 10 11 12 13 14 15 16 1718 19 20
FUNGSI KAWALAN
Fungsi kawalan atau bahagian tertentu yang dilebel pada rajah 2 seperti berikut.:-
1. POWER
Suis menghidup atau mematikan penjana fungsi.
Menyambung atau memutuskan bekalan arus elektrik ke osiloskop.
2. INTENS
INTENSITY bermaksud keamatan.
Mengawal kecerahan surihan
3. LAMPU INDIKATOR
Lampu indikator bekalan kuasa. LED menyala ketika set menerima
bekalan elektrik atau ketika butang 1 ditekan dan padam apabila bekalan
elektrik diputuskan atau butang 1 dilepaskan.
4. TR (Trace Rotation)
Pelaras surihan pada kedudukan mengufuk. Untuk menentukan surihan
pada posisi tepat mengufuk dan menghasilkan bacaan yang tepat.
Jika pelaras TR diputar mengikut arah pusingan jam hasil surihan seperti
rajah 3.
Rajah 3
Rajah 4
Pelaras TR diputar mengikut arah lawan jam hasil surihan seperti rajah 4.
Rajah 5
5. X-POS. (X-Position)
Tombol pelaras ufuk.
Melaras kedudukan surihan kekiri atau ke kanan. Rujuk rajah 5, 7 dan 8.
Rajah 8 menunjukkan tombol pelaras dilaras pada posisi tengah.
8. X-MAG – X10
Jika butang ditekan bacaan masa gelombang pada skrin mestilah
didarab 10.
Kegunaannya untuk membaca frekuensi gelombang yang tinggi.
10. Y-POS. I
Tombol pelaras paksi tegak saluran 1.
Melaras kedudukan surihan saluran 1 ke atas atau ke bawah seperti
rajah 10 dan 11.
Rajah 12 menunjukkan tombol pelaras dilaras pada posisi tengah.
Rajah 13. Perbezaan posisi butang GD dan kesan pada bentuk gelombang.
Rajah 15 menunjukkan cara membaca dan mengira nilai Vpp (voltan puncak ke puncak) dari
bentuk gelombang yang di paparkan pada skrin osiloskop.
Formula :-
Bacaan voltan = Jumlah bahagian tegak X VOLTS/DIV
= X
= 4 bahagian X 0.5V
= 2 Vp-p
Rajah 14. Menentukan julat masa dan jumlah bahagian pada satu kitar gelombang
Formula:
= X
= 100ms X 7 bahagian
= 700ms
Mengira frekuensi :
Formula:-
Frekuensi = 1
t
1
=
700ms
1
=
700 X 10 -3
3
= 1 x 10
700
= 1 x 1000
700
= 1000
700
= 1.43Hz