You are on page 1of 2

Sayang ijazah terperap di

rumah
Pelbagai pihak perlu atasi kemelut kurang golongan hawa dalam industri
tenaga buruh

 Berita Harian

 9 Apr 2017

 Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Peserta Program
‘Breakfast Talk:
Kajian dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati kadar penyertaan tenaga buruh
(KPTB) wanita hanya 54 peratus, berbanding lelaki 80 peratus sedangkan lebih 70 peratus
pelajar wanita memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).
Mengikut peratusan pada tahun lalu, jumlah masih rendah jika dibandingkan 53 peratus pada
2014 bagi kumpulan usia utama, iaitu 25 hingga 54 tahun.
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Dr
Siti Norlasiah Ismail, berkata setiap satu daripada lima wanita dwi kerjaya berhadapan dengan
pelbagai cabaran dan halangan tertentu boleh mempengaruhi mereka untuk menyeimbangkan
antara kerja dan di rumah.
Katanya, isu itu perlu diatasi segera untuk memastikan wanita terus memberi sumbangan
besar kepada negara, komuniti dan masyarakat.
“Sokongan keluarga juga perlu untuk menguatkan institusi kekeluargaan, termasuk aspek
penjagaan anak dan warga emas.
“Beban kerja rumah, masalah dalam perkahwinan dan majikan di tempat kerja juga menjadi
faktor kepada penurunan prestasi kerja,” katanya ketika Program „Breakfast Talk:
Pengorbanan Wanita Dwi - Kerjaya Dalam Memperkasa Intergriti Keluarga, di Dewan
Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), di
sini, baru-baru ini.
Perlu langkah segera
Dr Siti Norlasiah berkata, kerajaan dan majikan perlu memperhalusi masalah yang dihadapi
wanita sebagai langkah meningkatkan penyertaan golongan itu dalam dunia pekerjaan.
Katanya, jika tiada sebarang tindakan, beliau yakin hasrat untuk menjadikan Malaysia status
negara maju tidak terlaksana.
“Pada 2015, kurang 35 peratus daripada 130 syarikat tersenarai di Malaysia melaksanakan
waktu kerja anjal dan jumlah itu masih rendah berbanding negara luar.
“Masalah penjagaan anak menjadi faktor paling utama wanita meninggalkan pasaran
pekerjaan, selain status desakan hidup dan persekitaran,” katanya.
Beliau berkata, semua masalah berkenaan menyumbang pada konflik utama bagi wanita dwi
kerja
“Segelintir wanita terpaksa menghantar atau meletakkan anak di bawah jagaan datuk dan
nenek atau terpaksa mengamalkan struktur keluarga sandwich untuk mendapatkan bantuan.
“Pada masa sama, perbelanjaan keluarga dan perbelanjaan pendidikan anak semakin tinggi
juga menyebabkan hampir 3.6 peratus wanita bekerja masih tinggal bersama anak dan ibu
bapa mereka,” katanya.
Beri kesan kepada institusi keluarga
Norlasiah berkata, masalah di tempat kerja juga memberi kesan terhadap institusi
kekeluargaan sehingga memporak-perandakan perkahwinan.
Katanya, wanita bekerja memerlukan sokongan tinggi daripada majikan dalam menyediakan
keperluan agar prestasi kerja dapat kekal positif.
“Peratusan wanita bekerja menyusukan anak bawah enam bulan secara eksklusif adalah lebih
rendah berbanding wanita tidak bekerja.
“Bebanan wanita dwi kerja juga menjadikan hanya separuh daripada mereka mempunyai anak
ramai atau atau lebih jika dibandingkan dengan wanita tidak bekerja,” katanya.
Perlu sokongan
Dr Siti Norlasiah berkata, wanita dwi bekerja sukar membahagikan masa antara keluarga dan
kerjaya yang antara lain dikatakan berpunca daripada majikan tidak mengamalkan kerja anjal
dan tiada sokongan keluarga.
“Terikat dengan pelbagai peraturan dalam sektor pekerjaan perlu dipatuhi, termasuk waktu
kerja yang tidak anjal, lantas membuatkan wanita sukar memenuhi semua peranan dengan
baik.
“Tekanan pasti berganda apabila persekitaran serta orang sekeliling terutama majikan dan ahli
keluarga tidak membantu memudahkan keadaan mereka.
“Sebagai contoh, tiada sokongan dari segi kemudahan pusat penjagaan anak di tempat kerja,
kemudahan cuti menjaga anak sakit, kemudahan cuti bergaji penuh atau suami kurang
memahami beban kerja membuatkan wanita lebih tertekan,” katanya.
Beban kerja rumah, masalah dalam perkahwinan dan majikan di tempat kerja juga menjadi
faktor kepada penurunan prestasi kerja” Dr Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN

You might also like