You are on page 1of 2

GB6023 KAEDAH PENYELIDIKAN II

PROJEK MINI STATISTIK (BERKUMPULAN 20%)

Objektif

1. Memberi pendedahan kepada pelajar bagi mengumpul dan mengurus data statistik.
2. Membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh bagi menganalisis data statistik dan
membuat kesimpulan berdasarkan maklumat.

Hasil Pembelajaran

1. Mengumpul dan menguruskan data secara sistematik (Ms. Excel/SPSS).


2. Menganalisis dan mempersembahkan data menggunakan pelbagai analisis statistik yang bersesuaian.
3. Menyelesaikan masalah dan membuat kesimpulan berdasarkan dapatan kajian.

Tugasan

Anda perlu bekerja dalam satu kumpulan yang mempunyai tiga orang pelajar sahaja dan boleh terdiri
daripada pelajar pelbagai set kuliah. Pelajar mesti melengkapkan perkara berikut:

1. Setiap kumpulan perlu melaksanakan kajian mini dalam bidang pendidikan bagi menyelesaikan
masalah/persoalan yang diutarakan. Tarikh akhir penghantaran kertas cadangan adalah pada 28/29
Mac 2019.
2. Kertas cadangan (lihat templet) perlu dihantar kepada coach (pensyarah) yang terlibat yang meliputi :
a) Tajuk
b) Isu/masalah yang ingin ditangani
c) Persoalan kajian
d) Pengumpulan data berdasarkan pemboleh ubah yang diukur
e) Analisis data
f) Lampiran instrumen
Coach akan mengembalikan kertas cadangan kepada anda dengan komen sebelum cuti pertengahan
semester.

3. Anda perlu berusaha untuk mendapatkan satu sampel rawak yang mengandungi sekurang-kurangnya
50 orang responden bagi menjawab minimum tiga (3) persoalan kajian.
4. Analisis data perlu melibatkan sekurang-kurangnya satu (1) analisis deskriptif dan dua (2) analisis
inferensi.
5. Salinan instrumen yang dipilih/dibina perlu dihantar bersama dengan data yang diperoleh (cetakan
SPSS/Ms-Excel) pada akhir semester.
6. Sediakan laporan tugasan (lihat penilaian) yang memenuhi ciri-ciri 1.5 spacing, Times New Roman font
11, dan anggaran 10-15 mukasurat.

Penilaian

Produk akhir projek mini ini adalah sebuah laporan yang berbentuk manuskrip penulisan yang menyatakan
keseluruhan proses penyelidikan. Satu artikel yang berkesan dapat menyampaikan hasil kajian dengan cara
yang jelas dan ringkas. Artikel yang ditulis perlu mengandungi enam bahagian berikut:

1. Penyataan masalah: Huraikan soalan-soalan yang anda hadapi dan isu-isu utama yang mengelilingi
persoalan bersama sokongan literatur.
2. Pengumpulan data: Jelaskan cara anda mengumpul data. Apakah pembaca mudah memahami perkara yang
dilakukan dan hujah-hujah yang anda buat?
3. Analisis: Huraikan analisis yang dilaksanakan dan perlu menjelaskan kesignifikanan kaedah tersebut. Apakah
teknik statistik (deskriptif dan inferensi) relevan bagi menjawab persoalan kajian? Nyatakan etika penyelidikan
yang telah dipatuhi.
4. Hasil dapatan: Sediakan jadual atau graf yang menyokong analisis anda secara berhemah. Nyatakan
keputusan analisis statistik inferensi yang telah dilaksanakan.
5. Kesimpulan: Apakah anda menjawab persoalan kajian yang mencabar, menarik, atau anda hanya
mengumpul statistik deskriptif (kurang nilai)?
6. Perbincangan: Apakah implikasi terhadap populasi kajian? Apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki
kajian jika ia dilakukan semula? Apakah jenis bias yang wujud?

Tarikh akhir penghantaran laporan projek mini adalah pada 30/31 Mei 2019. Penilaian artikel adalah
berdasarkan rubrik penilaian yang akan disediakan. Selain perkara di atas, pelajar juga akan diminta bagi
membuat penilaian rakan sebaya (peer-assessment) bagi menilai penglibatan rakan dalam kerja kumpulan.
Oleh itu adalah penting memastikan setiap ahli kumpulan menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi
melengkapkan keperluan kursus.

Berikut adalah sampel persoalan kajian:

1. Apakah hubungan antara jumlah jam belajar (seminggu) dan markah peperiksaan akhir Matematik ?
2. What is more important to UKM students when choosing a major: interest in the subject, career
aspirations, family influence, or ability in the subject?
3. To what extent students at UKM eat, sleep, and go to mosque with different frequencies than non-
UKM students?
4. To what extent the results of federal elections have an effect on the education system?

Templet Kertas Cadangan

Tajuk Kajian Tinjauan Komitmen dan Pencapaian GB6023 dalam Kalangan Pelajar
Pascasiswazah
Isu/ Masalah yang ingin ditangani Pencapaian statistik yang rendah, sikap yang negatif, pengetahuan asas
yang lemah
Persoalan Kajian Pengumpulan Data (Pemboleh ubah Analisis data
kajian)
Apakah anggaran masa yang a)Masa mengulang kaji dalam Deskriptif
diperuntukkan dalam seminggu seminggu (selanjar) perwakilan grafik/ukuran
bagi mengulang kaji GB6023 dan b) skor pencapaian (selanjar) kecenderungan memusat
skor pencapaian?
Apakah terdapat perbezaan skor a) Skor pencapaian (selanjar Inferensi
pencapaian berdasarkan status b) Status pengajian (kategorikal) -ujian t tak bersandar/ujian Mann
pengajian (part time/full time)? Whitney
Apakah hubungan antara masa a)Masa mengulang kaji dalam Inferensi
mengulang kaji GB6023 seminggu (selanjar) -ujian korelasi (pearson/spearman)
(seminggu) dengan skor b) skor pencapaian (selanjar)
pencapaian?
Instrumen Lampiran

You might also like