You are on page 1of 8

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT

27000 JERANTUT
PAHANG Darul Makmur
Tel/Fax : 09-2671885, e-mail :.cbd2037.sjktj.gmail.com

KERTAS KERJA PROGRAM PANITIA BAHASA MELAYU


PERINGKAT SEKOLAH
பணணிவணிடடைத ததாள
(நநீலதாம ததிட்டைம)

TARIKH : 16 OKTOBER 2018


(SELASA)
MASA : 7.20 – 01.30 PETANG

TEMPAT : SJK(T) JERANTUT

CREATIVE AND INNOVATIVE


CARING AND COMMITMENT

1.0 TAJUK PROGRAM


Program Panitia Bahasa Melayu

2.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996,
Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah.
Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang
mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada
semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan.
Untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa
Melayu untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi
memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan, dan pekerjaan, maka Panitia
Bahasa Melayu, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jerantut menganjurkan Minggu Bahasa
Melayu 2018.

3.0 RASIONAL

Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan. Lantaran itu, pelbagai aktiviti mampu dijalankan bagi menarik
penyertaan warga sekolah khasnya pelajar-pelajar agar lebih mahir berkomunikasi dan
seterusnya melahirkan cinta akan bahasa kebangsaan.

4.0 TEMA

“Bahasa Jiwa Bangsa”

5.0 MATLAMAT

Program Panitia Bahasa Melayu membimbing dan mempertingkat pengetahuan tentang aspek
budaya sesuatu bahasa terutama dari segi kesantunan bahasa.

6.0 OBJEKTIF PROGRAM


6.1 Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu dari pelbagai aspek.
6.2 Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan Bahasa
Melayu.
6.3 Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai Bahasa Melayu.
6.4 Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif dan
semangat patriotik bertunjangkan Bahasa Melayu

7.0 CADANGAN TARIKH PROGRAM

16 Oktober 2018

8.0 TEMPAT

Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jerantut

9.0 PERASMIAN PEMBUKAAN

Encik Kumarasamy a/l Rajagopal

Guru Besar SJK (T) Jerantut

10.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid SJK (T) Jerantut

11.0 ORGANISASI

Sila lihat Lampiran 1

12.0 KEWANGAN

Sila lihat Lampiran 2

13.0 SENARAI TUGAS

Sila lihat Lampiran 3


14.0 TENTATIF PROGRAM

Sila lihat Lampiran 4

15.0 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah dikemukakan.
Sesungguhnya kejayaan Program Minggu Bahasa Melayu 2018 peringkat sekolah yang
dirancang ini bergantung kepada sikap serta komitmen yang positif daripada semua pihak yang
terlibat. Konsep permuafakatan menjadi tunjang ke arah kejayaan program ini. Semoga semua
perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan pihak tuan.

Sekian, terima kasih

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

(SITI NAZIRAH BINTI MUSTAPAR KAMAL) (MAHALETCHIMY A/P KRISHNAN)


KETUA PANITIA BAHASA MELAYU GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SJK (T) JERANTUT SJK (T) JERANTUT

DISAHKAN DAN DILULUSKAN OLEH,

(KUMARASAMY A/L RAJAGOPAL, AMP)


GURU BESAR
SJK (T) JERANTUT

Lampiran 1
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : En. Kumarasamy a/l Rajagopal (Guru Besar)
Pengerusi : Pn. Mahaletchimy a/p Krishnan (GPK Pentadbiran)
Pengerusi bersama : En. Raman a/l Ponnusamy (GPK Kokurikulum)

En. Batmanathan a/l Aiyappan (GPK Hem)


Setiausaha : Pn. Siti Nazirah bt Mustapar Kamal
Bendahari : Cik Rubini Devi a/p Muthusamy
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Dokumentasi : Pn. Siti Nazirah bt Mustapar Kamal
Hadiah / Cenderamata : Cik Rubini Devi a/p Muthusamy

Cik Sharmilah a/p Ambualagan (Guru Praktikum)


Buku Program : En. Roobendhiran a/l Sethuraman
Pengacara Majlis : Cik Meenambal a/p Krishnan

Cik Sushantinie a/p Sankar (Guru Praktikum)


Persediaan Tempat : Pn. Nirmala a/p K. Saben

Cik Kavietha a/p Tharmalingam (Guru Praktikum)


Persembahan Multimedia : Pn. Vejaya a/p Ramasamy

Cik Suganiya a/p Jayabalan (Guru Praktikum)


Publisiti / banner / jurugambar : Pn. Elezabeth Jannyfa a/p Tamil Chelvam

Cik Thanussha a/p Ila Murugan (Guru Praktikum)


Makanan / Minuman : Pn. Vimala a/p Perisamy
Persembahan Murid : Cik Kalpana a/p Moorthya

Cik Tharshini Devi a/p Rajagopal (Guru Praktikum)


PA Sistem / ICT : Cik Logeswary a/p Nadarajan
Peralatan : Cik Vaishnavi a/p Rajendran
Keselamatan / Disiplin : Semua Guru
Lampiran 2

ANGGARAN PERBELANJAAN
1. Sumbangan PIBG : RM 150.00
Bil. Perkara (Hadiah) Jumlah

1. Wrapper

2. Wooden Block

3. Paper bag
RM 150.00
4. Belon

5. Kotak Pensel

6. Botol Air

JUMLAH RM 150.00

2. Peruntukan Panitia Bahasa Melayu : RM 150.00

Bil. Perkara (Hadiah) Jumlah

1. Banting RM 50.00

2. Alat Tulis

3. Buku Nota RM 100.00

4. Pensel Warna

JUMLAH RM 150.00

 Pembelian di Kedai ECO Shop bagi menjimatkan kos perbelanjaan

Lampiran 3

JADUAL PELAKSANAAN DAN SENARAI TUGAS GURU

BIL. AKTIVITI SASARAN TINDAKAN TEMPAT

1.
Aktiviti Kumpulan

Stesen 1: Tahap 1 Pn. Mahaletchumi Dewan


- Suai Padan Cik Sharmila
Stesen 2: Pn. Vimala
- Teka Teki
Stesen 3: Tahun 1
- Ular kata Cik Vaishnavi

Stesen 4: Pn. Vejaya Makmal Sains


- Pokok Pintar Cik Suganiya
Stesen 5: Pn. Nirmala Tapak
- Siapa Saya? Cik Tharshini Perhimpunan

Aktiviti Kumpulan

Stesen 1: En. Rooben


- Suai Padan Cik Sushantinie
Dewan
Stesen 2:
- Teka Teki Cik Kavietha
2.
Stesen 3:
- Ular kata Tahap 2 Cik Logeswary Tahun 1

Stesen 4: Pn. Elezabeth


- Kuiz Kahoot Tahun 2
Cik Thanussha
Stesen 5: Cik Kalpana
- Cipta Kata Kantin
En. Nathan

Lampiran 4

TENTATIF PROGRAM PANITIA BAHASA MELAYU

Masa Aktiviti
8.00 – 8.30 pagi : Majlis Perasmian
10.30 – 10.45 pagi : Taklimat ringkas
10.45 – 12.05 t/hari : Aktiviti Stesen
12.05 – 12.30 t/hari : Penyampaian hadiah

You might also like