You are on page 1of 6

BIL.

ATURCARA SKRIP PENGACARA CATATAN

1. Murid-murid berdiri Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia untuk Pengacara diminta
dalam barisan. nyanyian lagu : untuk memaklumkan
Bangsa Johor, Negaraku dan Lagu Sekolah. kepada semua murid
Ketibaan Ketua Polis agar bersedia dan
Balai Kg. Gajah, senyap untuk upacara
guru-guru, guru-guru majlis bermula.
penolong kanan,guru
besar.

2. Alu-aluan Pengacara Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Majlis. Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Yang Berbahagia,

_____________________________________________
Ketua Balai Polis Parit Jawa

Yang Berusaha,
Pn Hjh. Roszana bt. Abd. Mutalib, Guru Besar SK. Parit
Jawa,

Yang Dihormati,

_______________________________________________

_______________________________________________

Yang Dihormati,
Pn. Hjh. Fakariah bt. Ismail, Guru Penolong Kanan
Kurikulum

En. Noorhisham b. Sapuan, Guru Penolong Kanan Hal


Ehwal Murid.
En. Mohamad Syahril b. Makhsus, Guru Penolong Kanan
Ko-Kurikulum,

Rakan-rakan guru, kakitangan sekolah serta murid-murid


yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana


dengan izin dan limpah rahmatNya dapat kita berkumpul
di kerapatan ini dalam melaksanakan Majlis Watikah
Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber,
Pemimpin Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Ketua Kelas
serta Ahli Kelab Usahawan Cilik SK. Parit Jawa bagi tahun
2019.

2. Bacaan Doa Kalau pergi Tanjung Keramat, Al- Fadhil Ustaz


Anak manis jangan diangkat; Tengku Yaakob b.
Bersama kita memohon rahmat, Tengku Samsudin
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita


memanjatkan doa ke hadrat ilahi. Untuk itu majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan At Tisab Al Bab
Al- Fadhil Ustaz Tengku Yaakob b. Tengku Samsudin
untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakannya.

(Bacaan Doa)

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih


kepada At Tisab Al bab Al- Fadhil di atas bacaan doa tadi,
semoga majlis kita akan lebih diberkati dan dirahmati
Allah s.w.t.

3. Ucapan Alu-aluan Guru Sudilah tuan jalan berlapan, En. Mohd. Bahrin b.
Pengawas Jalan berlapan di malam kelam; Mohd. Nordin
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput


En. Mohd. Bahrin b. Mohd. Nordin, Guru Pengawas
Sekolah SK. Parit Jawa/ untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.


Mohd. Bahrin b. Mohd. Nordin atas ucapan beliau
sebentar tadi.
4. Ucapan Guru Besar Hadirin dan hadirat sekalian,

Bagi meneruskan majlis, dengan ini dijemput Yang


Berusaha Pn. Hjh. Roszana bt. Abd. Mutalib, Guru Besar
SK. Parit Jawa untuk menyampaikan ucapan. Majlis
dengan segala sukacitanya mempersilakan. Pn. Hjh. Roszana bt.
Abd. Mutalib, Guru
*********************************************** Besar SK. Parit Jawa

Pihak Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


ucapan Yang Berusaha Pn. Hjh. Roszana bt. Abd.
Mutalib itu tadi.

5. Ucapan Perasmian Ada kata yang ingin diucap Perasmi/ Tetamu


Ada madah yang ingin diungkap
Ada cerita yang ingin dikisah
Ada pesan yang ingin dititip
Ada amanat yang ingin diwasiat

Majlis dengan sukacitanya menjemput

Koperal Yusof bin Sulaiman, Pegawai Perhubungan


Sekolah Pt. Jawa

untuk menyampaikan ucapan ASPIRASI PEMIMPIN dan


seterusnya merasmikan dan menyempurnakan Upacara
Perasmian Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Badan
Kepimpinan dan Pengawas SK. Parit Jawa 2019. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

***********************************************

*GIMIK*

Begitulah semangat barisan kepimpinan SK. Parit Jawa.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada

Koperal Yusof bin Sulaiman

atas kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan


Majlis Pelantikan Badan Kepimpinan dan Pengawas SK.
Parit Jawa bagi tahun 2019.

Mudah-mudahan segala maklumat, amanat, pesanan dan


pengharapan beliau mendapat perhatian daripada semua
yang hadir di majlis ini.
6. Penyampain Watikah Seterusnya majlis menjemput sekali lagi, tetamu Perasmi/ Tetamu
kehormat Koperal Yusof bin Sulaiman

untuk menyampaikan watikah pelantikan kepada setiap


badan kepimpinan dengan diiringi Pn. Hjh. Roszana bt.
Abd. Mutalib, Guru Besar SK. Pt. Jawa.

*tunggu sehingga guru besar dan tetamu berada


ditempat sepatutnya. Dan ketua telah berada di depan
pentas.

1. Penyampaian watikah dimulakan dengan menjemput

______________________________________________,
Penolong Ketua Pengawas SK. Pt. Jawa untuk menerima
Watikah Pelantikan.

*tunggu pelajar naik dan turun pentas

2. Seterusnya dijemput

______________________________________________,
Pengerusi Pengawas Pusat Sumber sekolah untuk
menerima Watikah Pelantikan.

*tunggu pelajar naik dan turun pentas

3. Seterusnya dijemput

_______________________________________________
Pengerusi Pemimpin Rakan Sebaya untuk menerima
Watikah Pelantikan.

*tunggu pelajar naik dan turun pentas

4. Seterusnya dijemput

_______________________________________________
Ketua dan Penolong Ketua Kelas untuk menerima Watikah
Pelantikan.

*tunggu pelajar naik dan turun pentas

Seterusnya dijemput

5. _______________________________________________
Pengerusi Kelab Usahawan Cilik untuk menerima Watikah
Pelantikan.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Koperal Yusof bin Sulaiman

kerana telah menyempurnakan upacara penyampaian


watikah pelantikan itu tadi.

7. Bacaan Ikrar kalau intan dibawa berenang Ketua Pengawas 2019


ikatkan intan ke sisi pinggang
walau pahlawan sakit berjuang
bara digenggam menjadi arang

Kini tibalah saat kemuncak Majlis Pelantikan Badan


Kepimpinan dan Pengawas 2019, majlis dengan ini
menjemput
Shamsul Irfan b. Shamsul Azman
selaku Penolong Ketua Pengawas SK. Parit Jawa untuk
mengetuai pembacaan Ikrar Badan Kepimpinan,
Pengawas dan Disiplin. Dipersilakan.

8. Penyampaian Limau manis dimakan manis, Pn. Hjh. Roszana bt.


Cenderahati Manis sekali rasa isinya; Abd. Mutalib
Dilihat manis dipandang manis,
Manis sekali hati budinya. Perasmi/Tetamu

Sebagai tanda penghargaan atas kesudian

Koperal Yusof bin Sulaiman

hadir bersama-sama meraikan serta merasmikan Majlis


Pelantikan Badan Kepimpinan dan Pengawas, dipersilakan
Pn. Hjh. Roszana bt. Abd. Mutalib, Guru Besar SK. Pt. Jawa
untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan
kepada tetamu kehormat kita.

**********************************************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Hjh.


Roszana bt. Abd. Mutalib.
9. Penutup Majlis Hadirin dan hadirat sekalian,
Kok berkayuh dah sampai ke muara
Kok berenang dah sampai ke tepian
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung
Dengan kata-kata ini maka selesailah sudah majlis kita
pada hari ini.
Bagi pihak majlis saya sekali lagi mengucapkan jutaan
terima kasih dan penghargaan di atas kerjasama semua
pihak dalam menjayakan Majlis Pelantikan Badan
Kepimpinan dan Pengawas SK. Parit Jawa 2019.

Sekian sahaja, semoga bertemu lagi pada masa akan


datang.
Wabilahitaufik Walhidayah Wasalmualaikum WBT.

You might also like