You are on page 1of 57

BAB 1

HURAIAN TENTANG SEKOLAH

Pemilihan projek yang berkaitan dengan penghasilan dan pengurusan “Bilik Operasi
Penilaian Berasaskan Sekolah” ini adalah selaras dengan anjakan dalam proses cara
menilai murid berdasarkan kurikulum baru sekolah rendah.

1.1 Sejarah Sekolah


Sekolah Kebangsaan Bawang Tian, Matu bertapak di tengah- tengah antara Kampung
Bawang dan Kampung Tian, Matu. Sekolah ini suatu masa dahulu dikenali sebagai
“Bawang- Tian Combined School, Matu”. Ianya dibina pada tahun 1964 masihi hasil
gabungan daripada dua buah sekolah : iaitu Sekolah Hj. Hashim di Kampung Tian dan
Sekolah Abang Subah yang terletak di Kampung Bawang.

Para penduduk Kampung Tian dan Kampung Bawang, Matu telah berusaha
dengan satu semangat jitu, perpaduan dan rasa muhibah secara bergotong- royong
membina satu blok bangunan sekolah yang merangkumi sebuah bilik pentadbiran dan
enam buah bilik kelas, satu blok untuk rumah guru, satu blok tandas serta sebidang
tanah yang sederhana luasnya. Pihak Berkuasa Majlis Tempatan Matu menyokong
penuh usaha pembinaannya dengan cara menyumbangkan bahan binaan yang perlu.
Berkat usaha dan kerjasama penduduk dan Majlis Tempatan Matu maka lahirlah nama
“Bawang- Tian Combined School, Matu” yang diterajui oleh Tuan Haji Wasli bin Taha
sebagai guru besar yang pertama serta diawasi pihak Majlis Tempatan Matu.

Sekolah rendah yang pertama sekali di Kampung Bawang ialah Sekolah Abang
Subah. Pada masa itu di Kampung Tian masih belum ada sekolah. Disebabkan itu maka
pelajar- pelajar yang berasal dari Kampung Tian seperti Encik Saminan bin Tinyam,
Encik Zawawi bin Kawi, Encik Kadir bin Kawi dan juga yang lain adalah merupakan
pelajar- pelajar yang pertama di Sekolah Abang Subah. Kemudian dibina Sekolah Haji
Hashim di Kampung Tian berdekatan dengan kawasan perkuburan Kampung Tian,
Matu.

1
1.1.1 Latar Belakang Sekolah
Disebabkan sesi persekolahan yang tidak menentu di Kampung Bawang dan Kampung
Tian ketika itu, maka kedua- dua buah sekolah telah bersetuju untuk menggabungkan
kedua- dua buah sekolah tersebut menjadi satu sekolah. Apabila persetujuan diperoleh
untuk menggabungkan kedua- dua buah sekolah tersebut, timbul pula masalah tiada
tapak untuk pembinaan sekolah yang baru. Namun atas keikhlasan hati Tuan Hj. Gani,
beliau telah bersetuju untuk mendermakan tanahnya sebagai tapak sekolah baru itu.

Oleh kerana sekolah ini terletak betu- betul di tengah kedua- dua buah kampung
maka Majlis Tempatan telah menamakan sekolah “Bawang- Tian Combined School,
Matu” yang telah dirasmikan oleh YAB Stephen Kalon Ningkan, Ketua Menteri
Sarawak Yang Pertama. Sekolah ini telah ditadbir oleh sebelas orang Guru besar sejak
beroperasi mulai tahun 1964, iaitu;

i. Tuan Hj Wasli Bin Hj Taha (1964 Hingga 1965)


ii. Tuan Hj Wasli Bin Hj Taha (1966 Hingga 1968)
iii. Encik James Daim (1969 Hingga 1974)
iv. Encik Rajali Bin Latif (1975 Hingga 1977 )
v. Tuan Haji Ahmad (1978 Hingga 1980
vi. Tuan Haji Lamin Bin Hj Udin (1981 Hingga 1984)
vii. Encik Daud Bin Ikram (1985 Hingga 1989)
viii. Tuan Haji Lamin Bin Hj Udin (1990 Hingga 1993)
ix. En. Abg Hashim B. Abg Solhi (1994 Hingga 2000)
x. Cik Hjh Zainabun Bt Tajudin (2001 Hingga 2006)
xi. En. Median B. Sidi@ Median B. Saidi (2006 hingga
sekarang)

1.1.2 Lencana Sekolah

2
Lencana sekolah merupakan identiti sesebuah sekolah. Berdasarkan lencana yang
dipakai oleh pelajar, kita dapat mengenal pasti sekolah tempat seseorang pelajar itu
menimba ilmu. Malahan lencana sekolah juga mampu menyemai perasaan bangga
pelajar terhadap sekolah mereka. Lencana SK Bawang Tian adalah seperti berikut:

PENGERTIAN LOGO
Pengertian Warna:

MERAH: Melambangkan ketegasan, ketekunan, kegigihan dan keberanian


HIJAU: Melambangkan kesejahteraan, keharmonian, kedamaian dan kemesraan
KUNING: Melambangkan kedaulatan, keagunga, kemegahan dan kesucian agama

Lambang Pada Lencana:

5 TERAS
5 asas KBSR
5 asas RUKUN NEGARA
5 asas RUKUN ISLAM

1.1.3 Visi, Misi dan Motto Sekolah

3
i. Matlamat Sekolah
Mewujudkan Suasana Sekolah Yang Kondusif Dengan Penglibatan Warga Sekolah
Secara Aktif Dan Menyeluruh Demi Kecemerlangan Kurikulum Dan Kokurikulum
Serta Melahirkan Generasi Yang Berketrampilan, Berakhlak Mulia, Berdaya Saing,
Serta Berupaya Untuk Menyumbangkan Tenaga Untuk Pembangunan Negara

ii. Visi Sekolah


Pengurusan SK Bawang Tian telah menggarap visi sekolah ke arah kecemerlangan
secara menyeluruh untuk tempoh lima tahun bermula tahun 2013: “Pendidikan
Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”.

iii. Misi Sekolah


Manakala misi sekolah pula ialah: “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

iv. Moto Sekolah


Ucapan dan laungan keramat yang menjadi sokongan kepada visi dan misi adalah
dengan moto:

“BERUSAHA ITU MULIA”

Pengertian motto adalah matlamat persekolahan dan pendidikan di sekolah SK.


Bawang Tian, Matu ini adalah ke arah menghasilkan perkembangan dan kemajuan
individu dalam pelbagai bidang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi, sosial dan
jasmani sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Unsur atau elemen yang paling penting lagi perlu dan berdaya memenuhi serta
merealisasikan hasrat dan aspirasi ini adalah usaha yang gigih lagi bersepadu dari
semua pihak yang terlibat khususnya murid, guru, ibubapa dan masyarakat setempat
dalam ertikata USAHA ITU MULIA.

1.1.4 Falsafah dan Nilai

4
SK Bawang Tian,Matu berpegang teguh kepada falsafah bahawa pelajar-pelajar
sekolah mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi intelek,
kemahiran, emosi, rohani dan jasmani. Oleh itu, seluas-luas peluang akan diberikan
kepada pelajar-pelajar sekolah ini untuk mengembangkan potensi mereka dalam aspek-
aspek tersebut. Para pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan dan berkebolehan
ikhtisas untuk memberikan pendidikan dan latihan yang sempurna serta bermutu bagi
mencemerlangkan pelajar-pelajar. Selain itu, warga sekolah yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan budaya dapat hidup bersama di bawah satu bumbung dalam keadaan
aman dan harmoni.

1.1.5 Piagam Pelanggan


Bagi memastikan objektif dan falsafah yang digariskan oleh KPM dapat dicapai
berteraskan visi dan misi sekolah, pihak sekolah telah menyediakan piagam pelanggan
seperti berikut:

Bahawa kami warga SK Bawang Tian berjanji untuk menunaikan tugas dan
tanggungjawab kami bagi :-

1. Memastikan Warga Guru dan Kakitangan Sekolah ini berilmu dan berkhidmat
dengan penuh tekad, iltizam dan berjanji untuk menumpukan sepenuh tenaga
dan usaha secara kolaboratif kepada tanggungjawab serta tugas utama (Core
Business) kami yang terbaik.
2. Memastikan semua anak didik memperolehi pendidikan yang sempurna dan
terbaik berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran/ KBSR yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Memastikan semua anak didik menerima Pembelajaran dan Pengajaran dalam
Budaya Belajar yang kondusif, terbaik dan terkini menjurus kepada Pusat
Kecemerlangan Ilmu.
4. Memastikan jalinan silaturrahim dan ukhwah dengan Ibu Bapa/ Penjaga
termasuk masyarakat setempat dalam suasana baik selaras dengan Semangat
Bermusyuarah.
5. Memastikan segala keselamatan dan kebajikan anak didik sentiasa dijaga
sertadiberi perhatian utama.

5
6. Memastikan Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah ini bergerak menuju kepada
Perkhidmatan Cemerlang sejajar dengan tuntutan Teknologi Maklumat(IT) dan
Wawasan Perdana.
7. Memastikan anak didik mengamalkan nilai- nilai murni dan berakhlak mulia.
8. Memastikan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah( semua bentuk penilaian)
berkualiti dan berjalan mengikut jadual serta ibu bapa/ penjaga diberitahu
tentang pencapaian anak- anak mereka.
9. Memastikan Warga Sekolah sentiasa PEKA dan RESPONSIF kepada kehendak
pelanggan secara berterusan dan memberikan layanan yang terbaik dengan
kadar yang segera:
9.1 Sentiasa memberi layanan mesra dan terbaik
9.2 Memastikan segala surat- menyurat/ aduan/ rayuan yang dimajukan
kepada sekolah diberi layanan dalam tempoh 1- 2 hari dari tarikh ianya
diterima

10. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan
teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi
Perkhidmatan dan Kecemerlangan Akedemik Sekolah.

1.1.6 Lagu Sekolah

6
Lagu SK Bawang Tian Matu telah dicipta untuk menanamkan semangat cintakan
sekolah dan ilmu pengetahuan. Lagu yang dinyanyikan semasa perhimpunan sekolah
dan acara-acara rasmi sekolah adalah seperti berikut:

USAHA ITU MULIA

Kamilah Anak Wawasan Bangsa


Negara Malaysia
Bersatu Berganding Tangan
Menuju Cinta Mulia

Ilmu Penyuluh Kehidupan


Pedoman Sepanjang Masa
Bergerak Maju Terus Mara

SEBATI Namamu Ku Sanjung Tinggi


Jasamu Tetap Ku Kenang
Putera Puterimu Rela Berkorban
Untuk Nusa Dan Bangsa
Usaha Itu Mulia

1.1.7 Struktur Organisasi

7
Struktur organisasi SK Bawang Tian dibarisi oleh jawatankuasa yang terdiri daripada
barisan pentadbir yang diterajui oleh guru besar yang berkebolehan. Carta organisasi
sekolah adalah seperti carta 1.1 berikut:

Carta 1.1 Organisasi Pentadbiran SK Bawang Tian

MEDIAN BIN SAIDI (GURU BESAR)

Noh Bin Abol Kassim Norlia Binti Sidek Ahmad Zaidi B Deni
Penolong Kanan Hem Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Kokurikulum

PANITIA MATA PELAJARAN

Nurul Syamimi Bt.


Masni Binti Siri
Md Aladin
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

Sh. Norazizah Bt. Tijah Binti Saipi


W. Hashim Sains
Matematik

Ahmad Azhar Bin Siti Zubaidah Bt


Md Hatib Madil
Pen. Agama Islam Sejarah

Sumandy b. Suot Rodiah bt.


Nusaibah Bt
Setiausaha Hamdan
Khusairy
Kurikulum Setiausaha
Setiausaha Hem
1.1.8 Lokasi Sekolah Kokurikulum

8
SK Bawang Tian terletak di kilometer 20 Jalan Daro Matu. Jarak dari SK Bawang Tian
ke Pekan Matu ialah sejauh 4 kilometer dan ke Pekan Daro sejauh 20 kilometer. SK
Bawang Tian berada di antara Kampung Tian, Matu dan Kampung Bawang, Matu.
Jarak dari Kampung Tian dan Kampung Bawang ke SK Bawang adalah 1.5 kilometer.
SK Bawang Tian berjiran dengan SK Sekaan Kechil, Matu.

Gambar 1.1 Gambar SK Bawang Tian dari Ruang Udara

Gambar 1.2 Pintu Masuk Utama Sekolah

9
1.1.9 Kemudahan Fizikal Sekolah
Sekolah Kebangsaan Bawang Tian merupakan sebuah sekolah yang mempunyai
persekitaran yang bersih, ceria dan kondusif. Selain daripada persekitaran yang
diserikan dengan tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok yang berbunga,persekitaran
yang hijau kerana berada di tepi hutan dan kebun getah. Pemandangan yang cantik
dapat memberi kedamaian dan sumber inspirasi kepada warganya.

Sekolah ini terdiri daripada empat blok yang dinamakan Blok A, Blok B, Blok
C dan Blok D. Bangunan Blok A merupakan bangunan utama dan terdapatnya Bilik
Guru besar, Bilik Guru Penolong Kanan, Pejabat Pentadbiran Am dan Bilik Guru.
Selain itu di bangunan ini juga terdapatnya Bilik Komputer, Bilik Perpustakaan, Bilik
Kemahiran Hidup dan sebahagian Bilik Tayang. Manakala bangunan Blok B
ditempatkan kelas Tahun 1 dan 2 , Blok C Tahun 5 , Tahun 6 dan Kelas Pemulihan
Khas dan Blok D untuk menempatkan kelas Tahun 3 dan 4. Selain itu, terdapat
pelbagai kemudahan fizikal disediakan di sekolah ini. Antara kemudahan fizikal yang
terdapat di sekolah ini ialah Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Makmal Komputer, Bilik
Tayangan/Bilik Muzik, Bilik Kemahiran Hidup. Manakala kemudahan-kemudahan lain
seperti yang ditunjukkan dalam lampiran.

Selain daripada kemudahan bilik-bilik khas dan bangunan surau, sekolah ini
juga mempunyai kemudahan lain seperti bekalan elektrik, kemudahan internet,
kemudahan fotostat, bekalan air dan sebagainya.

10
1.1.10 Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah ini ialah sebuah persatuan PIBG yang
berperanan penting dan sama-sama menggembeling tenaga ke arah pencapaian visi
sekolah. Kerjasama yang erat yang wujud antara PIBG dengan pihak sekolah
membolehkan aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. PIBG sentiasa memberi
sokongan terhadap setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh sekolah. PIBG sekolah ini
diterajui oleh Yang Berusaha Puan Selamah Binti Haji Jemi sebagai Yang Dipertua
PIBG.

Fungsi utama PIBG di sekolah ini adalah sebagai penghubung antara pihak
sekolah dan ibu bapa dan memberi segala sokongan dan bantuan kepada pihak sekolah
bagi menjayakan segala program yang dirancangkan sama ada dalam bidang
kurikulum, Hal Ehwal Murid (HEM) mahupun kokurikulum. Melalui sokongan yang
padu daripada PIBG diharapkan akan dapat meningkat prestasi dan kejayaan murid
dalam ketiga-tiga bidang berkenaan.

PIBG telah merancang pelbagai program sebagai sokongan kepada program-


program yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Antara program kerjasama antara
PIBG dan sekolah ialah Majlis Anugerah Kecemerlangan,Majlis Khatamal Al-
Quran,Sukan Tahunan Sekolah dan kursus kepimpinan pelajar, Majlis Ihya Ramadhan
peringkat sekolah, Kem Bestari Solat, dan solat hajat sebelum UPSR. Ahli
Jawatankuasa PIBG SK Bawang Tian adalah seperti disebelah:

11
AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU (PIBG)
SK BAWANG TIAN,MATU.

EX-OFFICIO : En. Median Bin Saidi

YANG DIPERTUA : Puan Selamah Bt Haji Jemi


NAIB YANG DIPERTUA : Puan Norlia Bt Sidek
SETIAUSAHA : En. Abdullah Bin Samsudin
BENDAHARI : Puan Ros Diyana Bt Nazirin

AHLI JAWATANKUASA

WAKIL IBU BAPA : Puan Maimunah Bt Susah Hati


: Puan Suraya Bt Zakaria
: Pn. Meriam Bt Rawi
: Puan Latifah Bt Siso
: En.Abdul Razak Bin Sepawi
: En Julaihi Bin Adam
: En.Nazeri Bin Mahdi
: Puan Maimon Bt Idin
: Puan Surina Bt Mohama
: Puan Rohanah Binti Rosli

WAKIL GURU : En. Yahya Bin Lamuji


: Puan Siti Zubaidah Bt Madil
: En.Noh Bin Abol Kassim
: En.Ahmad Zaidi Bin Deni

12
1.2 Data dan Statistik Berkaitan Sekolah
Data-data dan statistik berkaitan dengan Sk Bawang Tian Matu adalah seperti berikut:

1.2.1 Enrolmen Murid


Murid-murid SK Bawang terdiri daripada kanak-kanak Kampung Tian dan Kampung
Bawang. Berdasarkan enrolmen bulan Mei 2015, jumlah murid ialah seramai 465 orang
murid. Pecahan enrolmen secara umumnya adalah seperti jadual 1.1 berikut:

Jadual 1.1 Bilangan Murid dan Kelas SK Bawang Tian Matu 2015
Kelas Melanau /Melayu Lain-lain Jumlah
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
Pra 26 24 - - 50
PPKI 12 7 - - 19
Tahun 1 28 33 - - 61
Tahun 2 37 24 - - 61
Tahun 3 25 42 - - 67
Tahun 4 44 28 - - 72
Tahun 5 36 30 - - 66
Tahun 6 38 31 - - 69
Jumlah 246 219 - - 465

1.2.2 Bilangan Staf


Jumlah staf SK Bawang Tian ialah 61 orang dengan 48 orang guru yang terlatih dan 13
staf pelaksana. Jadual 1.2 berikut menunjukkan bilangan staf SK Bawang Tian:

Jadual 1.2 Bilangan Guru dan Staf Pelaksana SK Bawang Tian Matu 2015
Staf Melanau /Melayu Lain-lain Jumlah
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
Guru 18 29 - 1 48
Staf pelaksana 6 9 - - 15
Jumlah 24 38 - - 63

13
1.2.3 Pencapaian Akademik dan Kokurikulum Sekolah

(i) Pencapaian Dalam Akademik


Pencapaian akademik SK Bawang Tian agak sederhana dalam Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah bagi tahun 2012, 2013 dan 2014 dengan purata peratus lulus bagi
ketiga-tiga tahun berkenaan ialah 49%. Bagi tahun 2013 dan 2014, SK Bawang Tian
telah 20 buah sekolah terbaik daripada 40 buah sekolah dalam PPD Daro dalam
keputusan UPSR dengan peratus lulus masing-masing 48.80% (2013) dan 49.43%
(2014). Walau bagaimanapun, pada tahun 2012 peratus lulus UPSR didapati menurun
kepada 28.75% berbanding tahun 2011 dari 48.23%. Namun demikian, purata peratus
pencapaian UPSR bagi tiga tahun kebelakangan ialah 46.34% dan berada pada aras
seperti yang ditetapkan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM)

Komitmen Guru besar dan guru dalam bidang akademik di sekolah ini adalah
tinggi. Kerjasama dalam satu pasukan dan sikap saling mempercayai antara Guru besar
dan guru-guru telah menjadikan sekolah ini berada dalam zon ke arah kecemerlangan
akademik. Sikap optimistik dan yakin diri yang ada pada Guru besar telah mencetuskan
pelaksanaan pelbagai program bagi meningkatkan pencapaian murid dalam akademik
sama ada program peringkat dalaman mahupun program luaran. Peranan guru dalam
usaha meningkatkan prestasi akademik di sekolah ini amat membanggakan.
Berdasarkan temu bual dan semakan maklumat, pelbagai program yang diatur bagi
meningkatkan pencapaian prestasi murid sama ada dalam akademik mahupun sahsiah.
Antara program yang dilaksanakan ialah Progran Kem Kecemerlangan, Program Kem
Bestari Pelajar UPSR dan Intervensi Selain guru besar,penolong kanan kurikulum juga
telah berjaya menggerakkan jawatankuasa yang telah ditubuhkan.

Setiap jawatankuasa yang dilantik ini didapati memainkan peranan masing-


masing dalam usaha merealisasikan pencapaian murid ke arah pencapaian
kecemerlangan UPSR tahun 2015.

(ii) Pencapaian Dalam Bidang Kokurikulum

14
Dalam bidang kokurikulum, SK Bawang Tian telah mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam beberapa aktiviti kokurikulum. Pada tahun 2013, pasukan sekolah telah
mendapat Johan (penyertaan terbanyak) peringkat Dearah dalam pertandingan
Merentas Desa Peringkat Bahagian Mukah , penyertaan peringkat Kebangsaan dalam
pertandingan Sofbol di Pulau Pinang dan penyertaan peringkat kebangsaan dalam
perkhemahan unit beruniform di Selangor (Rujuk Lampiran).

1.2.4 Kejayaan-kejayaan Sekolah Sehingga Kini


Pelbagai program telah dirangka dan dilaksanakan secara tersusun oleh pihak sekolah
demi menyahut cabaran KPM. SK Bawang Tian telah dapat mencapai kejayaan
beberapa bagi peperiksaan UPSR. Bermula tahun 2009 sehingga tahun 2013, dalam
tempoh tersebut juga SK Bawang Tian telah menjadi salah sebuah sekolah yang
tersenarai di peringkat Daerah Daro dimana terdapat calon UPSR sekolah yang
memperoleh 5A seperti jadual 1.3 hingga 1.5 berikut:

Jadual 1.3 : Pencapaian Akademik SK Bawang Tian


UPSR
TAHUN
PERATUS 5A
2010 48.23 3
2011 28.75 1
2012 40.78 2
2013 48.80 3
2014 49.43 0

BIL PERKARA PERINGKAT TAHUN


1 Sijil Usaha Gigih UPSR Bahagian 2005
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Majlis
2
Penghargaan Pejabat Pelajaran Gabungan Mukah Bahagian 2007
3 Majlis Penghargaan mendapat 5A dalam UPSR Bahagian 2010
Majlis Penghargaan seorang calon mendapat 5A
4 dalam UPSR Bahagian 2011
5 Peningkatan dalam UPSR Bahagian 2012
Keputusan Cemerlang Penurunan Gred Purata
6 Sekolah dalam UPSR Bahagian 2013
Majlis Penghargaan tiga orang calon mendapat
7 5A dalam UPSR Bahagian 2013
Jadual 1.4 : Pencapaian Sukan dan Permainan Sk Bawang Tian

15
BIL PERKARA PERINGKAT TAHAP TAHUN
Pertandingan Badminton Majlis Sukan
1 Sekolah Negeri Peserta 2012
2 Bola Jaring 12 Tahun Ke Bawah Daerah Peserta 2013
3 Sepak Takraw 12 Tahun Ke Bawah Daerah Peserta 2013
4 Bola Sepak 12 Tahun Ke Bawah Daerah Peserta 2013
5 Softball Lelaki Daerah Peserta 2013
6 Sotfball Perempuan Daerah Peserta 2013
7 ASAT Bola Jaring Daerah Peserta 2013
8 ASAT Bola Sepak Daerah Peserta 2013
9 Olahraga MSS 12 Tahun Ke Bawah Bahagian Peserta 2013
10 Bola Sepak 12 Tahun Ke Bawah Bahagian Peserta 2013
11 ASAT Bola Sepak Bahagian Peserta 2013
12 ASAT Bola Jaring Bahagian Peserta 2013
8 Johan
13 Merentas Desa Bahagian SK 2013
14 Bola Sepak 12 Tahun Ke Bawah Negeri Peserta 2013
15 ASAT Bola Jaring Negeri Peserta 2013
16 ASAT Bola Sepak Negeri Peserta 2013
17 Pertandingan softball Kebangsaan Peserta 2014
18 Bola Sepak Negeri Peserta 2014
19 Sepak Takraw Negeri Peserta 2014

Jadual 5 : Pencapaian Ko Akademik dan Unit Beruniform SK Bawang Tian

16
BIL PERKARA PERINGKAT TAHAP TAHUN
Program Pendidikan
1 Bahagian Naib Johan 2007
Lalulintas Shell
2 Permainan Lalu Lintas Shell Bahagian Johan 2009
Pertandingan Kids and Cash
3 (Pertandingan Lalu Lintas Kebangsaan Peserta 2011
Shell)
Perkhemahan Luar Pusat
4 Negeri 2012
Kokurikulum Santubong
Majlis Tadarrus Al-Quran dan
5 Daerah Ketiga 2013
Festival Nasyid (Hafazan)
Majlis Tadarrus Al-Quran dan
6 Daerah Naib Johan 2013
Festival Nasyid (Tilawah)
Majlis Tadarrus Al-Quran dan
7 Daerah Johan 2013
Festival Nasyid (Bercerita)
Karnival Bahasa Melayu (
8 Daerah Peserta 2013
Pidato)
Karnival Bahasa Melayu
9 Daerah Peserta 2013
(Bercerita Tahap 1)
Karnival Bahasa Melayu
10 Daerah Naib Johan 2013
(Bercerita Tahap 2)
Karnival Bahasa Inggeris
11 Daerah Naib Johan 2013
(Action Song)
Kem Pemantapan Aqidah dan
12 Daerah Peserta 2013
Pemantapan Sahsiah
Karnival Bahasa Melayu
13 Bahagian Ketiga 2013
(Bercerita Tahap 2)
Majlis Tadarrus Al-Quran dan
14 Bahagian Peserta 2013
Festival Nasyid (Tilawah)
Majlis Tadarrus Al-Quran dan
15 Bahagian Johan 2013
Festival Nasyid (Bercerita)
16 Karnival Bahasa Inggeris Bahagian Peserta 2013
Majlis Tadarrus Al-Quran dan
17 Negeri Peserta 2013
Festival Nasyid (Bercerita)
18 Perkhemahan Negeri Peserta 2013
Pertandingan Keceriaan
19 Negeri Peserta 2014
Merdeka
20 Perkhemahan Kebangsaan 2014
Majlis Tadarrus Al-Quran dan
21 Daerah Peserta 2015
Festival Nasyid ( Nasyid)
Majlis Tadarrus Al-Quran dan
22 Daerah Naib Johan 2015
Festival Nasyid (Hafazan)

BAB 2

17
KAJIAN KEPERLUAN

Dalam bab ini, perbincangan adalah memfokuskan kepada beberapa aspek penting
dalam proses penghasilan dan pelaksanaan projek “Bilik Operasi Penilaian Berasaskan
Sekolah” SK Bawang Tian ini. Ia merangkumi aspek-aspek penting semasa
pelaksanaan projek sehinggalah ianya digunakan sepenuhnya.

2.1 Pengenalan
Kecemerlangan akademik yang menjadi entiti penting dalam pembentukan nilai
intelek, rohani dan emosi murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Isu
ini adalah antara beberapa isu penting yang sering dihadapi dalam proses pembelajaran
murid khususnya di sekolah rendah. Oleh yang demikian, perubahan dalam struktur
penilaian adalah antara aspek penting yang dijadikan asas dalam menangani pelbagai
isu yang timbul dalam bidang pendidikan negara.

Walau bagaimanapun, proses mengumpul data pencapaian semasa murid


seharusnya releven dan mampu memberikan maklumat tepat kepada para guru dan
pihak sekolah. Oleh yang demikian, pengurusan sistem yang mampu menyimpan data
terkini dan tepat tentang maklumat akademik secara khususnya amat penting. Justeru
itulah dalam program ini saya mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan warga
SK Bawang Tian Matu untuk mewujudkan “Bilik Operasi Penilaian Berasaskan
Sekolah” yang akan menyimpan data berkaitan prestasi akademik dan kokurikulum
murid dalam tempoh masa 5 tahun terkini.

Melalui penghasilan bilik operasi yang diterima pakai oleh semua warga
sekolah seperti ini, data-data akan dapat dianalisis dan menjadi panduan untuk
mencapai sasaran pencapaian murid tahun seterusnya. Ketiadaan satu sistem yang
mampu menyimpan data dan memberi kemudahan akses kepada guru-guru akan dapat
ditangani bersama-sama sebagai satu organisasi.

2.2 Masalah Yang Dikenal Pasti

18
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan insan yang seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Banyak aspek yang berkaitan dengan usaha
mencapai matlamat tersebut adalah bergantung kepada proses mengenal pasti
pencapaian semasa murid. Proses menilai ini memerlukan data-data yang terkini dan
memberikan gambaran terkini tentang setiap murid. Walau bagaimanapun, ketiadaan
sistem yang selaras di setiap sekolah menyebabkan data-data yang diperolehi
mempunyai banyak masalah.

Oleh yang demikian, pelaksanaan projek “Bilik Operasi Penilaian Berasaskan


Sekolah” ini akan mampu mengumpul seberapa banyak data yang berkaitan dengan
pencapaian dan prestasi semasa murid mengikut kelas dan tahun tertentu. Data-data
yang telah dikumpul dapat dijadikan rujukan berkesan tanpa melibatkan urusan
birokrasi dan kehilangan data prestasi murid. Malahan guru-guru khususnya guru baru
sering menghadapi masalah birokrasi yang tidak sepatutnya berlaku semasa proses
mendapatkan data-data berkaitan pencapaian akademik dan kokurikulum murid.
Maklumat prestasi semasa murid yang dikumpul tidak mampu memberikan gambaran
secara berkesan dan tidak telus kerana ketiadaan sistem yang diterima pakai secara
menyeluruh di sekolah. Setiap guru secara relatifnya hanya bergantung kepada data
daripada panitia dan setiausaha peperiksaan dalaman.

Seterusnya proses menilai murid yang memfokuskan kepada peranan sekolah


juga tidak akan dapat diaplikasi dengan berkesan jika tidak ada sistem yang mampu
menyimpan data-data prestasi terkini murid. Ini kerana setiap data yang terkumpul
perlu dianalisis dan ketidakakuran data akan menyebabkan proses penilaian tidak dapat
dilaksana seperti yang sepatutnya. Data-data prestasi murid yang dikumpul dan
disimpan secara tidak konsisten menyukarkan proses mengemaskini data. Malahan
Guru-guru baru disekolah tidak dapat mengenalpasti pencapaian murid mereka dalam
proses menilai sehingga menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran yang cuba
disampaikan. Ini disebabkan maklumat yang berkaitan dengan prestasi semasa murid
tidak dapat dicari dengan mudah dan membuang masa sekiranya diperlukan dalam
masa yang singkat.

19
Malahan ketiadaan sistem yang mengurus data-data tersebut juga menyebabkan
kehilangan data berlaku. Risiko kehilangan dan ketidakakuran data berlaku disebabkan
faktor masa dan keperluan data yang kadangkala merangkumi aspek yang menyeluruh
seperti pencapaian akademik dan kokurikulum murid. Perancangan-perancangan yang
telah dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah sering terjejas tanpa disedari dan
program yang dilaksanakan tidak menepati kumpulan sasaran yang sepatutnya. Ini
kerana proses mencari data sering berulang secara tidak sistematik dan bergantung
kepada keperluan semasa data-data tersebut. Oleh yang demikian, pelaksanaan projek
ini adalah merupakan usaha penambahbaikan dalam proses penyimpanan dan
pengurusan data prestasi murid secara menyeluruh di SK Bawang Tian Matu.

2.3 Masalah Pengurusan Bilik Operasi PBS Sekolah


Keperluan satu bilik operasi khusus dalam pelaksanaan penilaian berasaskan sekolah
adalah sejajar dengan usaha merevolusi sistem penilaian terhadap murid di sekolah.
Malahan pengurusan data yang releven dan terkini adalah amat penting dalam proses
menjayakan sistem penilaian tersebut. Malahan proses penilaian berasaskan sekolah
boleh diselaraskan proses penyimpanan data yang berkaitan. Oleh yang demikian,
melalui pelaksanaan PBS di sekolah rendah, data-data yang diperolehi perlu disimpan
secara sistematik. Secara umumnya, berikut merupakan beberapa faktor yang
menyebabkan ketiadaan bilik khas yang menjadi tempat pengurusan dan penyimpanan
data-data penilaian berasaskan sekolah:

i. Penyimpanan data-data berkaitan bergantung kepada guru atau


staff sokongan yang berkaitan seperti kerani sekolah, guru data
sekolah, ketua panitia dan penolong-penolong kanan.
ii. Kekurangan infrastruktur semasa sekolah disebabkan bilangan
murid yang ramai dan keperluan bangunan yang mendesak.
iii. Kekangan masa dan kemahiran yang berkaitan dengan
pengurusan bilik operasi PBS dalam kalangan warga sekolah.

2.4 Soal Selidik Berkaitan Bilik Operasi PBS

20
Menurut Firestone dan Rosenblum (1988), komitmen guru adalah merujuk kepada
komitmen pengajaran, komitmen terhadap sekolah atau pelajar. Oleh yang demikian,
komitmen warga sekolah dalam program yang berkaitan dengan usaha meningkatkan
prestasi murid dan memudahkan pengurusan sekolah amat penting dan usaha
mewujudkan bilik operasi PBS ini berkait rapat dengan komitmen guru untuk
mewujudkan pengurusan sekolah yang sistematik dan berkesan.

Sebelum usaha mewujudkan bilik PBS ini bermula, saya telah mengedarkan
borang soal selidik (rujuk di bahagian lampiran) yang terdiri daripada 10 item yang
berkaitan dengan usaha mewujudkan bilik operasi PBS di SK Bawang Tian kepada 15
orang guru dan 5 orang staf pelaksana sekolah. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti
masalah pengumpulan data-data yang berkaitan dan keperluan mewujudkan sebuah
bilik khas untuk program penilaian berasaskan sekolah. Melalui soal selidik ringkas ini,
maklum balas boleh diperolehi berkaitan dengan keperluan mewujudakan bilik operasi
PBS.

Hasil daripada soal selidik ringkas ini menunjukkan bahawa lebih 75% daripada
guru dan staf pelaksana tidak berpuas hati dengagn proses penyimpanan data yang
melibatkan warga sekolah. Manakala hanya 60% sahaja yang beranggapan bahawa
faktor infrastruktur sekolah yang menyebabkan sukar untuk mewujudkan bilik operasi
PBS. Walau bagaimanapun 90% daripada guru dan staf pelaksana pula tidak bersetuju
kewujudan bilik operasi PBS dianggap tidak penting dan masalah pengumpulan data
tidak dianggap berkait rapat dengan kecuaian. Selain itu, 80% responden juga tidak
bersetuju dengan pernyataan data tidak diurus dengan baik disamping 65% yang
beranggapan kewujudan bilik operasi PBS akan meningkat beban kerja mereka. Walau
bagaimanapun, lebih 90% daripada responden bersetuju dengan pengaruh ketepatan
data dalam mempengaruhi keberkesanan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah
dan bersetuju untuk mewujudkan bilik operasi PBS di SK Bawang Tian Matu.
Berdasarkan kepada dapatan soal selidik ringkas seperti jadual 2.1 di sebelah, maka
amat sesuailah usaha mewujudkan sebuah bilik operasi PBS di sekolah.

Jadual 2.1 Keputusan Analisis Soal Selidik

21
Peratus Peratus
No
Item Ya Tidak
Item
(%) (%)
Adakah anda berpuas hati dengan proses
1 penyimpanan data-data peribadi murid dan 25 75
warga sekolah?
Adakah anda berpuas hati dengan proses
2 penyimpanan data-data akademik dan 15 85
kokurikulum murid di sekolah?
Adakah anda bersetuju bahawa faktor
3 infrastruktur sekolah menyebabkan tidak 60 40
wujud bilik khas untuk operasi PBS?
Adakah kewujudan bilik operasi PBS dianggap
4 10 90
tidak penting di sekolah?
Adakah mewujudkan bilik PBS akan
5 meningkatkan beban kerja guru-guru dan staf 65 35
pelaksana?
Adakah masalah pengumpulan data-data di
6 10 90
sekolah hanya disebabkan kecuaian?
Adakah data-data yang berkaitan dengan
7 20 80
warga sekolah tidak diurus dengan baik?
Adakah data-data yang tepat akan
8 mempengaruhi keberkesanan program yang 90 10
dianjurkan oleh sekolah?
Adakah anda bersetuju untuk mewujudkan
9 satu sistem penyimpanan data-data yang 95 5
berkaitan di sekolah?
Adakah anda bersetuju untuk usaha
10 90 10
mewujudkan bilik operasi PBS di sekolah?

2.5 Keadaan yang Dikehendaki


Usaha yang berterusan melalui pendekatan dan strategi pengurusan data-data yang
berkaitan khususnya pencapaian akademik dan kurikulum murid di sekolah jelas
memerlukan kewujudan sebuah bilik operasi PBS yang diterima pakai oleh semua
warga sekolah. Dalam konteks penambahbaikan sekolah, pengurusan data secara
sistematik melalui penyimpanan maklumat dalam sistem fail yang disusun di setiap rak
berasingan dalam sebuah bilik khas amat penting. Ia adalah selaras dengan anjakan
dalam proses menilai murid disamping sebagai usaha mewujudkan budaya sekolah
cemerlang di SK Bawang Tian, Matu.

22
Antara beberapa keadaan yang dikehendaki berlaku di SK Bawang Tian, Matu
adalah seperti berikut:

i. Pengurusan data-data yang berkaitan dengan akademik dan


kurikulum murid secara sistematik.

ii. Ketepatan dan ketelusan data dapat dijamin.

iii. Data-data dalam tahun-tahun terkini mudah untuk diakses jika


diperlukan.

iv. Data-data yang ada dapat dijadikan asas dalam meningkatkan


pencapaian murid di sekolah.

v. Data-data yang disimpan di bilik operasi PBS merangkumi


keseluruhan aspek dalam kontek Pentaksiran Berasaskan
Sekolah.

vi. Mewujudkan sebuah bilik khas untuk menyimpan, mengurus


dan mengakses data-data penting murid.

vii. Membuat penambahbaikan terhadap prosedur pengurusan data


di sekolah.

viii. Membuat klafikasi yang betul terhadap program bilik operasi


PBS dalam usaha meningkatkan kecemerlangan murid.

23
2.6 Perbandingan Keadaan Sebenar dan Keadaan yang dikehendaki
Berdasarkan soal selidik dan pemerhatian di sekolah, pengurusan data-data di SK
Bawang Tian, Matu boleh dipertingkatkan lagi melalui usaha mewujudkan prosedur
yang sesuai. Jadual 2.2 menunjukkan perbandingan tersebut:

Jadual 2.2 Perbandingan keadaan Sebenar dan Keadaan Dikehendaki


Keadaan Sebenar di Sekolah Keadaan Dikehendaki di Sekolah
Pengurusan data-data yang Pengurusan data-data yang berkaitan
berkaitan dengan akademik dan dengan akademik dan kurikulum
kurikulum murid tidak sistematik. murid secara sistematik.

Ketepatan dan ketelusan data dapat


Ketepatan dan ketelusan data tidak
dijamin
dijamin
Data-data dalam tahun-tahun terkini
Data-data dalam tahun-tahun terkini mudah untuk diakses jika
sukar untuk diakses diperlukan.

Data-data yang ada dapat dijadikan


Data tidak dapat dijadikan asas asas dalam meningkatkan
rujukan pencapaian murid di sekolah.

Data-data yang disimpan di bilik


operasi PBS merangkumi
Penyimpanan data mengikut jenis
keseluruhan aspek dalam kontek
di tempat yang berbeza
Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Mewujudkan sebuah bilik khas


Tidak ada bilik khas untuk
untuk menyimpan, mengurus dan
menyimpan, mengurus dan
mengakses data-data penting murid.
mengakses data
Membuat penambahbaikan terhadap
Tidak membuat penambahbaikan
prosedur pengurusan data di
prosedur pengurusan data di
sekolah.
sekolah
Membuat klasifikasi yang betul
Tidak membuat klasifikasi yang terhadap program bilik operasi PBS
betul terhadap program bilik dalam usaha meningkatkan
operasi PBS kecemerlangan murid.

24
2.7 Relevan Projek Dari Segi Masa, Keadaan, Kos dan Sumber
Projek “Bilik Operasi PBS SK Bawang Tian, Matu” yang dilaksanakan sebagai Projek
Sandaran adalah bersesuaian dengan situasi yang wujud di sekolah. Kesesuaian ini
berasaskan kepada bilangan warga SK Bawang Tian, Matu yang ramai dan keperluan
mengurus data secara sistematik adalah amat penting. Bilangan murid yang ramai
memerlukan prosedur penyimpanan dan pengurusan data yang sistematik dan diterima
pakai oleh semua warga sekolah selagi tidak bercanggah dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selain itu, projek ini juga relevan kerana melibatkan guru dan warga sekolah
dalam usaha menyediakan data-data penting prestasi murid di samping data-data lain
yang berkaitan dengan warga sekolah. Malahan bilik operasi tersebut akan dijadikan
“one stop centre” untuk mengumpul data-data prestasi murid dan data-data lain yang
berkaitan dengan warga sekolah. Data tersebut amat penting dalam menilai prestasi
murid dan penting dalam merangka program yang berkaitan dengan perancangan
strategik sekolah. Walau bagaimanapun, tempoh waktu 6 minggu pelaksanaan adalah
masa yang sukar untuk menjayakan program ini dalam erti kata yang sepenuhnya.
Kejayaan utama berdasarkan masa ini adalah merujuk kepada usaha mewujudkan bilik
operasi yang kemudiannya menjadi asas kukuh kepada pelaksanaan jangka panjang di
sekolah.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan program berdasarkan keadaan semasa


sekolah adalah amat penting dan ianya akan menjadi asas penting dalam pembangunan
dan perancangan strategik sekolah di masa hadapan. Jadual 2.3 di sebelah menunjukkan
proses secara keseluruhan yang melibatkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam
tempoh sepanjang tahun.

25
Jadual 2.3 Tempoh Masa Pelaksanaan PBS di Sekolah
BIL PERKARA TEMPOH TINDAKAN

Guru besar/
1 Perlantikan AJK PBS Januari
GPKK
15 Januari
16 April Guru besar/
2 Mesyuarat Jawatankuasa PBS
02 Julai GPKK/ SU
29 Oktober
Guru Mata
3 Tempoh Pelaksanaan PBS Jan- Nov
Pelajaran
Guru Mata
4 Tempoh Pelaksanaan PS Jan- Nov
Pelajaran
5 Aktiviti Penjamin Kualiti
5.1 Pementoran Sepanjang
5.2 Pemantauan Tahun
SU & AJK 4P
5.3 Penyelarasan Mengikut
Keperluan
6 Tempoh Pelaksanaan PAJSK
6.1 SEGAK Dan BMI Semester 1 Jan- Mac
GPKKK/
6.2 SEGAK Dan BMI Semester 2 Jun- Ogos
Guru PJK/
6.3 Sepanjang
Kokurikulum Dan Ekstrakurikulum Guru Terlibat
Tahun
7 Tempoh Pelaksanaan PPSI:
7.1 GPKHEM/
Guru
Tahun 3 (UAA) Oktober
Bimbingan &
Kaunseling
Pembinaan Instrumen Sepanjang Guru Mata
8
Tahun Pelajaran
Pelapor Dan Cetakan PS 18 – 22 Mei GPKK/ SU/
9 02- 06 Gurumata
November Pelajaran

Seterusnya dari aspek kos dan sumber projek bilik operasi ini adalah mudah dan
menekan konsep kitar semula bahan terpakai dan menggunakan bahan-bahan yang ada
di sekolah. Jadual 2.4 dan 2.5 di sebelah adalah rumusan ringkas tentang aspek kos dan
sumber projek bilik operasi PBS ini.

26
Jadual 2.4 Proses dan Sumber Pelaksanaan Bilik Operasi PBS
Bil Tarikh Perkara Catatan
1 28 April 2015 Perbincangan bersama Guru besar dan
Wakil PPD Daro
2 1 Mei 2015 Perancangan kos dan pihak terlibat
3 5 Mei 2015 Merangka struktur asas bilik operasi PBS
4 10 Mei Pembinaan bilik operasi Bantuan PIBG
Sehingga dan pekerja
22 Mei Swasta
5 2015 Usaha melengkapkan maklumat fail, Melibatkan guru
mengumpul data berkaitan dan menghias dari setiap panitia
bilik operasi
6 23 Mei 2015 Perbincangan
7 25 Mei Laporan Projek
Sehingga
8 Jun
2015
8 8 Jun 2015 Penghantaran Laporan Akhir

Jadual 2.5 Kos Pembinaan Bilik Operasi PBS SK Bawang Tian


Bil Bahan Sumber Jumlah
1 Papan 1 x 6 Bahan guna semula & bantuan 80 Keping
2 Papan 2 x 2 PIBG 100 Keping
3 Paku Derma Individu 5 Kotak
4 Cat 5 Tin
5 Berus Cat 5
6 Playwood 4 x 4 50 Keping
7 Paywood Tebal 4 x 8 10 Keping
8 Fail Derma PIBG dan Bantuan PPD 120 Buah
Daro
9 Pasu Bunga Derma PIBG 4 Buah

27
Gambar 2.1 dan 2.2 berikut menunjukkan perubahan yang berlaku dalam proses
menghasilkan bilik operasi PBS dalam projek sandaran ini. Keadaan infrastruktur
sekolah yang ada tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk meletakkan data-data
penting prestasi murid di tempat yang sukar diakses.

Gambar 1.1 Bilik Operasi PBS Semasa Minggu 1

Gambar 2.2 Bilik Operasi PBS Minggu Ke-8

28
2.8 Penutup
Sokongan dan penglibatan warga sekolah dalam pelaksanaan projek bilik operasi PBS
ini adalah banyak membantu. Guru besar SK Bawang Tian, Matu telah memperuntukan
sebuah bilik khas untuk dibangunkan sebagai bilik operasi yang telah dirancang. Bilik
yang dipilih ini amat bersesuaian dengan usaha untuk menjadikan bilik operasi PBS
sebagai “one stop centre” berdasarkan lokasi bilik yang berdekatan dengan bilik
pentadbiran dan selamat dari aspek penyimpanan data sekolah.

Selain itu, pihak pengurusan sekolah telah memaklumkan kepada semua guru
tentang projek ini dan menggalakkan semua guru dan staf terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung. Guru besar telah memberikan mandat sepenuhnya kepada
saya untuk melaksana dan mengurus projek ini sepenuhnya. Beliau turut melibatkan
beberapa orang guru dan pihak PIBG yang berkemahiran dalam aspek pertukangan
untuk terlibat secara langsung. Malahan guru besar turut menyediakan bahan-bahan
terpakai dan sedia ada di sekolah seperti cat, papan, pasu bunga dan sebagainya untuk
digunakan secara langsung dalam projek pembinaan bilik operasi ini.

29
BAB 3

KAJIAN LITERATUR

Bab ini akan membentangkan tentang pendekatan teori dan juga tulisan dan kajian lepas
yang berkaitan dengan pengurusan sekolah secara umum. Kajian-kajian lepas berkaitan
pengurusan penilaian berasaskan sekolah juga akan dilaksanakan. Kajian-kajian ini
menjadi panduan untuk menjayakan projek “Bilik Operasi Penilaian Berasaskan
Sekolah” SK Bawang Tian ini.

3.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ialah proses mengumpul data murid serta
perkembangannya secara berterusan melalui penilaian formatif atau sumatif dan juga
aktiviti yang melibatkan pembentukan sahsiah individu seperti kegiatan kokurikulum,
ko-akademik, latihan amali solat dan sebagainya. Sebelum adanya Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR 2011), sistem pendidikan negara lebih menekankan kepada
penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang terkandung di dalam
kurikulum KBSR dan juga KBSM. Selain dari itu, proses P&P guru lebih menjuruskan
kepada peperiksaan berbanding melihat perkembangan pelajar melalui aktiviti
sampingan selain dari bidang akademik. Berikut merupakan aspek-aspek penting dalam
PBS di sekolah:

i. Pentaksiran Sekolah
ii. Pentaksiran Pusat
iii. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
iv. Pentaksiran Psikometrik

30
3.2 Mengenal Pasti Masalah
Berdasarkan pemerhatian di sekolah yang menjadi tempat penandaarasan iaitu SK
Nangar, kewujudan satu sistem yang mengurus data-data prestasi murid secara
sistematik memudahkan banyak pihak. Oleh yang demikian, projek mewujudkan bilik
operasi PBS di SK Bawang Tian, Matu amat penting. Hal ini dapat diperhatikan melalui
masalah-masalah yang dihadapi oleh para guru untuk mendapatkan dan menggunakan
data yang penting dalam masa yang singkat. Berdasarkan situasi ini, saya telah
mengambil langkah mudah mengumpul data melalui melalui temubual dan saya
mendapati bahawa bilik operasi PBS di SK Bawang Tian, tidak dapat diwujudkan
kerana masalah kekurang infrastruktur dan kekangan kewangan sekolah. Walau
bagaimanapun, permasalahan yang wujud di sekolah boleh diatasi melalui perancangan
dan pelaksanaan program yang boleh meningkatkan perpaduan dalam diri warga
sekolah. Ia lebih mementingkan semangat dan kreativiti berbanding kekangan
infrastruktur dan kewangan.

3.3 Kajian-Kajian Lepas


Menurut Othman (2001), perbincangan kajian lepas adalah bersandarkan kepada
pendekatan teori yang digunakan bagi kajian yang akan dijalankan. Selain itu, kajian
lepas juga dapat memberi banyak maklumat tentang reka bentuk kajian, responden
kajian, dan instrumen kajian yang digunakan untuk mengukur persoalan kajian. Selain
itu, pengkaji turut memperjelaskan tentang definisi konsep yang berkaitan dengan
kajian mereka dan semua aspek di atas membolehkan pengkaji mengetahui tentang isu
kesesuaian kajian mereka berdasarkan informasi-informasi kajian lepas.

Dalam Kajian Yusof dan Mohd Musa (2009) terhadap 57 orang Guru Besar
semua sekolah aliran kebangsaan di daerah Kota Tinggi, Johor menunjukkan bahawa
mereka telah memahami PBS pada tahap tinggi. Malahan para Guru Besar yang
dijadikan responden kajian turut memberi sokongan yang tinggi terhadap pelaksanaan
PBS di sekolah. Oleh yang demikian, kebanyakkan guru besar di sekolah mempunyai
komitmen yang tinggi dalam usaha merealisasikan proses anjakan dalam penilaian
pelajar di sekolah ini. Maka pemimpin yang komited akan mampu memberi natijah
yang positif dalam organisasi melalui perubahan-perubahan yang berlaku secara
langsung dan tidak langsung. Malahan selepas melalui temubual ringkas dengan guru

31
besar SK Bawang Tian, Matu, saya melihat beliau mempunyai pemahaman dan
sokongan yang tinggi terhadap pelaksanaan PBS. Oleh itu, kejayaan apa sahaja program
berkaitan PBS amat bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang berterusan
daripada semua pihak demi menjaga integriti negara di mata dunia.

Seterusnya dalam kajian Nor Azni et. al. (2012) pula menunjukkan bahawa
pengetua sebagai pemimpin instruksional adalah merupakan agen perubahan yang perlu
menyediakan iklim sekolah yang kondusif bagi melaksanakan PBS di sekolah.
Pemimpin sekolah yang berfikiran befikiran strategik akan mampu untuk kekal di
hadapan pesaingnya dan mampu menjadi penandaarasan kepada kumpulan yang
dipimpin dalam organisasi. Oleh yang demikian, projek membina dan mengurus bilik
operasi PBS SK Bawang Tian ini amat penting dalam melihat sudut pandangan guru
besar dalam usaha menterjemahkan kepentingan PBS di sekolah. Projek bilik operasi
PBS ini menunjukkan guru besar berfikir secara strategik demi keakuran data-data
prestasi murid. Walaupun projek ini mempunyai banyak kekangan, tetapi gaya
kepimpinan guru besar berjaya menjadikan projek ini realiti.

Pengurusan strategik melalui semangat kerja berpasukan, memotivasikan staf


dan menjalinkan kemesraan di antara semua staf melalui wujudnya pemahaman yang
jelas tentang matlamat, arah tujuan yang satu, arahan kerja yang jelas, hasil yang
diinginkan jelas, dan mengambilkira semua aspek dalam pelaksanaan termasuk nilai-
nilai kemanusiaan yang menjadi pegangan. Aspek ini berpadanan dalam kajian Mazlini
dan Noorfazelawati (2014) terhadap guru-guru matematik di daerah Raub, Pahang.
Kajian menunjukkan bahawa amalan PBS adalah amat positif dalam kalangan
responden kajian. Malahan kefahaman para guru terhadap konsep PBS tidak
bergantung kepada pengalaman mengajar guru terlibat. Ini menunjukkan bahawa ramai
guru mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pelaksanaan PBS dan usaha
mewujudkan bilik operasi PBS adalah sebagai asas penting melibatkan para guru dalam
proses menjayakan PBS ini.

32
Seterusnya dalam kajian Mohamad Johdi, Abdul Razaq dan Ahmad Rafaai
(2009) menunjukkan bahawa terdapat banyak aspek pro dan kontra melalui elemen
"perolehan dan pencapaian" pelajar dalam aspek kerja kursus sejarah melalui PBS di
peringkat menengah rendah. Walau bagaimanapun, kajian tersebut turut memberikan
pandangan yang positif terhadap pengurusan PBS yang lebih berasaskan kemahiran
murid. Oleh itu, pendedahan konsep PBS di peringkat sekolah rendah lagi adalah amat
penting dalam usaha menjayakan matlamat PBS di sekolah. Walau bagaimanapun,
pengurusan strategik akan membantu pemilihan keputusan yang tepat dan berkualiti.
Usaha yang berkaitan dengan PBS ini seharusnya perlu diteruskan supaya selaras
dengan perkembangan sistem pendidikan negara.

Menurut Noraini dan Suhaida (2013) pula, PBS adalah bentuk pendidikan masa
hadapan yang juga berupa ucapan selamat tinggal kepada orientasi peperiksaan.
Malahan pelaksanaan PBS mengikut acuan Malaysia adalah bukti sistem pendidikan
dan pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan. Oleh yang demikian, pemimpin
pendidikan perlu peka kepada perubahan dan berusaha membawa perubahan dalam
cara melaksana dan mengurus data PBS di sekolah. Malahan Bruce dan Langdon
(2000), juga telah menyatakan 5 kelebihan apabila pemimpin memiliki pemikiran
strategik iaitu menyeimbangkan keperluan semasa dan jangka panjang, mampu
mengesan masalah dan peluang untuk membaiki kelemahan, tenang walaupun
mendapat masalah luar jangka, mampu berkomunikasi dengan berkesan serta bersama-
sama organisasi sebagai satu pasukan. Projek pembinaan bilik operasi PBS ini memberi
peluang kepada semua pihak di SK Bawang Tian, untuk melibatkan diri dalam anjakan
sistem penilaian negara.

Seterusnya menurut Suah See Ling, Ong Saw Lan dn Shuki (2009) pula,
kebanyakkan guru-guru sekolah memperolehi pengetahuan tentang pentaksiran PBS
daripada kursus-kursusdalam perkhidmatan disamping memperolehi pengetahuan
dadipada guru-guru lain. Oleh yang demikian, projek seperti pembinaan bilik operasi
PBS ini mampu memberi banyak pendedahan kepada semua guru tentang bagaiama
PBS dilaksanakan di peringkat sekolah. Malahan secara langsung, data-data yang
berkaitan dengan pencapaian akademik pelajar dapat disimpan dan diakses dengan
mudah di bilik operasi PBS ini jika diperlukan.

33
BAB 4

PERANCANGAN STRATGEIK

Dalam bab ini, perbincangan tentang Analisis SWOT, TOWS Matriks, Pemilihan
Strategi, Pelan Tindakan dan Kertas Kerja akan difokuskan. Pemilihan program
penyediaan “Bilik Operasi Penilaian Berasaskan Sekolah” SK Bawang Tian ini telah
dipilih berdasarkan penilaian-penilaian khusus.

4.1 Perancangan Awal


Berdasarkan pemerhatian saya terhadap pengurusan data-data prestasi pelajar di SK
Bawang Tian, banyak perbezaan dalam aspek cara mengurus dan menyimpan data
tersebut jika dibandingkan dengan SK Nangar yang telah menjadi tempat saya
berkhidmat 5 tahun lepas. Malahan terhadap situasi yang menyebabkan guru-guru baru
sering terkapai-kapai untuk mendapatkan prestasi sebenar murid mereka pada
khususnya pada awal tahun. Ini menyebabkan guru sering menggunakan masa yang
terluang mereka untuk mengumpul semula data-data yang berkaitan dengan prestasi
murid setiap kali data tersebut diperlukan. Peranan guru data dan setiausaha
peperiksaan tidak mampu menangani isu tersebut sekiranya melibatkan jumlah data
yang banyak dan guru yang terlibat memerlukan data secepatnya.

Oleh yang demikian, data-data yang berkaitan dengan prestasi murid sukar
untuk dikesan semasa guru memerlukannya. Ini adalah disebabkan oleh kekangan masa
dan pengurusan data yang tidak memberi kemudahan kepada semua guru dan mana-
mana pihak yang memerlukan data tersebut secara khusus. Berdasarkan pemerhatian
dan perbandingan dengan situasi di SK Nangar, saya melihat situasi di SK Bawang Tian
sebagai satu situasi yang kritikal walaupun ianya tidak berlaku dalam kekerapan yang
nyata. Guru sering terumbang ambing pada awal tahun apabila melibatkan prestasi
murid-murid baru mereka. Malahan keadaan ini menjejaskan proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah secara tidak langsung.

34
Melalui perbincangan dalam mesyuarat staf 1 SK Bawang Tian Matu tahun
2015, saya telah mencadangkan penyediaan sebuah bilik khas yang boleh menangani
situasi tersebut. Apabila diajukan tentang peranan yang boleh dimainkan oleh bilik
operasi PBS di sekolah, ramai dalam kalangan guru termasuk Guru besar berminat
untuk menjadikan bilik tersebut realiti di SK Bawang Tian. Melalui kewujudan bilik
operasi PBS yang sistematik, masalah ketidakcapaian guru terhadap data-data prestasi
semasa murid mereka akan dapat diatasi dalam jangka masa beberapa bulan.

Oleh yang demikian, sebagai usaha menyediakan laporan projek bilik operasi
PBS ini, saya telah berusaha untuk merancang, melaksana, dan menilai perkembangan
proses tersebut. Segala amalan dan sikap profesional guru SK Bawang Tian,
penglibatan pihak PIBG dan PPD Daro menjadi intipati penting dalam menjayakan
proses pembinaan sehinggalah bilik ini dapat dapat beroperasi dalam tempah 6 minggu
projek ini dilaksanakan.

4.2 Analisis SWOT


Berpandukan keadaan semasa yang telah dijelaskan, analisis SWOT telah digunakan
dalam sesi perbincangan dengan Guru besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong
Kanan Kokurikulum dan semua Ketua Panitia selepas sesi mesyuarat staf 1. Analisis
SWOT ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kekuatan, kelemahan,
cabaran dan peluang yang terdapat di SK Bawang Tian dalam usaha mewujudkan bilik
operasi PBS. Melalui perbincangan bersama barisan pentadbir sekolah dan wakil
daripada pihak PIBG sekolah, beberapa analisis mudah dapat dilaksanakan. Jadual 4.1
di sebelah menunjukkan perkara ini.

35
Jadual 4.1 Analisis SWOT Projek “Bilik Operasi Penilaian Berasaskan Sekolah”
Kekuatan (Strenght) Kelemahan (Weakness)
S1. SK Bawang Tian mempunyai W1. Kekangan masa untuk membina
bilangan murid dan staf yang dan menyediakan bahan bilik
teramai di bawah PPD Daro operasi
S2. Semua data-data prestasi murid W2. Kekangan kos yang tinggi dalam
disimpan oleh pihak sekolah penyediaan fail, rak dan
S3. Ramai guru bermotiavsi tinggi pendawaian bilik
untuk melibatkan diri W3. Kekurangan bahan-bahan yang
S4. Terdapat beberapa orang guru diperlukan untuk menyediakan
yang berpengalaman dalam peralatan
pengurusan bilik-bilik khas W4. Pihak sekolah tidak mempunyai
S5. Beberapa bilik boleh diubahsuai kewangan khas untuk
menjadi bilik operasi PBS di menyediakan bilik operasi PBS
sekolah
Peluang (Opportunities) Cabaran (Challenge)
O1. Pihak PIBG sekolah melalui YDP C1. Kawasan sekolah yang sering
PIBG memberikan sokongan dilanda banjir pada musim
dalam bentuk penyediaan bahan tengkujuh
dan tenaga kerja C2. Ada ibu bapa yang tidak
O2. Pihak PPD Daro memberikan menyokong projek bilik PBS
sokongan dalam projek pembinaan melalui surat layang
bilik operasi PBS ini.
O3. Pihak SK Nangar yang terlibat
dalam program penandaarasan
memberikan panduan dan
sokongan
O4. Sokongan kewangan daripada
beberapa orang ibu bapa pelajar
yang berkemampuan

36
4.3 TOWS Matriks
Berdasarkan kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang telah dibina, satu
penjanaan strategi yang menggunakan TOWS Matriks telah digunakan untuk
menanganinya. Strategi yang dijana melalui TOW Matriks ini akan digunakan dalam
proses pembinaan sehinggalah bilik operasi PBS ini berfungsi sepenuhnya di SK
Bawang Tian, Matu. Jadual 4.2 di bawah menunjukkan penjanaan strategi yang telah
dibuat dalam projek ini.

Jadual 4.2 : TOWS Matriks Projek “Bilik Operasi Penilaian Berasaskan Sekolah”

DALAMAN KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)


S1 S2 S3 S4 W1 W2 W3 W4

LUARAN

S1 + O1 W2 + O1

PELUANG (O) Melantik satu jawatankuasa Menggunakan konsep kitar


O1 O2 O3 khas menjayakan projek semula dan penggunaan
pembinaan bilik operasi PBS bahan terpakai untuk bilik
sekolah operasi PBS

S3 + W2 O3 + C1

CABARAN (C) Mewujudkan jawatankuasa Bekerjasama dengan SK


C1 C2 C3 pengurusan khas selepas bilik Nangar dalam penyediaan
operasi berfungsi pelan jawatankuasa bilik
operasi PBS

37
Secara keseluruhannya, Jadual 4.2 di sebelah menunjukkan empat strategi yang telah
dijana dalam proses melaksana dan mengurus projek bilik operasi PBS ini. Empat
strategi ini dirumuskan dalam Jadual 4.3 di bawah.

Jadual 4.3 Senarai Strategi yang Dijana Melalui TOWS Matriks


Bil Kod Strategi Strategi
1 Strategi SO Melantik satu jawatankuasa khas menjayakan
S1 + O1 projek pembinaan bilik operasi PBS sekolah
2 Strategi WO Menggunakan konsep kitar semula dan penggunaan
bahan terpakai untuk bilik operasi PBS
W2 + O1
3 Strategi SW Mewujudkan jawatankuasa pengurusan khas
S3 + W2 selepas bilik operasi berfungsi
4 Strategi OC Bekerjasama dengan SK Nangar dalam penyediaan
O3 + C1 pelan jawatankuasa bilik operasi PBS

4.4 Analisis Pemilihan Strategi / Matriks Ranking


Bagi memilih strategi mana yang paling sesuai bagi pelaksanaan program “Bilik
Operasi PBS SK Bawang Tian ini, tujuh kriteria pemilihan telah dikenal pasti untuk
digunakan. Kriteria ini adalah seperti berikut:

i. Tahap kesukaran proses kerja.


ii. Kompetensi staf yang bertanggungjawab
iii. Sumber kewangan dan kos pembiayaan terlibat
iv. Kemudahan infrastruktur dan peralatan
v. Andaian hasil yang dijangkakan / impaknya untuk mencapai
objektif,
vi. Rekod keberkesanan yang lepas
vii. Kesesuaian dengan persekitaran terkini sekolah

38
Satu borang ringkas telah disediakan dan diedarkan kepada 10 orang guru untuk
mendapatkan analisis pemilihan yang paling tepat berdasarkan pendapat mereka. Hal
ini adalah disebabkan guru yang terpilih adalah dalam kalangan pentadbir sekolah dan
berpengalaman dalam pengurusan dari peringkat penitia hinggalah keperingkat
tertinggi di sekolah. Mereka diminta mencatatkan skor 1, 2, 3, 4 atau 5 dalam borang
yang disediakan berdasarkan skala yang telah ditetapkan seperti Jadual 4.4 di bawah
ini.

Jadual 4.4: Skor dan Interpretasinya bagi Penentuan Strategi

SKOR INTERPRETASI SKOR


1 Sangat sukar / Sangat sedikit / Sangat tidak sesuai / Sangat
tidak mencukupi

2 Sukar / Sedikit / Tidak sesuai / Tidak mencukupi

3 Sederhana

4 Mudah / Banyak / Sesuai / Mencukupi

5 Sangat senang / Sangat banyak / Sangat sesuai / Sangat


Mencukupi

Selepas semua skor analisis pemilihan strategi diperoleh, nilai min (purata) bagi
kriteria pemilihan dihitung untuk setiap strategi. Contohnya bagi tahap kesukaran
proses kerja bagi Strategi 1, 10 guru memberikan skor 3, 5, 4, 4, 5, 3, 4, 4, 5 dan 4.
Apabila min dihitung, nilainya adalah (3 + 5 + 4 + 4 + 5 + 3 + 4 + 4 + 5 +4 ) / 10 = 38
/ 10 = 3.8. Nilai min keseluruhannya boleh dilihat dalam Jadual 4.5 di sebelah dan
jumlah skor bagi setiap strategi dihitung dan dianalisis kesukarannya.

39
Jadual 4.5: Skor bagi Kriteria Pemilihan Setiap Strategi

Strategi Strategi Strategi Strategi


KRITERIA
1 2 3 4
PEMILIHAN
S1 + O1 W2 + O1 S3 + W2 O3 + C1
Tahap kesukaran proses
4.3 4.3 3.8 3.4
kerja
Kompentesi staf yang
3.4 3.6 3.1 3
bertanggungjawab
Sumber kewangan dan kos
2.7 4.2 2.9 2.4
pembiayaan terlibat
Kemudahan infrastuktur dan
2.2 3.4 2.6 2
peralatan
Andaian hasil yang
dijangkakan/impaknya 3.6 3.6 3.2 3.2
untuk mencapai objektif
Rekod keberkesanan yang
2.9 3.5 3.5 2.6
lepas
Kesesuaian dengan
2.8 3.4 3.3 2.5
persekitaran terkini
JUMLAH SKOR 21.9 26 22.4 19.1

KEPUTUSAN 3 1 2 4

Seterusnya, strategi dengan skornya disusun berdasarkan keutamaan seperti


yang ditunjukkan dalam Jadual 4.6 di sebelah. Strategi yang mendapat skor paling
tinggi diletakkan pada ranking yang pertama. Manakala strategi dengan skor yang
paling rendah diletakkan pada ranking yang paling bawah. Strategi dengan skor paling
tinggi diberikan keutamaan untuk dilaksanakan dalam program bilik operasi khas PBS
SK Bawang Tian Matu.

40
Jadual 4.6 Keutamaan Strategi Berdasarkan Skor Tertinggi

Keutamaan Kod Strategi Strategi


1 Strategi WO Menggunakan konsep kitar semula dan
penggunaan bahan terpakai untuk bilik
W2 + O1
operasi PBS
2 Strategi SW Mewujudkan jawatankuasa pengurusan khas
S3 + W2 selepas bilik operasi berfungsi
3 Strategi SO Melantik satu jawatankuasa khas
S1 + O1 menjayakan projek pembinaan bilik operasi
PBS sekolah
4 Strategi OC Bekerjasama dengan SK Nangar dalam
O3 + C1 penyediaan pelan jawatankuasa bilik operasi
PBS

4.5 Pelan Strategik


Melalui matriks ranking di atas, strategik yang telah dipilih adalah: Menggunakan
konsep kitar semula dan penggunaan bahan terpakai untuk bilik operasi PBS.
Berdasarkan strategi yang telah dipilih tersebut, pelan strategik dapat dirangka sebagai
sasaran program. Pelan strategik dapat dilihat dalam jadual 4.7 berikut:

41
Jadual 4.7: Pelan Strategik Bilik Operasi PBS SK Bawang Tian Matu
Bidang
Pengurusan kurikulum
Strategik
Isu Pengurusan data untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Strategik
Matlamat
Menyimpan dan mengurus data-data prestasi murid
Strategik
Mengumpul, menyimpan dan mengurus data 5 tahun terkini setiap
KPI
murid
Objektif
Mewujudkan bilik operasi PBS SK Bawang Tian
Khusus
KPI Setiap Panitia Mengumpul dan Mengurus Data
i. Menggunakan konsep kitar semula dan penggunaan bahan
Strategi terpakai untuk bilik operasi PBS
ii. Mewujudkan jawatankuasa pengurusan khas selepas bilik operasi
Pelaksanaan
berfungsi

TOV Sebelum Selepas Inisiatif Tanggungjawab


Menggunakan i. Penolong Kanan
100% data konsep kitar
Data disimpan Kurikulum
Data sukar dapat semula dan
berdasarkan penggunaan ii. Ketua Panitia
untuk diakses disimpan bahan terpakai
jawatan guru iii. Setiausaha
dan diakses untuk bilik
operasi PBS Peperiksaan

42
BAB 5

PELAKSANAAN PROJEK

Pelaksanaan pelan tindakan yang telah dirancang dan disediakan dalam projek “Bilik
Operasi Penilaian Berasaskan Sekolah” SK Bawang Tian ini adalah merangkumi aspek
pemantauan dan pelaksanannya. Kesesuaian adalah selaras dengan keperluan dan masa
yang digunakan dalam pelaksanaan projek ini.

5.1 Jawatankuasa Projek


Bagi menjayakan pelaksanaan projek bilik operasi PBS ini, satu jawatankuasa yang
melibatkan pihak PPD dan PIBG telah dirangka. Walau bagaimanapun, asas kepada
jawatankuasa ini adalah diperingkat SK Bawang Tian sendiri dan jawatankuasa projek
ini telah dirangka dan dipersetujui dalam mesyuarat antara guru besar, wakil pihak PPD,
YDP PIBG dan semua warga sekolah. Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa
Pelaksanaan dan Pengurusan Bilik Operasi PBS SK Bawang Tian telah ditubuhkan.
Tujuan penubuhan adalah untuk memastikan pelaksanaan dan pengurusan projek
berjalan lancar dengan merancang, memantau dan menilai pelaksanaannya.
Jawatankuasa yang telah dibentuk adalah seperti di sebelah:

43
JAWATANKUASA PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN
BILIK OPERASI PBS SK BAWANG TIAN

Pengerusi : En. Median Bin Saidi

Naib Pengerusi : 1. Pn. Norlia Bt Sidek


2. En. Ahmad Zaidi Bin Deni

Setiausaha : En.Safuan Bin Che Osman

Penyelaras Projek : 1. En. Noh Bin Abol Kassim

AJK : En. Surmandy Bin Suot


En. Mohd Norizan Bin Mohamad
Pn. Siti Zubaidah Binti Madil
En. Mohd Akmal Bin Md Bashir
Semua Guru Panitia
Semua Exco PIBG

44
5.2 Kertas Kerja Program

KERTAS KERJA

MEWUJUDKAN BILIK OPERASI PENTAKSIRAN BERASASKAN


SEKOLAH (PBS)

2015

1.0 Pendahuluan
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang,
ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah,
Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan
Pentaksiran Psikometrik.

2.0 Matlamat
Kemudahan fizikal merupakan satu aspek penting untuk menjalankan aktiviti berkaitan
PBS. Setiap sekolah perlu menyediakan sebuah bilik khas untuk menjalankan operasi
yang melibatkan PBS. Fail, Rekod dan Dokumentasi adalah merupakan pengesanan
kepada keberkesanan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Oleh itu, fail,
rekod dan dokumentasi aktiviti-aktivti perlulah diurus dan disimpan dengan sempurna
dan mudah dikesan bila diperlukan.

Penubuhan Bilik Operasi PBS lebih fokus kepada penyebaran maklumat


berhubung dengan PBS. Bilik operasi tersebut akan digunakan sebagai pusat
pengumpulan evidens, pusat pendokumentasian bahan PBS dan fail-fail yang berkaitan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

45
Selain daripada itu, bilik operasi yang berkesan juga haruslah mempunyai
bahan-bahan rujukan seperti buku, risalah dan bahan maklumat yang lain. Secara tidak
langsung ia bertindak sebagai ”one stop centre” bagi melaksanakan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah.

3.0 Objektif
3.1 Memberi ruang dan keselesaan kepada guru-guru semasa
menyempurnakan evidens pelajar.
3.2 Tempat penyimpanan Fail Perkembangan Murid
3.3 Menyimpan Dokumen Standard Prestasi bagi setiap mata
pelajaran
3.4 Menyimpan Fail Induk Pengurusan PBS.
3.5 Tempat menyebaran maklumat mengenai PBS.

4.0 Anggaran Perbelanjaan Yang Diperlukan


Bil Perkara Kuantiti/Saiz Kos (Rm)
1. Skirting meja 7 meter 80.00
2. Tikar Getah Alas Meja 3 meter 30.00
Langsir
 Kain Langsir 36 meter
3. 430.00
 Railing 20 meter
 Ropol 40 meter
4. Laminate maklumat-maklumat PBS 100.00
Dokumentasi DSP setiap mata
5. 15 buah 100.00
pelajaran
6. Buku log 3 buah 30.00
7. Papan tanda bilik 1 unit 100.00
8. Kunci padlock 2 unit 30.00
9. Rak besi 10 unit 2500.00
JUMLAH
3400.00
BESAR

46
5.3 Pelan Taktikal
Secara keseluruhannya, pelan ini dibina berdasarkan Pelan Strategik sebagai persediaan
ke arah mencapai obejktif yang telah dirancang.

Strategi 3
Melantik satu jawatankuasa khas menjayakan projek pembinaan bilik operasi PBS
sekolah
Program Pembinaan bilik operasi PBS SK Bawang Tian, Matu

Tanggungjawab Tempoh Kos / Output KPI Pelan


Sumber Kontigensi
Jawatankuasa 6 Bahan kitar Bilik Semua Semua
yang dilantik minggu semulaja operasi panitia ketua
dalam kalangan dan PBS dapat menyimpan panitia
panitia sumbangan digunakan data tahun
PIBG terkini Peserta
2014 kursus
NPQEL

47
5.4 Pelan Operasi
Pelaksanaan program adalah berdasarkan strategi yang telah dijana dan berikut
merupakan proses pelaksanaan program ini:

Nama Bilik Operasi Penilaian Berasaskan Sekolah SK Bawang Tian Matu


Program
Matlamat Mewujudkan sistem pengurusan data yang sistematik di sekolah

Objektif i. Membina bilik operasi PBS


ii. Mengumpul data-data yang berkaitan dalam 5 tahun terkini

Tempoh 6 Minggu

Sasaran Semua warga SK Bawang Tian Matu

Kos / i. Bahan sedia ada disekolah


Sumber ii. Bahan kitar semula
iii. Sumbangan individu / PPD / PIBG

Langkah Proses Kerja Tanggungjawab Tempoh Pelan


Kontigensi
1 Perbincangan Peserta NPQEL 1 minggu Perbincangan
dengan warga dengan Guru
sekolah besar dan PK
Pentadbiran

2 Soal selidik kepada Peserta NPQEL 3 hari


guru dan staf
3 Perbincangan Peserta NPQEL 1 minggu
dengan ketua panitia
4 Soal selidik indek Peserta NPQEL 3 hari
kesukaran strategi

48
5 Penubuhan Peserta NPQEL 2 minggu
jawatankuasa projek
6 Pelaksanaan Peserta NPQEL 4 minggu
program pembinaan

7 Penyerahan kertas Peserta NPQEL 1 hari


kerja kepada guru Setiausaha Projek
besar
8 Pengumpulan data, Peserta NPQEL 1 minggu Mengikut
menghias bilik Ketua panitia Panitia Mata
operasi dan Pelajaran
sebagainya
9 Penilaian program Peserta NPQEL
Ketua Panitia

49
5.5 Carta Gantt
Perancangan setiap aktiviti yang berkaitan ditunjukkan dalam aliran kerja yang disusun
dalam bentuk carta di bawah:

BIDANG PROGRAM 3K
PROJEK BILIK OPERASI PBS
BULAN
Bil Aktiviti APRIL MEI
M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4
Perbincangan
dan pemilihan
1. projek

Mengambil
2. gambar tapak
projek
Menyediakan
kertas
3.
cadangan

Pembentukan
4.
jawatankuasa
Mesyuarat
5. jawatankuasa

Mengambil
gambar
6.
semasa projek
dijalankan
Pelaksanaan
7.
projek
Mengambil
gambar
8.
selepas projek
siap
Penilaian
9.
Projek
Pelaporan
10.
projek

50
BAB 6

PENILAIAN PROJEK

Dalam bab ini, penilaian terhadap projek ini merangkumi keseluruhan proses yang
bermula daripada pengumpulan data yang berkaitan. Setiap bahan yang berkaitan
dengan projek dilampirkan bersama-sama laporan dalam bentuk gambar, rajah dan
sebagainya.

6.1 Teknik Pengumpulan Data


Menurut Othman (2001), reka bentuk kajian juga merupakan satu panduan tentang
pendekatan kaedah yang sesuai digunakan bagi mengumpul data sesuatu kajian.
Malahan reka bentuk merupakan keseluruhan rangka projek yang menyatakan secara
khusus apakah corak atau jenis kajian yang hendak dilaksanakan, jenis maklumat yang
hendak dikumpul, dan dari mana sumber-sumber maklumat diperolehi.

Pengumpulan data kajian dalam projek bilik operasi PBS ini adalah
menggunakan soal selidik ringkas yang berasaskan pilihan ya / tidak untuk
mendapatkan masalah-masalah yang terdapat dalam prosedur pengumpulan data-data
di sekolah. Seterusnya soal selidik ringkas untuk menentukan aras kesukaran strategi
juga digunakan untuk memilih strategi yang sesuai untuk melaksanakan projek melalui
analisis SWOT yang telah dibuat.

Seterusnya, saya turut mendapatkan maklumat melalui bahan bacaan atas talian.
Walau bagaimanapun, bahan-bahan atas talian ini memerlukan kemahiran untuk
memilih bahan-bahan yang berkualiti dan memenuhi keperluan projek ini. Bahan-
bahan bacaan atas talian ini mampu merekonstruksi idea-idea penting dalam menulis
dan mencari maklumat. Selain itu juga, saya membuat bacaan terhadap buku-buku
ilmiah yang diperolehi di perpustakaan daerah Matu secara langsung. Bahan-bahan ini
mempunyai nilai ilmiah yang tinggi dan memerlukan fokus dalam pembacaan untuk
mendapatkan idea penting.

51
Akhir sekali pengumpulan data-data yang berkaitan dengan prestasi akademik
dan kokurikulum murid diperolehi melalui keputusan peperiksaan penggal dan
sebagainya. Malahan pengumpulan data kuantitatif seperti dilakukan secara
berkumpulan melalui pelantikan jawatankuasa pelaksana. Para guru dipecahkan
mengikut panitia masing-masing bagi memudahkan proses pengumpulan data. Malahan
data-data yang dikumpul seperti itu lebih terjamin kualitinya kerana melibatkan guru
secara langsung.

6.2 Dapatan Penilaian Terhadap Projek


Melalui projek bilik operasi PBS ini, rumusan keseluruhan yang dapat dilakukan adalah
merangkumi penglibatan banyak pihak. Pihak PPD Daro turut melibatkan diri dan
projek ini mendapat perhatian daripada mereka berdasarkan kesesuaian projek. SK
Bawang Tian, Matu yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai usaha mewujudkan
satu pusat pengumpulan dan pengurusan data-data prestasi murid amat digalakkan.

Penglibatan dan sokongan daripada guru besar juga amat ketara dalam proses
menjayakan usaha membina dan menjadikan bilik operasi PBS sebagai asas kepada
perkembangan dan pengurusan data sekolah seterusnya. Malahan guru besar turut
melihat keperluan bilik operasi ini dari sudut jangka masa panjang dan melibat semua
guru dan staf. Penglibatan semua guru berasaskan panitia masing-masing menunjukkan
projek ini mendapat sambutan yang sangat positif daripada warga sekolah. Malahan
staf pelaksana turut melibatkan dengan dengan menyediakan data-data yang berkaitan
dengan keperluan bahan di bilik operasi PBS.

6.3 Rumusan Keberkesanan Strategi

52
Projek bilik operasi PBS ini secara langsung berjaya memberikan pendedahan kepada
rakan guru dan staf pelaksana sekolah tentang kepentingan pengurusan data-data
prestasi pelajar dengan sistematik. Melalui perbincangan, kerjasama dan taklimat
ringkas dalam mesyuarat, rakan-rakan guru dapat menterjemahkan projek ini melalui
kerjasama dan sumbangan idea-idea yang berguna.

Pemantauan yang sistematik juga berjaya memastikan segala perancangan dapat


dilaksanakan seperti yang telah dirancang. Oleh yang demikian, keselamatan data-data
sulit sekolah dapat dikawal dan hanya data-data yang berkaitan dengan prestasi
akademik dan kokurikulum murid dikumpul dan dikemas kini di bilik operasi PBS.
Data-data tersebut disimpan secara sistematik dalam fail yang disusun di rak tertentu
memudahkan proses mengakses data selepas ini.

BAB 7

53
REFLEKSI

Keseluruhan program akan dirumuskan dalam bab ini yang merangkumi kekuatan dan
kelemahan program serta langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.
Malahan pelbagai pengalaman dan kemahiran diperolehi secara langsung dan tidak
langsung dalam proses pelaksanaannya.

7.1 Aspek Kepimpinan


Pengurusan dan pelaksanaan projek bilik operasi PBS ini menunjukkan aspek
kepimpinan dari peringkat PPD sehinggalah kepada peranan ketua panitia. Pihak
Pejabat Pendidikan Daerah Daro telah memberi sokongan dalam bentuk material
dengan menyumbangkan 60 fail yang digunakan untuk menyimpan data-data yang
berkaitan dengan prestasi murid.

Selain itu, Guru besar SK Bawang Tian dan SK Nangar turut memberikan
sokongan sepanjang pelaksanaan projek ini. Komunikasi dua hala yang berlaku dalam
aspek pentadbiran adalah amat penting supaya maklumat yang disampaikan dapat
ditafsir dengan tepat. Malahan Guru besar yang merupakan pemimpin di sekolah amat
menitik beratkan tentang komunikasi. Beliau mengambil berat setiap maklumat yang
diperolehi dalam perbincangan dengan saya dan sering memberi maklum balas secara
menyeluruh dalam proses pembinaan bilik operasi ini. Malahan Guru juga sanggup
turun padang bersama-sama guru menghias bilik operasi PBS.

Komunikasi yang berkesan juga tidak hanya terhad antara Guru besar semata-
mata. Malahan komunikasi yang berlaku antara para guru turut memainkan peranan
penting. Para guru SK Bawang Tian mudah diajak berbincang dan sanggup
menyumbangkan masa dan tenaga dalam proses pembinaan bilik operasi PBS ini.
Setiap warga sekolah yang terlibat dalam ahli jawatankuasa melibatkan diri dengan
aktif khususnya dalam proses mengumpul data-data yang diperlukan.

54
Aspek kepimpinan turut melibatkan para guru, staf pelaksana hinggalah kepada
YDP PIBG sekolah. Komunikasi antara banyak pihak yang terlibat berlaku dalam
suasana yang harmoni dan tidak menjejaskan hubungan semua pihak walaupun terlibat
secara langsung dalam menjayakan projek ini. Ini bersesuaian dengan pendapat Linkert
(1947) dalam Razali (1990), yang menyatakan bahawa pemimpin yang mengamalkan
pendekatan berorientasikan pekerja membuka peluang komunikasi yang berkesan. Oleh
yang demikian, projek bilik operasi PBS ini telah mendapat kerjasama dan sokongan
yang padu daripada banyak pihak khususnya warga SK Bawang Tian, Matu. Diharap
penggunaan bilik operasi ini akan dapat diteruskan dan mampu melonjak pencapaian
murid-murid dalam aspek akademik mahupun kokurikulum.

7.2 Kekuatan Projek


Kekuatan utama projek yang dilaksanakan ini adalah melibatkan penglibatan banyak
pihak khususnya ketua-ketua panitia yang bertungkus lumus mengumpul data bersama-
sama guru panitia masing-masing. Malahan kerjasama dan bimbingan pensyarah
pembimbing, Guru besar, Semua Penolong Kanan dan staf pelaksana banyak
memberikan idea bernas dalam menangani setiap aspek kekangan yang muncul.
Banyak kemudahan diberikan kepada saya sepanjang melaksanakan projek ini
bersama-sama rakan guru. Malahan bimbingan dan pemantauan yang sistematik juga
memberikan kekuatan penting dalam menjayakan projek bilik operasi PBS ini.

Seterusnya kekuatan utama yang menjadikan projek ini berjaya adalah konsep
penggunaan bahan-bahan yang mudah dan murah. Bahan-bahan yang dicadangkan ini
berjaya diadaptasi dalam sebuah bilik dan menyelesaikan masalah kekangan kos yang
tinggi seperti yang terdapat di bahagian kertas kerja. Selain itu, kelengkapan data
sekolah dalam tempoh 3 tahun terkini juga memberikan suntikan penting dalam usaha
saya menjayakan projek ini. Secara tidak langsung kekangan kos yang tinggi dapat
diatasi dan warga SK Bawang Tian, Matu dapat melibatkan diri bersama-sama dalam
menjayakan projek ini melalui konsep kerjasama dan gotong-royong yang mampu
memupuk semangat kerja berpasukan.

Melalui penglibatan banyak pihak di sekolah, projek ini mampu mencungkil


kekuatan utama warga sekolah dalam aspek komunikasi dan kesungguhan mereka.

55
Pengurusan data prestasi murid dalam tempoh jangka masa panjang akan dapat
diselaraskan dengan keperluan semasa sekolah. Oleh yang demikian, data-data yang
dikumpul mampu untuk dijadikan pemacu kepada peningkatan prestasi pelajar melalui
perancangan strategik yang boleh dirancang dan dilaksanakan di sekolah.

7.3 Kelemahan Projek


Pelaksanaan projek bilik operasi PBS berlaku dalam masa kurang daripada 6 minggu
dan menonjolkan banyak kelemahan-kelemahan yang sangat ketara. Kelemahan utama
projek sandaran ini adalah seperti berikut:

i. Pelaksanaan projek bilik operasi PBS ini adalah amat singkat


disebabkan projek yang dilaksanakan adalah berskala besar dan
memerlukan kos dan perancangan yang lebih teliti. Malahan
kekangan menyelesaikan tugasan lain juga turut menjadi aspek
penting.
ii. Data-data yang digunakan dalam projek ini merangkumi
jumlah yang banyak berdasarkan jumlah pelajar SK Bawang
Tian. Oleh yang demikian, kelemahan utama adalah data-data
yang berkaitan dengan aspek kurikulum kadangkala tidak dapat
memberi gambaran tepat kepada pencapaian pelajar.

7.4 Cadangan Penambahbaikan


Bagi memastikan projek pembinaan dan pengurus bilik operasi PBS ini dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan, saya mencadangkan beberapa perkara yang boleh
dijadikan asas dalam menambahbaik projek-projek seperti ini:

i. Pelaksanaan projek yang bermula pada awal tahun dan


dilaksanakan tanpa kekangan masa boleh meningkatkan lagi
kualiti data yang dikumpul.
ii. Selain itu, projek bilik operasi PBS ini perlu merangkumi
pelbagai aspek dalam permasalahan pengumpulan data prestasi
pelajar di sekolah. Ini supaya sudut-sudut maklumat tentang

56
pentaksiran berasaskan sekolah dapat menyebarkan lagi
maklumat kepada komuniti setempat.
iii. Jawatankuasa pengurusan bilik operasi PBS perlu dirancang
dengan lebih teliti bagi mengelak berlakunya pertindihan
maklumat yang dikumpul oleh setiap panitia.

7.5 Kesimpulan
Hasil projek diperolehi boleh membantu guru untuk mengatur dan melaksanakan teknik
pembelajaran efektif selaras dengan pelaksanaan pelbagai program PBS oleh KPM.
Selain itu, projek ini juga dapat membantu pihak sekolah secara tidak langsung
merangka dan menggunakan kaedah pembelajaran yang sama melalui perkongsian
yang padu. Ini adalah disebabkan kajian ini memberi garis panduan dan arah tuju
terhadap lain-lain sistem P&P yang bakal dirangka oleh golongan pendidik.

Malahan peranan yang dimainkan oleh guru besar dalam proses meningkatkan
kualiti dan kecemerlangan warga sekolah amat ketara dan komunikasi dua hala yang
berkesan adalah intipati penting dalam menjayakan pelbagai program di sekolah.

57

You might also like