You are on page 1of 1

BeZa CINTA dan BaS

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila
bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee...
penuhnya... tak de tempat duduk. " Jadik, awak katakan pada diri awak,
"Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak
tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan
cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan
rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan
awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong,
tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm.... tak
de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan
sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas
yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan
yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg
datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian
barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni
awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak
nak... Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt
pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu
tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadi, mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah
juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?
Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak
lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti
awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas
datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi
pemandu bas tu pulak
buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu
tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam
tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk
mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri
awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak
nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak.
Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

You might also like