You are on page 1of 4

PERATURAN ASRAMA

1.ADAB&TATASUSILA/KELAKUAN
1.1.AKHLAK
1. Penghuni-penghuni mestilah menjaga nama baik asrama
dengan berkelakuan baik,bersopan santun terhadap sesame
penghuni,pengawas dan Warden Asrama/Lembaga
Pengurusan Asrama ,Penyelia Asrama dan kakitangan asrama
yang lain.Kelakuan baik ini juga dituntut semasa berada di
luar asrama atau sekolah.
2. Penghuni-penghuni mesti menjaga keselamatan harta
benda sendiri,harta asrma,sekolah,guru-guru,kawan-
kawanserta kakitangan asrama yang lain.
3. Penghuni perlu bercakap dengan sopan santun dan lemah
lembut dengan semua orang di persekitaran asrama
termasuklah kakitangan asrama seperti tukang masak,tukang
sapu,tukang kebun dan juga pengawal keselamatan.
4. Penghuni perlu mengamalkan adab mulia spt memberi
salam dan menyapa apabila bertemu dengan seseorang dan
mengucapkan terima kasih.
5. Penghuni TIDAK dbenarkan merokok,membawa minuman
kerasdan lain2.
6. Penghuni yang didapati melanggar peraturan asrama akan
diambil tindakan yang sewajarnya.

2.PAKAIAN
1.Penghuni mestilah berpakaian kemas/sopan setiap masa
mengikut keadaan/program
2.Pada hari sekolah,waktu sarapan pagi dan makan tengah
hari,penghuni mestilah berpakaian seragam sekolah yang
lengkap.
3.Pada waktu malam,penghuni dwajibkan memakai
bajukurung atau pakaian yang tidak mencolok mata.
4.Penghuni hendaklah sentiasa berjilbab ketika berada luar
dari bilik atau ketika berada di kawasan sekitar asrma .

3.KEBERSIHAN DAN KESIHATAN DIRI


1.Kebersihan diri penghuni hendaklah dijaga setiap
masa.pakaian dan alat-alat harian penghuni hendaklah
sentiasa bersih
2.Sebarang penyakit dan kemalangan hendaklah dilaporkan
kepada warden/biro dengan segera.
3.Penghuni-penghuni dinasihatkan TIDAK membeli makanan
yang dijual digerai-gerai ditepi jalan dan makanan ringan
4.KEBERSIHAN BILIK REHAT
1.Akhbar dan majalah serta kerusi meja hendaklah disusun
kemas selepas digunakan.
2.TIDAK dibenarkan makan didalam bilik rehat.
3.Tingkap dan pintu hendaklah ditutup oleh murid yang
terakhir menggunakan bilik air.
4.Selepas menonton tv,kerusi hendaklah disusun semula di
tempatnya.

5.KEBERSIHAN SURAU
1.Kebersihan surau hendaklah dijaga oleh semua penghuni.
2.Kain telekung,sejadah hendaklah dilipat dan disusun
dengan rapi ke dalam almari .
3.Pengawas akan menyusun jadual bertugas membersihkan
surau dan menyimpan Al-Quran , kitab2 dan makalah-
makalah agama Islam dengan kemas dan teratur di dalam
almari .
4.Tidak dibenarkan menggunakan surau bagi menjalankan
aktiviti luar atau aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan
agama islam .
5.Penghuni asrama TIDAK dibenarkan baring-baring/tidur ,
berehat-berehat /makan di surau asrama .
6.Pintu , tingkap , lampu dan kipas perlu ditutup selepas
digunakan .

You might also like