You are on page 1of 2

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH

NAMA : RUZANNA BINTI ABAS

SEKOLAH : SK LADANG WELCH

KOD SEKOLAH : JBA 7018

A. Maklumat daripada Buku Rekod Mengajar/e-rekod


Tarikh : 1 Ogos 2016
Waktu : 9.00 – 10.00 pagi
Kelas : Tahun 3
Tajuk : Buah-buahan Segar
Di akhir pembelajaran, murid dapat :
i. mendengar dan menamakan nama buah-buahan segar
Objektif : dengan sebutan yang betul.
ii. menyatakan nama buah kegemaran dan menerangkan
sebabnya dengan ayat yang betul.
Refleksi : 9 daripada 10 orang murid dapat mencapai objektif pembelajaran.
B. Pelaksanaan tindakan yang dilakukan:
Langkah 1:
i. Guru menayangkan video nama buah-buahan segar.
ii. Guru menanyakan nama buah-buahan yang ditunjukkan oleh guru.
iii. Murid akan menamakan nama buah-buahan yang ditunjukkan oleh guru.
iv. Murid akan meyebut ciri-ciri (warna, kulit, rasa) yang terdapat pada buah-
buahan tersebut
Langkah 2:
i. Guru menayangkan slide Powerpoint untuk aktiviti Kuiz- “Teka Siapa Saya”.
ii. Murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan.
iii. Setiap kumpulan akan menamakan nama buah-buahan yang ditunjukkan
dengan ejaan yang betul.
iv. Kumpulan yang memperolehi markah yang tertinggi diumum sebagai
pemenang.
Langkah 3:
i. Guru akan mengedarkan kad manila kepada semua kumpulan.
ii. Setiap kumpulan akan memilih buah kegemaran mereka.
iii. Setiap kumpulan akan menerangkan sebab mereka menyukai buah-buahan
tersebut.
iv. Murid akan menggunakan ciri-ciri yang terdapat pada buah-buahan bagi
membantu mereka menerangkan sebab mereka menyukai buah-buahan
tersebut.
v. Murid akan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
Langkah 4:
i. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid.
ii. Murid akan menjawab soalan lembaran secara individu.
Hasil pelaksanaan
i. 14 daripada 16 murid dapat menyatakan buah-buahan kegemaran dan
menerangkan sebabnya dengan sebutan dan ayat yang betul.
ii. 2 murid tidak mencapai objektif .
Tindakan guru:
i. 1 orang murid yang tidak menguasai diberikan bimbingan secara individu
dalam waktu pembelajaran.
ii. Murid diberikan latihan pemulihan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan
murid untuk memastikan murid mencapai objektif pembelajaran.

You might also like