You are on page 1of 2

PERKEMBANGAN POTENSI PELAJAR LEBIH PENTING DARIPADA PENILAIAN

(PEMBANGKANG)

Terima kasih yang dipertua dewan, yang saya hormati rakan-rakan barisan pembangkang,
yang disengani barisan kabinet kerajaan serta seisi dewan yang sudi bersidang bersama
kami. Selamat bersidang, assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Yang dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, usul kita pada hari ini ialah perkembangan
potensi pelajar lebih penting daripada penilaian. Persoalan yang ingin kami ajukan di sini
adalah bagaimanakah potensi seseorang pelajar itu boleh diukur tanpa adanya sebarang
penilaian yang dilaksanakan?

Yang dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, melalui pemahaman saya penilaian
merupakan salah satu wadah yang boleh digunakan untuk kita menilai sama ada seseorang
pelajar itu memahami dengan betul isi pengajaran mahupun tidak. Seperti yang dinyatakan
oleh pihak kerajaan, pbs dilaksanakan bertujuan mengetahui perkembangan potensi
seseorang pelajar. Namun, jika kita lihat melalui pelaksanaan program pelajar
kebanyakannya boleh meniru atau menciplak hasil kerja orang lain melalui internet dan
media sosial lain. Hal ini menyebabkan objektif pembelajaran iaitu untuk memberi
pemahaman kepada pelajar tidak tercapai. Pelajar juga dilihat lebih mengambil mudah akan
tugasan yang diberikan kerana mereka menganggap bahawa perkara tersebut tidak serius
iaitu apabila markah yang diberikan hanya daripada guru semata-mata. Jadi, dari sudut
manakah potensi dapat diukur?

Yang dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, hujah kedua yang ingin saya utarakan di
sini adalah jika sistem penilaian ditukar dengan mengukur perkembangan potensi
pelajar,ianya jelas boleh menghapuskan budaya saling bersaing dalam kalangan pelajar.
Budaya saling bersaing penting dalam kalangan pelajar sejak dahulu lagi. Hal ini demikian,
kerana budaya saling bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang mempunyai
keazaman yang tinggi untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, malahan
hal ini turut menjadi alternatif lain untuk memberi dorongan kepada pelajar lain supaya
mempertingkatkan pretasi mereka. Ekorannya, data yang menunjukkan bilangan pelajar
yang cemerlang dalam SPM akan meningkat. Kita sedar bahawa bahawa para pelajar akan
lebih serius dalam belajar apabila adanya sisem penilaian. Sebagai kesannya, para pelajar
hilang semangat mahupun inisiatif untuk saling bersaing antara satu sama lain apabila
sistem penilaian itu dihapuskan. Apakah pihak kerajaan sama sekali tidak pernah terfikir
bahawa persaingan itulah yang membantu kita berusaha dengan lebih gigih? Saya kira
pihak kerajaan sudah melupakan hal ini, maklumlah sibuk mencari sebab supaya sistem
penilaian ini dapat dimansuhkan dengan segera.

Yang dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, menjawab hujah mereka yang terakhir,
mereka menyatakan bahawa kos perbelanjaan dapat dijimatkan tanpa pelaksanaan sistem
penilaian. Namun, tidakkah pihak kerajaan sedar bahawa apabila sesuatu sistem baharu
ingin dilaksanakan sudah pasti memerlukan kos yang lebih besar. Tambahan lagi, kalau
benar pemansuhan sistem penilaian ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan
mengapa ianya tidak dimansuhkan pada tahun 1997 dulu, ketika negara kita mengalami
kemelesetan ekonomi yang sangat teruk? Di manakah relevannya hujah yang dinyatakan
oleh pihak kerajaan itu sebentar tadi. Bahkan, pihak guru pula akan dihujani dengan
bebanan kerja yang lebih banyak. Hal ini kerana, guru-guru akan lebih sibuk menghadiri
kursus-kursus di luar kawasan sekolah yang akhirnya mereka terpaksa mengabaikan para
pelajar dan membiarkan para pelajar terkontang-kanting di sekolah tanpa ada bimbingan
guru disebabkan keghairahan guru dalam mengejar sistem baru yang ingin dilaksanakan
yang tidak tahu lagi kepastian dan hala tuju sistem ini.

Oleh itu Yang Dipertua dan Sidang dewan yang saya muliakan sekalian, berdasarkan hujah
yang telah saya kemukakan ini, sekali lagi saya katakan bahawa sistem penilaian adalah
lebih penting dan perlu diutamakan daripada perkembangan potensi pelajar memandangkan
ia lebih banyak memberikan implikasi positif kepada sistem pendidikan di negara kita pada
masa kini dan akan datang. Sekian, mohon terus mencadang.

You might also like