You are on page 1of 4

Analisis Struktur Ayat (Sintaksis)

Sintaksis

Perkataan ‘sintaksis’ berasal daripada perkataan Yunani iaitu sun yang bererti ‘dengan’ dan tattein yang
bererti menempatkan kata-kata secara bersama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.
Kata “suntattein” ini kemudian menjadi istilah “syntaxis” dalam bahasa Belanda, dan “syntax” dalam
bahasa Inggeris. Sintaksis menurut Nik Safiah Karim adalah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat
tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Bagi Abdullah
Hassan ,sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan
kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.

Bagi analisis sintaksis ini, kita akan gunakan senikata lagu “ Gadis Melayu” nyanyian Dato Jamal
Abdillah

Struktur Binaan Ayat

Struktur binaan ayat atau konstruksi terbentuk daripada unit kecil rangkai kata yang dikenali sebagai
kata atau konstituen.

Pembahagian subjek dan predikat

Subjek : Konstituen sama ada terdiri daripada satu perkataan atau lebih perkataan yang bersifat frasa
nama dan menjadi unsur yang diterangkan.

Predikat : Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan
subjek. Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada frasa nama. Predikat

sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur frasa nama, frasa kerja , frasa adjektif

dan frasa sendi nama.

Pembahagian Ayat
Ayat dasar : Ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu
bahasa. Dalam ayat dasar, konstituen subjek mendahului konstituen predikat. Selain itu, semua ayat
boleh dikesan melalui rangka dasarnya yang tertentu. Ia juga mempunyai pola ayat dasar. Daripada pola
tersebut terbit ayat lain iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau
pasif dan sebagainya. Bagi ayat dasar, ia terdiri daripada ayat penyata yang membawa maksud ayat yang
diucapakan dengan mkasud membuat penyataan.

Pola Ayat Dasar

Pola Subjek Predikat

1 FN FN

2 FN FK

3 FN FA

4 FN FSN

Ayat Terbitan : Ayat terbitan merupkan ayat-ayat yang lebih panjang atau kompleks. Ayat terbitan
terbentuk apabila beberapa unsur, baik unsur perkataan atau unsur frasa ditambah pada frasa subjek
atau predikat sesuatu ayat dasar.

contoh :

ayat dasar : Ali guru.

ayat terbitan : Ali guru sementara di sekolah itu.

Susunan dalam Ayat

Susunan ini menentukan kedudukan subjek dan predikat dalam ayat.

Susunan biasa : binaan ayat yang subjeknya terletak dihadapan ayat, diikuti oleh predikat

Susunan songsang : binaan ayat yang predikatnya mendahului subjek.

Ragam Ayat
Terdapat 2 golongan ragam ayat iaitu, ayat aktif dan ayat pasif.

Ayat aktif : ayat yang menekankan objek dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai judul

Ayat pasif : menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan keatasnya dan mengutamakan
subjek terbitan sebagai judul

Jenis Ayat

Terdapat 4 jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

Ayat penyata : ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan suatu penyataan atau mengemukakan
keterangan tentang sesuatu perkara.

Ayat tanya : ayat yang tujuannya mengemukakan sesuatu pertanyaan

Ayat perintah : diucapkan untuk tujuan memberikan arahan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat
perntah ini terbahagi kepada 4 jenis iaitu :

a. ayat perintah suruhan

b. ayat perintah larangan

c. ayat perintah silaan

d. ayat perintah permintaan

Ayat seruan : diucapkan secara bernada seru untuk menyatakan sesuatu keadaan persaan seperti marah,
takut, geram, takjub dan sebagainya.

Proses Penerbitan Ayat

Dalam Bahasa Melayu terdapat 3 proses penerbitan ayat, iaitu;

a) pengguguran: satu proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan
pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu.

b) penyusunan semula: proses ini melibatkan perubahan pada susunan perkataan dan frasa dalam ayat.
Umumnya, proses penyusunan semula ayat tidak membawa perubahan pada makna ayat.
c) peluasan: proses yang menambahkan unsur baharu ke dalam ayat.

You might also like