You are on page 1of 2

Tajuk: BAHASA INTERAKSI DAN HUBUNGAN ANTARA ETNIK DALAM KALANGAN MURID DI BILIK DARJAH

Penulis: Suresh Kumar N Vellymalay

Tarikh: Oktober 2014

Berdasarkan jurnal yang telah dikaji, pelbagai pandangan dan dapatan kajian yang terkumpul bagi
mengkaji Bahasa interaksi dan hubungan antara etnik dalam kalangan murid di bilik darjah. Pendidikan
merupakan elemen yang penting dalam mencapai perpaduan kaum. Ia telah lama dianggap sebagai
unsur yang penting dalam proses menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum
(Mohd Rizal dan Thay Cheow Yin, 2012). Dalam konteks pendidikan, kerajaan telah lama
menubuhkan satu sistem bagi usaha mengukuhkan perpaduan antara kaum di kalangan murid. Dasar
pendidikan yang digubal selepas kemerdekaan tanah air pada tahun 1957 memberi keutamaan
kepada soal perpaduan kaum di negara ini (Mior Khairul Azrin, 2001). Keutamaan yang diberikan pada
soal perpaduan dan hubungan etnik dapat dilihat dengan jelas sekali melalui cadangan dasar pelajaran
1956 dalam Penyata Razak yang menyatakan bahawa:

“Tujuan dasar pelajaran di-dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak² daripada
semua bangsa di-dalam negeri ini dengan memakai satu peratoran pelajaran yang meliputi semua
bangsa dengan menggunakan menggunakan bahasa kebangsaan sa-bagai bahasa pengantar yang besar,
walau pun perkara ini tidak dapat di-laksanakan dengan serta-merta melainkan hendak-lah di-perbuat
dengan beransor² (Penyata Jawatan-kuasa Pelajaran 1956, Perenggan 12).”

Laporan Razak 1956 dan kemudiannya Laporan Rahman Talib 1960 menjadi asas kepada usaha
mengukuhkan sistem pendidikan kebangsaan (Mior Khairul Azrin, 2001). Akta Pendidikan 1961 yang
lahir daripada Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 menggariskan tiga elemen utama
dalam mengukuhkan perpaduan melalui pendidikan iaitu sistem persekolahan seragam, penggunaan
bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar selain keseragaman kurikulum dan peperiksaan
(Mohamad Rodzi Abdul Razak, 2009).

Kebelakangan ini, banyak teori dan kajian yang dilakukan tentang hubungan antara etnik dalam
kalangan murid di sekolah menjurus kepada pola interaksi dan persahabatan dalam kalangan murid.
Hasil kajian membuktikan bahawa interaksi dan persahabatan dalam kalangan murid di sekolah lebih
memusat kepada kelompok etnik yang sama berbanding merentasi etnik. Misalnya, Kandel
(1978), Tuma dan Hallinan (1979) dan Hallinan dan Williams (1987) menyatakan bahawa yang
melibatkan hubungan etnik di sekolah mendapati bahawa murid lebih banyak membentuk
persahabatan dengan rakan daripada bangsa yang sama. Begitu juga dengan dapatan Aboud, et al.
(2003), Dubois dan Hirsch (1990), Hansell (1984) dan Schneider, et al. (2007) yang menyatakan ikatan
persahabatan murid lebih menyokong persahabatan dalam kelompok etnik yang sama. Hal ini
mampu membawa kepada segregasi antara murid di sekolah. Misalnya, Shrum, et al. (1988)
mendapati bahawa segregasi kaum dalam kalangan murid adalah minimum di sekolah rendah dan
meningkat apabila murid berada sekolah menengah. Selain itu, kajian Hallinan dan Teixeira (1987a)
dan kajian Hallinan dan Teixeira (1987b) pula mendapati bahawa murid yang lebih dewasa di
peringkat persekolahan lebih cenderung membentuk persahabatan daripada kelompok etnik yang
sama berbanding murid yang mempunyai tingkat usia yang rendah. Pembentukan persahabatan
dalam kelompok etnik yang sama di persekitaran sekolah memaparkan satu bentuk pengasingan dalam
kalangan murid berdasarkan latar belakang etnik murid.

REFERENCES

1. Vellymalay, S. K. N. (2014).BAHASA INTERAKSI DAN HUBUNGAN ANTARA ETNIK DALAM


KALANGAN, 1(3), 47–62.

You might also like