You are on page 1of 3

PERNYATAAN MASALAH

Sejak awal lagi, matlamat falsafah pendidikan negara menekankan perhubungan yang erat dan
ciri-ciri komunikasi yang berkesan antara pelajar dengan guru, pihak pentadbiran dengan guru
dan sesama rakan sejawat. Ini dapat dilihat oleh usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat
Malaysia dengan bermulanya Laporan Razak 1956 sehinggalah Pelan Induk Pembangunan
Pendidik 2006-2010 dan Pelan Strategik Interim Kementerian Pelajaran Malaysia 2010-2020.
Pengukuhan perpaduan ini berikan keutamaan dalam pendidikan untuk diterapkan dalam diri
para murid, guru dan pihak sekolah. (Pelan Strategik Interim KPM 2010-2020, 2012). Oleh
yang demikian, tugas memahami dan mengaplikasikan komunikasi berkesan adalah menjadi
tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalam institusi pendidikan. Usaha untuk
memperkasakan Bahasa Kebangsaan dikembangkan melalui aspirasi ‘Membina Negara Bangsa’
yang terdapat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Bagi memperkukuh daya
saing negara, Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI) dirancang bagi mengukuh modal insan negara dengan memartabatkan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa rasmi dan memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris (Pelan Strategik
Interim KPM 2010-2020, 2012). Walau bagaimana pun, segala dorongan dan usaha kerajaan
bergantung kepada kredibiliti dan tahap professionalisma sekolah dalam mencapai dorongan and
aspirasi ini. Pengukuhan Bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu adalah bertujuan bagi
menyatupadukan murid yang berbilang etnik di sekolah. Bahasa Melayu menjadi Bahasa
pengantar sejak tahun 1980 lagi di antara kaum yang berbilang bangsa di Malaysia seperti
Melayu, Cina dan India. Bahasa Melayu menjadi Bahasa pengantar untuk mengekalkan
komunikasi dan memupuk kesefahaman di antara kaum yang berbeza.

Dalam situasi ini, institusi pendidikan seperti sekolah bukan sahaja berperanan sebagai satu
institusi yang menyalurkan ilmu kepada anak-anak muda tetapi sekolah juga berperanan sebagai
platform yang sangat tinggi nilainya pembentukan hubungan etnik dalam kalangan murid yang
bakal menjadi tulang belakang negara pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, Bahasa
merupakan elemen yang penting dalam memupuk, memperkasa dan mengukuhkan pembentukan
hubungan berbeza etnik dalam kalangan murid di sekolah. Selain itu, Bahasa sangat tinggi
nilainya dalam membentuk kesefahaman dan kesepaduan dalam variasi dan kepelbagaian
berbeza yang terdapat di persekitaran sekolah dan bilik darjah. Malaysia mempunyai kaum yang
pelbagai seperti Melayu, Cina dan India, jadi perbezaan yang jelas akan kelihatan di persekitaran
sekolah dan penggunaan dua Bahasa yang berbeza tidak akan dapat dielakkan sama sekali dalam
kalangan murid di persekitaran sekolah dan bilik darjah. Dalam perkara ini, sekolah berperanan
penting dalam menyatupadukan murid dalam kalangan etnik dan latar belakang yang berbeza
untuk membentuk integrasi etnik yang berkualiti dan bersifat menyeluruh di kawasan sekolah
dan persekitaran bilik darjah.

Akan tetapi, pencapaian kejayaan atau kegagalan dalam proses membentuk hubungan di
kalangan murid berlainan etnik di sekolah adalah bergantung kepada interaksi yang terjalin
dalam kalangan murid. Interaksi ini pula amat bergantung kepada jenis bahasa yang
dipertuturkan oleh murid di ruang bilik darjah. Oleh itu, penggunaan bahasa yang berbeza
oleh murid di persekitaran bilik darjah akan memberi kesan ke atas interaksi dan
pembentukan persahabatan merentasi etnik dalam kalangan murid. Kajian ini juga bertujuan
untuk mengenal pasti sama ada perbezaan bahasa ibunda menjejaskan pembentukan
hubungan etnik dalam kalangan murid di persekitaran bilik darjah. Tambahan lagi, kajian
ini juga ingin melihat keberkesanan penggunaan bahasa Melayu oleh murid dalam
memupuk interaksi merentasi etnik di persekitaran bilik darjah.

Setiap murid itu sendiri datang dari latar belakang keluarga yang berbeza. Asuhan dan didikan
ibubapa yang diterima oleh seseorang murid boleh mempengaruhi cara seseorang murid bila dia
berinteraksi dengan murid daripada etnik lain. Secara umumnya, interaksi awal seseorang anak
di rumah menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Jadi, kebiasaan dan keselesaan interaksi
di rumah masing masing memberi kesan kepada murid bila mereka di sekolah di mana murid
terpaksa menyesuaikan diri dengan murid daripada latar belakang etnik dan bahasa yang
berbeza. Pelbagai perbezaan menyebabkan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan murid
daripada etnik lain dan mendorong mereka membentuk interaksi dan mengukuhkan persahabatan
dengan etnik yang sama. Perbezaan ni boleh jadi potensi yang tinggi untuk membentuk jurang
sosial etnik dalam kalangan murid jika perkara tak diberi perhatian yang sewajarnya. Jurang
hubungan antara murid berlainan etnik boleh menimbulkan sifat stereotaip dan membawa kepada
ketegangan etnik.
Selain itu, cabaran atau masalah yangg dihadapi adalah kerana perbezaan budaya dan agama
dalam kalangan murid di sekolah. Perbezaan budaya dan agama jelaslah menunjukkan pelbagai
variasi dalam bahasa, nilai, tradisi dan kepercayaan yang dibawa oleh murid tersebut ke dalam
persekitaran sekolah. Jadi, perbezaan ini akan memberi kesan ke atas sikap dan tingkah laku
murid dalam menyesuaikan diri dengan budaya persekitaran sekolah; lebih-lebih lagi dalam
pembentukan interaksi dan persahabatan berlainani etnik di bilik darjah.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap sekolah sememangnya berusaha untuk membentuk integrasi
antara etnik dalam kalangan murid tetapi ada cabaran yang dihadapi oleh guru ketika
mengendalikan kelas yang mempunyai murid yang berbilang etnik contohnya ialah masalah
komunikasi sebab terdapat murid khususnya dari kaum Cina dan India yang kurang fasih
bertutur dalam Bahasa Melayu. Bukan sahaja komunikasi secara pertuturan tapi mereka juga
mempunyai masalah dari segi penulisan Bahasa Melayu. Jadi, kejayaan pihak sekolah bagi
mengukuhkan hubungan interaksi antara murid berbilang etnik bergantung kepada perancangan,
strategi dan juga darjah penglibatan guru dalam menjayakan aspirasi ini.

You might also like