You are on page 1of 16

LAMPIRAN 1 PEMARKAHAN

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR

PROGRAM AT33C

TAJUK
TUGASAN INDIVIDU: REFLEKSI 3

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK NO PHONE

NORHANIM BINTI GHAZALI D20142069685 014-5016449

PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR ABDUL TALIB HASHIM

KUMPULAN : A

Tarikh Serahan : 12 MAC 2019


Nama Guru Pelatih: Norhanim Binti Ghazali

Sekolah: Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang

Kelas/ Mata Pelajaran: 1 Amanah/ Geografi

Tarikh: 19 April 2018 (Khamis)

Isu: Pengurusan BilikDarajah

1. Apakah yang berlaku dalam sesi pengajaran anda?

Pada 19 April 2018, saya dimaklumkan oleh pensyarah Penyelia Geografi saya iaitu En
Azmi bin Ahmad Baharom untuk melaksanakan sesi pencerapan. Pencerapan ini
dilaksanakan pada jam 9.00 hingga10.00 pagi di dalam bilik Pembelajaran Abad ke 21
(PAK21). Saya mengalami sedikit kesukaran untuk membuat persediaan bagi pengajaran
dan pembelajaran pada kali ini kerana ianya memerlukan penggunaan Teknologi
Maklumat (IT). Namun, ianya berjalan dengan lancar dengan bantuan daripada rakan guru.

Memandangkan pelajar di dalam kelas tersebut seramai 37 orang dan kesemua


mereka sangat aktif, saya telah menyediakan tiga aktiviti ringkas untuk mereka bagi
memcapai standard yang telah ditetapkan iaitu berkaitan dengan topik Bentuk Muka Bumi
di Malaysia. Aktiviti yang dijalankan ialah di mana pelajar perlu menentukan lokasi bentuk
muka bumi yang terdapat di Malaysia di atas kad PAK21, mengisi maklumat di atas peta
i-Think dan permainan roda impian (pickers). Saya juga telah menyediakan satu video
berkaitan topik pengajaran untuk ditayangkan kepada pelajar.

Antara isu dan masalah pengurusan bilik darjah yang berlaku semasa sesi
pengajaran ialah terdapat pelajar yang tidak fokus ketika Pengajaran dan Pemudahcara
(PdPc) dilaksanakan. Semasa tayangan video dipaparkan, terdapat beberapa pelajar yang
membuat bising di belakang kelas dan ia menyebabkan video yang ditayang tersebut
terpaksa diulang semula. Ianya menimbulkan kebosanan kepada pelajar lain semasa
paparan video tersebut berlaku. Meskipun aktiviti yang dijalankan ini mencapai objektif
yang ditetapkan dan peratusan kefahaman pelajar namun terdapat beberapa komen
daripada pensyarah penyelia untuk diperbaiki pada masa akan datang.
1. Apakah langkah penambahbaikan yang dilakukan dan penambahbaikan yang
disarankan oleh pensyarah?

Dalam situasi berkenaan, banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Antaranya ialah
tayangan audio atau visual mestilah tidak membosankan dan tidak terlalu panjang. Bukan
itu sahaja, isi kandungan PdPC juga mestilah disampaikan dengan kaedah yang lebih jelas
bagi memudahkan mereka memahami sesuatu topik tersebut. Penyediaan bahan bantu
mengajar juga mestilah pelbagai agar pelajar dapat merujuk dengan lebih jelas. Dalam
situasi ini, pensyarah menyarankan saya untuk merujuk atau menyediakan peta agar semua
pelajar tahu lokasi-lokasi bentuk muka bumi yang dinyatakan dalam sesi PdPc ini. Selain
itu, pensyarah juga menyarankan agar memberi ruang kepada pelajar untuk membaca atau
meminta mereka untuk menerangkan apa yang terdapat dalam slide atau video yang
dipaparkan.

2. Perancangan semula aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Perancangan yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Pengajaran yang baharu adalah
bagi memudahkan pelajar memahami topik Bentuk Muka Bumi di Malaysia ini ialah
kepelbagaian bahan bantu mengajar. Sebagai contoh, pelajar boleh menentukan lokasi
bentuk muka bumi di atas peta yang disediakan. Oleh itu, penggunaan peta di dalam topik
ini dapat membantu pelajar untuk memahami pengajaran dengan lebih jelas. Selain itu,
penggunaan bahan bantu mengajar yang lebih baik dan menarik haruslah dirancang agar
pelajar dapat merasa keseronokan dalam pembelajaran. Bukan itu sahaja, penyediaan
teknikal haruslah diteliti sebelum berlangsungnya sesi pengajaran seperti penyediaan slide,
video dan sebagainya bagi memudahkan proses PdPC berlaku.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN GEOGRAFI

Mata pelajaran : Geografi

Tarikh / Hari : 19 April 2018 (Khamis)

Masa : 9.00- 10.00 pagi

Tingkatan : 1 Amanah

Bilangan pelajar : 37 orang (L 15 P 22)

Tajuk/Tema : Bentuk Muka Bumi

Tajuk : Bentuk Muka Bumi di Malaysia

Standard pembelajaran : Sebelum tamat sesi Pengajaran dan Pemudahcara (PdPC), diharapkan pelajar dapat:

1) Menentukan lokasi bentuk muka bumi saliran dan pinggir laut di Malaysia.
2) Mengenalpasti kepentingan pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia dengan betul.

Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah mengetahui serba sedikit bentuk muka bumi melalui pembelajaran lepas mengenai pandang
darat fizikal.

Bahan Bantu Mengajar : Video, gambar, slide, glob, kad pembelajaran abad ke 21, pickers, helaian nota dan kertas mahjung.

Nilai murni : Bertanggungjawab, bekerjasama dan patriotisme.

KBKK : Menjana idea, kreatif, menganalisis


Langkah / Isi Pengajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Strategi/Kaedah/
Masa BBM/Nilai/KBKK
Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar
Set Induksi Pengenalan bentuk muka 1. Memastikan kelas 1. Pelajar yang Pendekatan:
(3 Minit ) bumi berada dalam terpilih bangun  Deduktif
- Terdapat empat keadaan bersih dan dan menjawab Strategi:
bentuk iaitu tanah kondusif. pertanyaan guru.  Berpusatkan bahan
tinggi, tanah 2. Bertanya kepada 2. Mendengar arahan Kaedah:
pamah, pelajar mengenai dan soal jawab  Soal jawab
lembangan dan tempat pelancongan dilakukan. Nilai
pinggir laut. seperti pulau-pulau 3. Meminta pelajar  Bertanggungjawab
dan kawasan tanah mengaitkan BBM:
tinggi yang mereka gambar yang  Kepingan gambar
ketahui. diberi dengan tajuk KBKK:
3. Mengedarkan gambar pembelajaran  Menjana idea
kepada setiap 4. Mendengar tajuk
kumpulan pelajar. pembelajaran hari
4. Menyatakan tajuk ini.
pembelajaran hari ini
iaitu Bentuk Muka
Bumi di Malaysia.
Langkah 1 Bentuk Muka Bumi di 1. Menunjukkan video 1. Tampil ke hadapan Pendekatan:
( 15 minit) Malaysia berkaitan bentuk untuk - Inkuiri
muka bumi pinggir menerangkan Strategi:
- Pinggir laut laut dan saliran. video yang telah - Berpusatkan
- Malaysia mempunyai 2. Meminta wakil dipaparkan. pelajar dan bahan
pinggir laut yang pelajar untuk 2. Mendengar Kaedah:
panjang iaitu kira- memberitahu dan penjelasan guru - Penerangan
kira 4800km. menceritakan apa dengan tekun. - Soal jawab
- Bentuk muka bumi yang difahami 3. Sesi pertanyaan BBM:
pinggir laut seperti daripada video dan soal jawab. - Video
pulau, teluk, tanjung tersebut. - Slide
dan lagun. 3. Menerangkan dengan Nilai:
- Saliran lebih lanjut topik - Bertanggungjawab
- Merujuk kepada pengajaran pada hari - bekerjasama
sungai dan tasik yang ini dengan bantuan KBKK:
menjadi kawasan slide dan video yang - Menjana idea
tadahan hujan. berkaitan.

Langkah 2 Menentukan lokasi bentuk 1. Meminta pelajar 1. Tampil ke hadapan Strategi


( 20 minit) muka bumi Pinggir laut dan untuk tampil ke untuk mengisi peta i-  Berpusatkan bahan

saliran di Malaysia. hadapan bagi mengisi Think yang telah Pendekatan


peta i-Think disediakan dan  Deduktif
Kepentingan pelbagai bentuk mengenai menentukan lokasi Kaedah
muka bumi di Malaysia. kepentingan bentuk pinggir laut dan  Penerangan

Tanah Tinggi muka bumi di saliran di Malaysia di Teknik


- Pelancongan Malaysia dan beserta dalam kad PAK 21.
BBM
- Pertanian contoh lokasi. 2. Pelajar tampil untuk
 Kad PAK 21
- Jana kuasa 2. Kemudian, meminta membuat peneguhan  Kertas mahjung
hidroelektrik pelajar yang lain atau membaiki Nilai
 Bekerjasama
Tanah pamah tampil untuk kesalahan pelajar lain
 Bertanggungjawab
- Petempatan membuat peneguhan sambil dipantau guru.
- Perindustrian dan atau KBKK
 Kreatif
perdagangan penambahbaikan.
 Menjana idea
- Perhubungan dan 3. Memantau
pengangkutan pergerakan dan
- Pertanian aktiviti para pelajar.
Saliran
- Sempadan
- Perikanan
- Perhubungan dan
pengangkutan
- Pengairan
Pinggir laut
- Perikanan
- Pelancongan
- Perlombongan
- pelabuhan

Langkah 3 Penaksiran 1. Meminta pelajar 1. Bersedia bagi aktiviti Strategi:


( 17 minit) Picker (Roda impian) untuk bersedia di permainan roda impian. - Berpusatkan
pelajar
dalam kumpulan 2. Memastikan nama
untuk membuat mereka terdapat dalam Pendekatan:
aktiviti picker. roda tersebut. - Inkuiri
Teknik:
2. Meminta pelajar 3. Apabila roda itu
-
untuk memastikan berhenti, nama pelajar BBM:
nama mereka terdapat yang tertera itu perlu - Soalan kuiz
- Picker (roda
dalam bulatan roda bangun untuk menjawab
impian)
tersebut. soalan.
3. Memutarkan roda 4. Pelajar perlu menjawab Nilai:
tersebut dan apabila soalan yang - Bekerjasama
- Bertanggungjawab
roda tersebut diketengahkan tersebut.
berhenti, nama KBKK:
pelajar yang tertera di - Menjana idea
- KBAT
skrin perlu bangun
untuk menjawab
soalan.
4. Membacakan soalan
kepada para pelajar.
Penutup Kesimpulan topik 1. Mengedarkan sticker 1. Menulis refleksi di Strategi:
( 5 minit) pembelajaran pada hari ini: note kepada pelajar atas sticker note - Berpusatkan guru
dan meminta mereka yang diberi dan dan pelajar
Penutup kognitif: untuk menulis meletakannya di Kaedah:
Dapat menyatakan 4 bentuk refleksi berkaitan tempat yang - Merumus
muka bumi di Malaysia. pengajaran hari ini. disediakan. BBM:
2. Meminta pelajar 2. Mendengar arahan - Parking lot
Penutup Sosial: untuk menampal dan penerangan Nilai:
Kita haruslah menjaga sticker note tersebut yang diberikan - Yakin
bentuk muka bumi dengan di board yang telah oleh guru dan - Jujur
sebaik-baiknya dengan tidak disediakan. bersedia untuk sesi KBKK:
mencemarkan alam sekitar. 3. Meminta pelajar PdPc pada akan - Menghubungkait
untuk membuat datang.
latihan pengukuhan
di rumah mengenai
tajuk Bentuk Muka
Bumi di Malaysia.
Refleksi:

Kekuatan:

- Sesi pdpc berjalan dengan lancar di mana sebanyak 89% pelajar memahami topik yang diajar pada hari ini.
- Aktiviti picker yang dilaksanakan menarik minat pelajar dan menimbulkan keseronokan dalam sesi pdpc.
- Aktiviti mengisi peta i-Think yang dilaksanakan dapat memberi keyakinan kepada pelajar untuk tampil ke hadapan.
- Sesi peneguhan dan membaiki kesalahan yang dilaksanakan dapat membantu pelajar dalam memastikan sesuatu maklumat itu
tepat.

Kelemahan:

- Membuat soalan ke arah yang lebih tinggi. (KBAT)


- Tidak meminta pelajar untuk memastikan lokasi di atas peta kerana masa tidak mencukupi.

Penambahbaikan:

- Membuat soalan ke arah yang lebih tinggi. (KBAT)


- Menyediakan peta kosong atau kad pak21 bagi memastikan pelajar dapat menentukan kedudukan kawasan bentuk muka bumi
dengan lebih betul.
- Membuat aktiviti menggunakan ict yang lebih menarik yang memberi keseronokan kepada pelajar.
Bahan Bantu Mengajar
KUIZ BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA

1. Tanah tinggi merujuk kepada kawasan yang melebihi? 180m dari aras laut.
2. Banjaran titiwangsa tinggi di utara dan menganjur semakin rendah ke? Selatan.
3. Banjaran titiwangsa merupakan ------ Semenanjung Malaysia.
4. Gunung kinabalu yang terletak di Banjaran Crocker merupakan gunung? Yang tertinggi di Malaysia.
5. Di Sarawak terdapat banjaran? Tama Abu, Pergunungan Iran, Pergunungan Hose dan Banjaran Kapuas Hulu.
6. Tanah pamah ialah kawasan yang? Datar atau beralun
7. Kawasan tanah pamah terdiri daripada delta, dataran pantai dan lembangan sungai.
8. Tanah pamah di Semenanjung Malaysia terletak di bahagian pantai barat dan pantai timur? Dataran kedah-perlis,
dataran hulu sungai perak, dataran Kelantan, delta Rajang dan dataran pantai barat Sarawak.
9. Kedalaman laut di pesisiran pantai Malaysia agak cetek iaitu? Lebih kurang 180 m.
10. Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali? Wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan
Putrajaya.
11. Kawasan pinggir laut di Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi seperti? Pulau, teluk, tanjung, gua, batu
tunggul dan lain-lain.
12. Teluk terbentuk akibat hakisan ombak terhadap batuan lembut di pinggir pantai. Nyatakan contoh teluk yang terdapat
di Malaysia? Teluk Chempedak, teluk batik, teluk kemang, teluk darvel.
13. Nyatakan contoh tanjung di Malaysia? Tanjung Datu, Tanjung Bungah, Tanjung Piai.
14. Pulau ialah? Daratan yang dikelilingi oleh laut. Contoh? Pulau langkawi, redang, sipadan, tioman.
15. Tebing tinggi terbentuk akibat daripada? Hakisan ombak semasa air pasang.
16. Saliran di Malaysia merujuk kepada? Sungai dan tasik.
17. Sungai-sungai di Malaysia adalah? Pendek, beraliran deras dan berliku-liku.
18. Nyatakan tasik buatan manusia? Tasik kenyir.
19. Nyatakan kepentingan bentuk muka bumi bagi tanah tinggi? Pelancongan, pertanian, janakuasa.
20. Sungai di Malaysia berfungsi sebagai sempadan antarabangsa dan sempadan negeri. Contonhya? Sungai Golok dan
Sungai Bernam.
21. Jalanraya, landasan kereta api dan lapangan terbang dapat dibina di kawasan? Tanah pamah.

You might also like