You are on page 1of 12

SULIT

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018
1223/1
PENDIDIKAN ISLAM
Kertas 1
2 Jam Dua jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SPM 2018
PENDIDIKAN ISLAM
(MODUL 2)

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.


2. Bahagian A mengandungi 40 soalan. Jawapan anda hendaklah menggunakan ruangan
jawapan yang disediakan.
3. Bahagian B mengandungi empat soalan subjektif. Jawab tiga soalan: Soalan 1, Soalan 2
dan mana-mana satu soalan daripada Soalan 3 atau Soalan 4. Jawapan anda hendaklah
ditulis di dalam helaian tambahan yang disediakan.
4. Tulis nombor kad pengenalan dan angka giliran anda pada ruangan yang disediakan.
5. Ikat kertas jawapan bersama-sama helaian tambahan dan serahkan kepada pengawas
peperiksaan pada akhir peperiksaan.

_____________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.
[Lihat halaman sebelah

1233/1 ©Hak Cipta Terpelihara SPI, JPN Sabah SULIT


SULIT

Bahagian A
[40 markah]
Jawab semua soalan.
Soalan 1 hingga Soalan 20
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Hitamkan jawapan yang
tepat pada kertas jawapan yang disediakan.

Menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu.

1 Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian


A sewa
B saham
C insurans
D jual beli

2 Berikut adalah ciri-ciri kufur hakikat kecuali


A Menyatakan solat fardu merugikan masa
B Mempersendakan hukum al-Quran
C Tidak mengakui balasan akhirat
D Mengabaikan zakat

3 Apakah hukum mentaati ibu bapa yang berlainan agama?


A Harus
B Wajib
C Sunat
D Haram

4 Antara berikut yang manakah kesan minum arak terhadap individu


A Hilang tenaga kerja untuk membangunkan ekonomi negara
B Dipandang hina kerana warganya berakhlak buruk
C Lalai daripada menunaikan perintah Allah
D Menyebabkan berlakunya pergaduhan

5 Berikut adalah pandangan Ahli Sunnah Waljamaah


A Al-Quran tidak bersifat qadim
B Orang Islam tidak dapat melihat Allah
C Qada dan qadar bukan ketentuan Allah
D Orang mukmin dapat melihat Allah di syurga

1233/1 ©Hak Cipta Terpelihara SPI, JPN Sabah SULIT

2
SULIT

6 Berikut merupakan syarat-syarat taubat


I Berazam tidak akan mengulangi lagi
II Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
III Berhenti melakukan maksiat secara berperingkat-peringkat
IV Memohon maaf untuk kesalahan tertentu dengan orang tertentu sahaja
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

7 Antara berikut, yang manakah bukan perkara makruh semasa sembelihan?


A Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
B Menghadapkan binatang sembelihan ke arah kiblat
C Menggunakan alat atau pisau yang tumpul
D Tidak membaca lafaz “bismillah”

Putus urat halkum dan merih

8 Pernyataan di atas merujuk kepada syarat sah


A Penyembelih
B Alat sembelihan
C Binatang yang disembelih
D Lokasi penyembelihan binatang

Perceraian antara suami isteri dengan lafaz talak


yang dikaitkan dengan bayaran tertentu.
9 Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian __________________.
A khuluk
B fasakh
C zihar
D lian

10 Apakah syarat orang menerima upah haji?


A Waris kepada pemberi upah
B Pernah menunaikan umrah
C Telah menunaikan haji
D Wajib seorang lelaki

1233/1 ©Hak Cipta Terpelihara SPI, JPN Sabah SULIT

3
SULIT

11 Hukum asal memberi hutang dalam Islam ialah


A Harus
B Sunat
C Wajib
D Makruh

12 Berikut adalah perkara sunat akikah kecuali


A Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
B Dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran
C Daging dimasak manis dan dibuat jamuan
D Menyembelih pada waktu petang

13 Berikut adalah syarat bakal suami kecuali


A Islam atau ahli kitab
B Tidak dalam ihram haji
C Bukan mahram kepada bakal isteri
D Tidak beristeri empat pada satu masa

14 Manakah antara berikut menunjukkan kifarah zihar


I Memberi makan dua puluh orang fakir miskin
II Memerdekakan seorang hamba yang mukmin
III Berpuasa selama dua bulan berturut-turut
IV Memohon keampunan kepada Allah
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

15 Antara berikut, yang manakah bukan struktur pentadbiran kerajaan Abbasiah?


A Al-Dawawin
B Al-Khalifah
C Al-Hijabah
D Al-Wazir

16 Pilih pernyataan yang benar mengenai sumbangan Imam Al-Ghazali


A Berhujah berdasarkan kitab khas iaitu al-risalah.
B Menyusun kitab fiqh mengikut bab dan fasal tertentu
C Menjadi penasihat agung perdana menteri Nizam al-Muluk
D Mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan hukum

1233/1 ©Hak Cipta Terpelihara SPI, JPN Sabah SULIT

4
SULIT

17 Al-Imam Ahmad Bin Hanbal dilahirkan di bandar _________________.


A Tunis
B Kufah
C Yaman
D Baghdad

18 Antara adab bernegara yang perlu diamalkan oleh rakyat ialah


A menjaga nama baik negara.
B memenuhi kehendak peribadi.
C mewujudkan hubungan silaturahim.
D memberi maklumat penting kepada negara lain.

19 Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada


I Rakyat berusaha menubuhkan tabung harapan
II Rakyat yang bersatu-padu dan saling bekerjasama
III Semua rakyat berdisiplin dan beradab terhadap negara
IV Sikap rakyat terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

20 Berikut merupakan peringkat jihad kecuali


A Jihad melawan kepentingan peribadi
B Jihad untuk berusaha memperbaiki diri
C Jihad melawan orang kafir harbi dan munafik
D Jihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran

1233/1 ©Hak Cipta Terpelihara SPI, JPN Sabah SULIT

5
SULIT

Soalan 21 hingga Soalan 40


Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

Bahagian Kufur

P Kufur hakikat

21 P dalam rajah di atas ialah ________________.

22 Orang yang melakukan amalan syirik seperti menyembah patung digelar sebagai
________________.

23 Mazhab _________________ adalah jalan yang mengikut jejak langkah Rasulullah dan
para sahabat baginda.

24 Islam __________________ penggunaan dadah sebagai campuran ubat-ubatan untuk


menyelamatkan nyawa manusia.

25 Hukuman bagi penzina yang telah berkahwin dengan cara yang sah ialah
__________________ dengan batu sehingga mati.

26 Berniat ihram di miqat termasuk dalam perkara __________________.

27 ___________________ merupakan satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah


dari suatu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan
perjanjian yang telah ditentukan.

28 Sunat menghadapkan binatang sembelihan ke arah kiblat dengan membaringkannya di atas


rusuk sebelah ____________________.

29 Antara syarat-syarat sah gadaian ialah harta yang digadai itu ___________________ untuk
dijual beli.

30 Isteri boleh menuntut ___________________ apabila suami hilang setelah empat tahun
tempoh berlalu menurut pendapat mazhab Syafie.

31

1233/1 ©Hak Cipta Terpelihara SPI, JPN Sabah SULIT

6
SULIT

Sistem al-hijabah yang tidak ada pada zaman ____________________ membolehkan


rakyat membuat aduan terus kepada khalifah.

Q Dilantik melalui wasiat khalifah sebelumnya dan


kemudiannya mendapat baiah daripada orang ramai

32 Q dalam rajah di atas merujuk kepada khalifah _____________________.

33 Pada zaman Khulafa ar-Rasyidin, golongan kaya mendirikan ______________________ di


sekitar masjid sebagai tempat belajar.

34 Karya Ibnu Sina iaitu _____________________ diterjemahkan sebagai Canon of Medicine.

35 ______________________ ialah golongan penyokong Saidina Ali tetapi tidak menerima


keputusan majlis tahkim.

36 Saham yang telah ditentukan dividen secara tetap adalah tergolong dalam
____________________ yang diharamkan.

Saham yang diharuskan dalam Islam mestilah


bebas daripada unsur berikut :-

Riba Judi R

37 R dalam rajah di atas ialah ___________________.

38 Ahli syura dikenali sebagai ____________________ yang bermaksud pandai menghurai


dan membuat keputusan.

Bertanya tentang Mengingatkan pesakit


Memastikan tubuh badan
keinginan dan keperluan supaya makan ubat
dan pakaian pesakit bersih
pesakit mengikut jadual

39 S dalam rajah di atas ialah adab menjaga orang sakit dari aspek ____________________.

1233/1 ©Hak Cipta Terpelihara SPI, JPN Sabah SULIT


SULIT

40 Kejayaan menghasilkan ubat bius merupakan penemuan Ibnu Sina dalam bidang
_____________________ .

Bahagian B
[60 markah]
7
Jawab tiga soalan: Soalan 1, Soalan 2 dan mana-mana satu soalan berikutnya.

1 (a) (i) Nyatakan maksud Ahli Sunnah Waljamaah. [2 markah]


(ii) Jelaskan dua prinsip akidah Ahli Sunnah Waljamaah. [4 markah]
(iii) Jelaskan pandangan mazhab Ahli Sunnah Waljamaah terhadap isu tersebut;-
(a) Pelaku dosa besar
(b) Al-Quran bukan makhluk [4 markah]

(b) Sihir merupakan salah satu perkara yang membatalkan iman.


(i) Apakah yang dimaksudkan dengan sihir? [2 markah]
(ii) Jelaskan dua faktor berlakunya perbuatan sihir dalam masyarakat Islam.
[4 markah]
(iii) Jelaskan dua cara menghindarkan diri daripada perbuatan sihir. [4 markah]

2 (a) Fasakh merupakan antara langkah akhir dalam mengatasi masalah rumah tangga.
(i) Nyatakan maksud fasakh menurut syarak. [2 markah]
(ii) Jelaskan kesan perpisahan secara fasakh. [2 markah]
(iii) Terangkan dua hikmah diharuskan fasakh dalam masalah perkahwinan.
[4 markah]

(b) (i) Nyatakan maksud sembelihan. [2 markah]

(ii) Nyatakan empat perkara sunat dalam sembelihan. [4 markah]

(c) (i) Nyatakan dua rukun gadaian dalam Islam. [2 markah]

(ii) Pada masa kini, bank tempatan di negara kita turut menyediakan urus niaga gadaian
Islam iaitu ar-Rahnu yang telah berjaya menarik perhatian ramai termasuk orang
bukan Islam untuk melakukan urusan gadaian.
Pada pendapat anda, mengapakah situasi tersebut berlaku? [4 markah]

1233/1 ©Hak Cipta Terpelihara SPI, JPN Sabah SULIT


SULIT

3 (a) Ilmu pengetahuan diberikan perhatian yang sangat tinggi oleh khalifah-khalifah kerajaan
Bani Umaiyah.
(i) Nyatakan dua institusi pendidikan yang wujud pada zaman kerajaan tersebut.
[2 markah]
(ii) Jelaskan dua kesan perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah
kepada bangsa Eropah. [4 markah]

(b) Ibnu Khaldun seorang tokoh dalam pelbagai bidang.


(i) Nyatakan dua sifat peribadi beliau. [2 markah]
(ii) Jelaskan dua kesan sumbangan Ibnu Khaldun terhadap tamadun manusia.
[4 markah]

(c) Hukum bermusafir bergantung kepada tempat yang dituju dan niat orang yang bermusafir.
(i) Jelaskan dua daripada hukum musafir di bawah.
(a) Wajib
(b) Sunat
(c) Makruh [4 markah]

(ii)    


    
   
 
Ayat di atas merupakan antara doa yang sering dibaca ketika memulakan sesuatu
perjalanan.
Berikan hujah anda tentang kepentingan berdoa ketika hendak bermusafir.
[4 markah]

1233/1 ©Hak Cipta Terpelihara SPI, JPN Sabah SULIT


SULIT

4 (a) Ekonomi telah berkembang dengan pesat semasa pemerintahan kerajaan Abbasiah.
(i) Nyatakan dua sektor utama ekonomi kerajaan Abbasiah. [2 markah]
(ii) 9 ekonomi terhadap rakyat pada zaman kerajaan
Jelaskan dua kesan pembangunan
Abbasiah. [4 markah]

(b) Imam Malik rahimahullah merupakan tokoh dalam ilmu hadis dan ilmu fikah.
(i) Ceritakan secara ringkas riwayat hidup Imam Malik r.h. [2 markah]
(ii) Jelaskan dua bukti ketegasan Imam Malik r.h sepanjang hidupnya. [4 markah]

(c) Orang yang sentiasa mengingati Allah SWT tidak akan lalai walaupun berada dalam
kehidupan yang mewah.
(i) Jelaskan dua adab berzikir. [4 markah]
(ii) Firman Allah;-
“Ingatlah akan Allah banyak-banyak, mudah-mudahan kamu berjaya”
(Surah al-Jumuah : ayat 10)
Berdasarkan maksud ayat di atas, bagaimanakah caranya untuk memastikan setiap
lafaz zikir yang disebut akan diterima Allah? Huraikan.
[4 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

1233/1 ©Hak Cipta Terpelihara SPI, JPN Sabah SULIT


SULIT

KERTAS JAWAPAN UNTUK BAHAGIAN A

Nama Calon : _____________________ Tingkatan : _______________


10
No. Kad : _____________________ Angka : _______________
Pengenalan Giliran

1 A B C D
21 _________________________________
2 A B C D 22 _________________________________

3 B D
23 _________________________________
A C
24 _________________________________
4 A B C D
25 _________________________________
5 A B C D 26 _________________________________
6 A B C D 27 _________________________________
28 _________________________________
7 A B C D
29 _________________________________
8 A B C D
30 _________________________________
9 A B C D 31 _________________________________

10 A B C D 32 _________________________________
33 _________________________________
11 A B C D
34 _________________________________
12 A B C D
35 _________________________________
13 A B C D 36 _________________________________

14 B D
37 _________________________________
A C
38 _________________________________
15 A B C D
39 _________________________________
16 A B C D 40 _________________________________
17 A B C D Soalan Markah

18 B D
Bahagian A
A C

1233/1 ©Hak Cipta Terpelihara SPI, JPN Sabah SULIT


SULIT

19 A B C D 1
2
20 A B C D Bahagian B
3
4
Jumlah Penuh

1233/1 ©Hak Cipta Terpelihara SPI, JPN Sabah SULIT

You might also like