You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN KELAB KOMPUTER

SK DESA SUBUR, TAWAU


SESI 2018.

1. NAMA
Persatuan ini dikenali dengan nama Kelab Komputer Sekolah
Kebangsaan Desa Subur, Tawau.

2. ALAMAT
Sekolah Kebangsaan Desa Subur
60904, Tawau
91019 Sabah.

3. TUJUAN PERSATUAN
 Untuk melahirkan generasi yang celik IT.
 Melahirkan murid-murid yang berpengetahuan dan berkemahiran
dalam bidang Teknologi Maklumat.
 Menggunakan kemudahan teknologi maklumat untuk membantu
murid dalam proses pembelajaran mereka.

4. TEMPAT AKTIVITI
Tempat menjalankan aktiviti adalah di makmal komputer sekolah atau
ditempat tempat yang sesuai untuk aktiviti persatuan.

5. KEAHLIAN DAN KEHADIRAN


 Keahlian Persatuan Komputer dibuka kepada murid tahap satu
dan dua SK Desa Subur.
 Organisasi Persatuan adalah seperti berikut:
i) Penaung :Guru Besar
ii) Penasihat : Guru Penasihat
iii)AJK Kelab (murid sekolah):
Seorang Pengerusi, Seorang Naib Pengerusi, Seorang
setiausaha,
Seorang Penolong Setiausaha, Seorang Bendahari, Lima orang
Jawatankuasa yang dilantik.

 Ahli persatuan diwajibkan menghadirkan diri pada setiap


perjumpaan iaitu pada minggu kedua dan keempat setiap bulan
kecuali apabila diminta sebaliknya. Masa yang telah ditentukan
untuk aktiviti kelab ialah dari pukul 1.30 hingga 2.30 petang.
 Setiap ahli persatuan dikehendaki menyerahkan buku kehadiran
kokurikulum kepada guru penasihat persatuan pada setiap
perjumpaan untuk ditandatangani sebagai bukti kehadiran pada
perjumpaan tersebut. Sebarang kehilangan buku tersebut
hendaklah dilaporkan kepada guru penasihat persatuan.
 Setiap ahli juga dikehendaki mengambil bahagian dalam semua
aktiviti dalam perjumpaan tersebut kecuali atas sebab- sebab
kesihatan
 Ahli yang gagal hadir pada aktiviti kokurikulum hendaklah
menulis surat kepada guru penasihat ngan menyatakan sebab
ketidakhadirannya itu.

6. PAKAIAN UNTUK MENGHADIRI AKTIVITI


Semua ahli persatuan dimestikan memakai pakaian yang sesuai pada
setiap aktiviti persatuan. Pakaian yang disyorkan ialah baju sukan,
seluar panjang gelap dan berkasut sukan .

7.KEWANGAN
 Persatuan Komputer mendapatkan sumber kewangan daripada
yuran tahunan, derma dan aktiviti- aktiviti persatuan.
 Jumlah yuran yang ditetapkan untuk setiap ahli ialah sebanyak
RM3.00 setahun atau pada kadar yang ditetapkan oleh
jawatankuasa.
 Jawatan kuasa hanya berkuasa membelanjakan kumpulan wang
yang ada untuk perkara- perkara yang berfaedah bagi mencapai
tujuan dan maksud aktiviti.

8. PERKARA- PERKARA LAIN


 Persatuan ini adalah tertakluk kepada semua peraturan dan
undang- undang yang telah dan akan dikeluarkan oleh Kerajaan,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah

You might also like