You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANATIA KEMAHIRAN HIDUP

(MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA)

TARIKH : 23 JANUARI 2006 (ISNIN)

MASA : 12.20 TENGAHARI

TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER

KEHADIRAN : 1. Pn. Agnes Kimlin (Penolong Kanan 1)

2. En. Harris Bin Majis (Ketua Panatia)

3. En. Jackson Magian

4. Pn. Rohana Siaban

BIL AGENDA TINDAKAN


1. 1.0 Ucapan Pengerusi En. Harris Majis
(Pengerusi)
 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan
kedatangan guru-guru kerana dapat menghadiri mesyuarat panitia
kali pertama.

 Beliau mengharapkan kerjasama dan tunjuk ajar daripada semua


pihak yang pernah mengajar Kemahiran Hidup kerana ini merupakan
pertama kali beliau dillantik sebagai Pengerusi Kemahiran Hidup dan
pertama kali mengajar di sekolah ini.

 Beliau juga menekankan bahawa semua guru KH perlu prihatin


terhadap Huraian Perubahan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup
yang baru.

2. 2.0 Ucapan Penasihat

 Pn. Agnes mengucapkan terima kepada guru-guru yang sudi hadir Pn. Agnes Kimlin
(Penasihat)
untuk mesyuarat kali pertama ini.

 Beliau meminta agar semua guru-guru Kemahiran Hidup dapat sama-


sama membersih dan menceriakan Stor Kemahiran Hidup.

 Beliau berharap agar mesyuarat panitia perlu dilaksanakan dengan b


segera dan sekerap yang boleh supaya guru-guru dapat merancang
dengan lebih baik aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

3. 3.0 Dasar Kurikulum

 Pn. Agnes memberitahu bahawa dasar kurikulum masih lagi seperti


yang lama dan sekiranya ada perubahan akan diberitahu kelak. Setiap
AJK mestilah tahu dasar kurikulum untuk matapelajaran KH dan boleh
didapati dalam fail panitia.

4.0 Matlamat Kurikulum

 Matlamat Kurikulum masih lagi seperti yang lama. Setiap guru telah
pun memperolehinya. Guru-guru diharapkan dapat mengikut matlamat
dengan sewajarnya.
5.0 Rancangan Pelajaran

 Rancangan Pelajaran Tahunan hendaklah merujuk kepada Perubahan


Sukatan Pelajaran yang baru. Guru-guru boleh memuat turun
Rancangan Pelajaran Tahunan tersebut melalui internet.

 Huraian Perubahan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6


telah dimulakan pada tahun lepas. Guru-guru KH boleh
mendapatkannya juga melalui internet.

6.0 Persediaan Mengajar

 Dalam persediaan mengajar terdapat cara yang boleh dilakukan iaitu


Buku Rekod dan juga Sistem Fail. Cara pengisian adalah sama
seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

7.0 Barang-barang dan Alat Bantu Mengajar KH

 Budget bergantung pada peruntukkan jabatan.

 Permintaan berdasarkan kepada keperluan untuk pengajaran dan


pembelajaran dan pesanan boleh dibuat melalui borang pesanan yang
disediakan oleh pihak jabatan.

8.0 Pencerapan Hasil Kerja Murid.

 Pencerapan hasil kerja murid terbahagi kepada dua kategori iaitu


Teori dan Amali. Bilangan latihan tidak ditetapkan tetapi mengikut
Tahap Pencapaian murid menyelesaikannya.

 Berdasarkan matlamat kurikulum

8.1 Prosedur pencerapan

 Setiap kelas Kemahiran Hidup diminta menghantar 1 hingga 5 buah


buku latihan/catatan untuk disemak oleh Ketua Panitia atau Pentadbir.
9.0 Peperiksaan

 Bergantung kepada Panitia Sekolah.

 Pihak sekolah bergantung kepada pemerhatian secara terancang dan


berterusan.

9.1 Skima : Teori / Amali x 100%

 Ujian Bulanan dinilai melalui aktiviti murid.

(Sekiranya diperlukan)

10.0 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

 Guru matapelajaran Kemahiran Hidup itu sendiri.

 Pencerapan berdasarkan takwim. Ketua panitia bertanggungjawab


mengadakan sessi pencerapan.

 KBKK dan STRUM juga 60/40 hendaklah dijalankan dalam


pengajaran dan pembelajaran.

11.0 Analisis

 Perancangan program hendaklah berdasarkan kepada keputusan


tahun 2005

 Mencari kelemahan murid.

12.0 Head Count

 Head Count untuk matapelajaran teras sahaja.


13.0 Merancang Program

 ACG program sekolah wajib dilaksanakan.

 Program yang sedia ada ditambah baik, diubahsuai mahupun


dipindah.

13.1 Program 2006

 Mengubahsuai dan menceriakan Bilik KH.

 Guru bersama murid membuat Semen fero.

 Menggalakkan setiap kelas Tahap 2 mempunyai akuarium sendiri.

 Menanam Tanaman Hiasan.

 Projek Tanaman Sayuran.

14.0 Hal-hal Lain

 Guru-guru atau AJK KH diminta mengemaskinikan Bengkel KH.

 Semua carta lama harap dapat diperbaharui, buku keluar masuk


dikemaskinikan.

 AJK panitia juga berharap pekerja swasta dapat membantu mengelap


tingkap dan sebagainya.

 Guru-guru boleh meminjam segala alatan yang terdapat di bengkel


KH tetapi hendaklah menulis dalam buku keluar masuk barangan
yang disediakan. Diharap segala barangan yang dipinjam dapat
dipulangkan dengan kadar segera.

 Merentas Kurikulum KH.


Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 1.30 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………… ………………………………..

[PN. ROHANA BINTI SIABAN] [EN. HARRIS BIN MAJIS]

Setiausaha Panatia KH Ketua Panatia KH

You might also like