You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SALAH KECHIL,


D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DARO, Email : sksalahkechil@yahoo.com
96200 DARO, SARAWAK. No HP : 013 818 6861 (GB)
( SK47 / YBA6401 ) : 014 5810008 (PK)

Kepada ;

Yang berkenaan

Datuk/Yang berhormat/Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK AKTIVITI ZON TANJUNG SIRIK


(KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON)

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, sekolah kami merupakan tuan rumah untuk Karnival Bahasa Melayu
bagi peringkat zon yang melibatkan 6 buah sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon
sumbangan daripada pihak tuan untuk mengelolakan aktiviti yang akan dijalankan januari 2019.

3. Bersama-sama surat ini, kami sertakan kertas kerja program karnival Bahasa melayu untuk tarikh
pelaksanaan program dan kos yang diperlukan. Kerjasama dan sumbangan daripada pihak tuan amat kami
hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

[ SEKH KARIM BIN JAPAR ]


Guru Besar,
S.K Salah Kechil, Daro.
96200 Daro.

s.k : Fail Timbul

‟MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK”


‟FLY KENYALANG FLY,FLY HIGH”

You might also like