You are on page 1of 4

Jawapan Tugasan 1

Sistem tulisan adalah salah satu daripada perkembangan ilmu pengetahuan dalam proses pembentukan
sesebuah tamadun.Penghasilan sistem tulisan amat penting untuk tujuan urusan pentadbiran seperti
penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal-hal keagamaan. Tulisan merupakan instrumen
yang sangat penting sebagai perantaraan komunikasi dan memainkan peranan dalam penyebaran ilmu
serta perhubungan di dalam sesebuah masyarakat.
Selain sistem tulisan, terdapat beberapa lagi ciri-ciri sesebuah tamadun. Antaranya ialah sistem agama
dan kepercayaan yang mewujudkan pelbagai jenis agama dan kepercayaan di dalam sesebuah tamadun.
Seterusnya ialah pertumbuhan, pembinaan dan perkembangan kota (urbanisasi) yakni kewujudan
penempatan kekal di sesebuah atau beberapa kawasan yang membentuk bandar dan menjadikan
kehidupan manusia lebih sistematik dan teratur.
Selain itu, ciri-ciri lain ialah pembahagian kerja secara kolektif yang bermaksud masyarakat ketika itu
dibahagikan kerja mengikut sumber dan keperluan untuk menjana ekonomi sesebuah tamadun. Di
samping itu, stratifikasi dan organisasi sosial yang membentuk hierarki dalam sesebuah tamadun.
Seterusnya, penggantian kehidupan nomad kepada kehidupan moden melalui kemajuan sains dan
teknologi yang melahirkan daya reka cipta dan pembinaan bagi keselesaan hidup. Akhir sekali, kesenian
dan estetika yang mengembangkan daya kreativiti dalam menghayati bidang falsafah, kesenian, dan
kesusasteraan.
Jawapan Tugasan 2
Tamadun China merupakan salah satu tamadun yang terawal di dunia selain tamadun Mesir dan India.
Bermula di lembah sungai Hwang Ho, tamadun ini berkembang dengan sangat pesat dan membawa
kepada kegemilangan dalam beberapa bidang seperti kepercayaan (agama), seni dan kebudayaan, politik,
pentadbiran, sains dan teknologi, dan instisusi sosial yang maju.
Kegemilangan tamadun China bukan sahaja memberi kemajuan kepada masyarakatnya, malahan turut
memberi sumbangan kemajuan dan kemakmuran kepada kehidupan masyarakat di dunia sehingga hari
ini. Sebagai contohnya pembinaan tembok besar China yang merupakan salah satu daripada tujuh
keajaiban dunia seiring dengan binaan Piramid di Mesir, Taman Tergantung Babylon di Iran, dan Taj
Mahal di India.
Tembok Besar China dibina pada zaman pemerintahan Maharaja Shih Huang Ti (221M-206M) untuk
melindungi China dari serangan puak Gasar dari utara (Mongolia). Ianya setinggi bangunan tiga tingkat
dan panjangnya kira-kira 2410 kilometer yang dibina sepenuhnya oleh tenaga manusia dan mengambil
masa lebih kurang 100 tahun untuk disiapkan.
Bukti ini jelas menunjukkan Tamadun China mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi yang
merangkumi bidang seni bina, pertanian, matematik, astronomi, farmakologi, geologi, fizik, kimia,
biologi, perlombongan dan pelayaran.
Bidang sains dan teknologi di China telah mula berkembang sejak zaman dinasti Shang iaitu dengan
penghasilan alat pertanian dan senjata daripada gangsa, penciptaan alat tembikar dan barang perhiasan
yang diperbuat daripada jed, dan penghasilan kain sutera,
Seterusnya, pada zaman dinasti Chou pula, wang telah dihasilkan daripada logam. Mereka juga telah
memperkenalkan alat tulisan dan penerbitan buku. Tamadun China merupakan sebuah tamadun yang
pertama di dunia yang membuat kertas menggunakan kulit pohon mulberi, bahan terpakai seperti kain
buruk, tali dan sebagainya.
Di samping itu, mereka telah mencipta sebuah mesin tenunan yang dapat menyiapkan kain tenunan
dengan banyak dan pantas serta berjaya menghasilkan kompas dan bahan letupan.Jelaslah, tamadun China
banyak memberi sumbangan terhadap kemajuan tamadun-tamadun lain sehingga hari ini.

You might also like