You are on page 1of 1

Banding beza antara kepelbagaian tamadun Melayu, Cina, dan India

Perkataan ‘tamadun’ berasal daripada bahasa Arab dengan kata dasar ‘da-na’ yang bererti
beragama. Manakala daripada kata ‘da-na’ ini pula muncul kata madanna serta tamaddana
yang kedua-duanya bererti mengasaskan dan membina kehidupan perbandaran dan kehalusan
budi pekerti. Seterusnya dari kata tamaddana itulah lahirnya perkataan tamaddun.

Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang sangat unik jika dibandingkan dengan
tamadun lain dari segi perkembangan dan kemajuannya. Tamadun Melayu berkembang melalui
tiga fasa iaitu fasa masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam, fasa masyarakat Melayu
selepas menerima pengaruh agama Hindu-Buddha dan fasa terakhir ialah masyarakat Melayu
selepas kedatangan agama Islam. Perkembangan tamadun Melayu telah mengubah gaya
hidup masyarakat Melayu terutama di Malaysia.

Dari segi sosio budaya tamadun Melayu, pada awalnya banyak dipengaruhi oleh unsur-
unsur Hindu dan Buddha yang diperolehi melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan
Mahabrata. Ketika adat ini diamalkan, Islam masih belum sampai ke Nusantara.. Antaranya
adat hindu yang masih diamalkan hingga sekarang ialah upacara persandingan didalam majlis-
majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Peringkat yang kedua ialah pengaruh unsur campuran
Hindu/Buddha dan Islam. Pada zaman ini Islam sudah datang ke Nusantara dan majoriti orang
Melayu pun sudah beragama Islam. Namun pengaruh adat lama yang berteraskan Hindu dan
Buddha masih diamalkan. Justeru zaman ini digelar zaman campuran adat Hindu/Buddha dan
Islam dalam masyarakat Melayu. Contohnya, masyarakat Melayu mengamalkan adat mandi
Safar yang dianggap sebagai suatu usaha untuk membuang sial bulan Safar yang jelas
bertentangan dengan Islam. Pengaruh unsur luar yang ketiga didalam masyarakat Melayu
ialah pengaruh Islam iaitu pengaruh yang paling kuat sekali dalam kebudayaan dan adat
Melayu. Bagi masyarakat Melayu, adat ialah kepatuhan yang kedua selepas agama mereka
iaitu Islam..

Dari segi ekonomi pula,

You might also like