You are on page 1of 2

LAPORAN KEMALANGAN DI SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG


2019

LAPORAN AWAL KES/ KEJADIAN

Tajuk/Perkara : Kemalangan Melibatkan kecederaan Murid


(Patah Tangan Kiri )

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Temenggong

Tarikh Kes/ Kejadian : 12.03.2019 ( Selasa )

Tempat Kes/Kejadian : Tangga Sekolah ( Blok Dahlia )

Masa Kes/ Kejadian : 07.12 pagi

Nama Guru Melapor : Ustaz Mohammad Faizer Bin Bahron

Nama Murid Terlibat : Mohd Ziqrie Azizan Bin Rapiee ( 6 Bestari )

Ringkasan Kes Kejadian :

Kejadian berlaku pada jam 07.12 pagi semasa murid-murid tahun 6 bestari menuruni
tangga. peristiwa ini disedari oleh saya (Ustaz Mohammad Faizer Bin Bahron) ketika
saya dalam perjalanan balik dari kantin sekolah ke bilik guru. Semasa perjalanan
balik ke bilik guru, saya (Ustaz Mohammad Faizer Bin Bahron) telah didatangi oleh
Daniel Airel Bin Hasbi murid tahun 6 Bestari bersama rakan-rakan sekelasnya yang
lain memberitahu kecederaan yang dialami oleh Mohd Ziqrie Azizan Bin Rapiee .
Tanpa berlengah Saya (Ustaz Mohammad Faizer Bin Bahron) terus membawa murid
yang cedera itu ke pejabat sekolah dan memaklumkan kepada Guru Besar, Encik
Suhaimi Bin Hj Heep ( Guru Besar ) yang kebetulan berada di Hadapan pejabat
sekolah. Guru Besar, Encik Suhaimi Bin Hj Heep terus mengarahkan Puan Zeliha
Binti Wahap (PK HEM) menghubungi pihak ibubapa murid yang cedera itu untuk
memaklumkan kemalangan dan memaklumkan juga pihak sekolah meminta
kebenaran untuk menghantar murid tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan
dan Bapa kepada Mohd Ziqrie Azizan Bin Rapiee membenarkan anak beliau
mendapat rawatan di Unit Kecemasan Klinik Kesihatan Petra Jaya. Sebelum di bawa
ke klinik, pihak sekolah telah melakukan bantuan awal. Melihat kepada kecederaan
yang dialami oleh murid tersebut berkaitan dengan kecedaran patah tangan pihak
sekolah telah memanggil Pn Wisma@wismawatie Bt Othman untuk membantu
memasang anduh pada kecederaan yang dialami oleh murid.

Melalui perbualan dengan murid itu oleh saya (Ustaz Mohammad Faizer Bin Bahron)
sendiri selaku guru disiplin sekolah, bertanya kepada murid tersebut bagaimana
kejadian itu terjadi, murid itu menjelaskan bahawa kemalangan itu berlaku ketika dia
LAPORAN KEMALANGAN DI SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG
2019
menuruni tangga dan kakinya tersandung kakinya sendiri . Saya (Ustaz Mohammad
Faizer Bin Bahron) juga bertanya adakah murid lain berada semasa kejadian itu.
Murid tersebut menyatakan kemalangan itu berlaku tanpa ada tolakan atau rempuhan
daripada murid lain. Menurut murid kelas 6 Bestari yang lain, sebelum kejadian Mohd
Ziqrie Azizan Bin Rapiee mengejek nama Al-Marhum Ayah seorang murid, Izryn Binti
Rosli dengan menggelar “ Rosli Pajo “. Selepas itu Mohd Ziqrie Azizan Bin Rapiee
terus ke tangga untuk turun ke tempat PJK. Ketika itulah Mohd Ziqrie Azizan Bin
Rapiee tersandung kakinya sendiri dan terjatuh. Saksi yang melihat ialah Daniel Airel
Bin Hasbi.

Laporan di sediakan :

............................................
MOHAMMAD FAIZER BIN BAHRON
GURU DISIPLIN
SK TEMENGGONG
93050 KUCHING

 Simpanan fail

You might also like