You are on page 1of 40

MODUL KERTAS 3

SEJARAH SPM 1249/3


JPN PULAU PINANG
PEGAWAI:
EN AHMAD ZAKI BIN MOHD NOOR

PANEL:
1. PN WAN BASTHIAH BT HJ ABDUL
RAHMAN
2. CIK SOPIAH BT SAID
3. PN SHANTINA BT JUSOH
4. DR AZIANS BT ABU HASSAN
5. PN CIK SALMIAH BT AYOB
6. PN RAHIMAH BT ABDUL AKIB
7. PN SURIYANI BT LAMIN
8. EN ABD RANI B HJ ABD RAZAK
9. EN KHAIROL FAIZAL B ABDULLAH
10. EN MOHD FADZIL B YAACOB
11. PN NOR HAFZAN BT RAMLI
12. PN KHAIRUNNIZA BT ABDUL
HAMID
13. PN SITI NOR SYIQAH BT AZMI
Isi kandungan

Bil Kandungan Muka surat


1 Pengenalan 3
2 Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap 2
Jelaskan / huraikan / perihalkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun
3
Tahap Kedua (1970-1990)

Rancangan Malaysia Kedua (RMK2)


3 Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) 4
4 Rancangan Malaysia Keempat (RMK4) 4
5 Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) 6
6 Dasar Pembangunan Ekonomi 7

Terangkan / huraikan / perihalkan dasar pembangunan ekonomi negara.

Dasar Pertanian Negara(DPN)


7 Dasar Pensyarikatan Malaysia 7
8 Dasar Penswastaan 8
9 Dasar Hala Tuju Cara Baru 8
10 Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN) 9
11 Dasar Kependudukan 9
12 Rancangan Pembangunan Ekonomi telah menghasilkan
kejayaan kepada Malaysia.
Buktikan pernyataan tersebut.

Dasar-dasar pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh


kerajaan telah membawa kejayaan.
Bincangkan. 10

Dasar pembangunan ekonomi yang dilaksanakan di Malaysia telah


memberi manfaat kepada masyarakat.
Buktikan

Kemakmuran ekonomi menjamin kesejahteraan rakyat.


Buktikan.
13 DEB berjaya mengukuhkan perpaduan kaum dan kemakmuran negara. 11
Berikan penjelasan anda.
14 Kesan kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia hingga hari ini 11

1 |JPNPP
15 Bagaimanakah usaha kerajaan dalam melaksanakan pengagihan 12
ekonomi yang adil kepada semua kaum dapat melahirkan rakyat yang
sejahtera dan harmoni?
16 Bagaimanakah pembangunan ekonomi dapat dimanfaatkan untuk 13
kesejahteraan rakyat?
17 Jelaskan manfaat yang diperoleh rakyat hasil Rancangan 14
Pembangunan Ekonomi Lima Tahun.
18 Jelaskan kemajuan yang boleh dicapai oleh Malaysia sekiranya kita 16
mengamalkan pembangunan ekonomi terancang.
19 Keberkesanan dasar pembangunan ekonomi di Malaysia hingga hari ini. 19
20 Nilaikan sumbangan dasar pembangunan ekonomi negara di persada
23 antarabangsa.
21 Bagaimanakah memanfaatkan pembangunan ekonomi untuk
24 kesejahteraan rakyat?
22 Kesan kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia hingga hari ini. 24
23 Bagaimanakah Dasar Pembangunan Ekonomi yang diperkenalkan 25
mampu memenuhi keperluan ekonomi moden yang berteraskan
perindustrian
24 Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara dan
27 nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan negara
– cabaran 1
25 Langkah mengatasi cabaran 1 29
26 Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara dan
33 nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan negara
– cabaran 2
27 Langkah mengatasi cabaran 2 34
28 Iktibar/ Nilai yang diperolehi daripada tajuk yang dikaji. 35
29 Pengetahuan 36
30 Nilai Murni 37
31 Unsur Patriotisme 38
32 Harapan Kepada Bangsa dan Negara 38

2 |JPNPP
Pengenalan

Pembangunan ekonomi di negara kita dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan


Lima Tahun yang dimulakan oleh kerajaan Parti Perikatan sejak sebelum merdeka lagi. Pada
peringkat awal, rancangan tersebut memberikan tumpuan terhadap pembangunan kawasan
luar bandar. Dasar Ekonomi Baru (DEB) pula diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. DEB dilaksanakan melalui Rancangan
Pembangunan Lima Tahun. Apabila tempoh DEB tamat pada tahun 1990, Dasar Pembangunan
Nasional (DPN) pula diperkenalkan untuk menyambung hasrat DEB sehingga tahun 2000.
Dalam pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun menerusi DEB dan DPN, banyak
dasar pembangunan dan agensi kerajaan diwujudkan secara bersepadu bagi memastikan
kejayaan pembangunan ekonomi negara.

Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap 2

Jelaskan / huraikan / perihalkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua


(1970-1990)

Rancangan Malaysia Kedua (RMK2)

Rancangan Malaysia Kedua merupakan rancangan pembangunan lima tahun pertama di


bawah DEB. Matlamat Rancangan Malaysia Kedua adalah untuk menyelesaikan masalah
ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan dan wilayah. Tumpuan diberikan terhadap usaha
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan menambahkan pendapatan dan
menyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi. Ia juga bertujuan
menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi. Program pembangunan kawasan luar
bandar diteruskan.

Beberapa agensi di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah ditubuhkan


untuk melaksanakan program pembangunan wilayah. Agensi lain juga telah ditubuhan
khususnya untuk membantu golongan petani, menggalakkan perkembangan perusahaan dan
perdagangan serta memajukan bandar. Beberapa agensi kerajaan telah ditubuhkan dalam
Rancangan Pembangunan Malaysia Kedua. Contohnya Lembaga Beras dan Padi Negara

3 |JPNPP
(LPN) 1971 berfungsi menstabilkan harga padi. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 1971
berperanan membangunkan dan memodenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf
hidup nelayan.

Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) 1971 berfungsi membangunkan bandar.


Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) 1973 berfungsi
membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah. Lembaga
Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 berfungsi membantu golongan petani melibatkan diri dalam
kegiatan koperasi. Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974 berfungsi memajukan sektor
perindustrian dan perniagaan yang berkaitan dengan petroleum. Perbadanan Kemajuan
Ekonomi Negeri berfungsi menggalakkan perindustrian dan perdagangan dengan menyediakan
tapak perindustrian, perumahan, ruang pejabat dan kedai.

Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3)

Rancangan Malaysia Ketiga merupakan lanjutan Rancangan Malaysia Kedua yang terus
mendokong aspirasi DEB. Usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
terus menjadi matlamat segala program pembangunan ekonomi. Program pembangunan
pertanian dan perindustrian diteruskan untuk meningkatkan produktiviti, membuka peluang
pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembukaan tanah secara besar-besaran
dilaksanakan di bawah program pembangunan wilayah oleh agensi terlibat seperti Lembaga
Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH),
Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
(KESEDAR). Tumpuan diberikan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit untuk keperluan
eksport. Agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya dalam sektor pembangunan
industri dan pembangunan bandar baru.

Rancangan Malaysia Keempat (RMK4)

Rancangan Malaysia Keempat juga seperti Rancangan Malaysia Ketiga yang


mendukung aspirasi DEB. Namun begitu, Rancangan Malaysia Keempat dilancarkan semasa
dunia mengalami kelembapan ekonomi. Rancangan Malaysia Keempat tetap meneruskan

4 |JPNPP
program pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ketiga. Rancangan Malaysia
Keempat pula memberikan tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat berasaskan
pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga kerja mahir.

Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada akhir
tahun 1980. Penubuhan HICOM adalah untuk mengenal pasti, memulakan dan menguruskan
projek industri berat dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta. Bagi
menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan modal asing, perusahaan baru telah
dibuka seperti di Skudai (Johor), di Senawang (Negeri Sembilan), di Bintulu (Sarawak) serta di
Menggatal dan Likas (Sabah). Zon perdagangan bebas telah diperkenalkan di Bayan Lepas
(Pulau Pinang) dan di Sungai Way (Selangor). Bagi memastikan keberkesanan projek
perindustrian, dua program telah dilancarkan pada tahun 1983, iaitu Kajian Dasar Perindustrian
Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian. Kelemahan dalam struktur perindustrian negara
dikenal pasti oleh Kajian Dasar Perindustrian Malaysia.

Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan industri dan
strategi pelaksanaannya. Pengenalan Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia
merupakan perkembangan baharu dalam Rancangan Malaysia Keempat kerana melibatkan
sektor swasta dalam menjana pembangunan ekonomi negara. Penglibatan sektor swasta dapat
mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh kerajaan. Bagi mengimbangi
pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputera dengan bukan bumiputera.
Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah ditubuhkan dan Skim Amanah Saham Nasional
(ASN) telah dilancarkan pada tahun 1981.

Sektor pertanian turut diberikan perhatian dalam Rancangan Malaysia Keempat


menerusi Dasar Pertanian Negara (DPN) pada tahun 1984 bermatlamat untuk memodenkan
dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur
dan perkhidmatan sokongan. Rancangan Malaysia Keempat mencatatkan perkembangan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 5.8 peratus setahun. Pendapatan per
kapita pula telah meningkat pada kadar 4.4 peratus setahun menjadi RM4000 juta pada tahun
1985.

5 |JPNPP
Rancangan Malaysia Kelima (RMK5)

Rancangan Malaysia Kelima merupakan rancangan lima tahun ekonomi yang terakhir
untuk merealisasikan aspirasi DEB yang genap 20 tahun pada tahun 1990. Penekanan utama
Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk meningkatkan sektor perindustrian dengan
melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan pelesenan dalam sektor swasta.
Syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian
berorientasikan eksport. Pada masa sama, kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan
pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan.

Pembangunan kawasan luar bandar terus diberikan perhatian. Penggunaan tanah


dengan lebih cekap supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Industri
desa yang berpotensi seperti kraf tangan digalakkan. Kredit dan insentif telah diperluas, melalui
Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia. Sektor
pelancongan menjadi perusahaan penting dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima.
Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia merancakkan lagi industri pelancongan
terutama dengan Pelancaran Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.

Satu lagi penekanan Rancangan Malaysia Kelima adalah dalam bidang penyelidikan
dan pembangunan. Dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga
tempatan untuk meningkatkan produktiviti negara. Namun pada tahap kedua, pelaksanaan DEB
berjaya merapatkan jurang antara kaum serta wilayah. Kadar kemiskinan menurun manakala
pendapatan per kapita dan hak milik modal saham kaum bumiputera meningkat. Walaupun
begitu, peningkatan hak milik modal saham bumiputera hanya setakat 20.3% sedangkan
sasaran yang ditetapkan 30%. Hak milik modal saham kaum bukan bumiputera meningkat
kepada 46.2% melebihi sasaran 40% yang ditetapkan. Peningkatan hak milik modal saham
kedua-dua golongan ini sekurang-kurangnya berjaya mengurangkan hak milik modal saham
orang asing kepada 33.5%.

6 |JPNPP
Dasar Pembangunan Ekonomi

Terangkan / huraikan / perihalkan dasar pembangunan ekonomi negara.

Dasar Pertanian Negara (DPN)

Dasar Pertanian Negara (DPN) yang dilancarkan pada 12 Januari 1984 bermatlamat
untuk meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum menerusi pengurusan
sumber ekonomi negara yang cekap dan berkesan. Dasar Pertanian Negara juga bermatlamat
untuk memaksimumkan pendapatan pekebun kecil disamping memajukan komoditi utama yang
berpotensi untuk dieksport. Antara strategi yang dilaksanakan ialah menggalakkan pembukaan
tanah baharu di bawah rancangan FELDA, agensi pembangunan wilayah dan kerajaan negeri.
Selain itu, program pembangunan in-situ diperkenalkan untuk memulihkan kawasan yang
berproduktiviti rendah. Penglibatan sektor swasta dalam projek penswastaan pertanian di
bawah Kementerian Pertanian dilaksanakan.

Dasar Pensyarikatan Malaysia

Dasar Pensyarikatan Malaysia diperkenalkan pada 25 Februari 1983. Dasar ini


bermatlamat untuk merangsang penglibatan sektor swasta secara aktif dan berkesan dalam
pembangunan negara. Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh
kerajaan dan sektor swasta. Semua kakitangan kerajaan dan swasta merupakan pemilik saham
dan semua pekerja dipertanggungjawabkan untuk memajukan syarikat iaitu Malaysia. Sebuah
panel perunding antara pihak kerajaan dengan sektor swasta ditubuhkan. Pegawai kerajaan
ditempatkan di syarikat swasta untuk menjalinkn hubungan dan berkongsi kepakaran.

Sektor swasta perlu memahami dasar kerajaan dan mengutamakan kepentingan


nasional dalam aktiviti ekonomi disamping mendapatkan keuntungan maksimum. Pihak
kerajaan bertindak memberikan perkhidmatan sokongan bagi memudahkan operasi sektor
swasta.

7 |JPNPP
Dasar Penswastaan

Dasar Penswastaan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir
pada bulan Mac 1983. Menerusi dasar ini, kerajaan memindahkan perkhidmatan, perusahaan,
kepentingan, pelaburan dan kuasa tertentu kepada sektor swasta. Dasar Penswastaan
bermatlamat mengurangkan beban kewangan kerajaan. Selain itu, dasar ini bertujuan
meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau barangan kerana sektor swasta
dianggap lebih cekap daripada sektor awam. Dasar Penswastaan diyakini dapat mempercepat
pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal oleh sektor swasta. Unit Perancangan
Ekonomi (UPE) bertindak sebagai jawatankuasa penswastaan yang memberikan garis panduan
kepada sesebuah kementerian atau jabatan yang ingin menjalankan penswastaan.
Berdasarkan garis panduan yang disediakan, penswastaan boleh dilaksanakan sama ada
secara sepenuhnya ataupun secara sebahagian. Menerusi Dasar Penswastaan kerajaan dapat
mengurangkan beban kewangan dan mengalihkan tumpuan terhadap pembangunan sektor
lain.

Dasar Hala Tuju Cara Baru

Dasar Hala Tuju Cara Baru ialah dasar kerajaan untuk membangunkan kawasan luar
bandar. Dasar ini merupakan pendekatan baharu kerajaan membangunkan kawasan tersebut.
Matlamat utama dasar ini adalah untuk meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja
desa melalui penglibatan mereka dalam sektor pelaburan. Dasar ini dilaksanakan melalui tiga
strategi. Strategi pertama adalah dengan mengelompokkan kampung-kampung menjadi
petempatan yang lebih besar supaya segala kemudahan dapat disediakan dengan lebih
ekonomik. Strategi kedua, meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa melalui
program usahawan desa yang terlibat dengan industri pembuatan barangan. Strategi ketiga
ialah pelaksanaan projek pembangunan oleh agensi kerajaan untuk meningkatkan pendapatan
penduduk luar bandar.

8 |JPNPP
Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN)

Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN) bermatlamat untuk mencapai


kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan walaupun negara menghadapi pelbagai cabaran.
Peningkatan hasil pendapatan negara penting untuk meningkatkan kadar pertumbuhan
ekonomi yang lebih tinggi. DPDPN ini juga memastikan penggunaan sumber negara pada
tahap maksimum bagi mengelakkan sebarang pembaziran disamping memastikan sektor
perindustrian dapat bersaing pada peringkat antarabangsa. Antara strategi pelaksanaan
DPDPN termasuklah membaiki sistem pengurusan operasi, struktur organisasi, penggunaan
teknologi terkini serta penerapan nilai dan etika kerja yang murni.

Dasar Kependudukan

Dasar Kependudukan diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada 29 Mac 1984.


Matlamatnya adalah untuk mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang tahun 2100.
Pertumbuhan penduduk dalam jangka masa yang panjang akan memberikan kesan positif
terhadap bekalan tenaga kerja, peningkatan produktiviti dan perluasan pasaran. Di samping itu,
jumlah penduduk yang besar akan menyumbang ke arah kekuatan politik dan keselamatan
negara. Dasar Kependudukan menitikberatkan keselarasan antara kadar pertumbuhan
penduduk dengan kadar pembangunan sosioekonomi negara khususnya yang berkaitan
dengan kemudahan pendidikan, perumahan, kesihatan dan peluang pekerjaan. Oleh sebab itu,
segala program pembangunan negara didasarkan pada unjuran jumlah penduduk untuk
memastikan pertambahan penduduk tidak mendatangkan masalah kepada negara.

9 |JPNPP
Rancangan Pembangunan Ekonomi telah menghasilkan kejayaan kepada Malaysia.
Buktikan pernyataan tersebut.

Dasar-dasar pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan telah


membawa kejayaan.
Bincangkan.

Dasar pembangunan ekonomi yang dilaksanakan di Malaysia telah memberi


manfaat kepada masyarakat.
Buktikan.

Kemakmuran ekonomi menjamin kesejahteraan rakyat.


Buktikan.

Dasar pembangunan ekonomi telah berjaya membangunkan kawasan luar bandar


dengan pesatnya. Hal ini kerana DEB berjaya membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
terutama antara orang Melayu dan Cina. Contohnya orang Melayu terlibat dalam bidang
perniagaan. Di samping itu, DEB juga berjaya mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar
bandar. Contohnya, kadar kemiskinan berjaya diturunkan daripada 49.3% kepada 17.1%. Hal ini
jelas menunjukkan DEB berjaya mencapai matlamatnya.

Jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar
dapat dirapatkan. Taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan terutama di kawasan luar bandar.
Selain itu, pelbagai aktiviti ekonomi telah wujud seperti perindustrian. Sumber pendapatan
negara tidak lagi terlalu bergantung kepada komoditi utama/ bijih timah/ kelapa sawit.
Pembukaan tanah baharu untuk pertanian dibuka secara besar-besaran. Kegiatan pertanian
secara besar-besaran / ladang diusahakan dengan pesatnya.

Pelbagai peluang pekerjaan disediakan dalam pelbagai sektor. Sektor perindustrian


berkembang seperti industri berat. Sektor perdagangan berkembang dengan mengutamakan
pasaran eksport. Zon perdagangan bebas diwujudkan seperti di Bayan Lepas/Sungai Way.
KDNK meningkat pada kadar 5.8% setahun. Pendapatan perkapita juga meningkat pada kadar

10 |JPNPP
4.4% setahun. Hak milik modal saham bumiputera meningkat melalui ASN. Pelaburan modal
asing meningkat dengan syarat pelaburan modal asing dilonggarkan.

Kesimpulannya dasar pembangunan ekonomi berjaya memakmurkan negara


seterusnya memberikan kesan kepada kesejahteraan rakyat.

DEB berjaya mengukuhkan perpaduan kaum dan kemakmuran negara.


Berikan penjelasan anda.

Dasar Ekonomi Baru berjaya merapatkan jurang antara kaum, antara bumiputera dan
bukan bumiputera. Selain itu, dasar ini juga mampu merapatkan jurang antara wilayah dan
antara luar bandar. Kadar kemiskinan berjaya diturunkan daripada 49.3% kepada 17.1%.
Manakala KDNK negara berjaya ditingkatkan daripada RM21,548 juta kepada RM59,155 juta.

Seterusnya pendapatan per kapita berjaya ditingkatkan daripada RM1,109 kepada RM


6,180. Modal saham milik bumiputera berjaya ditingkatkan daripada 2.4% kepada 20.3%.
Manakala modal saham bukan bumiputera meningkat kepada 46.2%. Selain itu, hak milik
modal saham bumiputera meningkat melalui ASN. Hak milik modal saham asing berjaya
dikurangkan kepada 33.5%.

Oleh itu, perpaduan wilayah diwujudkan. Apabila perpaduan dalam negara ditingkatkan,
kerajaan boleh menumpukan kepada peningkatan taraf hidup rakyat tanpa mengira kaum
di bandar dan luar bandar. Jelaslah bahawa DEB berjaya mengukuhkan perpaduan kaum
dan meningkatkan kemakmuran negara.

Kesan kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia hingga hari ini

Salah satu kesan kemajuan ekonomi di Malaysia ialah kemajuan dan pemodenan
dalam bidang pertanian. Perkembangan teknologi seperti penggunaan jentera moden, kualiti
benih yang lebih baik serta Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) membawa kepada
pemodenan pertanian.

11 |JPNPP
Kemajuan ekonomi juga membawa kepada perkembangan perindustrian. Hal ini dibantu
dengan adanya kemajuan pengangkutan dan komunikasi. Pelaksanaan k-ekonomi juga
membantu dalam perkembangan perindustrian.

Seterusnya, kejayaan ekonomi juga membawa peningkatan pendapatan per kapita


negara kita. Hal ini turut diperlihatkan dalam peningkatan hak milik modal saham bumiputera.
Kejayaan ekonomi ini membawa perkembangan ekonomi setaraf negara maju. Kemajuan
eknomi juga telah mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kehidupan
harmonis ini dapat menjamin keamanan negara.

Selain itu, kemajuan ekonomi juga telah membawa perkembangan ICT yang seiring
dengan kemajuan dalam bidang pendidikan. Kemajuan ekonomi turut memainkan peranan
dalam pembangunan infrastruktur bertaraf dunia seperti KLIA, KLCC dan Litar Antarabangsa
Sepang (SIC). Pembangunan infrastruktur turut membawa kepada pembentukan bandar
terancang seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Nusajaya.

Kemajuan ekonomi turut memberi peluang kepada negara kita untukk melahirkan
jaguh sukan bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicole Ann David. Hal ini
kerana kita dapat membiayai jurulatih serta peralatan yang canggih untuk melahirkaan
jaguh sukan.

Bagaimanakah usaha kerajaan dalam melaksanakan pengagihan ekonomi yang adil


kepada semua kaum dapat melahirkan rakyat yang sejahtera dan harmoni?

Usaha kerajaan dalam melaksanakan pengagihan ekonomi yang adil kepada


semua kaum dapat dilihat melalui Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang bertujuan untuk membangunkan ekonomi, sosial
dan infrastruktur masyarakat luar bandar. Selain itu menggalakkan penyertaan orang Melayu
dalam sektor perniagaan supaya dapat bersaing dengan kaum lain. Contohnya, RIDA dan
MARA memberi pinjaman dan bantuan pemasaran hasil pertanian petani. Jelaslah bahawa
RIDA dan MARA berjaya melaksanakan pengagihan ekonomi yang adil dan seterusnya
melahirkan rakyat yang sejahtera dan harmoni.

12 |JPNPP
Selain itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun
1970 memberi tumpuan terhadap usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Dasar
DEB juga merupakan usaha untuk menambahkan pendapatan dan menyediakan peluang kerja
merapatkan jurang ekonomi serta menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi.
Buktinya kadar kemiskinan dapat dikurangkan daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada 17.1%
pada tahun 1990. Jelaslah bahawa DEB mampu melaksanakan ekonomi yang adil dan
melahirkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni.

Kerajaan juga telah melaksanakan pengagihan ekonomi yang adil melalui


penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Skim Amanah Saham Nasional (ASN) telah
dilancarkan pada tahun 1981 untuk mengimbangi pemilikan harta atau saham bumiputera dan
bukan bumiputera. Buktinya modal saham milik bumiputera telah meningkat daripada 2.4%
pada tahun 1970 kepada 20.3% pada tahun 1990. Hal ini menjelaskan bahawa usaha kerajaan
melalui penubuhan PNB berjaya mengimbangi pemilikan harta bagi melahirkan masyarakat
yang berkeupayaan dari aspek ekonomi.

Selain itu, pembangunan kawasan luar bandar terus diberi perhatian oleh kerajaan.
Penggunaan tanah dengan lebih cekap dititikberatkan supaya menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan menggalakkan industri desa yang berpontensi seperti
kraf tangan. Malah kemudahan kredit dan insentif telah diperluaskan melalui Bank Pertanian,
Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia. Jelaslah bahawa kerajaan
memberi perhatian pembangunan luar bandar bagi usaha melahirkan rakyat yang berdaya
saing dan sejahtera.

Bagaimanakah pembangunan ekonomi dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat?

Pembangunan ekonomi dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat adalah melalui


penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) bagi membangunkan masyarakat
luar bandar. Tujuan RIDA adalah untuk memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil dan
menggalakkan penyertaan Melayu dalam bidang perniagaan. Contohnya, RIDA memberi bantuan
kepada para petani dalam memasarkan hasil pertanian mereka seperti sayur-sayuran. Jelaslah
RIDA telah berjaya memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat.

13 |JPNPP
Federal Land Development Authority (FELDA) pula berperanan untuk meningkatkan
taraf hidup masyarakat luar bandar. Selain itu, FELDA juga untuk meningkatkan hasil pertanian.
Contohnya, bagi menjayakan rancangan ini, kawasan tanah baharu dibuka secara besar-
besaran dengan kemudahan asas yang lengkap disediakan. Kesannya FELDA telah berjaya
mengurangkan jurang pendapatan masyarakat luar bandar dan bandar serta membantu dalam
mengurangkan kadar kemiskinan. Hal ini secara langsung dapat mengharmoni dan melahirkan
kesejahteraan dalam kalangan rakyat.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera


dalam sektor perusahaan dan perdagangan. Contohnya, Strategi MARA ialah membantu
usahawan bumiputera, menambah guna tenaga bumiputera, meningkatkan ekuiti bumiputera
dan menyediakan kemudahan asas kepada bumiputera. Hal ini menyediakan peluang kepada
mereka untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka. Peningkatan taraf ekonomi bumiputera
sudah pasti akan mensejahterakan masyarakat di negara ini.

Program transformasi Ekonomi (ETP) pula menggariskan pelan untuk menggerakkan


Malaysia ke arah mencapai status negara maju melalui pertumbuhan ekonomi yang mapan.
Selain itu, ETP juga bertujuan untuk ekonomi yang berdaya saing dan bertujuan mewujudkan
masyarakat berpendapatan tinggi pada masa hadapan. ETP memberi fokus kepada 12 bidang
Ekonomi Utama Negara (NKEA) antaranya bidang pertanian, perkhidmatan perniagaan,
pendidikan serta elektrik dan elektronik. Hal ini dapat membangunkan tenaga kerja berkualiti
dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Oleh itu, taraf hidup masyarakat
juga semakin meningkat dan akan berjaya mewujudkan kesejahteraan rakyat.

Jelaskan manfaat yang diperoleh rakyat hasil Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima
Tahun.

Manfaat yang diperoleh rakyat hasil Rancangan Pembangunan ekonomi Lima Tahun
ialah kadar kemiskinan tanpa mengira kaum dan wilayah. Hal ini kerana pada ketika itu
kerajaan melaksanakan program dengan begitu terancang untuk meningkatkan taraf ekonomi
penduduk luar bandar dan bumiputera. Contohnya pelbagai agensi dibentuk dan digerakkan
seperti MARA, FAMA, Bank Pertanian, FELDA, FELCRA , MADA, KADA dan lain-lain
untuk mencapai hasrat tersebut. Hasilnya kadar kemiskinan telah menurun daripada 49.3
peratus
14 |JPNPP
dalam tahun 1970 kepada 17.3 peratus pada tahun 1987. Jelaslah dengan pelaksanaan yang
terancang dalam Rancangan Pembangunan ekonomi Lima Tahun telah berjaya mencapai
matlamat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat tanpa
mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia supaya dapat menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Oleh itu, masyarakat menikmati manfaat daripada
pembangunan ini.

Seterusnya, wujud pelbagai aktiviti ekonomi seperti perindustrian dan perusahaan. Oleh
itu, sumber pendapatan negara tidak lagi bergantung kepada komoditi utama seperti bijih timah
dan kelapa sawit. Selain itu, banyak tanah baharu untuk pertanian telah dibuka secara besar-
besaran melalui pembukaan ladang dan pertanian dalam skala besar. Sektor perindustrian
berkembang, contohnya dalam industri berat. Sektor perdagangan juga berkembang dengan
mengutamakan pasaran eksport. Zon perdagangan bebas diwujudkan seperti di Bayan Lepas
dan Sungai Way. Hal ini menyebabkan banyak peluang pekerjaan disediakan dalam pelbagai
sektor kepada masyarakat. Jelaslah, masyarakat di negara ini akan menikmati manfaat yang
besar hasil Rancangan Pembangunan ekonomi Lima Tahun yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Manfaat yang diperoleh rakyat hasil Rancangan Pembangunan ekonomi Lima Tahun
yang seterusnya ialah KDNK Negara berjaya ditingkatkan daripada RM 21,548 juta kepada RM
59,155 juta. Keluaran Dalam Negara Kasar ini dipacu pada ketika itu dengan pengenalan
pembukaan tanah baru seperti FELDA dan penubuhan agensi lain seperti RISDA malahan
pada masa sama eksport negara telah ditingkatkan secara maksimum. Apabila kerajaan
melaksanakan segala dasar secara efektif ini secara tidak langsung telah meningkatkan
ekonomi negara. Bukan itu sahaja, malahan Pendapatan Per Kapita juga berjaya ditingkatkan
daripada RM 1,109 kepada RM 6,180. Kelangsungan ekonomi negara ketika itu telah
membawa kepada kemakmuran hidup rakyat dan menyebabkan negara kita dapat bersaing
secara sihat dengan negara jiran. Tuntasnya, peningkatan per kapita ini juga turut memberi
manfaat yang menyeluruh kepada masyarakat baik di bandar mahupun luar bandar.

Manfaat yang seterusnya ialah sejak Rancangan Pembangunan Lima Tahun


dilaksanakan prasarana dan infrastruktur bertambah baik serta lengkap. Sepanjang tempoh
tersebut pelbagai kemudahan telah dipertingkatkan. Contohnya, klinik kesihatan, pejabat pos,
sistem pengangkutan dan sebagainya telah dibina untuk kemudahan rakyat. Dengan adanya
prasarana tersebut peningkatan kualiti penduduk telah meningkat. Buktinya taraf kesihatan

15 |JPNPP
rakyat telah meningkat dan kadar buta huruf telah dapat dikurangkan manakala kehidupan di luar
bandar menjadi semakin baik. Jelaslah apa yang dilksanakan dalam rancangan
pembangunan telah memberikan banyak manfaat kepada penduduk tanpa mengira kaum dan
bangsa.

Jelaskan kemajuan yang boleh dicapai oleh Malaysia sekiranya kita mengamalkan
pembangunan ekonomi terancang.

Apabila Rancangan Pembangunan Lima Tahun dilaksanakan pada tahun 1956,


matlamat utamanya adalah merapatkan jurang antara kaum antara bumiputera dan bukan
bumiputera. Rancangan jangka panjang ini dilaksanakan ketika negara berada diambang
kemerdekaan kerana pada ketika itu terdapat jurang yang agak luas antara bandar dan
luar bandar. Di akhir pelaksanaan rancangan pembangunan ini, jelaslah negara kita telah
berjaya merapatkan jurang antara dua kawasan tersebut.

Merapatkan jurang antara wilayah dan antara luar bandar. Baik pada tahap pertama
mahupun pada tahap kedua, fokus utama kerajaan pada ketika itu adalah untuk merapatkan
jurang antara wilayah. Pelaksanaan program pembukaan tanah baharu mahupun pengenalan
Buku Merah telah dengan jayanya mencapai matlamat ini. Jelas terbukti apa yang telah
digerakkan oleh kerajaan ketika itu telah memberikan manfaat kepada rakyat.

Kadar kemiskinan berjaya diturunkan daripada 49.3% kepada 17.1% pada tahun 1990
kesan daripada Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Kadar kemiskinan berjaya dikurangkan
kerana pada ketika itu kerajaan melaksanakan program dengan begitu terancang. Bukan
itu sahaja, agensi yang ditubuhkan juga telah memainkan peranan dalam memacu ekonomi
negara. Penubuhan RIDA misalnya telah banyak membantu masyarakat luar bandar. Jelaslah
dengan pelaksanaan yang terancang menyebabkan masyarakat mendapat manfaat daripada
Rancangan Pembangunan Lima Tahun.

KDNK Negara berjaya ditingkatkan daripada RM 21,548 juta kepada RM 59,155 juta.
Keluaran Dalam Negara Kasar ini dipacu pada ketika itu dengan pengenalan pembukaan tanah
baru seperti FELDA dan penubuhan agensi lain seperti RISDA malahan pada masa sama
eksport negara telah ditingkatkan secara maksimum. Apabila kerajaan melaksanakan segala

16 |JPNPP
dasar secara efektif ini secara tidak langsung telah meningkatkan ekonomi negara.
Kesimpulannya, peningkatan KDNK telah memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia ketika
itu.

Bukan sahaja berlaku peningkatan dalam KDNK negara malahan Pendapatan Per
Kapita juga berjaya ditingkatkan daripada RM 1,109 kepada RM 6,180. Kelangsungan ekonomi
negara ketika itu telah membawa kepada kemakmuran hidup rakyat dan menyebabkan negara
kita dapat bersaing secara sihat dengan negara jiran. Peningkatan per kapita ini juga turut
memberi manfaat yang menyeluruh kepada masyarakat baik di bandar mahupun luar bandar.

Modal saham milik bumiputera berjaya ditingkatkan daripada 2.4% kepada 20.3%
manakala modal saham bukan bumiputera meningkat kepada 46.2%. Peranan Permodalan
Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang dimulakan pada tahun
1981 memberikan banyak manfaat kepada rakyat Malaysia ketika itu. Tuntasnya peningkatan
pemilikan saham ini telah banyak memberikan manfaat kepada rakyat negara ini hasil
pembangunan rancangan jangka panjang lima tahun yang dilaksanakan pemerintah ketika itu.

Perpaduan wilayah diwujudkan dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Dalam


membangunkan masyarakat luar bandar, pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur telah
dirancang dengan sebegitu baik. Hasil pertanian negara telah ditingkatkan malahan penubuhan
FAMA pada tahun 1965 telah membantu petani mengatasi masalah pemasaran mereka.
Integrasi nasional juga digerakkan dengan tumpuan menjurus kepada penglibatan Sabah dan
Sarawak selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963 demi kesejahtraan rakyat.
Pengenalan program Pembangunan in-Situ pula telah memberi penekanan kepada kawasan
berproduktiviti rendah. Dapat dijelaskan, apa yang dilakukan kerajaan ketika itu bukan sahaja
telah meningkatkan ekonomi malahan telah memberikan manfaat kepada seluruh rakyat
Malaysia.

Peningkatan taraf hidup rakyat jelas terbukti apabila DEB telah berjaya mencapai
matlamatnya pada tahun 1990. Peranan pemimpin negara ketika itu sangat jelas di mana setiap
pemimpin memastikan ekonomi negara dapat ditingkatkan. Sepanjang Rancangan
Pembangunan Lima Tahun Tahap Pertama dan Tahap Kedua dilaksanakan banyak manfaat
telah dikecapi rakyat. Antara kejayaan yang dicapai adalah seperti menstabilkan harga
padi, memodenkan industri perikanan, membangunkan bandar, membantu pekebun kecil
dan lain-
17 |JPNPP
lain lagi. Apabila semua program ini dilaksanakan dengan bersepadu, ini secara tidak langsung
telah memberikan banyak manfaat kepada rakyat dan seterusnya memakmurkan kehidupan
rakyat.

Banyak peluang pekerjaan untuk rakyat dalam pelbagai sektor sepanjang Rancangan
Pembangunan Lima Tahun dilaksanakan. Pembukaan tanah baru seperti FELDA telah
membantu membasmi kemiskinan rakyat ketika itu. Penubuhan PETRONAS telah mewujudkan
banyak peluang pekerjaan. RISDA pula telah membantu pekebun kecil meningkatkan hasil
getah mereka. Zon perdagangan bebas secara tidak langsung mewujudkan banyak peluang
pekerjaan apabila kilang-kilang dibuka di bandar-bandar utama. Sektor pelancongan pula telah
memberikan peluang pekerjaan seluas-luasnya dibidang perhotelan. Jelaslah pembangunan
secara terancang ini telah meberikan peluang pekerjaan kepada rakyat ketika itu.

Sejak Rancangan Pembangunan Lima Tahun dilaksanakan, kemudahan prasarana dan


infrastruktur bertambah baik dan lengkap. Sepanjang tempoh tersebut pelbagai kemudahan
telah dipertingkatkan seperti klinik kesihatan, pejabat pos, sistem pengangkutan dan
sebagainya. Dengan adanya kemudahan prasarana tersebut peningkatan kualiti penduduk
telah meningkat, taraf kesihatan misalnya telah meningkat dan kadar buta huruf telah dapat
dikurangkan manakala kehidupan di luar bandar menjadi semakin baik. Jelaslah apa yang
dilksanakan dalam rancangan pembangunan telah memberikan banyak manfaat kepada
penduduk tanpa mengira kaum dan bangsa.

Sektor pelancongan berkembang pesat dan Malaysia telah menjadi destinasi


pelancongan popular apabila Rancangan Malaysia Kelima dilancarkan. Penubuhan
Perbadanan Pelancongan Malaysia ketika itu merancakkan lagi sektor pelancongan. Pada
tahun 1990 pula Tahun Melawat Malaysia dilancarkan dan selari dengan itu kedatangan
pelancong telah meningkat. Ini bukan sahaja membawa kebaikan kepada ekonomi negara
tetapi pada masa yang sama telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat
Malaysia. Jelaslah, penekanan kepada sektor pelancongan telah membawa banyak manfaat
kepada negara kita.

Industri berat bertambah maju seperti berjaya menghasilkan kereta nasional. Di bawah
Rancangan Malaysia Keempat, tumpuan utama adalah kepada perusahaan berat yang
berorientasikan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi. Kilang kereta Proton di

18 |JPNPP
Shah Alam bukan sahaja untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan malahan juga
untuk dieksport ke luar negara. Perkembangan ini bukan sahaja merancakkan ekonomi
negara malahan telah membuka banyak peluang kerajaan. Nyatalah, apabila perindustrian
ditekankan manfaat kepada negara dan rakyat dapat dikongsi bersama-sama.

Rancangan Malaysia Kelima telah menukarkan status negara daripada negara pertanian
kepada negara industri apabila ianya dilancarkan pada tahun 1986. Bagi merealisasikan hasrat
tersebut, peraturan mengawal hak milik syarikat dan pelesenan dalam sektor swasta telah
dilonggarkan. Pada masa sama juga, pembangunan kawasan luar bandar terus diberikan
tumpuan dimana penggunaan tanah dengan lebih cekap dititikberatkan. Industri desa ketika itu
telah mendapat tumpuan kerana potensinya untuk berkembang dimana segala kemudahan
seperti Amanah Ikhtiar diberikan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi. Jelaslah,
perancangan ekonomi yang terancang telah memberi banyak manfaat kepada negara dan
rakyat.

Keberkesanan dasar pembangunan ekonomi di Malaysia hingga hari ini.

Kawasan luar bandar dibangunkan dan dimajukan dengan pesatnya. Sebelum


mencapai kemerdekaan lagi Rancangan Malaya Pertama misalnya telah menekankan kepada
merapatkan jurang ekonomi antara bandar dan luar bandar. Ketika itu, di bawah Dasar Ekonomi
Baru (DEB) jurang kemiskinan cuba dirapatkan dan penyusunan semula masyarakat telah
dijalankan antara bandar dan luar bandar. Hasilnya, pada hari ini setiap pelosok luar bandar
telah sama-sama mengecap kenikmatan hasil dari dasar pembangunan ekonomi.

Dasar kerajaan di bawah Rancangan Pembangunan Lima Tahun berjaya membasmi


kemiskinan tanpa mengira kaum. Apabila kerajaan membuka tanah baharu seperti FELDA dan
menubuhkan agensi-agensi kerajaan bagi membangunkan ekonomi negara contohnya
Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) pada 1971 telah memberikan kesan yang positif
kepada ekonomi negara. Kejayaan DEB terbukti dengan cemerlangnya apabila kadar
kemiskinan pada tahun 1970 adalah pada kadar 49.3% manakala pada 1990 kadar tersebut
telah menurun pada17.1%. Keberkesanan dasar ini jelas terbukti apabila negara telah berjaya
menurunkan kadar kemiskinan sepanjang Rancangan Pembangunan Lima Tahun
dilaksanakan.

19 |JPNPP
Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang dilaksanakan pada 1956 hingga 1990 telah
berjaya mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar. Pembukaan tanah secara
besar-besaran di bawah program pembangunan wilayah oleh beberapa agensi seperti
KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR dengan jayanya telah mengurangkan kadar
kemiskinan penduduk luar bandar. Tumpuan diberikan kepada penanaman semula getah dan
kelapa sawit telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar. Boleh
disimpulkan di sini, apabila kerajaan melaksanakan rancangan pembangunan lima tahun kesan
positif kepada penduduk luar bandar amatlah memberangsangkan.

Jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar
dapat dirapatkan dengan dasar kerajaan ini. Sepanjang 34 tahun pelaksanaannya oleh
kerajaan pelbagai program dan agensi telah ditubuhkan. Tujuannya adalah bagi memantau
keberkesanan dasar dan program yang dijalankan. Kejayaan DEB ini merangkumi kawasan
bandar dan luar bandar, ini terbukti Pendapatan Per Kapita negara pada 1970 adalah
pada angka RM 1109 dan telah meningkat kepada angka RM 6180 pada tahun 1990. Jelaslah
angka ini membuktikan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar telah berjaya dirapatkan.

Taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan terutama di luar bandar apabila kerajaan ketika itu
telah melaksankan dasar dan program pembangunan di bawah Rancangan Pembangunan Lima
Tahun pada tahap pertama dan kedua. Ini terbukti apabila penduduk luar bandar mula
mengecapi hidup yang lebih sempurna. Adanya agensi seperti MARA, secara tidak langsung
telah berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat, malahan kerajaan juga pada masa itu telah
menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
Antara kemudahan yang disediakan adalah pinjaman kredit melalui institusi kewangan seperti
Bank Pertanian. Jelaslah apa yang dilakukan oleh kerajaan ketika itu berjaya meningkatkan
taraf hidup rakyat dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara pada ketika itu.

Wujudnya pelbagai aktiviti ekonomi seperti perindustrian dalam Rancangan


Pembangunan Lima Tahun ketika itu telah berjaya meningkatkan taraf hidup masyarakat dan
pada masa yang sama meningkatkan kualiti hidup dan seterusnya merapatkan jurang
kemiskinan di bawah Dasar Ekonomi Baru. Aktiviti perindustrian ketika itu bukan sahaja
memfokuskan kepada industri berat di bandar malahan kepelbagaian industri di luar bandar. Di
bandar pada ketika itu, perindustrian menekankan kepada industri berasaskan eksport seperti

20 |JPNPP
pembinaan kilang-kilang elektronik di Senawang, Seremban mahupun Bayan Baru di Pulau
Pinang. Manakala di luar bandar pula, industri ringan diberikan tumpuan contohnya kraftangan
bagi meningkatkan ekonomi penduduk tempatan. Jelaslah dengan adanya kegiatan
perindustrian negara kita telah berjaya membangun selepas negara mencapai kemerdekaan
dan bangkit mengikut acuan sendiri.

Sumber pendapatan negara tidak lagi terlalu bergantung kepada komoditi utama seperti
bijih timah dan kelapa sawit sahaja malahan sektor lain juga turut diberikan penekanan dalam
Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Selain sektor pertanian, sektor perindustrian juga
diberikan tumpuan misalnya kerajaan telah menubuhkan HICOM untuk meningkatkan
perindustrian. Di luar bandar pula, kerajaan menumpukan kepada industri kecil bagi
meningkatkan ekonomi negara. Pada masa yang sama, kerajaan juga telah menubuhkan
PETRONAS bagi memajukan industri petroleum negara. Bukan itu sahaja, sektor pelancongan
juga diberikan tumpuan bagi meningkatkan ekonomi negara dengan mengadakan Tahun
Melawat Malaysia bagi menarik palancong untuk datang ke negara kita. Jelaslah, apabila
tumpuan kerajaan telah dipelbagaikan, sumber pendapatan negara kian bertambah dan secara
tidak langsung turut meningkatkan kualiti dan jurang pendapatan antara bandar dan luar
bandar.

Pembukaan tanah baharu untuk pertanian dibuka secara besar-besaran semasa


Rancangan Pembangunan Lima Tahun dilaksanakan contohnya FELDA. Ketika itu kerajaan
telah melaksanakan program dengan memindahkan penduduk luar bandar yang miskin ke
petempatan baharu dengan menjadi petani moden. Pada masa yang sama juga tumpuan
diberikan kepada penanaman getah dan kelapa sawit kerana permintaan yang tinggi kepada
hasil pertanian tersebut. Dengan adanya pembukaan tanah baharu ini jurang kemiskinan telah
berjaya dirapatkan antara bandar dan luar bandar.

Kegiatan pertanian pula mula dilaksanakan secara besar-besaran, contohnya


pembukaan ladang dijalankan dengan pesatnya ketika itu. Kementerian Pembangunan Negara
dan Luar Bandar yang ditubuhkan pada tahun 1959 jelas telah menjayakan pelbagai program
kerajaan. Pelbagai usaha dilakukan untuk mempelbagaikan produk pertanian dan
meningkatkan hasil pertanian. Apabila pembukaan ladang dilaksanakan secara besar-besaran ini
telah mengurangkan kebergantungan kepada getah dan bahan makanan import. FAMA yang
ditubuhkan pada tahun 1965 telah banyak membantu pekebun kecil dalam memasarkan hasil

21 |JPNPP
mereka. Jelaslah, apa yang dilakukan kerajaan ketika itu telah memberikan kesan yang positif
kepada negara.

Pelbagai peluang pekerjaan disediakan dalam pelbagai sektor dalam Rancangan


Pembangunan Lima Tahun. LKIM misalnya telah memodenkan industri perikanan sejak tahun
1971. LPP pada tahun 1973 pula telah membantu golongan petani melibatkan diri dalam
kegiatan koperasi. Dengan tersedianya peluang pekerjaan ini kadar kemiskinan telah berjaya
dikurangkan dalam kalangan penduduk luar bandar.

Sektor perdagangan berkembang dengan mengutamakan pasaran eksport. Dalam


Rancangan Malaysia Ketiga pembangunan industri difokuskan bagi meningkatkan produktiviti.
Penanaman getah dan kelapa sawit telah mengurangkan kebergantungan kepada import dan
secara tidak langsung meningkatkan eksport negara. Agensi-agensi yang terlibat ketika itu telah
memainkan peranan mereka dan ini secara tidak langsung telah membuka peluang pekerjaan
dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Jelasnya, eksport negara ketika itu telah menaikkan
ekonomi dan kualiti hidup rakyat Malaysia.

KDNK meningkat pada kadar 5.8% setahun selama rancangan pembangunan


dilaksanakan kerajaan. Pada tahun 1970 KDNK negara berada pada kadar RM 21,548
dan meningkat pada RM 59, 155 pada tahun 1990. Kejayaan ini bergantung kepada
peranan kerajaan sepanjang pelaksanaan program dengan menubuhkan pelbagai agensi
seperti UDA dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar kerajaan. Kesimpulannya,
apabila kerajaan memainkan peranannya ekonomi negara telah meningkat setanding negara-
negara lain di dunia.

Hak milik modal saham bumiputera meningkat melalui ASN di mana pada tahun 1970
jumlahnya adalah 2.4% telah meningkat kepada 20.3% pada 1990. Pemilikan modal kaum
bukan bumiputera juga telah meningkat kepada 46.2%. Pemilikan modal bumiputera dan bukan
bumiputera bukan sahaja meningkatkan ekonomi malahan telah meningkatkan kualiti hidup
rakyat. Jelaslah, dengan adanya pengenalan saham menyebabkan rakyat mendapat manfaat
daripada pengenalan DEB di negara kita.

22 |JPNPP
Nilaikan sumbangan dasar pembangunan ekonomi negara di persada antarabangsa.

Sumbangan dasar pembangunan ekonomi di persada antarabangsa ialah menjadikan


sektor pertanian sebagai salah satu industri berasaskan bioteknologi Sehubungan itu,
kewujudan agensi seperti MARDI yang berperanan menjalankan penyelidikan dan
pembangunan dalam bidang pertanian telah menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran
herba di peringkat antarabangsa.

Selain itu, Malaysia juga merupakan pengeluar utama komoditi dunia menerusi tanaman
getah, kelapa sawit dan kopi. Kejayaan ini adalah hasil perlaksanaan Dasar Pertanian Negara
yang bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan dalam sektor pertanian ke tahap
maksimum. Agensi seperti FELDA turut memainkan peranan penting menggalakkan
pembukaan tanah baharu supaya komoditi utama tersebut dapat dieksport dan dibekalkan
secara berterusan.

Malaysia diiktiraf sebagai negara hab halal di rantau Asia Tengara. Kepelbagaian
produk mahupun makanan halal keluaran bumiputera menerusi program anjuran MARA yang
menggalakkan penyertaan bumiputera dalam bidang perniagaan. Justeru, pengiktrafan ini
bukan sahaja membantu golongan bumiputera dalam meningkatkan ekonomi negara bahkan
turut mempermudahkan umat islam untuk memperolehi produk halal di rantau Asia Tenggara.

Seterusnya, Malaysia turut memberikan sumbangan dalam industri pembuatan


automobil dan industri berat di peringkat antarabangsa. Penubuhan HICOM pada tahun 1980
untuk menguruskan projek industri dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta.
Di samping itu, Zon Perdagangan Bebas yang diperkenalkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang
dan di Sungai Way, Selangor telah membuka peluang kepada pelabur asing menjalankan
perindustrian pembuatan dikecualikan cukai di kawasan tersebut. Hal demikian bukan sahaja
memberikan keuntungan kepada para pemodal tetapi turut menyediakan peluang pekerjaan di
kalangan warganegara Malaysia.

23 |JPNPP
Bagaimanakah memanfaatkan pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat?

Pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat dilaksanakan melalui penubuhan


Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) untuk membangunkan masyarakat luar bandar.
RIDA juga bertujuan untuk memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil serta
menggalakkan penyertaan Melayu dalam bidang perniagaan.

Federal Land Development Authority (FELDA) pula berperanan untuk meningkatkan


taraf hidup masyarakat luar bandar. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan hasil pertanian.
Kawasan tanah baru dibuka secara besar-besaran dengan kemudahan asas disediakan. Hal ini
dilakukan supaya dapat mengurangkan jurang pendapatan masyarakat luar bandar dan bandar
serta membantu dalam mengurangkan kadar kemiskinan.

Melalui Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA) pula petani dapat mengatasi
masalah pemasaran hasil pertanian , justeru dapat meningkatkan pendapatan mereka. Majlis
Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor
perusahaan dan perdagangan. Hal ini menyediakan peluang kepada mereka untuk
meningkatkan taraf ekonomi.

Program transformasi Ekonomi (ETP) pula menggariskan pelan untuk menggerakkan


Malaysia ke arah mencapai status negara maju melalui pertumbuhan ekonomi yang mapan.
Selain itu, ETP juga bertujuan untuk ekonomi yang berdaya saing dan bertujuan mewujudkan
masyarakat berpendapatan tinggi pada masa hadapan.

Kesan kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia hingga hari ini.

Salah satu kesan kemajuan ekonomi di Malaysia ialah kemajuan dan pemodenan dalam
biang pertanian. Perkembangan teknologi seperti penggunaan jentera moden, kualiti benih
yang lebih baik serta Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) membawa kepada pemodenan
pertanian.

24 |JPNPP
Kemajuan ekonomi juga membawa kepada perkembangan perindustrian. Hal ini dibantu
dengan adanya kemajuan pengangkutan dan komunikasi. Pelaksanaan k-ekonomi juga
membantu dalam perkembangan perindustrian.

Seterusnya, kejayaan ekonomi juga membawa peningkatan pendapatan per kapita


Negara kita. Hal ini turut diperlihatkan dalam peningkatan hak milik modal saham bumiputera.
Kejayaan ekonomi ini membawa perkembangan ekonomi setaraf negara maju. Kemajuan
ekonomi juga telah mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kehidupan
harmonis ini dapat menjamin keamanan negara.

Selain itu, kemajuan ekonomi juga telah membawa perkembangan ICT yang seiring
dengan kemajuan dalam bidang pendidikan. Kemajuan ekonomi turut memainkan peranan
dalam pembangunan insfrastruktur bertaraf dunia seperti KLIA, KLCC dan Litar Antarabangsa
Sepang (SIC). Pembangunan insfrastruktur turut membawa kepada pembentukan bandar
terancang seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Nusajaya.

Kemajuan ekonomi turut memberi peluang kepada negara kita untuk melahirkan jaguh
sukan bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David. Hal ini kerana kita
dapat membiayai jurulatih serta peralatan yang canggih untuk melahirkan jaguh sukan.

Bagaimanakah Dasar Pembangunan Ekonomi yang diperkenalkan mampu memenuhi


keperluan ekonomi moden yang berteraskan perindustrian.

Perkembangan pesat ekonomi moden berteraskan perindustrian adalah hasil daripada


pelbagai Dasar Pembanguan Ekonomi . Antara Dasar Pembangunan Ekonomi yang
diperkenalkan ialah Dasar Pertanian Negara, Dasar Pensyarikatan Malaysia, Dasar
Penswastaan, Dasar Hala Tuju Cara Baru, Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
(DPDPN) dan Dasar Kependudukan. Ini dibuktikan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) Malaysia telah berkembang secara purata 6.5% dalam tempoh 1957 hingga 2005.

Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pertanian Negara (DPN) pada 12 Januari


1984, bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan sektor pertanian menerusi
pengurusan sumber yang cekap. Sektor pertanian yang dibangunkan merangkumi
aktiviti tanaman,
25 |JPNPP
ternakan,perikanan dan perhutanan. Aktiviti pembalakan dijalankan di Sabah, Sarawak dan
Pahang, membuka laluan wujudnya industri hiliran seperti kilang-kilang papan lapis dan
perabot. Perkembangan aktiviti pembalakan ini mewujudkan peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan dan membuka ruang kemasukan pelabur asing menanam modal
mendirikan kilang-kilang berasaskan kayu balak. Peluang kerja yang wujud mampu
meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia. Selain dari itu, hasil kayu-kayan Malaysia yang
bermutu tinggi seperti kayu cengal berjaya menembusi pasaran antarabangsa melalui eksport ke
negara jiran seperti Singapura dan negara Barat seperti Britain. Nilai eksport yang tinggi
mampu memberikan tukaran wang asing dan menjana pendapatan negara. Ini menunjukkan
matlamat DPN untuk memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport berjaya
dilaksanakan dan memenuhi keperluan ekonomi moden.

Kerajaan juga menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di bawah FELDA. Sebagai


contoh kerajaan meluaskan kawasan tanaman getah dan sawit di Segi Tiga Jengka.Tanaman
sampingan lain seperti koko juga digalakkan ditanam oleh pekebun-pekebun kecil di Pahang,
Selangor, Johor dan Perak.Peluasan kawasan pertanian bagi tanaman ini bukan sahaja
membuka peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, tetapi wujud pola baru
dalam migrasi buruh dari Indonesia ke Malaysia bagi mengisi kekosongan tenaga kerja di
sektor peladangan dan perindustrian.Perkembangan pesat peladangan getah dan kelapa sawit
menyebabkan bekalan sumber bahan mentah untuk perindustriaan banyak
dikeluarkan.Bilangan kilang-kilang memproses getah dan sawit juga bertambah.Hasil minyak
sawit dan produk sawit yang lain banyak dikeluarkan dengan harga berpatutan untuk pasaran
tempatan , malah turut menjadi bahan eksport negara.Pembukaan kilang sawit seperti di
kawasan FELDA Johor dan Pahang membuka peluang pekerjaan baru kepada penduduk
sekitar.Terbukti , Dasar Pembangunan Ekonomi yang diperkenalkan mampu memenuhi
keperluan ekonomi moden yang berteraskan perindustrian berasaskan hasil pertanian serta
menjana pendapatan negara melalui hasil eksport dan jualan hasil perindustrian kepada
pasaran tempatan.

Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN) yang bertujuan mencapai


kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan walau negara hadapi pelbagai cabaran turut
berperanan bagi memenuhi keperluan ekonomi moden yang berteraskan perindustrian. DPDPN
mengutamakan penggunaan sumber negara pada tahap maksimum bagi mengelakkan
pembaziran . Ini dibuktikan apabila pihak kerajaan bijak mempelbagaikan aktiviti ekonomi

26 |JPNPP
negara melalui keistimewaan yang dimiliki oleh Malaysia iaitu memilik tanah yang subur , iklim
khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun serta mempunyai sumber hutan yang
banyak. Keistimewaan anugerah Tuhan ini menjadikan Malaysia boleh berkembang maju dalam
bidang pertanian sepanjang tahun, kemudian menjana revolusi perindustrian berteraskan aktiviti
pertanian.Seterusnya dengan perkembangan ICT , teknologi pembuatan dan aktiviti R&D,
ia mampu mengubah ekonomi Malaysia dari asas tani kepada perindustrian dan
perkhidmatan dan terkini pembangunan k-ekonomi. Dasar Kependudukan yang dikemukakan
pada 29 Mac
1984 turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi moden berteraskan perindustrian
. Dasar ini menyasarkan pertumbuhan penduduk 70 juta orang menjelang 2100 bagi memenuhi
bekalan tenaga kerja dalam pelbagai sektor ekonomi berteraskan perindustrian dan peluasan
pasaran. Jelas sudah gabungjalin antara dasar-dasar pembangunan ekonomi memberikan
manfaat kepada pembangunan ekonomi menjelang Wawasan 2020, Malaysia sebagai sebuah
negara maju dengan menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara maju yang lain
kerana Malaysia memiliki masyarakat demokratik yang matang, maju dan saintifik serta adil dan
saksama ekonominya.

Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara dan nyatakan langkah-
langkah yang perlu diambil untuk memajukan negara

Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara adalah pasaran
produk keluaran negara agak terhad, persaingan dengan negara-negara jiran serta negara
industri dunia. Teknologi yang digunakan juga masih rendah serta pengeluaran masih dalam
skala yang kecil serta kurang berkualiti. Ini mengakibatkan produk yang dihasilkan negara
gagal untuk bersaing dan menembusi pasaran luar negara. Pasaran ekonomi negara kita
terlalu kecil berbanding negara lain. Produk ynag dihasilkan masih terkongkong dengan
ekonomi tradisional serta sikap berdaya saing yang rendah dalam kalangan masyarakat turut
memberi cabaran kepada kemajuan negara.

Kejatuhan mata wang negara turut memberi kesan dan menjadi cabaran untuk
memajukan negara. Kos pengeluaran yang semakin meningkat, sementara peniaga kecil sukar
membuat pinjaman. Pelabur asing yang melabur di negara kita berpindah ke negara lain
apabila tempoh bebas cukai selama lima tahun telah tamat dan upah buruh yang semakin
meningkat. Hal ini mencabar kemajuan negara kita.
27 |JPNPP
Cabaran lain yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara ialah terdapat
segelintir masyarakat yang mengamalkan rasuah contohnya kakitangan awam. Amalan ini
bukan sahaja mendatangkan mudarat kepada pelakunya tetapi juga meninggalkkan kesan
buruk terhadap negara. Hal ini akan mencemarkan nama dan imej negara seterusnya akan
menghalang kemajuan negara.

Negara kita juga menghadapi cabaran peningkatan kegiatan penyeludupan,


pengedaran dan penyalahgunaan dadah terutamanya dalam kalangan remaja dan belia.
Terdapat juga masyarakat yang menjadi keldai dadah terutamanya yang gemar melancong
sendirian. Gejala ini menyebabkan produktiviti negara akan merundum dan pembangunan
sumber manusia akan terjejas.

Seterusnya budaya negatif yang mencemarkan nama baik negara seperti demonstrasi
jalanan dan perhimpunan haram, akan menimbulkan kebimbingan pelabur untuk melabur di
negara kita. Budaya ini bukan sahaja memperjudikan suasana aman dan damai negara tetapi
akan memberi gambaran kepada orang luar seolah-olah politik negara kita tidak stabil dan
negara tidak aman.

Sikap negatif masyarakat terutamanya remaja seperti suka membuang masa, lumba
haram, budaya lepak, keruntuhan akhlak, pergaulan bebas, terpengaruh dengan budaya luar
yang negatif serta vandalisme akan menjadi halangan untuk melahirkan modal insan yang
produktif bagi membantu pembangunan ekonomi negara.

Kegiatan jenayah yang sukar dikawal dan semakin berleluasa seperti mencuri dan
merompak, menghisap dadah dan pemerdagangan manusia turut menjadi cabaran kepada
negara untuk maju. Keadaan ini juga menjejaskan imej negara di mata dunia.

Cabaran lain ialah masalah perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
yang sukar dicapai serta sentimen perkauman yang menebal, dengan membangkitkan isu-isu
yang sensitif dalam masyarakat, contohnya menafikan agama Islam sebagai agama rasmi
negara. Walaupun Malaysia sering dipuji dan digembar-gemburkan oleh dunia mempunyai
kestabilan politik kerana dapat mentadbir walaupun mempunyai satu komuniti masyarakat
majmuk yang pelbagai, tetapi akhir-akhir ini keutuhan kenyataan itu nampak goyah. Keadaan

28 |JPNPP
ini menunjukkan bahawa pelbagai komuniti masyarakat di Malaysia sudah berani untuk
mempersoalkan perlembagaan negara seterusnya menggugat keselamatan dan kedaulatan
negara dan menyukarkan usaha-usaha untuk memajukan negara serta menjamin perpaduan
dan kesejahteraan rakyat.

Seterusnya tiada sokongan padu terhadap pembangunan kerajaan serta kurang


penghayatan terhadap unsur-unsur patriotisme juga merupakan cabaran kepada negara untuk
maju. Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa
ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing
sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada
pendapat mereka, perkara penting dalam hidup ialah berusaha untuk mencari kekayaan dan
menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat
patriotik dan tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya masyarakat kita tidak
mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan.

Langkah Atasi Cabaran 1

Langkah bagi mengatasi cabaran untuk memajukan negara supaya dapat menghasilkan
produk yang banyak dan berkualiti, dapat bersaing di persada antarabangsa serta dapat
menembusi pasaran dunia adalah barangan dan perkhidmatan negara kita tidak boleh berada
dalam kitaran negara sahaja. Ia perlu "dijual" merentasi negara-negara lain. Sektor
pengangkutan dan perhubungan perlulah dimajukan seiring dengan kemajuan ekonomi yang
dicapai untuk memudahkan lagi perjalanan kita ke sesuatu destinasi. Selain itu, sekolah-
sekolah yang menawarkan bidang teknikal perlulah ditambah supaya dapat melahirkan lebih
ramai lagi tenaga mahir di dalam negara kita. Seperti yang kita ketahui, teknologi negara asing
seperti negara Jepun lebih canggih berbanding negara kita. Justeru kita boleh membuat
pertukaran teknologi agar negara kita juga setanding dengan negara mereka. Seterusnya,
negara kita perlulah meningkatkan teknologi ICT agar setanding dengan negara luar.

Pemberian bantuan kewangan kepada syarikat tempatan secara langsung atau tidak
langsung merupakan satu langkah yang perlu diteruskan, supaya syarikat tempatan dapat terus
bersaing dengan syarikat luar atau produk luar. Bentuk subsidi yang boleh diberikan oleh
kerajaan adalah seperti pinjaman jangka panjang dengan kadar faedah yang rendah,

29 |JPNPP
pemberian taraf perintis, geran dan insentif atau pelepasan cukai kepada usahawan atau
syarikat tempatan. Dengan pemberian subsidi, syarikat tempatan akan menjadi semakin
kompetitif untuk terus bersaing dengan syarikat luar dalam era goblalisasi ini.

Seterusnya negara kita juga perlu membangunkan projek pelestarian minyak dan gas
negara. Melahirkan modal insan kelas pertama serta membina platform tenaga mampan dan
berdaya saing melalui sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Usaha-usaha meningkatkan
penyelidikan dan pembangunan (R & D) bagi menghasilkan satu produk yang baharu serta
berkemampuan untuk bersaing dalam pasaran global perlu dimantapkan lagi. Kita juga perlu
mempertingkat pertumbuhan ekonomi hiliran iaitu ekonomi yang berkaitan dengan pelbagai
kegiatan yang berkembang daripada kegiatan utama. Kita perlu menarik golongan professional
dan tenaga mahir untuk berkhidmat di dalam negara .

Ekonomi pelancongan perlu dibangunkan. Kawasan-kawasan strategik yang dapat


menarik minat pelancong asing, perlu dimajukan untuk tujuan pelancongan. Hal ini dapat
membantu mempromosikan negara kita kepada negara lain. Begitu juga dengan teknologi
hybrid dan teknologi hijau yang perlu dimantapkan lagi.

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah rasuah yang berleluasa
sehingga menjadi cabaran untuk memajukan negara adalah memperkasakan dan
memperketatkan undang-undang negara terhadap pelaku rasuah supaya mereka berfikir dan
takut untuk memberi dan menerima rasuah. Masyarakat perlu diterapkan dengan nilai-nilai
integriti dan mengamalkan budaya anti rasuah supaya menjadi insan yang mulia.

Pihak kerajaan perlu mengatur strategi yang lebih mantap bagi mempertingkatkan lagi
usaha menangani masalah dadah daripada terus menular. Sikap masyarakat terhadap tabiat
merokok perlu diperbetulkan disamping memperketatkan pengiklanan dan penajaan oleh
syarikat-syarikat rokok tersebut. Pengiklanan dan penajaan ini telah meningkatkan lagi
penglibatan remaja dalam tabiat merokok dan seterusnya terjebak dengan dadah.

Seterusnya budaya negatif yang mencemarkan nama baik negara seperti demonstrasi
jalanan perlu dihentikan segera. Sekiranya tindakan mengadakan perhimpuan tersebut
diadakan dengan hasrat untuk menjatuhkan pemimpin, ia sepatutnya dilakukan menerusi
pilihanraya. Untuk itu masyarakat perlu didedahkan tentang fungsi sistem demokrasi yang

30 |JPNPP
diamalkan di negara ini. Terdapat pelbagai platform bagi menyuarakan pandangan mereka dan
salah satu cara adalah menerusi para pemimpin dan wakil rakyat untuk membawa segala
permasalahan dan pandangan untuk perhatian kerajaan.

Masyarakat perlu dilibatkan dalam usaha mengatasi sikap negatif. Individu dan ibu bapa
perlu berpegang teguh pada ajaran agama dan institusi kekeluargaan perlu diperkukuhkan. Kita
perlu sentiasa berwaspada dengan segala tindakan serta menilai baik buruk sesuatu tindakan
sebelum bertindak. Pihak media perlu menulis perkara positif dan mengelak daripada menulis
perkara yang negatif. Kementerian Penerangan perlu menyekat filem atau drama bersiri yang
tidak beretika. Pengamal media juga perlu bertanggungjawab menyiarkan program yang
berfaedah dan bersesuaian dengan masyarakat kita.

Langkah bagi mengatasi perpaduan perlu dilaksanakan dari akar umbi iaitu sejak
di bangku sekolah rendah. Sekolah Kebangsaan diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi
muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama serta melahirkan rakyat yang setia dan
menyumbang kepada kesejahteraan negara. Bagi memupuk perpaduan kaum, ibu bapa perlu
menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan agar anak-anak saling mengenali
budaya kaum lain sejak usia muda lagi. Dengan ini mereka akan saling menghormati budaya
kaum lain dan tidak akan membangkitkan isu-isu sentitif. Seterusnya rumah terbuka semasa
musim perayaan juga dapat membentuk perpaduan kaum. Aktiviti sukan dan penggunaan
bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu juga dapat membantu menghadapi cabaran untuk
menyatupadukan rakyat.

Penekanan terhadap pemupukan semangat patriotik perlu ditanam dari bangku


sekolah lagi. Pengubahsuaian kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi boleh
dilakukan dalam usaha memupuk semangat patriotisme ini. Perkara ini membolehkan
semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh,
biarlah dari rebungnya”.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-


besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini
akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat negara kita. Kementerian Penerangan Malaysia, berperanan untuk
menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dalam erti

31 |JPNPP
kata lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat
meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang
kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti
“Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti


yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat. Aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan
kampung perlulah digalakkan. Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu
mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik
daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat
kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat
patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada
pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan
fahaman politik. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan
menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang
kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Sekiranya perkara ini
tidak dititikberatkan pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak
tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.

Oleh yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah


dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi
juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya. Sekiranya semangat
patriotik tidak dipupuk dalam kalangan remaja, pasti mereka tidak ada perasaan cinta akan
negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding
bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan
disuburkan dalam kalangan masyarakat seterusnya dapat memajukan negara.

32 |JPNPP
Cabaran 2
Bincangkan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha menjamin perpaduan dan
kesejahteraan rakyat dan langkah untuk mengatasi cabaran tersebut

Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha menjamin perpaduan dan
kesejahteraan rakyat adalah jurang ekonomi antara kaum yang jauh berbeza. Pemilikan saham
kaum bumiputera dan penglibatan bumiputera dalam bidang perniagaan juga masih jauh
ketinggalan berbanding dengan kaum-kaum lain yang berada dalam negara ini. Pembangunan
antara bandar dan luar bandar serta pembangunan antara wilayah yang tidak seimbang
menjadi cabaran kepada negara dalam usaha menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
Kawasan luar bandar atau pedalaman masih ketinggalan jika dibandingkan dengan kawasan
bandar terutamannya dari pembangunan teknologi, sistem perhubungan dan juga sistem
pengangkutan.

Seterusnya, sentimen perkauman yang menebal dan membangkitkan isu-isu yang


sensitif dalam masyarakat juga merupakan cabaran dalam usaha menjamin perpaduan dan
kesejahteraan rakyat contohnya, menafikan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Walaupun Malaysia sering dipuji mempunyai kestabilan politik dalam kepelbagaian
masyarakatnya, tetapi keutuhan kenyataan ini semakin goyah. Hal ini kerana, kedudukan Islam
sebagai agama rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi digugat oleh pelbagai
kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutan serta tafsiran yang
tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan. Keadaan ini menunjukkan bahawa
pelbagai komuniti masyarakat di Malaysia sudah berani untuk mempersoalkan perlembagaan
negara dan menggugatkan keselamatan serta kedaulatan negara dan menyukarkan usaha-
usaha negara untuk menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

Cabaran seterusnya ialah, ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang
agama. Kelompok ini sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai
matlamat masing-masing. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang mengeksploitasi isu-isu
politik, ekonomi dan sosial negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti
politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang asing turut menjejaskan imej dan
keharmonian negara. Mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan
negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan pemalsuan
dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan

33 |JPNPP
dan sijil lahir. Senario ini amat merbahaya dan perlu ditangani dengan sebijak mungkin. Selain
daripada ancaman dari dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang hadir
dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca
mata kuasa-kuasa besar.

Langkah Cabaran 2

Langkah bagi menghadapi jurang ekonomi berbeza adalah, kerajaan perlu melibatkan
semua kaum dalam usaha membangunkan negara. Kerajan juga perlu membasmi kemiskinan
dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, dan mempercepatkan proses penyusunan semula
masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi.

Langkah bagi mengatasi cabaran pembangunan antara bandar dan luar bandar serta
pembangunan antara wilayah yang tidak seimbang pula ialah, pihak kerajaan perlu
memperkasakan pembangunan ekonomi di setiap wilayah. Ranacangan-rancangan
pembangunan wilayah seperti KEJORA, KETENGAH dan lain-lain perlu diterus dan
diperluaskan ke negeri-negeri lain di Malaysia. Sistem pengangkutan dan perhubungan bagi
wilayah-wilayah atau kawasan-kawasan yang masih ketinggalan perlu segera diberi perhatian dan
dinaiktarafkan.

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi cabaran sentimen perkauman
yang menebal dan membangkitkan isu-isu yang sensitif dalam masyarakat adalah dengan
mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan semua kaum seperti aktiviti
gotong-royong. Aktiviti kemasyarakatan ini dapat memupuk integrasi nasional. Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat. Ini membuktikan bahawa perpaduan merupakan kekuatan negara.

Selain itu, amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa


semasa hari perayaan dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.
Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana
kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Oleh itu, sikap “buang
yang

34 |JPNPP
keruh, ambil yang jernih” ternyata mampu menjalin hubungkan semangat perpaduan yang
tersedia utuh.

Selanjutnya, pihak kerajaan mestilah sentiasa membuat anjakan paradigma demi


memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat
taman-taman perumahan yang penduduknya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau
pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk
tempatan. Selain mendengar rintihan rakyat, pemimpin dapat menjadi agen perpaduan.
Masyarakat yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin
dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan
pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.

Di samping itu, kekuatan negara dapat dibina dengan menggalakkan ibu bapa
menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan . Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu
yang dijalin mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh
pada Rukun Negara. Hal ini penting untuk memupuk semangat perpaduan dalam sanubari
anak-anak sejak dari bangku sekolah.

Bagi mengatasi ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama,
instutisi kekeluargaan perlu dimantapkan. Semua ahli masyarakat perlu memainkan peranan
bagi mengukuhkan pegangan agama anak-anak sejak dari kecil lagi. Pengukuhan pegangan
agama ini perlu diperteguhkan melalui sistem pendidikan yang dirancang rapi. Untuk itu
kurikulum pendidikan perlu dimantap dan diperkasakan.

Iktibar/ Nilai yang diperolehi daripada tajuk yang dikaji.

Iktibar yang diperolehi ialah sentiasa berfikiran positif dan berpandangan jauh dalam
merealisasikan dasar pembangunan sosio ekonomi negara bagi mencapai Wawasan 2020.
Selain itu, mengamalkan toleransi tanpa ada sikap prejudis terhadap kaum lain mahupun dasar
pembangunan sosio ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah kejayaan besar kepada
negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.

35 |JPNPP
Seterusnya, menghargai usaha kerajaan atau pemerintah dan bersyukur kerana telah
menyediakan pelbagai program demi kesejahteraan rakyat. Setiap individu harus bijak merebut
peluang yang disediakan oleh kerajaan menerusi dasar pembangunan sosio ekonomi negara
seperti penubuhan MARA yang berperanan membantu usahawan bumiputera agar berdaya
saing dalam ekonomi negara.

Lantaran itu, kita perlu menyemai budaya ilmu dan menanam sifat kreatif dan inovatif
dalam setiap ahli masyarakat agar mencapai negara maju menjelang wawasan 2020 kelak.
Sikap bertanggungjawab terhadap tugas dan amanah yang diberikan menjamin kejayaan dalam
setiap dasar pembangunan yang dilaksanakan. Malah, sikap keterbukaan menerima pengaruh
luar yang positif juga mampu meningkatkan lagi kegemilangan sosio ekonomi negara.

Sehubungan itu, semangat berdikari dan berani meneroka peluang baharu menerusi
dasar pembangunan sosio ekonomi mampu mengubah kehidupan individu mahupun
masyarakat ke tahap yang lebih baik. Bercita-cita tinggi dan berwawasan jauh dalam menyahut
cabaran dalam dasar-dasar yang diperkenalkan mendorong ianya berjalan dengan lancar.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk.


Semangat hormat-menghormati antara satu sama lain perlu dipupuk supaya perpaduan kaum
dapat disemai dalam diri setiap masyarakat. Sehubungan itu, kerjasama dan tolak ansur antara
kaum yang wujud selama ini telah menyediakan asas kepada Malaysia agar lebih maju di masa
hadapan.

Akhir sekali, kebijaksanaan para pemimpin negara dalam merealisasikan dasar


pembangunan sosio ekonomi negara seperti Dasar Kependudukan, Dasar Pensyarikatan dan
Dasar Penswastaan terbukti telah memacu kejayaan Malaysia di persada antarabangsa.

Pengetahuan

Daripada tugasan yang dilaksanakan, pengetahuan yang dapat diperoleh adalah apabila
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, semua kepincangan tinggalan penjajah terpaksa dipikul
oleh kerajaan yang memerintah untuk membangunkan ekonomi dan sosial demi kesejahteraan
rakyatnya.

36 |JPNPP
Program-program pembangunan ekonomi di negara kita dilaksanakan melalui
Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Agenda utama dalam pembangunan negara ialah
kesejahteraan rakyat.

Kesejateraan rakyat dapat dicapai dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Rancangan ini bermatlamat untuk mewujudkan perpaduan kaum dengan mengurangkan
jurang perbezaan ekonomi antara kaum sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.

Selain itu, DEB juga bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan
penduduk luar bandar. Rancangan ini bermatlamat untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan
sumber pendapatan negara.

Rancangan ini juga adalah rancangan pembangunan yang memberikan penekanan dan
perhatian yang serius terhadap sektor ekonomi, sosial dan awam. Dalam sektor ekonomi
misalnya, pertanian digiatkan, penanaman semula getah oleh pekebun kecil dan secara ladang
digalakkan, dan hasil keluaran pertanian dipelbagaikan.

Nilai Murni

Nilai murni yang boleh kita hayati ialah kerjasama antara kaum dapat menyediakan asas
kepada negara kita untuk lebih maju pada masa hadapan. Kerjasama kaum dapat melahirkan
masyarakat harmoni dan negara yang aman.

Kita juga seharusnya tidak mudah berputus asa dan berusaha mencari jalan untuk
menyelesaikan setiap cabaran yang dihadapi. Contohnya, dalam menghadapi masalah
kegawatan ekonomi dunia, pemimpin negara kita telah menggalakkan kemasukan pelabur-
pelabur asing untuk melabur di negara kita. Sikap ini dapat menjadikan kita warganegara yang
mempunyai semangat yang kuat.

Selain itu, kita perlu sentiasa bersikap positif dalam menghadapi setiap dugaan dan
rintangan. Sikap positif ini adalah dengan cara tidak menimbulkan prasangka buruk terhadap
sesuatu yang berlaku.

37 |JPNPP
Seterusnya sebagai warganegara Malaysia, kita perlu bersikap inovatif supaya dapat
menghasilkan ciptaan baru dan seterusnya dapat bersaing dengan negara lain di peringkat
global.

Kita mestilah mempunyai sikap taat dan setia kepada negara. Contohnya, kita mestilah
sentiasa bersedia untuk mengekalkan perpaduan kaum. Dengan perpaduan tersebut, kita akan
dapat mengekalkan kedaulatan negara.

Unsur Patriotisme

Unsur patriotisme dalam tajuk yang dikaji telah memperlihatkan bahawa semangat
perpaduan, kepimpinan, dan kebijakan dilihat sebagai faktor penting dalam kejayaan
melaksanakan sesuatu dasar kerajaan.

Hasil usaha daripada kesepakatan antara pemimpinan dan juga rakyat Malaysia telah
menjadikan negara dikenali oleh dunia pada masa ini.

Harapan Kepada Bangsa dan Negara

Marilah kita sama-sama meletakkan harapan agar masyarakat berbilang kaum di negara
kita sedia bertoleransi untuk membina perpaduan. Hal ini menyebabkan negara kita sentiasa
aman dan sejahtera.

Selain itu, kita patut sandarkan harapan agar masyarakat kita memiliki jati diri yang
tinggi. Masyarakat sentiasa bersedia untuk bersaing di peringkat antarabangsa demi menaikkan
imej negara. Hal ini menyebabkan identiti negara yang menjadi kebanggaan kita sentiasa
terpelihara.

Harapan disandarkan juga supaya kerajaan meneruskan dasar-dasar ekonomi yang


dapat meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyat.

38 |JPNPP
Pemimpin dan rakyat perlu memainkan peranan untuk memastikan kecemerlangan
ekonomi Malaysia bergerak seiring dengan kemajuan rohaniah.

SOALAN TAMAT

39 |JPNPP

You might also like