You are on page 1of 10

SULIT 4551/1

1. Rajah 1 menunjukkan satu sel haiwan.

Rajah 1
Apakah P, Q dan R?

P Q R
A Nukleus Jalinan Endoplasma Kasar Vesikel
B Vesikel Jasad Golgi Nukleus
C Mitokondrion Jalinan Endoplasma Kasar Kromosom
D MItokondrion Jalinan Endoplasma Licin Kromosom

2. Maklumat berikut adalah tentang ciri satu organel dalam sel.

• Berbentuk sfera atau bujur

• Membran luar licin tetapi membran dalam berlipat-lipat

Antara organel berikut yang manakah mempunyai ciri sepunya seperti di atas?

A Vakuol C Kloroplas
B Nukleus D Mitokondria

3. Rajah 2 menunjukkan satu sel haiwan.

Rajah 2
Antara berikut yang manakah tidak benar mengenai sel ini?

A Ia boleh menghasilkan makanan sendiri


B Ia boleh menghasilkan tenaga
C Ia boleh menghasilkan enzim
D Ia boleh menghasilkan lipid

1
SULIT 4551/1

4. Rajah 3 menunjukkan dua jenis tisu otot dalam badan manusia.

Tisu otot P Tisu Otot Q


Rajah 3
Padankan tisu-tisu otot tersebut dengan sistem yang betul.
Tisu Otot P Tisu Otot Q
A Sistem pembiakan Sistem saraf
B Sistem peredaran darah Sistem otot rangka
C Sistem pencernaan Sistem peredaran darah
D Sistem otot rangka Sistem pencernaan

5. Antara organel berikut, yang manakah mengekalkan kesegahan dalam sel


tumbuhan?

A Vakuol C Lisosom

B Nukleus D Membran plasma

6. Proses manakah yang terlibat dalam pergerakan molekul air dari tanah ke
dalam akar rambut tumbuhan?

A Resapan berbantu C Pengangkutan aktif


B Resapan ringkas D Osmosis

7. Rajah 4 menunjukkan sejenis organisma unisel

Rajah 4
Apakah struktur Z?
A. Vakuol Makanan C. Vakuol mengecut
B. Nukleus D. Alur mulut

2
SULIT 4551/1

8. Antara sel berikut, yang manakah yang berfungsi mengangkut oksigen dalam
badan?

9. Antara berikut, yang manakah merupakan tisu vaskular?


A. Tisu Parenkima B. Tisu kolenkima
C. Tisu Floem D. Tisu Epidermis

10. Rajah 5 menunjukkan organisasi sel dalam organisma multisel

Rajah 5
Apakah bahagian badan yang diwakili oleh R?
A. Darah B. Ligamen
C. Rawan D.Jantung

11. Maklumat berikut menerangkan sejenis pergerakan molekul-molekul merentasi


membran plasma.

Molekul bergerak mengikut kecerunan kepekatan dengan bantuan


protein pembawa dan tidak memerlukan tenaga.

Apakah jenis pergerakan ini?


A Osmosis C Resapan Ringkas
D Resapan Berbantu
B Pengangkutan Aktif

3
SULIT 4551/1

12. Rajah 6 menunjukkan struktur utama membran plasma.

Rajah 6
Apakah L, M dan S?

L M S
A Fosfolipid Protein Pembawa Protein Liang
B Dwi lapisan Fosfolipid Protein Liang Protein Pembawa
C Fosfolipid Protein Liang Protein Pembawa
D Dwilapisan Fosfolipid Protein Pembawa Protein Liang

13. Rajah 7 menunjukkan pergerakan molekul-molekul glukosa melalui membran


plasma.

Rajah 7
A Glukosa bergerak secara osmosis
B Glukosa bergerak secara resapan ringkas
C Glukosa bergerak secara resapan berbantu
D Glukosa bergerak secara pengangkutan aktif

14. Rajah 8 menunjukkan sel haiwan yang direndam dalam air suling

Rajah 8
Apakah yang berlaku kepada sel?
A Mengecut B. Keadaan Normal
C. Segah D. Mengembang dan Pecah

4
SULIT 4551/1

15. Rajah 9 menunjukkan proses resapan melalui membran separa telap

Rajah 9
Apakah X dan Y?
X Y
A Larutan Sukrosa 20% Air suling
B Air Suling Air Suling
C Larutan Sukrosa 20% Larutan Sukrosa 20%
D Air Suling Larutan Sukrosa 20%

16. Rajah 10 menunjukkan sel tumbuhan yang telah dimasukkan ke dalam larutan
tertentu

Rajah 10
Apakah yang dialami oleh sel itu?

A Krenasi B. Plasmolisis
C. Deplasmolisis D. Hemolisis

17. Seorang petani menanam tumbuhan herba di dalam pasu yang mengandungi
tanah dari paya bakau. Tumbuhan itu layu setelah beberapa hari .Apakah
yang harus dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini?

A Menambah baja organic


B Menambah lebih banyak tanah
C Menyiram tumbuhan itu
D Mengudarakan tanah dengan menggembur

5
SULIT 4551/1

18. Rajah 11 menunjukkan pertukaran gas di alveolus

Rajah 11
Yang manakah proses terlibat dalam pertukaran gas?

A Osmosis B. Resapan Ringkas


C. Pengangkutan Aktif D. Resapan Berbantu

19. Rajah 12 menunjukkan jalur kangkung di dalam larutan isotonik

Rajah 12
Rajah yang manakah menunjukkan jalur itu setelah direndam dalam larutan
sukrosa pekat selama 30 minit?

20. Rajah 13 menunjukkan proses pemecahan molekul dosakarida kepada


monosakarida.

Rajah 13
Apakah proses X?

A Dialisis B. Hidrolisis
C. Asimilasi D. Kondensasi

6
SULIT 4551/1

21. Rajah 14 menunjukkan sel tumbuhan di dalam larutan isotonic

Rajah 14
Rajah manakah yang menunjukkan sel itu setelah direndam dalam larutan
hipotonik?

22. Antara berikut, yang manakah mewakili hidrolisis trigliserida?

A Gliserol + Asid Lemak Trigliserida


B Gliserol + Asid Lemak Trigliserida + air
C Trigliserida Gliserol + Asid Lemak
D Trigliserida + air Gliserol + Asid Lemak

23. Antara yang berikut, yang manakah kombinasi monosakarida yang


menghasilkan sukrosa?

A Glukosa +Fruktosa B. Glukosa +Galaktosa


C. Fruktosa + Galaktosa D. Glukosa + Glukosa

24. Berdasarkan maklumat di bawah, namakan enzim yang sesuai digunakan

- Mengasingkan agar-agar daripada rumpai laut

- Mengeluarkan kulit dari bijirin

A Zimase B. Amilase
C. Selulase D. Protease

7
SULIT 4551/1

25. Rajah 15 menunjukkan aras yang berbeza struktur molekul protein.

Rajah 15
Apakah P, Q, R dan S?
P Q R S
A Kuartener Tertier Sekunder Sekunder
B Tertier Kuartener Sekunder Sekunder
C Sekunder Sekunder Tertier Kuartener
D Sekunder Sekunder Kuartener Tertier

26. Antara berikut, yang manakah benar tentang jenis enzim dan fungsinya?

Enzim Fungsi
A Lipase Melembutkan daging
B Lipase Mengemulsi susu
C Protease Mencerna Lemak
D Amilase Menukarkan kanji kepada gula dalam pembuatan sirap

27. Rajah 16 menunjukkan mekanisme mangga dan kunci suatu enzim

Rajah 16
Antara berikut, yang manakah kesimpulan daripada Rajah di atas?

I Tindakan enzim adalah spesifik


II Suhu optimum untuk tindakan enzim ialah 40C
III Enzim tidak dimusnahkan pada akhir tindak balas
IV Tindakan enzim adalah berbalik

A I dan II B. II dan IV
C. I dan III D. I dan IV

8
SULIT 4551/1

28. Graf manakah yang mewakili kesan pH ke atas kadar tindakbalas Pepsin?

29. Rajah 17 menunjukkan dua helai baju P dan Q yang dikotori oleh mentega.
Baju-baju tersebut dicuci dengan serbuk pencuci yang mengandungi enzim X
pada suhu yang berbeza

Rajah 17
Apakah enzim X dan suhu yang mungkin telah digunakan untuk P dan Q?

Enzim X Suhu untuk P (°C) Suhu untuk Q (°C)


A Lipase 10 35
B Amilase 10 35
C Lipase 35 10
D Amilase 35 10

9
SULIT 4551/1

30. Rajah 18 menunjukkan proses rembesan enzim luar sel

Rajah 18
Yang manakah berikut, penyataan tidak benar tentang proses pembentukan
dan pembebasan enzim luar sel?
A P: Arahan membina enzim diperolehi dari DNA ke RNA
B Q: Vesikel angkutan bergabung dengan jasad golgi untuk
mengubahsuai protein
C R: Vesikel angkutan merembeskan enzim ke membran plasma
D T: Enzim luar sel dibebaskan keluar sel

10

You might also like