You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

S.M.K GADONG, BEAUFORT BIL.1/2018

TARIKH : 7 Februari 2018


JAM : 2.00 petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat, SMK Gadong

Kehadiran : Tidak hadir bersebab:


1. EnAbd Ghani Bin Md Ali 1. En.Sani Bin Mokjin
2. Pn. Halimah Binti Nordin 2. En. Aliatan Hj Joal
3. En. Ariffin@Kartie Bin Abdullah 3. En. Osman Bin Samail@
4. En. Muhamad Fared bin Zulkafli Ismail
5. Ustaz Azlie Bin Awang 4. En. Abd. Sahat Bin
6. En. Gapar Jidan Marusin
7. En. Yusof Bin Hj. Mohamad
8. En. Rumaini Bin Usup
9. En. Maerif Bin Sarmalih
10. Pn. Masnah Binti Jusrin
11. Pn. Lainah Binti Hj. Waslid
12. En. Abd Manan Bin Abd Rahman
13. Pn. Siti Hamjah Hj Saprah
14. En. Haszami Mat Zaini
15. Pn. Mariani Ismail
16. En. Mohamad Hussin Bin Kamaruddin

Agenda mesyuarat :
1.0 UcapanPengerusi
2.0 UcapanPengetua
3.0 PngesahanMinitMesyurat
4.0 PerkaraBerbangkit
5.0 Agenda Khas
6.0 Hal-hal lain

1
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Gadong, En. Ariffin @
Kartie mengucapkan salam keagamaan dan berterima kasih di atas kehadiran
Ahli Jawatankuasa dan memaklumkan ketidakhadiran AJK kerana sebab-
sebab tertentu.
1.2 En. Ariffin @ Kartie juga berterima kasih kepada pihak sekolah kerana
sentiasa mencari kaedah dan peluang untuk mencemerlangkan anak-anak
didik di SMK Gadong.

2.0 Ucapan Pengetua


2.1 Pn Halimah Nordin selaku wakil pengetua mengucapkan terima kasih kerana
kehadiran AJK PIBG dan menyampaikan salam dari pengetua hadir agak
lewat sedikit kerana ada komitmen lain.
2.2 Pn. Halimah .juga memaklumkan aktiviti gotong-royong akan diadakan
sempena penarafan sekolah TS25 dan berteriama kasih atas kerjasama dan
sumbangan PIBG dari segi kewangan dan sokongan moral.

3.0 Agenda Khas (Gotong Royong TS25)


3.1 En. Mohamad Hussin Bin Kamaruddin memberi taklimat ringkas
pelaksanaan Gotong Rotong TS25 yang akan diadakan cadangan asal pada
10.02.2018. (rujuk lampiran)
3.2 Cadangan pelaksaaan gotong royong akan melibatkan lantai koridor bangunan
sekolah (cat)
3.3 Tn Pengetua memaklumkan selain mengecat koridor aktiviti tersebut juga
akan melibatkan aktiviti membaiki simen di pondok pelajar dan laluan pintu
utama sekolah. Selain itu pengetua memaklumkan Pemuafakatan TS25 juga
meliputi bidang akademik selain penampilan fizikal sekolah yang menjadi
keutamaam.
3.4 Pn. Lainah bersetuju untuk menaja cat dan keperluan lain bagi gotong royong
yang akan diadakan.
3.5 En. Maerif memaklumkan bahawa beliau juga akan menyumbang simen dan
peralatan lain
3.6 Pengetua mencadangkan gotong-royong tersebut diadakan pada 24.02.2018
dan meminta persetujuan jawatankuasa mesyuarat PIBG.
3.7 YDP PIBG memutuskan gotong-royong tersebut akan diadakan pada
24.02.2019 dan memohon kerjasama AJK PIBG agar sama-sama hadir
memeriahkan gotong-royong tersebut. YDP PIBG juga memaklumkan PIBG
akan menyumbang jamuan bagi program berkenaan.

4.0 Hal-hal lain


4.1 Pengetua memaklumkan sekolah akan terus berusaha untuk meningkatkan
akademik pelajar SMK Gadong dengan kerjasam yang padu dari PIBG dan
berharap PIBG akan terus menyumbang dari segi sokongan moral dan
kewangan bagi menjayakan apa juga program sekolah.

2
4.2 YDP PIBG memaklumkan PIBG sememangnya selaras dengan aspirasi
sekolah dan akan berusaha sedaya upaya menyediakan apa juga keperluan
sekolah dan diharap Ibu Bapa turut sama memahami aspirasi sekolah ke arah
mencemerlangkan anak-anak di SMK Gadong.

5.0 PenangguhanMesyuarat
5.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh,

…………………………………………
(MUHAMAD FARED ZULKAFLI)
Setiausaha,
PersatuanIbu bapa dan Guru,
S.M.K Gadong, Beaufort.
.

You might also like